CS18 - 27

Freya bergegas ke sekolah bersama Heejin. Kesian Heejin kena follow Eya yang jalan laju. Sebaik saja dia melangkah lepas pada pintu pagar, semua pelajar memandangnya. Semua sedang bisik bisik.

Hyunjin juga nampak macam tergesa gesa. Tapi dia tak kisah. Dia berjalan selaju yang mungkin ke kelasnya dan harap harap Han sudah ada di kelas.

"Aku tak sangka budak nerd tu psycho sampai macam tu sekali. Gerun pula aku tengok" kata Felix.

Yangyang mengangguk sambil memasukkan roti didalam mulutnya.

"Habis tu macam mana sekarang" soal Han pula.

"Nanti aku bagitahu lain plan dia. Aku akan cuba fikir apa yang perlu..."

"Woi! Han Jisung!"

Han melihat dua orang manusia memanggil namanya dengan serentak.

"Wo wo! Lex bro. Asal ni" soal Han.

Freya dan Hyunjin berdiri di tepi tempat duduk Han. Yang lain cuma tengok. Mereka dah tahu apa sebab Freya dan Hyunjin serang Han pagi pagi buta macam ni.

"Relax kau cakap. Apa motif kau sebar gambar tu" soal Freya tak puas hati.

"Gambar tu lawa kot. So aku viral lah. Tak tahu pulak satu sekolah dah tahu" jawab Han tanpa rasa bersalah.

"Aku cakap kau bodoh, kau memang bangang pun. Kau tahu tak apa itu perkataan viral. Kalau dah nama viral tu, tak sampai lima minit satu sekolah dah tahu" marah Hyunjin pula.

"Chill lah weh. Tak kan pasal tu korang nak gaduh dengan aku. Aku cuma share pic tu. Tak kan yang tu pun salah"

Han masih cuba membela dirinya.

"Salah!" kata Freya dan Hyunjin serentak.

"Okey fine. Sorry" Han mengalah.
Kalau dia tahu macam ni dia tak kan viral gambar tu. Gambar Freya kasi belon yang berbentuk love pada Hyunjin masa di funfare. Gambar tu diambil maybe lima bulan yang lepas.

Tidak lama selepas itu kelas itu dipenuhi dengan bunyi notification phone masing masing. Semua membuka telefon sendiri.

Bulat mata Freya melihat gambar yang seterusnya. Dia terus memandang Hyunjin. Setahu dia Hyunjin sorang aje ada gambar ni. Gambar dia kiss pipi Hyunjin. Gambar ni diambil pada hari yang sama. Masa tu dia buat deal dengan Hyunjin sebelum naik roller coaster.

Semua memandang Hyunjin dan Freya. Tapi tiada siapa yang berani buka mulut. Biar tuan badan sendiri yang jelaskan.

Jaemin menolak kerusi dan meja dengan kasar sebelum keluar dari kelas itu. Yang lain cuma mampu tengok.

"We need to talk!"

Dan Freya terus blah dari situ diikuti dengan Hyunjin. Mereka pergi ke taman belakang sekolah. Sengaja Freya pilih tempat tu sebab tak nak orang lain dengar.

"Aku rasa tak lama lagi perang dunia akan tercetus" kata Jinyoung.

"Aku pun rasa benda yang sama" sambung Seungmin pula.

"Anyway kenapa aku nampak dorang dalam gambar ni sweet sangat. Walhal dorang bukan couple pun time ni" komen Felix.

Di tempat lain, suasana sedang tegang. Freya cuba tahan amarahnya.

"Apa motif kau. Kau nak apa sebenarnya"

Freya melipat tangan di depan dadanya. Hyunjin pula mengemaskan rambutnya yang berjuntai di dahi.

"So sekarang ni kau nak tuduh aku yang sebar gambar tu"

Hyunjin menayangkan wajah beku. Tak kiralah siapa pun. Dia paling tak suka orang tuduh benda yang dia tak buat.

"Yes! It was you right. You hate me and that's why you did that. Aren't you Hwang Hyunjin?"

"Don't accuse me for something I didn't do. Watch your words before you say it Kang Freya!"

Freya berpura pura kuat. Hyunjin betul betul marah kali.

