CS18 - 30 (end)
Seungmin menjemput Heejin dan Freya makan malam di rumahnya. Ibu dia yang suruh sebenarnya. Katanya dah lama tak jumpa Heejin. Papa Seungmin pun ada sekali.
"Ha dah sampai pun. Lamanya tak jumpa Heejin. Rindunya"
Puan Kim memeluk Heejin dengan erat. Freya disebelah cuma senyum.
"Heejin pun rindu dengan aunty jugak. Anyway aunty kenal kan dengan Kang Freya?"
Puan Kim mengerut dahinya melihat Freya. Tengok muka Freya macam kenal.
"Anak Joy dengan Daniel kan?" teka Puan Kim.
Freya senyum lalu mengangguk. Ingatkan ibu Seungmin tak kenal dia.
"Betul tu aunty" jawab Freya.
"Kalau iya pun ibu, bagilah kawan kawan Seungmin duduk dulu"
Puan Kim tergelak.
"Yelah ibu lupa. Duduklah. Kita makan sama sama"
Heejin dan Freya melabuhkan punggung mereka. Banyak gila makanan yang ibu Seungmin masak. Semuanya nampak sedap.
Mereka mula menjamah.
"Lepas ni nak sambung belajar di mana" soal papa Seungmin.
"Tak tahu lagi uncle. Eya rasa macam nak masuk universiti dekat dekat sini aje. Bidang apa tak tahu lagi" jawab Freya.
"Ha kamu Seungmin. Nak ambil bidang apa lepas ni"
"Tak tahu lagi pa. Kena tengok result dulu"
"Ibu doakan result kamu semua cemerlang"
...
Freya mendapat mesej dari Jinyoung. Katanya nak jumpa di tempat biasa sebab ada hal penting yang dia nak bagitahu.
Dia masuk kedalam kafe Hyunjin. Semua dah ada disitu. Jadi dia sorang yang terlambat.
"Awalnya korang sampai" tegur Freya.
Heejin pun dah ada sekali.
"Jinyoung cakap urgent" kata Shuhua.
"Aku pun tak sempat mandi" rungut Haechan.
"Patutlah bau"
Eunbin menutup hidungnya. Yang lain ketawa.
Freya duduk disebelah Yangyang. Dah yang tu aje tempat duduk yang tinggal.
"Okey macam ni. Mummy aku cakap esok kita semua perlu ke sekolah ambil kita punya result"
"Yang tu kami pun tahu" potong Han.
"Tapi masalahnya esok siap ada majlis lagi. Korang nak ke duduk dalam dewan lama lama"
"Hell no!"
Dengan cepat Nancy bagi respon.
"Memang taklah. Bagi sejuta pun aku tak nak stay" kata Jaemin pula.
"Kau bolehlah cakap macam tu sebab kau kaya" bidas Freya.
"Aku kalau boleh nak pergi ambil result lepas tu terus balik" kata Jeno.
Yang lain turut setuju.
"So apa plan dia?" soal Jeno.
"Kali ni plan dia lagi hebat dari plan yang kita pernah buat sebelum ni. Kita main api sikit"
"Tak teruk sangat ke" tanya Seungmin.
"Aku boleh pastikan yang sekolah tu kan terbakar. Lagipun plan ni simple. Renjun Felix dengan aku yang akan pegang lighter dan bakar kain alas meja dalam dewan nanti. Dan lepas tu penggera kebakaran akan bunyi dan air kecemasan akan turun. So majlis tu akan dibatalkan nanti"
"Okey aku setuju" kata Jaemin.
Yang lain mengangguk setuju dengan kata kata Jaemin.
"Harap harap plan kali ni tak gagal"
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Mereka perlu memakai uniform sekolah. Leceh kan. Tapi sokay. Sekejap aje pun. Lepas tu balik rumah.
"Haechan Felix korang bawa tak benda yang aku suruh bawa"
"Kitorang bawa. Kau jangan risau" kata Haechan.
"Kalau macam tu jom masuk dalam dewan"
Mereka duduk asing asing. Satu meja bulat enam orang. Semua guru guru juga sudah masuk ke dalam dewan.
Akhirnya majlis bermula dengan ucapan mummy Jinyoung selaku pengetua sekolah ini.
