CS18 - 2

Jinyoung melihat Shuhua yang berdiri disebelahnya lalu memberi isyarat mata kepada Shuhua. Shuhua menggerakkan kakinya ke depan. Lampu  berbentuk bulat diturunkan dengan perlahan. Bersama dengan itu, seluruh dewan menjadi gelap. Tiba tiba lampu itu mengeluarkan cahaya berwarna warni yang tak ubah seperti kelab malam.

Shuhua pula menggunting tali putih yang diikat di kakinya. Mereka menghapuskan semua bukti. Dalam suasana riuh rendah itu, suara Mr Kailer kedengaran.

"Kelas 8-1 berkumpul didepan saya now!" jerit Mr Kailer.

Hari itu majlis yang berlangsung terpaksa dibatalkan. Disinilah mereka 18 orang. Berdiri didalam dua barisan menghadap muka antara satu sama lain. Mr Kailer bersama rotan nipisnya berjalan di tengah tengah antara mereka semua.

"Apa nak jadi dengan kamu semua ni? Masuk ni dah kali ke 9 kamu semua buat masalah"

Mereka cuma menunduk berpura pura bersalah.

"Kamu tak bosan ke asyik kena denda" sambung Kai lagi.

"Tapi mana cikgu tahu yang kali ni kami juga buat semua ni" kata Lua dengan berani.

"Apa bukti yang kamu ada untuk mempertahankan yang kamu semua betul betul tak buat benda ni" Kai tersenyum sinis.

"Betul cikgu. Kali ni kami mengaku yang kami tak buat. Lagipun kami semua ada di dewan ni tadi" giliran Hyunjin mempertahankan mereka.

"Iya? Kamu semua ingat saya bodoh sangat ke hah"

Jinyoung berasa tidak puas hati. Dia akan pastikan yang mereka semua tak kan dapat denda hari ni.

"Kamu Kang Freya. Junior kamu Kim Jiho mengadu pada saya tadi yang kamu mandikan dia dengan jus oren di cafe tadi"

Eunbin Xiyeon dan Nancy melihat sesama mereka. Mereka ada juga tadi tapi kenapa cuma Freya yang naik nama. Lagipun Eunbin yang tuang tadi bukan Freya.

"Dan Han Yangyang. Kamu berdua ada berdiri di dewan masa guru guru tengah mensyuarat"

Han Yangyang menahan amarah mereka. Dah agak dah. Budak nerd tu mesti tak boleh tutup mulut punya.

"Jap cikgu!" seorang budak lelaki datang dengan tiba tiba.

Han dan Yangyang tersenyum sinis. Berani budak nerd ni tunjuk muka kat sini. Cari masalah ke macam mana ni.

"Saya minta maaf sebab ganggu cikgu tapi saya cuma nak bagitahu kawan saya tersalah info tadi. Sebenarnya tak ada orang pun yang berdiri didepan dewan masa cikgu dengan cikgu yang lain tengah mesyuarat" jelas budak nerd itu.

"Betul ni. Kamu tak tipu saya"

Budak itu teragak agak untuk mengangguk tapi lambat lambat dia mengangguk juga kepalanya. Dia terpaksa tipu untuk keselamatan dia. Dia nampak Han menunjukkan ibu jarinya yang diangkat tanda Han suka dengan penjelasannya.

"Baiklah. Kamu boleh balik kelas"

Budak itu terus pergi tak nak berlama lama disitu.

"Cikgu please. Percayalah. Kali ni kami betul betul mengaku yang kami tak buat" kata Shuhua pula.

Freya hanya diam. Sepatah pun dia tak cakap. Perasaan benci dia pada Jiho semakin membuak buak. Nak aje dia berlari keluar dari dewan ni pergi jumpa Jiho. Dak dak junior tak guna. Kau tunggulah nasib kau nanti.

"Baiklah. Tapi nanti kalau saya dapat bukti yang semua ni berpunca daripada kamu semua, memang lunyai saya kerjakan kamu semua" Kai memberi arahan.

"Ada baiknya kamu semua mengaku sekarang sementara mood saya tengah baik. You know better late than never" sambung Kai lagi.

Mereka semua cuma diam. Memang taklah nak bagitahu benda sebenar. Biarlah kalau Mr Kailer dapat bukti pun. Yang penting hari ni mereka tak kena denda.

"Betul cikgu. Kami tak ada apa yang nak mengaku sekarang ni"

Yang lain menahan tawa mereka melihat Jaemin bersungguh sungguh berlakon.

"Baiklah. Kalau macam tu kamu semua boleh pergi EXCEPT you Kang Freya. Follow me now!"

Yang lain sedih melihat Freya terpaksa ikut Mr Kailer. Tadi Freya yang merungut tak nak kena denda tapi sekarang ni tengoklah siapa yang kena. Budak Jiho ni memang tak boleh diamkan macam tu aje. Kena bagi reward tapi mereka tahu Freya tak kan benarkan. Bak kata Freya biar aku sendiri yang selesaikan kalau aku sendiri yang cari masalah. Itulah ayat Freya yang seringkali mereka dengar.

Semua berkumpul di depan tingkap kelas mereka untuk melihat Freya yang sedang berdiri di gelanggang basketball. Macam macam yang mereka tulis diatas kertas untuk menaikkan semangat Freya. Sesekali Freya ketawa melihat apa yang kawan kawan bangangnya tulis benda benda yang tak masuk akal.

Nanti kita kasi reward dekat Mr Kailer.

Aku sayang kau Eya!

Aku sanggup dukung kau datang sekolah esok! ^^

Esok kita bagi reward sama sama dekat geng Jiho!!

Itulah yang mereka tulis. Freya menggeleng kepalanya melihat kerenah kawan kawannya. Dia happy ada kawan kawan macam mereka semua. Sebab itulah dia suka datang sekolah.

