CS18 - 20

Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Semua member crazy Squad18 datang untuk support Hyunjin termasuk Gowon. Pertama kali mereka semua datang tempat macam ni.

"Besar siak gelanggang dia" komen Renjun.

"Eh! Jomlah duduk" ajak Nancy.

Boleh tahan ramai penonton yang datang.

"Eya tak datang?" tanya Seungmin.

"Ha tu panjang umur"

Felix menunjuk kearah dua manusia yang baru masuk.

"Okeylah kalau macam tu aku pergi jumpa Hyunjin kejap"

Seungmin terus pergi dari situ.

"Asal kau lambat sangat Eya?" soal Shuhua.

"Sebenarnya aku tak ada mood datang sini. Ini pun Jaemin yang paksa"

"Mana Jaemin. Tak nampak pun"

Shuhua melihat sekeliling.

"Dia pergi toilet kejap"

Shuhua mengangguk. Freya melabuhkan punggungnya di sebelah Shuhua.

Seungmin masuk kedalam bilik Hyunjin. Hyunjin tengah panaskan badan. Coach dia juga ada sekali.

"Bro" tegur Seungmin.

Hyunjin mengambil botol lalu meneguk air sampai habis. Peluh di dahi dan leher juga kelihatan.

"Dorang datang?"

Seungmin mengangguk.

"Aku ingat dorang tak datang tadi. Sorrylah. Aku harap kau tak hilang fokus bila lawan nanti"

Hyunjin cuma mampu mengangguk.

Kenapa dua orang tu mesti datang.

"Jom Hyunjin. Pertandingan dah nak mula"

Jungkook menepuk bahu Hyunjin.

"Okeylah bro. Aku keluar dulu. Good luck!"

Mereka salam lalu berlaga bahu masing masing.

Selepas keluar dari bilik Hyunjin, Seungmin tak sengaja dengar perbualan seseorang. Dengan perlahan dia berjalan kearah suara itu.

"Aku nak kau pukul dia habis habisan" suara yang bagaikan mahu balas dendam.

Suara ni juga suara Jaemin. Jaemin tengah bercakap dengan siapa.

Dia terus pergi dari situ selepas tidak dengar sebarang suara lagi. Dia pergi ke tempat duduk dengan member yang lain.

Hyunjin sudah masuk gelanggang. Begitu juga lawan dia. Seungmin mula tak sedap hati. Harap harap Hyunjin tak apa apa.

"Oh my gad!" kata Heejin tiba tiba.

"Kau kenapa Heejin?" tanya Freya.

Tiba tiba aje Heejin tayang muka terkejut. Nampak hantu ke.

"Sunwoo..." sambung Heejin.

"Sunwoo? Siapa tu. Kau kenal ke"

"Lelaki yang akan lawan dengan Hyunjin nanti nama dia Sunwoo. Dia budak Starscream"

"Maksud kau dia sekolah kau dulu?"

Heejin mengangguk. Seungmin di belakang cuma diam dan mendengar.

"Haah. Kau tahu tak dia budak paling nakal dan paling kuat di sekolah tu. No one yang berani cari pasal dengan dia" cerita Heejin lagi.

Freya mencebik. Kisah pulak dia. Punya pasal. Siapa suruh nak masuk sangat. Padan muka!

"Oh" cuma itu yang Freya balas sebelum telefonnya dibawa keluar.

Pertandingan sudah mula tapi Freya buat tak tahu. Main telefon. Dari belakang Seungmin boleh nampak Jaemin tersenyum sinis.

Hyunjin dipukul berkali kali oleh lawannya tapi mereka tetap menjerit memberi sokongan. Dan tidak lama selepas itu Hyunjin bangkit. Giliran Sunwoo jatuh. Tapi Sunwoo juga tak mahu kalah. Mereka terus berlawan.

"Eya tengoklah" kata Jaemin.

"Tak nak. Tak da mood"

Freya sambung main game di telefonnya.

Dan akhirnya perlawanan tamat. Siapa yang menang?

"Weh! Hyunjin menang!" jerit Jeno sambil melompat lompat.

Yang lain juga turut melompat. Bahagia sebab tak perlu mengaku depan Cikgu Jin yang mereka kempiskan tayar kereta Cikgu Jin.

"Jaemin Freya. Korang kena belanja kitorang" kata Han dengan gembira.

"Iya kami tak lupa" kata Jaemin dengan malas.

Mata Freya tak sengaja tengok Hyunjin dengan muka yang penuh dengan darah. Tiba tiba hati dia rasa lain. Kenapa dia sedih tengok Hyunjin dalam keadaan macam tu.

Jaemin perasan yang Freya tengah pandang Hyunjin.

"Jom Eya"

Dia terus tarik tangan Freya dan keluar dari tempat tu. Seungmin pula hanya mampu tengok.

"Hyunjin bagitahu aku kalau dia menang, dia belanja kita makan esok. So kalau korang nak balik dulu, baliklah. Aku pergi jumpa dia kejap"

"Seriuslah dia nak belanja. Wah!"

Han dan Jeno berhigh five.

"Kalau aku ikut kau boleh?"

Heejin bersuara tiba tiba.

"Kenapa kau minta izin pulak. Kalau nak pergi tu pergi jelah" kata Haechan.

"Betul tu. Kalau macam tu kami balik dulu. Bye!"

Mereka semua pergi. Tinggallah Seungmin dengan Heejin. Seungmin melangkah terlebih dahulu diikuti dengan Heejin.

"Bro kau okey tak" tanya Seungmin dengan panik.

Risau tengok keadaan Hyunjin sekarang.

"Aku okeylah bro. Kenapa kau tanya macam tu. Malulah aku depan Heejin" sempat lagi Hyunjin bergurau.

