CS18 - 18
Freya terus ke toilet untuk mencuci mukanya. Macam mana nak masuk dalam kelas dengan muka macam ni. Nanti orang tahulah dia menangis. Banyak kali juga dia cuci muka. Tapi too bad. Dia tak dapat sembunyikan matanya yang sudah bengkak.
Dengan terpaksa dia keluar sebab sebentar lagi pembelajaran yang pertama untuk hari ni akan bermula. Subjek Cikgu Jin. Itu yang dia terlebih berani kalau dia terlewat.
"Emm senior"
Siapa pulak yang panggil aku senior ni. Mimpi apa malam semalam.
"Eh korang rupanya. Ada apa?"
Freya cakap baik baik. Tak ada mood nak cakap kasar. Kira Jiho and the gang bernasib baik hari ni. Dia tak ada mood nak bergaduh.
"Kitorang datang sini sebab nak minta maaf. Kali ni kitorang betul betul minta maaf. Kami janji yang kami tak akan ganggu senior lagi. Lagipun esok kami dah nak pindah sekolah"
"Oh ya. Sekolah mana?" soal Freya. Tak sangka dia Jiho and the gang sampai pindah sekolah. Teruk sangat ni.
"Xavey High School" jawab Hana.
"Oh. Pergi sana jangan cari pasal dengan orang pulak. Saya dengar ada group macam crazy Squad18 juga. Tapi dorang tiga orang. Kalau tak silap, Hazel, Melissa dengan Gowon. Trylah cari pasal dengan dorang"
Freya memberi amaran. Heejin lah yang bagitahu dia semalam.
"Tahu. Kitorang pergi sana pun untuk ubah perangai kami. Thanks sebab bagitahu dengan detail" kata Bella pula.
"Kalau macam tu kami masuk kelas dulu" kata Jiho dengan senyuman ikhlasnya.
Freya mengangguk lalu melangkah pergi. Tak sangka geng tu berubah sampai macam tu sekali.
"Fuh! Aku ingat dia nak marah kita tadi"
Jiho memegang dadanya.
"Tulah pasal" tambah Bella.
Freya masuk ke dalam kelas dengan menunduk sedikit kepalanya. Tak nak bagi orang nampak mukanya. Cikgu Jin yang tengah mengajar kat depan pun dia tak peduli.
"Oit! Siapa suruh kamu duduk Freya. Keluar daripada kelas saya sekarang!"
Perlahan tapi tegas. Freya tanpa banyak bunyi terus bangun dan keluar. Tak mood nak lawan cakap Cikgu Jin. Kalau dia ada mood, dah berbakul bakul dia lawan.
"Alahh cikgu. Dia bukan sengaja lambat. Dia pergi tandas tadi"
Jaemin cuba memepertahankan Freya. Freya pula sudah keluar dari kelas itu. Semua merengus geram melihat Cikgu Jin. Selepas Cikgu Jin membelakangi mereka untuk menulis sesuatu, Jinyoung mengangkat sehelai kertas.
' our target today '
Mereka semua melihat sesama sendiri sambil tersenyum sinis. Habislah Cikgu Jin hari ni.
"Kau kenapa ni Eya?"
Jaemin melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah Freya. Sekarang ni waktu rehat. Semua orang tuju ke kafe tapi Jaemin memilih untuk mencari Freya. Dan disinilah dia, di taman belakang bangunan sekolah. Dia tahu sini salah satu tempat lepak Freya.
"Aku okey. Just tak cukup tidur" jawab Freya. Dia tersenyum tawar.
"Lagi? Jangan tipu boleh tak? Aku tahu ada something yang tak kena dengan kau"
"Aku cakap aku okey..."
"Sebab lelaki sial tu kan" potong Jaemin.
"Lelaki mana pulak ni?" soal Freya dengan malas.
"Hyunjin lahanat tulah. Siapa lagi"
Jaemin merengus geram.
