CS18 - 26

"Weh korang. Aku ada benda sikit nak cakap"

Mereka sedang tukar baju dalam bilik persalinan sebab sekarang ni kelas bersukan.

"Kau ni asal Yangyang. Pelik semacam aje aku tengok" kata Han.

"Aku rasa akhir akhir ni macam ada orang follow aku"

"Dan aku dengan Yangyang rasa benda ni ada kena mengena dengan budak nerd tu" sambung Felix pula.

Hyunjin memakai bajunya sambil mendengar. Dia juga pelik. Tak kan budak nerd tu kot. Apa sangat yang budak tu boleh buat.

"Habis tu korang nak kami buat apa" tanya Jinyoung sambil mengikat tali kasutnya.

"Kami nak minta tolong korang siasat tapi tak payah libatkan geng perempuan. Kita kita aje" kata Yangyang.

"Sebab Saeron ada cakap yang budak nerd tu psycho"

"Seriuslah bangang. Kau jangan buat main dengan budak psycho ni weh" Jaemin menyampuk.

"So petang ni aku nak kitorang follow dia balik"

"Tapi kalau parents dia tahu macam mana"

"Tak mungkin sebab parents dia busy"

"Apa nama budak tu" tanya Han.

"Park Jisung" jawab Felix.

"Nama macam aku bhai" kata Han lagi.

Haha. Nama penuh dia Han Jisung. Tapi orang panggil Han aje.

"So lepas balik sekolah lah ni"

Jeno ingin kepastian.

Yangyang dan Felix mengangguk. Hari ni juga mereka akan selesaikan masalah ni.

"Woi segala jenis setan! Korang membawang apa lagi dalam tu lama lama"

Suara Shuhua kedengaran.

"Menganggu betullah minah senget ni" kata Felix tak puas hati.

Mereka semua keluar dari bilik persalinan. Geng perempuan juga sudah siap berpakaian sukan.

"Tadi Cikgu Sehun cakap main aje apa yang kita nak. Dia ada hal kejap" kata Jinyoung.

Mereka semua cuma mengangguk. Tak tahu nama main apa.

"So kita nak main apa?" soal Renjun.

"Basketball" Han memeberi cadangannya.

"Agak agaklah kau. Kalau main yang tu confirm geng lelaki ni yang menang. Kau tengok geng perempuan. Pendek pendek belaka. Nak nak lagi Eya"

Dan satu tendangan berjaya mendarat di kaki Haechan.

"Tinggi aku 165 cm kot. Kau tu yang pendek" bidas Freya.

"Sudahlah. Tak kan benda macam tu pun nak gaduh" Seungmin menyampuk.

Kalau tak cegah mereka dua orang ni, mahu sampai esok mereka bergaduh.

"Kalau macam tu aku suggest kita main bola tampar. Fair and square right"

Giliran Hyunjin memberi cadangan.

"Okey aku setuju. Korang?" soal Jinyoung.

Mereka mengangguk.

"Tapi tak best kalau tak ada deal"

Freya menayangkan muka sombong sambil melipat kedua belah tangan didepan dada.

"Eh of course! Kau discuss dengan team kau dulu nak deal apa. Aku discuss dengan team aku"

Jinyoung juga tak nak kalah. Mereka semua berpecah. Team perempuan ikut Freya manakala team lelaki ikut Jinyoung.

Setelah beberapa minit berbincang, mereka berdiri hadapan satu sama lain.

"Kalau kami menang, sorang sorang akan kena jentik dahi dengan Haechan"

Team perempuan menayangkan muka biasa. Padahal dalam hati takut habis. Yelah siapa tak kenal Haechan. Sekali dia jentik mahu gegar kepala otak.

"Okey kalau kami menang, aku nak semua lelaki angkat team perempuan bawa sampai ke bilik persalinan"

Jinyoung senyum sinis. Masing masing menilik badan team perempuan. Nasib kurus. Tapi jarak dari padang ke bilik persalinan boleh tahan jauh. Sekolah ni besar.

"Deal!" kata mereka semua dengan serentak.

Selepas itu semua mencari tempat untuk panaskan badan. Tidak lama kemudian Cikgu Sehun datang.

"Kamu semua nak main apa" soal Sehun.

"Kami nak main bola tampar cikgu. Boleh cikgu jadi pengadil" tanya Jinyoung.

Mana boleh main tanpa pengadil. Siapa yang tentukan pemenang nanti.

"Boleh sangat tapi kenapa team perempuan sikit"

"Eh! Kami okey cikgu. Setakat team lawan macam ni apalah sangat. Kan geng?"

Freya mula sombong.

"Amboi! cikgu suka semangat kamu. Tapi kena undi team mana yang boleh pilih tempat"

Freya dan Jinyoung menetukan dengan bermain gunting batu kertas.

"Yes!" Freya menjerit dengan gembira.

"So Freya kamu pilih sebelah mana" soal Sehun.

"Kami ambil sebelah yang cikgu berdiri tu"

Freya dan Shuhua berhigh five. Hidup kena bijak. Dia sengaja pilih sebelah tu sebab tak bertentang dengan cahaya matahari. So lagi mudah untuk mereka menang.

"Okey so sila ambil tempat semua"

Apabila semua bersedia di tempat masing masing, Sehun meniup wisel permulaan. Mereka mula bermain.