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang dan bersama dengan itu, Freya terus jatuh terduduk. Hari ni tambah satu jam. Enam jam dia kena berdiri hari ni. Tak tahulah dia mampu ke tidak untuk berjalan balik.

"Kau okey Eya?" tanya Saeron.

Risau betul tengok kawan baik di kena berdiri lama lama macam ni. Yang lain juga turut datang untuk melihat Freya. Nancy dan Xiyeon mengurut kaki Freya.

"Sokay guys. Biar aku yang hantar Eya balik" kata Jaemin.

Mereka semua bersetuju lalu meninggalkan Jaemin yang menawarkan diri untuk menguruskan Freya.

"Naik belakang aku"

Freya menurut. Mereka pergi ke tempat parking motosikal. Jaemin si penunggang motosikal berkuasa tinggi. Dulu takut juga Freya nak naik tapi sekarang dah terbiasa.

Jaemin menghantar terus Freya ke rumah. Tapi dirumah nanti siapa yang akan jaga Freya. Freya tiada ibu mahupun adik beradik. Dia anak tunggal yang tinggal bersama papanya. Papanya semestinya bekerja kalau waktu sekarang.

"Aku hantar kau masuk"

Freya menggeleng kepalanya sambil tersenyum manis.

"Tak payah. Aku tak nak susahkan kau"

"Susah apa benda kau ni. Kau tu kawan aku. Tak ada maknanya menyusahkan aku. Kalau macam tu biar aku hantar kau sampai depan pintu rumah. No more excuses" ada nada tegas disitu.

"Fine" Freya menyerah kalah.

"Good girl"

Sampai didepan pintu Jaemin meletakkan Freya dengan perlahan. Freya berdiri dengan memegang pintu supaya dia dapat menampung badannya.

"Aku balik dulu. Bye"

"Bye. Hati hati" Freya melambaikan tangannya.

Matanya menghantar pemergian Jaemin yang semakin lama tidak terlihat itu.

Dia melangkah masuk kedalam rumah. Betapa terkejutnya dia melihat Daniel sudah ada di ruang tamu. Bukan ke sekarang waktu papa dia bekerja.

"Kau buat apa tadi disekolah?"

"Maksud papa?"

Sejak ibu dia meninggal, hubungan dia dengan papanya kian renggang. Papanya sering menyalahkan dia penyebab ibunya meninggal.

"Kau tak payah buat buat tak tahulah. Kau ni memang tak habis habis cari masalah kan"

"Apa papa cakap ni. Eya tak fahamlah"

No. Dia faham sangat. Ni mesti Mr Kailer dah telefon papa dia pasal tadi.

"Kau tahu tak, aku tak tahu nak letak mana muka aku tadi bila kawan baik aku Jaehwan bagitahu aku yang kau mandikan anak dia dengan jus oren"

Ouh! Pasal ni lagi. Wow! So nice Kim Jiho. Let's see what else you can do.

"Sudahlah. Eya naik dulu"

"Aku belum habis cakap lagi ni"

Freya menghentikan langkahnya. Dia tahu apa yang papanya akan cakap sebentar lagi. Hati dia tak kuat nak dengar benda yang sama.

"Dari dulu sampai sekarang, kau tak habis habis nak buat hal. Isteri aku mati pun sebab kau. Kalau kau tak nangis nangis sebab nakkan ibu kau malam tu, semua benda ni tak kan jadi" marah Daniel.

Tengoklah. Betul apa yang Freya cakap. Daniel tak akan berhenti ulang benda yang sama.

"Can you stop put a blame on me. Ini semua takdir. Siapa kita untuk melawan takdir. Papa dari dulu salahkan Eya. Eya boleh terima kalau papa tak sayang dengan Eya tapi satu aje Eya minta..."

Akhirnya air mata Freya gugur. Dia tak boleh tahan sebak di dadanya.

"Tolong jangan salahkan Eya atas kematian ibu. Please..."

Freya naik ke biliknya dengan kaki yang sakit. Semua tu dia tahan. Dia tak nak nampak lemah dimata semua orang.

"Sampai bila bila pun aku tak kan maafkan kau Eya. Kau penyebab isteri aku mati"

Hampir terjatuh Freya dengar semua tu tapi dia gagahkan dirinya naik ke biliknya. Kenapa keras sangat hati papanya. Dia tak tahu macam mana untuk melembutkannya.

Hari ini Daniel tidak membenarkan Freya ke sekolah. Dia mengunci pintu bilik supaya Freya tak boleh keluar. Awal tu Freya sedih juga tapi bila difikirkan balik kaki dia pun tengah sakit. Jadi hari ni dia MC. Dia harap dia boleh MC selamanya macam ibu dia. Tak perlu dia nak rasa semua ni.

"Weh beb! Asal Eya tak datang?" tanya Saeron pada sahabatnya yang lain.

"Manalah kitorang tahu" jawab Lua.

"Dia sakit kakilah tu" jawab Xiyeon.

"Aku tak rasa macam tu. Selama ni okey aje dia datang walaupun kaki sakit" jawab Nancy pula.

"I think there's must be something fishy happens. Asal tetiba aku rasa tak sedap hati ni" tambah Shuhua pula.

"Aku pun" kata Eunbin pula.

Jaemin disebelah juga turut tidak sedap hati. Pelik kenapa Eya tiba tiba tak datang sekolah hari ni.

"Jinyoung Renjun Jeno. Balik sekolah nanti kita pergi rumah Eya"

"Aku on aje" kata Jinyoung.

"Aku pun sama" kata Renjun pula.

"Aku ikut je" kata Jeno.

Tbc

How's my story? Bad? Best?

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top