CS18 - 22
"Eya sayang papa. Eya pergi dulu"
Daniel melihat anaknya untuk kali terakhir sebelum sebuah kereta melanggar Freya.
"Awak gagal jaga anak kita"
Joy muncul disebelah Daniel yang sedang terduduk sambil menangis.
"No sayang. Sayang jangan tinggalkan saya"
Daniel melihat Joy semakin lama semakin hilang.
"Sayang!"
Dia terjaga dari tidurnya.
"Pa..pa okey" tanya Freya.
Dia berasa lega melihat Freya ada di hadapannya tanpa sebarang darah. Rupanya dia mimpi tadi.
Terus Freya ditarik kedalam pelukannya. Freya juga terkejut.
"Papa minta maaf sayang. Papa janji lepas ni papa akan jaga sayang"
Freya yang mendengarnya juga terkejut. Mimpi apa papa dia tadi sampai minta maaf dengan dia.
"Eya pun nak minta maaf juga sebab selalu susahkan papa"
Daniel mencium dahi anaknya untuk pertama kali sejak isterinya meninggal.
"No sayang. Papa yang salah"
Dan akhirnya Freya boleh tersenyum manis di depan Daniel.
"Ermm anyway kenapa papa tidur diruang tamu"
Pelik juga dia. Masuk rumah tadi tengok papa dia tidur diatas sofa. Awal tu dia buat tak kisah tapi dia perasan yang muka papa dia berpeluh peluh. Sebab tulah dia datang tengok.
"Penat sangat. Papa cuma nak duduk sekejap aje. Tahu tahu tertidur"
Freya tergelak.
"Papa penat sangat. Nak Eya buatkan air?"
"Tak payah. Papa nak ajak Eya dinner kat luar nanti. Mana kawan Eya yang sorang tu"
Heejin? Haah. Mana pulak minah tu pergi.
Dan tiba tiba pintu rumah ditolak dari luar. Muncullah Heejin.
"Hah muncul pun. Jom kita siap"
"Siap? Pergi mana?" tanya Heejin.
"Dinner dengan papa aku"
Heejin melihat Daniel.
"O...okey"
Tiba tiba Heejin rasa kekok. Yelah selama dia tinggal sini mana pernah dia jumpa Daniel macam ni.
Mereka berdua naik ke bilik.
"So apa dah jadi?" tanya Heejin sebaik saja mereka masuk kedalam bilik.
"Aku dah baik dengan papa aku. Papa aku minta maaf tadi"
"Seriously! Finally. Mesti kau happy kan"
"Soalan apa kau ni. Of course lah aku happy. Eh! Jom siap. Nanti papa aku tunggu lama pulak"
...
Cikgu Kai masuk bersama Cikgu Naeun. Mereka duduk di tempat masing masing. Rasanya mereka semua dah tahu sebab apa Cikgu Kai masuk ke dalam kelas mereka. Mesti kes mereka ponteng kelas.
"Saya datang sini nak bagitahu yang kamu semua perlu ke dewan utama. Saya sendiri yang jemput orang untuk motivasi kamu semua tentang kes budak nakal"
"Nakal sangat ke kami cikgu" Haechan tanya soalan bodoh.
"Satu soalan yang terlampau bijak" sindir Cikgu Naeun.
"Bila kami perlu pergi?" soal Jinyoung.
"Selepas waktu rehat nanti. Kalau macam tu saya keluar dulu. Siap kamu semua saya kerjakan kalau saya tak nampak muka kamu semua dalam dewan tu nanti"
Kai memberi amaran.
"Kamu semua tunggu di kelas diam diam sampai saya datang. Saya ada hal kejap" pesan Cikgu Naeun.
"Okay time to discuss" kata Jinyoung dengan kuat.
"Aku sure semua orang tak nak pergi dewan kan" tambah Jinyoung lagi.
Semua mengangguk.
"So apa plan nya" soal Jaemin.
"We destroy that hall" sambung Felix.
"Good choice"
Jinyoung and Felix berhigh five.
"Firstly macam biasa. Kita semua ada di dewan tu"
Semua tumpu kepada Jinyoung.