"Kau cakap dengan aku apa dia buat dengan kau"
"Mana dia buat apa apa pun"
"No aku tak percaya. Aku nak pergi jumpa dia"
Jaemin bangun untuk melangkah pergi tapi Freya dengan cepat menahan tangan Jaemin.
"Tak payah cari masalah boleh tak. Kan aku cakap aku okey"
Jaemin meraup kasar rambutnya ke belakang. Geram dengan perangai Freya yang suka berahsia.
"Okey kau cakap kau tak ada masalah kan. Jom pergi makan sekarang"
Freya merengus. Dalam hati tengah kutuk Jaemin macam macam. Annoying sangat perangai Jaemin hari ni.
"Fine! Jom"
...
Hyunjin menumbuk dan menendang punching bag dengan sekuat hati. Sejak kejadian hari tu, dia selalu menghabiskan masa AZ's Gym. Daddy dia yang suruh pergi situ kalau stres.
"Hai bro marah sangat tu" tegur Seungmin yang baru datang.
"Kau baru sampai ke?"
Hyunjin mengambil tuala kecil lalu mengelap peluh di mukanya.
"Haah. Aku dari kafe kau"
"Freya ada cakap apa apa tak?"
Seungmin mengerutkan dahinya.
"Tak ada pulak. Aku tengok lately ni dia diam aje. Kau pun aku perasan juga. Tak banyak cakap macam selalu"
Hyunjin menghembus nafasnya. Dia duduk di sebuah bangku.
"Sebenarnya ni semua salah aku. Aku lepaskan marah aku pada dia" cerita Hyunjin.
"Maksud kau?" soal Seungmin tak faham.
"Kau tahu kan aku bila marah macam mana. Aku suka duduk bersendirian. Aku tak boleh tengok orang lain sebab nanti aku akan marah pada orang yang tak bersalah. Kebetulan masa tu juga Eya datang. Aku tengking dia"
Oh bergaduhlah ceritanya ni.
"Patutlah dia tak nak cakap dengan kau"
Hyunjin mengangguk perlahan.
"Habis tu apa plan kau sekarang ni. Aku tengok Jaemin pun rapat betul dengan Eya. Eya pun happy aje aku tengok"
"Tahu. Aku nampak"
Hyunjin melepaskan nafas beratnya. Hanya Tuhan yang tahu bertapa sakitnya hati dia bila tengok Freya sedang bergelak tawa dengan Jaemin. Sedangkan dia, muka pun Freya tak nak tengok.
"Kalau kau perlukan sokongan, aku akan selalu ada di belakang kau"
Seungmin memberi semangat.
"Thanks. Aku tahu semua ni berpunca daripada aku sendiri. Aku kalau marah memang tak boleh kawal"
"Aku sarankan kau pergi minta maaf dengan dia"
"No sokay. Kalau dia happy aku pun happy"
"Maksud kau happy dengan lelaki lain. Macam tu?"
Hyunjin tersenyum tawar.
"As long as she happy then I'm okay with that"
"No you're not. Aku tahu kau tengah tersiksa sekarang. Kau pura pura kuat depan semua orang. Padahal hati kau sendiri yang terluka"
"Kalau kau betul betul cintakan dia, kau perlu bagitahu dia. Luah pada dia apa yang kau rasa. Mana tahu dia pun ada perasaan yang sama dengan kau"
Tudia apabila Seungmin bersuara. Haha.
"Kau merepek apa ni bro. Mustahil dia ada perasaan yang sama. Dia anggap aku kawan aje. Sekarang ni pun aku tak tahu dia masih anggap aku kawan ke tidak"
Seungmin terdiam. Tak tahu nak balas apa. Nanti kalau dia cakap lebih lebih, Hyunjin anggap dia busybody pulak.
"Eh minggu depan aku ambil port MMA Fighter. Kau tak datang support aku siap kau" Hyunjin mengubah topik.
