CS18 - 17

Heejin mengambil barangnya dengan segera. Freya cuma kerja setengah hari untuk hari ni. Katanya mummy Hyunjin yang suruh. Jadi Freya cakap dia tunggu di stesen bas. Dia akan jumpa Freya disana lalu pulang kerumah bersama sama.

Sebaik saja keluar dari kafe, satu suara yang sudah lama tidak didengarinya menyapa telinganya. Hatinya mula tak keruan. Macam macam yang dia rasa sekarang ni.

"Tak malu betul menumpang rumah orang" kutuk orang itu.

"Kau nak apa sebenarnya Seungmin"

Dia ingat dia dah tak mampu nak berdepan dengan orang ini lepas apa yang berlaku dahulu.

"Mana parents kau yang kaya raya tu. Tak kan dah kena buang dengan keluarga sendiri" sindir Seungmin lagi.

Heejin menahan air matanya sebaik mungkin. Kenapa perlu sebut parents dia. Benci sangat ke Seungmin dengan dia.

"Aku tak tahu apa motif sebenar kau datang sini. Tapi kalau kau datang untuk tujuan sakitkan hati aku, fine, kau menang"

Akhirnya air mata Heejin tumpah jua. Sebenarnya dia tak nak menangis depan Seungmin. Dia tak nak nampak lemah depan lelaki tu tapi dia tak boleh. Mesti Seungmin anggap dia tengah minta simpati.

"Aku nak minta satu aje dekat kau"

Heejin mengesat air matanya menggunakan belakang tapak tangannya.

"Tolong jangan libatkan parents aku dalam apa apa hal. Aku terima kau hina aku. Aku terima kau benci aku but not my parents"

Dan selepas itu Heejin membuka langkah pergi dari situ. Seungmin pula cuma melihat tubuh Heejin yang semakin lama semakin tak terlihat. Am I too ruthless?

Dalam perjalanan ke stesen bas, Heejin ditemani air mata. Dia tak peduli dengan pandangan orang sekeliling. Hanya Tuhan yang tahu bertapa sedihnya dia.

Dari jauh dia nampak Freya sedang berbual dengan Hyunjin. Cepat cepat dia mengesat air matanya. Risau kalau Freya dan Hyunjin tahu dia menangis.

Huh! Tolonglah jangan jadi lemah sangat Heejin. Hidup perlu diteruskan.

"Ha sampai pun kau"

"Sorry sebab lambat" Heejin berusaha tersenyum.

"Tak adalah. Aku baru sampai aje. Setan sebelah aku ni pulak menyibuk aje kerjanya"

Hyunjin mencebik.

"Aku teman kau ni pun dah cukup bagus tau. Kau ni tak pernah nak hargai aku"

Hyunjin berpura pura merajuk.

"Alolo. Baby bucuk merajuk eh. Sorry la"

Heejin disebelah cuma tersenyum. Suka tengok perangai Freya dan Hyunjin. Lagi lagi kalau mereka bergaduh. Dari pandangan dia, dua orang ni ialah pasangan couple yang terlebih sweet. Tapi tulah. Hakikatnya, dua orang ni tak couple pun.

"Ouh anyway. Kenapa muka kau merah" soal Freya.

Alamak! Kantoi la pulak. Eya perasan ke.

"Hish! Kau ni girl. Soalan apa kau ni. Confirmlah sebab panas. Sekarang kan musim panas"

Heejin berasa lega. Thank you so much Hwang Hyunjin. I love you! Thanks sebab selamatkan aku bro.

"Ada aku tanya kau ke setan. Aku tanya Heejin. Kau sibuk apahal. Ada juga yang makan penampar aku nanti" bebel Freya.

Dia paling tak suka orang menyampuk.

"Eh suka hati akulah nak jawab apa pun. Ni mulut aku okey"

"Oh yes? Who ask anyway" bidas Freya.

"Okey dah dah. Sekarang ni dah nak malam. Apa kata kita balik sekarang"

Heejin memberhentikan pergaduhan mereka. Kalau dibiarkan, sampai malamlah jawabnya.

"Good idea. Just fucking go"

"Huh! Tak payah nak fucking sangatlah. Kau pun blah lah" balas Freya.

