CS18 - 29
Freya dan Heejin sedang layan movie Thor yang paling latest. Tak sempat tengok lagi sebelum ni. Sekarang ni mereka boleh bersantai sepuas hati.
Bunyi ringtone telefon Heejin menganggu mereka. Ada orang hantar mesej.
"Asal? Siapa yang hantar mesej" tanya Freya sambil makan popcorn.
"Seungmin"
"Seungmin? Dia nak apa" Freya berhenti makan popcorn.
Biar betul si Heejin ni. Tak kan Seungmin hantar mesej lewat malam macam ni. Nak apa lelaki ni.
"Dia cakap dia ada depan rumah kita"
Freya melihat Heejin, Heejin melihat Freya.
"So kau pergilah jumpa dia" kata Freya.
Dia kembali tengok movie sambil makan popcorn.
"Okey aku pergi turun dulu"
Heejin membuka pintu rumah dan Seungmin betul betul ada didepan pintu pagar rumah dia.
Dengan bantuan lampu yang terpasang ditepi pagar, Heejin boleh nampak wajah sayu Seungmin. Atau lebih tepatnya Seungmin baru lepas nangis?
"A...ada apa kau nak jumpa aku ni"
Heejin hilang kata kata bila Seungmin tiba tiba tarik tubuhnya kedalam pelukan lelaki itu.
"Aku minta maaf sebab layan kau teruk selama ni"
Hah? Mimpi apa Seungmin sampai minta maaf dengan dia.
"Kenapa kau minta maaf. Sepatutnya aku yang minta maaf sebab jadi penyebab kematian adik kau"
Seungmin merenggangkan pelukan mereka. Dia menggeleng kepala berkali kali. Heejin semakin pelik.
"Aku dah tahu perkara sebenar. Ibu aku dah jelaskan tadi"
Heejin senyum tawar. Jadi Seungmin dah tahu.
"Aku minta maaf sangat sebab selalu buat kau sedih. Aku tak tahu yang parents kau dah meninggal"
"No sokay. Aku faham. Aku tak pernah salahkan kau"
Dan Heejin nampak didepan matanya sendiri yang Seungmin menangis. Pertama kali dia tengok Seungmin sedih macam ni.
"Kawan macam apa aku ni. Kawan yang tiada bila kawan dia perlukan orang disisi dia. Aku tak layak jadi kawan kau"
Heejin mengelap airmata Seungmin.
"No aku okay. Sekarang aku dah ada family. Ramai orang yang sayangkan aku. Termasuk family kau"
"Aku janji lepas ni aku tak kan abaikan kau. Aku akan selalu ada bila kau susah"
Giliran Heejin menangis. Situasi ni paling dia tunggu seumur hidup dia. Akhirnya dia dan Seungmin berkawan baik seperti dulu.
"Kenapa kau menangis ni. Tak comel"
Heejin senyum.
"Kau pun. Tak macho"
Mereka sama sama ketawa. Dah lama dia tak dengar Heejin cakap macam tu.
...
Sekarang musim hujan. Dan Freya paling suka hari hujan. Dia bercadang untuk keluar apabila hujan tidak terlalu lebat. Nak ajak Heejin pergi sekali memang susah sekarang ni. Sejak dia baik dengan Seungmin, asyik berkepit aje dua orang tu. Entah entah dorang couple pun dia tak tahu.
Papa dia? Kerjalah jawabnya. Kalau nak jumpa pun malam aje. Kadang kadang tu tak jumpa langsung. Busy betul papa dia.
Hujan sudah mula reda sedikit. Freya mengambil payung lalu keluar berjalan jalan. Dia bercadang nak pergi District Park.
Sedang dia berjalan dia tak sengaja nampak Jinyoung dan Shuhua sedang berbual sambil ketawa dibawah satu payung yang dipegang Jinyoung.
Amboi! Sweet betul dorang ni. Sampai dia depan pun mereka tak perasan. Sah sah couple tapi tak inform aku. Tidak lama kemudian mereka belok ke kanan.
Akhirnya dia sampai di District Park. Tak ada orang langsung hari ni. Mungkin hujan. Seronoknya tengok bunga bunga di sepanjang jalan taman ni. Rumput yang menjadi tempat untuk mereka bersantai basah kerana hujan.
Dan satu persatu kenangan mula muncul. Dia selalu datang sini bersama Hyunjin. Mereka juga pernah bermain hujan disini.
Disini juga dia pernah bergaduh dengan Hyunjin.
"Kau cakap kau tak kenal perempuan tu tapi kenapa dia peluk kau macam tak nak lepas aku tengok"
Hyunjin menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Manalah aku tahu. Dia tu cuma fans aku kot"
Freya memusing badannya ke arah lain. Tak nak bersemuka dengan Hyunjin. Macam girlfriend merajuk gitu. Comel aje Hyunjin tengok.
Hyunjin senyum sinis.
"Ke kau cemburu. Sebab tu kau marah kan"
Hyunjin mencuit hidung Freya.
"Yes! Sebagai kawan aku cemburu. Aku sendiri pun tak pernah ambil gambar dengan kau macam tu"
Bunyi macam merajuk aje Freya.
"Siapa cakap. Habis tu gambar yang kau kiss aku tu macam mana. Gambar tu lagi sweet"
Freya menahan malu.
"No tak sweet. Itupun sebab deal. Kau tak ikhlas"
"Oh sekarang ni kau nak yang ikhlas. Fine. Sekarang ni aku akan kiss kau dan perempuan tadi jadi tukang ambil gambar kita. Amacam"
"Hesy! Tak payahlah sampai macam tu sekali"
Hyunjin mencubit pipi Freya kerana bagi dia Freya bersikap comel hari ni.