"Look. Gambar ni diambil dari atas. You think my hand can reach till up there"

Freya melihat semula gambar tadi. Betul juga cakap Hyunjin. Dia boleh beza antara selfie dengan orang lain ambil gambar.

"I know how much you hate me. But tolong jangan tuduh aku macam ni"

Freya mula rasa bersalah. Dia bermain dengan hujung jarinya.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku salah sebab tuduh kau macam tu. Aku tak ada niat nak tuduh kau macam..."

"Stop"

Hyunjin senyum tawar.

"Kau tak perlu susah susah explain dekat aku. Ada orang lain yang lebih memerlukan kau punya explain. Pergilah pujuk boyfriend mithali kau tu. Lambat nanti tambah merajuk pula dia. Aku tak nak disebabkan aku korang break"

Freya hampir menangis. Sekarang ni ego dia sudah makan diri sendiri.

"Aku tak couple pun dengan dia"

Freya tak berani pandang muka Hyunjin.

"I don't fucking care"

Dan Hyunjin terus pergi dari situ. Freya cuma mampu tengok. Kenapa dia pula yang harus sakit hati. Sepatutnya dia tak perlu peduli semua ni. Semua ni salah Hyunjin bukannya dia. Hyunjin yang tak ikhlas kawan dengan tapi kenapa dia perlu rasa kecewa sampai macam ni sekali.

Air matanya terus jatuh. Jadi hubungan dia dengan Hyunjin sebagai kawan baik berakhir disini. Hati dia dah boleh maafkan Hyunjin dan dia nak dengar Hyunjin explain tapi sekarang ni Hyunjin dah betul betul bencikan dia.

Itulah kau Freya. Orang minta maaf nak explain kau tak nak dengar. Jadi macam ni baru nak menyesal.

Untuk kesekian kalinya Freya tak ada mood nak belajar hari ni. Dia pergi ke tempat biasa. Hyunjin pula masuk kedalam kelas seperti biasa. Cuma dia jadi pendiam hari ni. Mereka semua memulakan pembelajaran seperti biasa.

"Okey class. Exam untuk akhir tahun akan bermula minggu depan. So prepare apa yang patut. Sekarang ni dah waktu rehat. So saya keluar dulu"

Cikgu Jin terus keluar. Mereka memandang sesama sendiri dan mengeluh. Exam lah pulak.

"So what to do?" soal Shuhua.

"Untuk exam kali ni, aku nak kita semua straight A+. Amacam?" kata Jinyoung selaku ketua kelas.

"Sure" jawab Seungmin.

"Hmm Cikgu Naeun seronoklah nanti anak murid dia semua straight A+"

"Biarlah. Last exam dah kan. Lepas ni kita tak payah datang sekolah dah"

"Aku setuju tu" kata Nancy.

Selepas kejadian itu, Freya semakin rapat dengan Jaemin. Dan itu menguatkan hati Hyunjin untuk ikut parents dia ke Dubai. Perlu lagi ke dia stay sini. Rasanya dah tak ada sebab untuk dia stay sini.

...

Mereka semua berkumpul di kafe Hyunjin seperti biasa. Mereka semua dah bebas. Tinggal tunggu ambil result dan pergi ke universiti atau kolej yang mereka suka.

"Freedom!" jerit Han.

Kali ni Han sempat mengelak dari tamparan Eunbin. Yang lain ketawa.

"So kita tak perlu hadap budak nerd tu dah bro. Menakutkan betul"

Felix minum airnya sebelum mengangguk.

"Betul cakap kau bro. Serius takut tengok budak psycho macam tu"

Hari ni kafe sunyi aje. Tiada pelanggan lain selain CS18. Mungkin sekarang waktu bekerja bukan waktu makan tengahari.

"Mummy kau ada kat dalam Hyunjin" soal Seungmin.

"Tak ada. Dia keluar pergi butik. Katanya ada hal"

Hyunjin memasukkan sebiji cup cake comel kedalam mulutnya.

"Tapi kan. Aku rasa korang berdua belum terlepas lagi daripada budak nerd tu"

Haechan cakap sambil memandang ke luar kafe.

"Maksud kau?" soal Yangyang.

"Cuba korang tengok budak yang pakai kacamata sedang berdiri di luar sambil pandang sini. Budak tu budak nerd kan"

Semua mengikut arah pandangan Haechan.