"Careful bawa motorbike kau. Aku still perlukan kau lagi"

Sempat lagi Freya bagi ayat sweet sebelum menghilangkan diri dalam bas.

Hyunjin pula rasa macam nak lompat lompat kat situ bila dengar Freya pesan macam tu. Dan dia tahu Freya masih sayangkan dia.

"Betul ke aku boleh tumpang rumah kau Eya?" soal Heejin yang mahukan kepastian.

"Iya sahabat baruku. Aku tak main main. Lagipun papa aku balik lewat. Sekurang kurangnya aku tak perlu duduk rumah sorang sorang. Finally ada juga teman" kata Freya dengan ceria.

"Thank you Eya. Aku tak tahu nak balas apa pada kau nanti"

"Aku okey aje. Emm...if you don't mind, boleh cerita sikit pasal family kau. Tapi kalau kau ready aku tak paksa. Aku ni memang jenis budak curious sikit. Kalau boleh semua benda aku nak tahu"

Freya tersenyum tawar. Bodohlah kau Freya.

Heejin disebelah cuba mencari kekuatan. Bolehkah dia cerita pasal family dia pada Freya.

"Aku minta maaf sebab..."

"Parents aku dah meninggal" potong Heejin.

Jantung Freya berhenti berdetak untuk seketika. Dia tak salah dengar kan. Heejin tak ada ibu mahupun bapa. Dan yang paling tragis, Heejin tak ada siapa siapa di dunia ni. Sedangkan dia menangis walaupun cuma ditinggalkan oleh ibunya, inikan pula Heejin.

Kalau nak dibandingkan dia dengan Heejin, dia lebih bernasib baik sebab masih mempunyai papanya walaupun papanya tak ambil kisah pasal dia. Dia juga ada aunty Nayeon yang menganggap dia sebagai keluarga. Sedangkan Heejin tak ada siapa siapa.

Noted for yourself. Jangan anggap hidup kau sendiri teruk sedangkan ada yang lebih teruk dari kau.

"I'm sorry for bring up this thing. Aku tak tahu yang parents kau dah meninggal. Aku minta maaf sangat"

"Tak payahlah nak minta maaf sangat. Mana kau nak tahu semua ni kalau kau tak tanya. Anyway kesiankan aku"

"No aku respect sangat dengan kau. You are stoic person"

"Thanks. Aku nak ucap terima kasih sekali lagi sebab sudi tumpangkan aku kat rumah kau. Aku tak tahu nak tidur mana malam ni kau kalau tak tolong aku"

"Sama sama. Kau boleh duduk selama mana kau nak. Aku tak kisah sebab aku tak perlu duduk rumah sorang sorang dah lepas ni"

"Eh papa kau okey ke aku duduk rumah kau?"

"Ermm okey kot. Selagi aku tak bawa balik lelaki rasanya dia okey aje"

Hmmphh selama ni pun bukan papa dia kisah pasal dia. Rasanya kalau dia bunuh diri pun papa dia tak kisah. Dia pun malas nak fikir. Biarlah papa dia benci dia. Sekurang kurangnya papa dia tak halau dia keluar rumah.

Hari ni Freya ke sekolah bersama Heejin. Hyunjin ada bagitahu yang dia nak datang tapi Freya tak kasi. Freya cakap jumpa di sekolah aje nanti.

"Cantik bila kau pakai uniform ni"

Freya memuji Heejin. Memandangkan Heejin tak cukup duit untuk membeli uniform baru, Freya dengan senang hati bagi uniform yang satu lagi untuk Heejin. Freya memang suka buat koleksi uniform sekolah. Yelah bila rasa malas nak cuci, boleh pakai yang satu lagi. Haha.

"Anyway tak sangka saiz badan kita sama" komen Heejin pula.

Heejin melihat penampilannya di pantulan cermin. Rambut dibiarkan lepas. Manakala Freya pula mengikat rambutnya.

"Itulah pasal. Nasiblah tinggi pun sama"

Mereka ketawa. Memang muat muat baju Freya dengan Heejin.