"So princess. Sebagai ganti sebab buat princess yang comel ni marah dan cemburu, prince handsome ni belanja aiskrim. Harap harap hati princess cute ni boleh sejuk dan maafkan prince handsome ni"
Muka Freya terus berseri seri bila dengar Hyunjin nak belanja dia aiskrim.
"Wah! Seriously. Ni yang makin sayang prince handsome ni"
Kerana terlampau gembira Freya memeluk Hyunjin. Tidak peduli dengan pandangan orang lain.
Freya senyum bila teringat semua tu. Dia harap sangat dia boleh putarkan masa. Dia rindu nak bergurau dan bergelak tawa dengan Hyunjin.
Dan tak sangka orang yang dia fikir betul betul muncul di depan dia. Hyunjin berdiri di depan dia sambil memegang payung dan memakai baju berhoodie sama seperti dia. Cuma beza warna. Kalau dia warna putih Hyunjin pula warna hitam.
"Kau pun datang sini juga"
Freya berusaha sebaik mungkin untuk senyum.
"Saja jalan jalan. Maybe untuk kali terakhir"
Freya sudah rasa lain.
"Kenapa kau cakap macam tu"
"Saja. Anyway macam mana hubungan kau dengan Jaemin"
Kalau boleh sebelum dia pergi dia nak hubungan dia dengan Freya baik. Kalau boleh dia nak tengok Freya betul betul bahagia.
"Well macam biasa. Kitorang kawan macam biasa"
Hyunjin cuma diam.
"Anyway...aku nak tanya kau something. Ada tak mana mana perempuan yang kau cinta or maybe kau sayang"
Susah untuk Freya mengeluarkan soalan itu dan akhirnya dia berjaya juga.
"Kenapa kau tanya macam tu"
"Just nak tahu. Tapi aku faham kalau kau tak nak jawab. Yelah aku tak patut masuk campur hal peribadi kau"
Freya rasa menyesal.
"Ada. Nama dia Kang Freya. Tapi semua tu dah tak guna sebab perempuan tu dah ada orang lain. Dan betul apa yang kau cakap. Aku dan Jaemin akan suka perempuan yang sama. So aku balik dulu"
"Tapi kau sendiri yang cakap kalau perempuan tu suka kau, kau nak Jaemin move on. Tapi sekarang kau dah nak undur diri sebelum perempuan tu sempat bagitahu siapa lelaki yang dia suka"
"Aku tak perlu tahu semua tu sebab aku dah tahu siapa lelaki yang perempuan tu suka"
Freya senyum sinis.
"Iya? Aku nak kau bagitahu aku sekarang, siapa lelaki tu?"
Hyunjin cuma senyum dan melangkah pergi.
"A man should kept his words konon, blah lah! Cakap aje lebih. Buatnya tidak!"
Freya melepaskan emosinya.
Mulai sekarang dia tak kan suka mana mana lelaki termasuk Jaemin. Bagi dia semua lelaki sama aje.
Sudah seminggu dia tak nampak Hyunjin. Setiap kali CS18 berkumpul, Hyunjin juga tak ada. Mungkin Hyunjin malas nak tengok muka dia dan dia pun malas tengok muka Hyunjin.
Sekarang ni dia kafe bersama Seungmin. Yang lain belum datang. Biasalah. Memang dia dengan Seungmin selalu datang awal pun.
"Eya kau nak tahu tak kenapa Hyunjin selalu tak datang bila kita berkumpul macam ni"
Freya membuat muka.
"Aku tak nak tahulah. Lantak dialah nak datang ke tidak. Aku tak kisah kalau..."
"Dia dah pindah ke Dubai"
Ayat Seungmin yang pendek itu berjaya buat dia terdiam.
"Kau tahu Hyunjin cintakan kau atau kau pura pura tak tahu sebab kau ada orang lain"
Seungmin terus serang dia.
"Kau cakap apa ni. Kau nampak aku pernah couple ke"
Freya tak puas hati Seungmin tuduh dia macam tu.
"Kau tak ada rasa apa apa bila dengan Hyunjin. Aku tengok kau selalu berkepit dengan dia"
"Yes aku mengaku aku sayang dia dan cintakan dia but not anymore. Itu dulu"
"Tapi kenapa. Kau bagi aku satu sebab"
"Eyy dah lah. Kau tak yah cakap pasal ni boleh tak"
Freya minum chocolate shake nya.
"Aku tak nak cakap sebenarnya. Tapi cuba kau fikir. Siapa yang tolong kau bila kau susah. Siapa yang peluk kau bila kau nangis. Siapa yang ada di sisi kau bila kau betul betul perlukan seseorang"
Jawapan yang ada dalam fikiran dia sekarang ialah
Hwang Hyunjin.
Hesy! Kenapa dia mudah menangis sangat ni. Tolonglah jadi orang yang kuat Eya. Jangan jadi budak manja yang selalu menangis.
"Sorry sebab buat kau menangis. Aku just kesian dengan Hyunjin. Aku rasa kau pun tahu yang dia pernah kena tikam dengan ex girlfriend dia sendiri dulu"
"Dia pernah tanya aku. Lelaki macam dia ni tak layak ke mencintai apatah lagi dicintai"
Lagi menangis Freya dibuatnya.
"Salah aku ke. Aku belum cakap apa apa lagi. Dia dah pergi. Siapa suruh"
Freya nampak Jaemin Renjun dan Felix sudah sampai. Dia cepat cepat hapus air mata dia.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top