Beberapa minit berlalu, team lelaki mendahului team perempuan dengan lima mata manakala team perempuan dua mata.

"Korang get ready untuk kena jentik dahi dengan aku"

Haechan ketawa jahat.

Tapi sebelum 2 minit tamat, team perempuan berjaya mendahului team lelaki dengan 9 mata manakala team lelaki kalah dengan 7 mata.

Team perempuan berpelukan sesama mereka. Bahagia sebab menang dan yang penting tak kena jentik dahi dengan Haechan.

Cikgu Sehun pula sudah pergi setelah mendapat satu panggilan. Team perempuan sengaja melompat dan menari nari macam budak kecil depan team lelaki.

"Eleh korang bernasib baik sebab boleh pilih tempat. Kitorang punya tempat bertentang dengan cahaya matahari" kata Jaemin tak puas hati.

"Still kami yang menang. So korang semua perlu tunaikan apa yang korang janji tadi"

"Eyy kitorang tak lupalah. Cepatlah" kata Jinyoung malas.

"Aku nak Bae Jinyoung!" kata Shuhua.

Dan akhirnya Eunbin dan Han. Saeron dan Renjun. Lua dan Yangyang. Xiyeon dan Jeno. Nancy dan Felix.

"Tinggal Haechan Jaemin Hyunjin dan Seungmin" kata Jinyoung.

"Kalau macam tu aku masuk team Jinyoung"

"Bagus ada dua orang angkat aku"

Shuhua ketawa mengejek.

"Aku nak Haechan sini angkat aku dengan Han" kata Eunbin selamba.

Han dan Haechan membuat muka menyampah.

"Kalau macam tu Hyunjin Jaemin angkat Eya. Settle. Dah jom"

Freya tak jadi nak bangkang bila melihat semua team dia sudah naik belakang lelaki yang mereka pilih.

Hyunjin dan Jaemin duduk. Mereka terpaksa pegang lengan masing masing untuk buat tempat duduk untuk Eya.

Freya duduk diatas tangan Hyunjin dan Jaemin. Dia tak kisah letak tangan dia di leher Jaemin tapi Hyunjin. Aaahhh! Bodoh kau Eya. Kau juga yang bagi cadangan macam ni.

Dengan perlahan dia letakkan tangannya di leher Hyunjin. Tebalkan muka jelah Kang Freya. Perjalanan yang dekat pun terasa jauh.

...

Freya termenung didepan taman rumahnya. Malam ni ada banyak bintang. Cantik aje. Angin malam menyapu kulit mukanya.

"Buat apa sorang sorang diluar ni. Tak takut ke?"

Daniel datang menegur anaknya. Dia berdiri disebelah Freya.

"Taklah pa. Nak takut apa. Ni kenapa papa tak tidur lagi"

"Nak tidur macam mana kalau masuk dalam bilik anak tadi tinggal sorang anak aje yang tinggal. Sorang lagi entah kemana"

Freya tergelak.

"Sorry pa"

Freya memeluk papanya dari tepi.

"Kenapa papa tengok Eya macam ada masalah aje lately ni"

Freya melepaskan pelukannya. Muka sedih dia tayang sebaik mungkin.

"Tak habis lagi ke bergaduh dengan anak Minhyun tu" teka Daniel lagi.

Freya tersenyum tawar.

"Nama dia Hyunjin pa"

Daniel mengangguk kepalanya.

"Entahlah pa. Eya cuma rasa yang dia kawan dengan Eya selama ni sebab simpati. Yelah Eya tak ada siapa siapa masa tu"

Daniel pula rasa bersalah. Dia tak patut abaikan anaknya dulu.

"Mana boleh macam tu. Mana tahu dia ikhlas kawan dengan Eya. Eya ni cepat sangatlah judge orang"

"Bukan macam tu pa. Eya sendiri yang dengar dia cakap macam tu"

Daniel menarik tubuh anaknya ke dalam dakapannya. Kepala Freya diusap dengan lembut.

"Papa pun tak tahu mana satu yang betul. Tapi papa cuma nak ingatkan yang setiap manusia tak lari dari kesilapan. Jadi kalau Eya nak rasa tenang, Eya perlu maafkan dia. Suruh dia explain kenapa dia buat macam tu" nasihat Daniel.

"Okey pa. Eya cuba. Tapi Eya tak tahu lagi bila Eya boleh maafkan dia"

"Suka hati sayanglah. Sekarang ni pergi masuk tidur. Dah lewat ni"

"Hyunjin kalau mummy tanya sekali lagi boleh. Betul ke Hyunjin nak ikut daddy dengan mummy ke Dubai"

Hyunjin mengangguk. Minhyun dan Nayeon melihat sesama sendiri.

"Hyunjin dah buat keputusan mummy"

"Hyunjin tak menyesal kan?" tanya Minhyun pula.

Hyunjin menggeleng kepalanya. Harap harap macam tulah.

"Tapi nanti kalau Hyunjin nak sambung belajar disini, mummy dengan daddy benarkan. Lagipun dekat sini ada abang daddy, uncle Suho dengan aunty Chorong. Hyunjin boleh stay sana"

"Nantilah Hyunjin fikirkan. Tapi Hyunjin setuju nak ikut mummy dengan daddy ke Dubai"

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top