"Aku janji bila aku dapat gaji nanti aku beli yang baru"

"Eh kau pakai aje. Aku tak kisah. Lagipun banyak lagi uniform aku"

"Kau memang suka beli banyak banyak eh"

"Entahlah. Saja"

Heejin ketawa. Apa punya jawapanlah Freya ni.

"Eh jomlah nanti lambat kita sampai sekolah"

Mereka turun kebawah. Bayang bayang Daniel tidak kelihatan. Mungkin dah pergi kerja.

Semua mata memandang Heejin sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Freya cuma beriak biasa. Pelajar sekolah ni memang. Bukan boleh ada pelajar baru masuk. Mesti usya macam nak makan.

"Hai guys!" sapa Shuhua yang baru datang agaknya.

"Eh Shuhua. Kau sorang aje ke? Mana Jinyoung?" soal Freya.

"Aip! Asal tanya aku pulak. Jinyoung datang dengan kawan kawan dia yang lainlah"

Freya tersenyum nakal.

"Mana tahu. Kau kan tengah rapat dengan dia sekarang ni"

"Oh shit! Shut your fucking mouth bitch! Bila masa aku rapat dengan dia" dalih Shuhua.

Aduh! Dia dah la tak pandai tipu. Jinyoung punya pasallah ni. Suka sangat berkepit dengan dia.

"Amboi kuat betul korang membawang. Dari dalam bas lagi aku dengar" tegur Haechan yang datang bersama Jaemin.

"Eh itu kitorang punya pasallah. Tak payahlah menyibuk. Dahlah pendek" kutuk Shuhua.

"Macam ni kau cakap aku pendek"

Haechan berdiri di sebelah Shuhua untuk melihat siapa yang lebih tinggi.

"Eleh kau lebih sikit aje tu" tambah Shuhua lagi.

"Lain kali jangan kutuk aku depan Heejin. Tak mo tak mo"

"Asal? Malu. Pergi mampuslah dengan kau punya malu tu"

"Dahlah bro. Kalau kau bertekak dengan minah ni, sampai esok pun belum tentu habis"

Akhirnya Jaemin bersuara lalu melangkah meninggalkan mereka semua.

"Eh Hyunjin dah datang. Jom blah"

Freya melihat motorbike Hyunjin masuk kedalam kawasan sekolah. Dia terus menarik tangan Heejin dan Shuhua. Mereka cepat cepat pergi dari situ.

"Mana Eya?" tanya Hyunjin sebaik saja masuk kedalam kelas.

"Kau ni. Duduk pun belum. Tahu tahu dah tanya pasal Eya. Kalau tanya pasal aku takpe jugak" bebel Han.

"Dia buat macam Eya tu girlfriend dia pulak" sindir Jaemin pula.

Hyunjin cuma diam lalu duduk di tempatnya. Tak nak timbulkan pergaduhan dengan Jaemin. Tapi entahlah perasaan marahnya naik tiba tiba. Dia tak boleh duduk sini. Nanti benda lain pula jadi.

Dia terus ambil keputusan untuk keluar. Tempat biasa ditujunya. Disitu aje dia boleh lari dari semua orang.

"Fvck! Bodoh! Kenapa dalam ramai ramai perempuan, Eya juga yang kau nak!"

Hyunjin melepaskan amarahnya dengan mencampak kerusi kerusi lama yang dibiarkan disitu. Semua benda yang ada di hadapan dia sekarang ni, semuanya ditendang dengan sekuat hati.

"Kau okey tak ni?"

Hyunjin tidak melihat orang itu. Kalau dia tengah marah, mohon jangan ganggu dia. Termasuk parents dia sendiri.

"Aku perlukan masa untuk bersendirian"

Hyunjin bercakap tanpa melihat muka Freya.

"Tapi aku risaukan kau. Your hand. Darah"

"Aku cakap blah, kau blah lah!" tengking Hyunjin.

Bahu Freya terangkat sedikit kerana terlampau terkejut. Pertama kali dia tengok Hyunjin macam ni. Air mata terus mengalir. Cakaplah dia budak manja. Sikit sikit nak nangis. Tapi serius dia tak boleh kalau orang tengking dia macam ni.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top