"Felix Seungmin Yangyang macam biasa. Korang bahagian elektrik"
"Hyunjin Freya aku nak korang berdua rosakkan mikrofon"
"Wait kenapa bukan aku dengan Freya aje" soal Jaemin tak puas hati.
"Kau kena ikut aku nanti. Ada benda yang lagi besar kita perlu buat"
Hyunjin beriak biasa. Jaemin masih menunjukkan muka tak puas hati.
"Benda besar apa yang kau nak buat" soal Han.
"Aku akan siram air pada orang yang akan bagi motivasi tu nanti. So Renjun dengan Haechan aku nak kau berdua pergi ambil air sebanyak yang boleh. Tapi make sure jangan bagi orang lain nampak"
"Jeno Han Jaemin aku akan pasang perangkap. Kitorang akan make sure air tu nanti jatuh betul betul atas orang yang akan bagi motivasi tu nanti"
"Tapi bagi Mr Kailer sekali boleh. Aku geramlah dengan dia" kata Xiyeon.
"Okey kita akan siram Mr Kailer sekali nanti. Yang lain cuma duduk didalam dewan tu nanti tapi Jaemin aku nak kau duduk hujung disebelah dinding. Dan aku akan ada sebelah kau nanti untuk bagi isyarat"
"Settle!" tambah Jinyoung lagi.
Mereka kembali ke tempat masing masing. Dan tidak lama kemudian Cikgu Naeun masuk bersama beberapa kertas ditangan.
Akhirnya waktu rehat. Mereka semua ke kafe untuk mengelak orang lain syak yang mereka akan buat kerja jahat nanti. Tapi mereka makan dengan kelajuan habis. Selepas makan mereka mulakan kerja masing masing kecuali yang tidak terlibat.
Renjun dan Haechan dah selamat bawa dua bekas air ke tingkat atas. Memandangkan mereka akan guna hall tingkat bawah saja, ini memudahkan lagi kerja mereka semua.
"Aku rasa budak nerd tu nampak kitalah" rungut Haechan.
"Habis tu kita nak buat apa. Kalau ikutkan hati aku kita pergi jumpa terus budak nerd tu suruh dia tutup mulut" kata Renjun.
"Korang ni. Lain kali buat kerja jangan bagi kantoi" bebel Jinyoung.
"Takpe bro. Budak nerd aje pun. Biar aku yang pergi settle dengan Renjun"
"Aku okey aje"
Haechan dan Renjun pergi cari budak nerd yang tak sengaja tengok mereka isi air dalam bekas besar tadi.
Han dan Jaemin menggantung tali dari dari pentas utama hingga ke hujung dinding sebelah kiri. Yang pasti tak akan ada orang yang perasan tali tu sebab tali warna putih. Lagipun mereka lekatkan tali tu pada dinding dewan yang berwarna putih.
Jinyoung pula sedang menggantung bekas yang boleh tahan besar diatas sebelum bekas itu disisi semula dengan air. Jinyoung ni kalau bab buat perangkap memang terbaik. Orang lain juga tak kan perasan bekas ni sebab digantung di tingkat dua dan tingkat dua gelap plus bekas itu berwarna hitam.
"Kau sure ke plan ni success" soal Han.
"100% sure" kata Jinyoung dengan yakin.
Pada masa yang sama dibelakang pentas, dua manusia membuat kerja mereka tanpa sebarang bunyi. Hyunjin dan Freya sedang merosakan beberapa biji mikrofon yang ada didalam bilik itu.
Hyunjin melihat Freya yang sedang tekun membuat kerjanya. Sejujurnya dia nak sangat cakap dengan Freya tapi dia takut Freya akan tambah benci dengan dia. Lagipun dia tengok muka Freya happy aje masa masuk kelas bersama dengan Jaemin dan Heejin.
Jadi kesimpulannya, Freya boleh happy tanpa dia.