"Kalau aku tahu Sunwoo tu lawan kau, awal awal lagi aku warning kau" kata Heejin pula.

Hyunjin tersenyum tawar. Benda dah jadi pun.

"Aku tak kisahlah. Korang nampak kan dia kena teruk juga tadi"

"Tapi kau lagi teruk!" kata Seungmin dengan Heejin serentak.

Hyunjin berusaha tersenyum walaupun bibir dia berdarah.

"Wo wo! Relax. Asal aku pulak kena marah ni"

Hyunjin ketawa. Tapi tak boleh ketawa lebih lebih. Bibir sakit.

"Anyway korang sweet sangat" tambah Hyunjin lagi.

Seungmin dan Heejin melihat kearah lain.

"Muka pecah macam ni pun still nak ketawakan orang lain"

Jungkook menyampuk.

"Tak ada lah coach. Kawan kawan saya ni lawak sangat"

"Hmm yelah tu. Ni Doktor Yeri dah sampai. Dia nak bersihkan luka kamu"

"Hmm untunglah tunang sendiri doktor. Sakit nanti tak payah susah susah dah"

Jungkook menjeling. Yeri tersenyum malu.

"Kalau korang berdua nak blah dulu pergilah" kata Hyunjin.

"Sokay. Aku tunggu. Kita balik sekali"

"Kau Heejin?" tanya Hyunjin.

"Ermm aku balik dululah kalau macam tu"

"Tapi dah malam. Kau tunggulah aku. Nanti aku dengan Seungmin hantar kau balik"

Heejin berasa lega kerana tak perlu balik sorang. Dah lah malam. Kalau siang takpe jugak.

"Aku rasa balik nanti confirm kau kena marah dengan mummy kau. Kau masuk pertandingan ni pun parents kau tak tahu"

Berkerut dahi Hyunjin menahan sakit. Doktor Yeri pula membersih luka Hyunjin dengan tenang.

"Aku pakai mask nanti. Lagipun dorang dah tidur waktu macam ni. Kau jangan risaulah"

Jaemin memberhentikan motorbike nya di stesen bas. Freya turun dan menghulurkan helmet kepada Jaemin.

"Kau boleh kan balik sorang"

Freya mengangguk walaupun dalam hati dia takut.

"Sorry sebab aku perlu pergi tempat lain"

Dan selepas itu Jaemin terus pergi dari situ. Freya cuma mampu tengok. Dalam keadaan macam ni Hyunjin sorang yang dia fikir. Kalau Hyunjin tak kan tinggalkan dia sorang sorang macam ni.

Eh! Asal kau fikir lelaki tu pulak ni. No no no! Kau tak boleh fikir orang yang tak ikhlas kawan dengan kau Eya.

Freya melihat sekeliling. Sekarang dah pukul 11 malam. Bas pun belum datang. Dia terpaksa tunggu sorang sorang.

"Bro tengok. Ada makanan baru"

Freya melihat dua orang lelaki yang berjalan ke arahnya. Mereka memakai jaket kulit berwarna hitam.

"Hai sorang aje" tegur salah seorang dari mereka.

Freya melangkah ke belakang. Belum sempat dia buka langkah untuk berlari, mereka sudah memegang kedua belah tangannya.

Ya Tuhan. Siapa pun please tolong.

"Lepaslah" rayu Freya.

"Mana boleh. Kau tahu tak bertapa bernilainya kau. Boleh buat kami kaya" kata lelaki itu.

Mereka ketawa jahat.

"Tolonglah lepas"

Freya sudah menangis.

"Ekhmm!"

Kedua orang lelaki itu menoleh ke arah orang yang berdehem. Freya pula tidak berani mengangkat mukanya.

"Lepaskan dia"

"Kau siapa nak arah kami" kata salah seorang lelaki itu.

"Aku? Siapa?"

Lelaki itu tersenyum sinis.

"Aku Hwang Hyunjin. Boyfriend perempuan ni. Yang kau tengah pegang tu girlfriend aku. So lepaskan dia"

"Tak semudah tu"

Bersama dengan itu salah seorang lelaki menyerang Hyunjin. Dengan cepat Hyunjin mengelak. Yelah baru lepas lawan tadi. Darah pun belum kering lagi.

Dan akhirnya lelaki itu tumbang. Seorang lagi kawannya tolong lelaki itu bangun. Mereka terus pergi dari situ.

"Kau okey?"

Freya mengangkat mukanya. Tubuh Hyunjin terus dipeluknya.

"Aku takut Hyunjin" kata Freya sambil menangis.

"Kau dah selamat sekarang"

Hyunjin mengusap belakang badan Freya.

Muka Freya yang penuh dengan air mata dilapnya. Dia boleh nampak yang Freya betul betul takut.

"Kenapa ni?" tanya Seungmin yang baru datang bersama Heejin.

"Ada orang nak culik Eya tadi" beritahu Hyunjin.

"Habis tu kau okey tak ni" tanya Heejin dengan panik.

"Kau pergi mana Heejin" tanya Freya.

"Aku pergi beli barang sikit. Aku ingat Jaemin hantar kau sampai rumah" 

Hyunjin menggenggam tangannya. Urat tangan juga turut nampak. Jaemin ni memang nak mampos lah. Kau tunggu nasib kau esok.

"Nasib kau datang bro. Kalau tak dorang bawa lari Eya entah kemana"

Hyunjin memakai mask semula.

"Itulah. Aku tergerak hati nak tunggu korang kat sini"

"Luka kau macam mana" tanya Seungmin.

"No aku tak kena pukul pun"

Freya curi curi pandang muka Hyunjin. Dia boleh nampak kesan lebam. Tapi entahlah. Hati dia tak boleh terima lagi apa yang Hyunjin dah buat pada dia.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top