Dan tiba tiba Jinyoung menepuk dahi sendiri. Macam mana boleh lupa ni.
"Kau asal Jinyoung?" soal Jeno.
"Elektrik" kata Jinyoung dengan perlahan.
"So what?" soal Seungmin pula.
"Kau nak kita buat kerja kantoi ke sial"
Sekarang mereka baru faham.
"Habis tu macam mana" tanya Jaemin.
"Okey macam ni. Biar aku dengan Seungmin pergi"
Yangyang menawarkan dirinya.
"Sure cepat sikit. Jangan sampai kantoi"
Seungmin dan Yangyang sampai didepan pintu masuk dewan tapi benda yang expect jadi. Guess what. Mr Kailer ada tengah jadi guard depan pintu.
"Kamu berdua nak kemana ni" soal Mr Kailer.
"Kami nak pergi toilet cikgu. Tak tahan dah ni"
Yangyang berpura pura sakit perut. Cikgu senyum sinis.
"Iya. Ke kamu nak pergi buat jahat"
"Mana ada cikgu. Kami betul nak ke toilet"
"Saya tak izinkan. Pergi duduk tempat kamu balik"
Yangyang dan Seungmin terpaksa ke tempat duduk mereka semula.
"Asal?" soal Jinyoung.
"Mr Kailer tunggu depan pintu" kata Seungmin dengan malas.
"Hmmpphh terpaksalah kita stay dalam ni selama dua jam" kata Jinyoung.
Dan tiba tiba lampu terpadam. Dalam dewan mula riuh dengan suara semua orang. CS18 juga pelik. Tapi mereka gunakan kesempatan ini untuk jalankan misi mereka.
Memandangkan dalam dewan gelap semua orang boleh nampak dengan jelas api yang menyala. Dan tidak lama kemudian penggera kebakaran kedengaran dan air mula turun. Semua berlari keluar.
Yangyang dan Seungmin berlari ke bilik elektrik. Mereka berhenti apabila melihat seorang makhluk keluar dari bilik itu.
"Bro!"
Yangyang terus berlari dan memeluk orang itu.
"Asal kau balik tak inform kitorang pun"
"Saja nak surprise. Lagipun aku balik sekejap aje. Esok aku fly balik"
"Takpe janji kau balik. Kitorang semua rindu kau. Anyway macam mana kau tahu kami plan macam ni"
"Aku member crazy Squad18. Of course aku tahu. Team ni kalau tak main elektrik tak sah. Aku ingat nak jumpa Seungmin dulu. Sebab tu aku datang bilik ni. But bila aku sampai tak ada orang. So aku rasa mesti Jinyoung ada lupa something"
"Memang terbaik aah kau"
Yangyang dan Seungmin mengangkat ibu jari masing masing.
"Jomlah pergi ambil result"
"Jom. Aku pun rindu dengan yang lain"
Cikgu Naeun datang dan beri result sorang sorang. Terpaksalah buat macam tu. Kalau ikutkan nak kasi atas stage. Tak sangka pula jadi macam ni.
"Aku dapat straight A+ lah" jerit Freya.
Kerana terlampau gembira Freya memeluk Jaemin yang berdiri di sebelahnya.
"Hai gais!"
Hyunjin datang bersama Seungmin dan Yangyang.
"Weh bro. Bila kau balik" soal Han.
Para lelaki memeluk Hyunjin. Freya yang gembira berubah menjadi serius. Jaemin juga buat muka tak puas hati.
"Aku sampai semalam" jawab Hyunjin.
Dia mengambil kertas yang Heejin hulurkan.
"Hmm pandai juga aku. Straight A+"
Hyunjin berpuas hati dengan result nya.
"Okey macam ni. Siapa yang dapat straight A+ angkat tangan" arah Jinyoung.
Tiada sorang pun yang turun tangan. Maknanya semua orang dapat straight A+ macam yang dirancang lah.
"Aku tak percaya Han dengan Haechan" kata Hyunjin selamba.
Seungmin melihat keputusan dua makhluk itu. Bukan boleh percaya sangat ni. Tapi betul Han Haechan dapat straight A+.
"Kau ingat kami ni bodoh sangat ke hah" kata Han tak puas hati.