"Serius ahh bro!"
"Muka aku nampak macam main main ke"
"Okey nanti aku bagitahu crazy Squad18 untuk datang support kau" kata Seungmin dengan semangat.
"Suka hati kau ahh"
Hyunjin bangun lalu berlalu ke tempat treadmill yang tak jauh dari tempat dia duduk. Seungmin juga turut pergi ke situ.
"Eh! Cikgu Jin. Kenapa tak balik lagi ni?" tegur Irene.
"Tayar kereta"
Irene melihat tayar kereta Cikgu Jin yang sudah kempis.
"Jomlah saya tumpangkan" pelawa Irene.
"Boleh juga. Lagipun saya dah penat tunggu. Eh mana Jinyoung. Tak balik sekali"
"Dia dah balik dulu. Ada lah tu pergi lepak dengan kawan kawan dia"
"Guys aku ada benda nak cakap dengan korang"
Seungmin ke kafe semula selepas berjumpa dengan Hyunjin.
Mereka berkumpul di kafe Hyunjin seperti biasa. Cuma Hyunjin aje yang tak ada.
"Asal?" soal Han.
"Hyunjin masuk MMA Fighter. So aku nak kita sama sama pergi support dia"
"Bila?" soal Renjun dengan teruja.
"Minggu depan"
"Kalau aku tak nak pergi boleh?" kata Jaemin tiba tiba.
"Bagi satu sebab"
Seungmin mengawal riak mukanya. Tak nak tunjuk yang dia tak suka dengan perangai Jaemin.
"Ermm sebab aku tak naklah"
"Sebab kau tak diterima. So you all must go. We are crazy Squad18. Kita perlu support each other" kata Seungmin lagi.
"Aku setuju" kata Yangyang.
"Aku rasa Eya pun belum tentu nak pergi" tambah Jaemin lagi.
Semua mata melihat Freya yang dari tadi diam.
"Betul ke Eya?" soal Han.
Freya tersenyum tawar.
"Eh! Mana ada. Dah korang pergi kan. Tak kan aku tak pergi. Betul cakap Seungmin. Kita kan crazy Squad18"
Seungmin tersenyum puas hati. Jaemin pula membuat muka menyampah.
"Okey aku ada cadangan. Apa kata kita buat taruhan. Aku rasa Hyunjin akan menang" kata Jeno dengan yakin.
"Kitorang pun fikir benda yang sama. Siapa rasa Hyunjin akan kalah nanti angkat tangan"
Semua melihat sesama sendiri. Cuma Jaemin dan Freya yang angkat tangan mereka.
"Memang sehati sejiwa betul kita Eya" kata Jaemin. Freya ketawa.
"Fine. Kalau betul Hyunjin kalah, kitorang akan belanja korang makan selama seminggu"
"And kalau korang kalah, aku nak korang mengaku depan Cikgu Jin yang korang buat tayar kereta dia kempis. Amacam?" ugut Freya.
Jaemin dan Freya berhigh five.
"For sure" kata Felix.
"Ingat kitorang takut ke!" kata Haechan pula.
"Eh! Hyunjin. Kau pergi mana. Susahnya nak tengok muka kau lately ni" tegur Shuhua.
"Susah apa bendanya. Ni aku ada depan kau" jawab Hyunjin.
"Join lah kitorang dulu" kata Nancy pula.
"Sorry tak boleh. Ni pun aku datang jumpa mummy aku sekejap aje. Lepas ni aku nak pergi tempat lain pulak"
Hyunjin berlalu pergi ke bilik mummynya. Mereka melihat sesama sendiri. Freya pula sambung membuat kerjanya.
Tbc
Kalau rasa story ni menarik, share lah dengan korang punya kawan. Actually story ni saya buat untuk saya aje yang baca. Tak sangka ada orang lain baca juga. Hihi. Enjoy kepada siapa yang baca❤
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top