"Dia pegang kapak weh" kata Xiyeon.

"Oh my god!" sambung Hyunjin pula.

Dan selepas itu perempuan mahupun lelaki menjerit macam orang nak mati. Mereka bersembunyi di belakang antara satu sama lain.

"Weh! Hyunjin. Kau pergi kunci pintu sekarang. Aku pergi kunci pintu belakang. Cepat!" arah Jinyoung.

Jinyoung dan Hyunjin mengunci pintu sekuat mungkin dan berdiri semula dengan yang lain.

"Harap harap dia tak boleh masuk" kata Shuhua.

Dia sedang berpelukan dengan Nancy.

"Seram bangang tengok dia jalan perlahan macam tu sambil pegang kapak"

Freya juga tak lepas tangan Jaemin.

"Ni semua Yangyang dengan Felix punya pasal. Habis kita semua kena tempias sekali" rungut Lua.

"Kenapa ni Hyunjin" soal salah seorang pekerja kafe ni.

"Nothing. Jangan risau. Korang semua just stay dalam bilik mummy and please call polis juga"

Semua pekerja kafe berlari masuk kedalam bilik kerja Nayeon.

Dan tidak lama kemudian kedengaran kaca pecah. Semua memandang kearah pintu masuk.

"Damn punya budak. Boleh dia pecahkan pintu dengan kapak"

Mereka semua mula panik. Semakin lama mereka bergerak semakin belakang. Mereka berdiri di belakang kaunter.

"Weh! Dia masuk. Macam mana ni" kata Felix dengan panik.

Semakin lama budak nerd itu semakin dekat dengan neraka. Dan tanpa mereka sedar budak itu sudah berdiri didepan kaunter.

"Weh kapak jangan dibuat main" kata Yangyang.

Budak itu senyum penuh sinis dan misteri. Senyum orang psycho.

"Asal. Baru sekarang kau nak takut"

Wo! Cara bercakap pun dah bertukar ni.

"Apa salah aku sampai kau nak bunuh aku" soal Yangyang.

"Bukan kau sorang aje aku nak bunuh tapi satu team crazy Squad18 bangang korang ni aku nak bunuh"

Mereka menelan air liur. Memang mental problem budak nerd ni.

"Tapi kenapa? Cuba kau bagi sebab"

Jinyoung cuba melengahkan masa sampai polis datang.

"Korang nak tahu sangat kan. Fine. Ada tiga sebab"

Mereka melihat budak nerd itu sedang mengusap kapak yang dia pegang. Tengok pun tahu yang kapak tu tajam.

"Satu, kawan babi korang yang dari German tu marah aku. Suruh aku hormat dia sebagai senior"

Semua melihat Yangyang. Mereka tak boleh marah Yangyang sebab itu memang perangai CS18.

"Kedua, kawan bangang korang yang ibu dia mati tu buat crush aku Kim Jiho pindah dari sekolah tu"

Freya menahan amarahnya bila budak nerd ni cakap pasal ibu dia. Cari mati betullah budak nerd ni.

Heejin mengusap belakang Freya untuk menenangkan Freya. Dia takut Freya terkam budak nerd ni nanti.

"Ketiga, korang semua kenakan kakak saudara aku iaitu leader of evil baby. Nama dia Chaeyeon"

Ouh! Sepupu budak nerd ni rupanya.

"Ketiga tiga sebab tu melibatkan semua member crazy Squad18. So aku patut bunuh korang semua"

Hyunjin melihat budak nerd tu bersedia untuk menghayunkan kapak yang dia pegang.

"Semua tunduk!" jerit Hyunjin.

Dengan automatik semua orang tunduk.

"Aww!"

Kapak itu jatuh lalu terkena lengan Heejin.

"Darah lagi" Heejin memegang lengannya.

Hari tu baru lega aje kedua tapak tangannya. Last last hari ni kena lagi.

"Jinyoung sembunyikan kapak tu" arah Freya.

Budak nerd itu ingin melangkah ke belakang kaunter tapi siren polis kedengaran. Budak itu terus panik.

Mereka semua lega polis datang tepat pada waktu. Nayeon dan Daniel juga datang. Budak itu ditangkap dengan polis. Semua boleh bernafas lega.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top