Felix Seungmin dan Yangyang pula bersiap sedia di bilik utama elektrik. Mereka menunggu didepan pintu bilik itu. Kawasan tu memang jarang orang lalu lalang sebab bilik tu jauh dari bilik bilik lain. Yelah dah nama pun bilik elektrik. Bahaya kan kalau orang masuk.
"Weh! Kau tengok siapa yang datang" beritahu Felix.
Yangyang melihat budak yang sama datang.
"Kau lagi budak nerd. Asal kitorang nak buat jahat aje mesti kau ada. Kenapa kau lalu sini. Dah tak ada jalan lain"
Felix dan Seungmin menghalang jalan budak nerd itu.
"Bu..bukan macam tu. Saya lalu sini sebab budak kelas saya akan buli saya bila saya guna jalan biasa" cerita budak itu dengan takut takut.
"Okey aku akan lepaskan kau. Tapi aku nak kau tutup mulut kau. Kau anggap aje kau tak pernah nampak kami disini. Faham?!" tengking Yangyang.
Budak nerd itu terkejut lalu dengan cepat dia mengangguk.
"Kalau kami kena denda dengan Mr Kailer, kau orang pertama kami cari" giliran Seungmin memberi amaran.
Dan tiba tiba Renjun dan Haechan muncul.
"Jumpa pun" kata Haechan.
Penat pun belum hilang.
"Kau berdua ni kenapa" soal Felix.
"Kitorang cari budak nerd ni. Dia usya kami isi air tadi"
"Laa korang pun kena jugak" kata Yangyang.
"Eyy kau ni memang cari nahas kan budak. Kau tak respect abang abang senior kau langsung" tambah Yangyang lagi.
"Bu..bukan macam tu senior. Saya tak sengaja tengok tadi. Saya janji saya tak kan bagitahu sesiapa"
"Baik. Aku percaya cakap kau. Kau kunci mulut kau sendiri sebelum aku sendiri yang tolong jahit mulut kau nanti"
Budak itu mengangguk lalu terus pergi dari situ. Takut sangat dengan senior senior dia.
"I feel bad about this" kata Heejin tiba tiba.
"Asal?" soal Nancy.
"Aku rasa bukan kita aje yang kena motivasi. Aku terserempak dengan budak sekolah lama aku. Dan aku nampak ada juga budak dari sekolah sekolah lain"
"Maksud kau" tanya Shuhua.
"Maksud aku dorang kumpul semua budak budak nakal macam kita ni lepas tu letak dalam satu dewan. Sama sama dengar ceramah motivasi tu nanti"
"What the fuck man!" kata Eunbin.
Akhirnya mereka semua berkumpul dalam dewan. Seperti yang mereka rancang, semua orang ada didalam dewan.
"Elektrik akan terpadam dalam masa 10 minit" beritahu Felix.
Jinyoung tersenyum sinis.
"Terbaik ahh korang bertiga" puji Jaemin.
"Bro. Lelaki yang pernah jadi lawan kau pun datang sekalilah"
Seungmin berbisik pada Hyunjin. Lelaki yang dimaksudkan Seungmin itu duduk betul betul depan mereka berdua.
"Aku tahu. Geng dia pun ada juga. Aku kenal dorang pun sebab Heejin yang bagitahu" bisik Hyunjin pula.
"Bapak sejuk ahh dewan ni" komen Freya.
Freya sengaja cakap kuat sebab geng evil baby juga datang dan mereka duduk tidak jauh dari tempat Freya duduk.
Dia perasan Chaeyeon pandang dia tapi dia buat tak tahu.
"Eya look. Dia pakai gelang tangan aku yang dia ambil hari tu" kata Heejin.
"Don't worry sayangku Heejin. Kejap lagi kita ambil. Tak malu betul pakai yang orang punya"
Seungmin yang duduk hadapan Freya dan Heejin juga turut dengar. Dia tengok gelang yang dimaksudkan Heejin.
Tengok dari jauh pun tahu kalau itu gelang tangan Heejin. Dari dulu lagi Heejin selalu pakai. Dia cakap gelang tu parents dia bagi masa birthday dia.
Orang yang dimaksudkan Mr Kailer sedang melangkah naik ke pentas.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top