Mereka semua ketawa.
Freya terjaga dari tidurnya kerana bunyi telefonnya. Siapalah yang hantar mesej pagi pagi buta ni.
From Seungmin
Flight Hyunjin pukul 8 pagi. Pergi jumpa dia atau kau menyesal seumur hidup!
Freya meletakkan semula telefonnya. Buat apa nak pergi jumpa Hyunjin dan dia tahu dia tak akan pernah menyesal.
Tapi dilain sudut hatinya kuat menyuruhnya untuk berjumpa dengan Hyunjin. Nak pergi ke tak nak. Dia melihat jam di telefonnya.
Sekarang pukul 7 pagi. Kalau nak mandi tak sempat. Rumah dia dengan airport bukannya dekat. Nak naik bas lagi. Dia terus menyarungkan hoodie bersama mask. Seluar cuma seluar tidur. Lantaklah apa orang nak cakap nanti.
Dia sampai di airport. Satu lagi masalah. Dia perlu cari Hyunjin. Mana dengan sekarang musim hujan. Hujan mula turun sedikit demi sedikit. Tak lebat pun.
Cari punya cari akhirnya dia nampak Hyunjin baru turun dari teksi bersama payung. Dia terus berlari kearah Hyunjin.
"Hwang Hyunjin!" jerit Freya.
Adalah jugak beberapa orang pandang dia. Maybe sebab dia pakai seluar tidur. Ada aku kisah ke der!
Hyunjin memandang dia dengan tatapan pelik. Dia tahu Hyunjin tak kenal dia. Yelah pakai mask. Dia membuka mask yang dia pakai tadi.
"Eya? Kau buat apa datang sini"
Macam semakin lebat aje hujan ni. Nasib ada hoodie.
"Aku datang sini nak explain. Aku nak bagitahu juga siapa lelaki yang aku suka"
Hyunjin senyum tawar. Jadi Freya datang sini untuk sakitkan hati dia. Dahlah semalam dia tak boleh tidur sebab teringatkan kejadian Freya peluk Jaemin depan dia.
"Tapi aku tak nak tahu. So aku pergi..."
"Kau!" Freya memotong percakapan Hyunjin.
"Aku suka lelaki ni. Hwang Hyunjin nama dia"
"Tak payahlah kau nak buat drama tengah tengah hujan ni"
Sabar Freya. Jangan manja sangat. Sikit sikit nak nangis. Cubalah jadi perempuan yang kuat sikit.
"No aku tak tipu. Dah lama aku sukakan kau. Dah lama aku cintakan kau dan aku tahu kau pun cintakan aku. Seungmin yang cakap"
"So konfiden kalau cakap. Yes memang betul aku sukakan kau. Tapi itu dulu. Sebelum aku pindah ke Dubai"
Freya rasa macam nak duduk di tengah jalan raya lepas tu tunggu kereta langgar. Ego kau dah makan diri sendiri Freya.
"You know what, salah satu perkara yang paling bahagia dalam hidup aku, hadirnya seorang perempuan yang bernama Kang Freya..."
Dan Freya sudah pun menangis. Dia tak boleh tahan lagi.
"...dan salah satu perkara yang paling kecewa dan buruk dalam hidup aku juga hadirnya seorang perempuan yang bernama Kang Freya"
Freya diam sambil mencerna kata kata Hyunjin. Hyunjin pula sudah melangkah pergi.
Jadi Hyunjin tolak cinta dia. Fine kali ni dia betul betul nekad yang dia tak akan cinta mana mana lelaki lagi.
Never!
The end.
Tak selalunya ending sebuah cite tu akan bahagia. Haha. Tahu saya dah kecewakan para readers sekalian. Tapi kalau boleh tu scroll lah chapter ni sampai jumpa something.
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎁
🎉 CRAZY SQUAD19 ➡ COMING SOON‼ #2019 🎉
[ I PROMISE YOU FOR MORE HWANG HYUNJIN AND KANG FREYA MOMENT! ]
Thanks kepada siapa yg vote plus comment. Saya appreciate sangat. Thanks sebab support❤❤ walaupun cite ni tak dapat sambutan. Thanks❤❤ #sob
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top