CS18 - 16
Semua bergerak ke kafe Hyunjin apabila diberitahu didalam group. Kata Chanhee, dia nak beritahu sesuatu. Kalau boleh semua member crazy Squad18 ada. Benda ni sangat penting untuk mereka semua.
Saja Chanhee pilih kafe Hyunjin sebab Freya pun ada sekali. Dah dua hari Freya mula kerja. Lagipun hari ni hujung minggu. Esok Freya dah mula sekolah seperti biasa.
Seungmin orang pertama yang datang. Kebetulan dia ada di area dekat dekat sini. Lebih baik dia basahkan tekak dulu sebelum yang lain sampai. Dia melangkah ke kaunter untuk membeli minuman.
"Hello. Tak ada orang ke? Eya! Mana kau"
Dia melihat sekeliling. Baru nak buka mulut untuk panggil Freya, seorang perempuan muncul dari belakang di bahagian bawah kaunter. Terpaku dia sekejap.
"Sorry saya..."
Perempuan itu juga turut terpaku melihat Seungmin. Mereka saling memandang antara satu sama lain.
"Ekhmm!"
Freya berdehem. Menyedarkan mereka berdua ke realiti.
"Amboi! Tahulah kawan baru aku cantik. Yang kau tengok macam nak makan dia tu buat apa" usik Freya.
"Macam biasa, chocolate shake satu"
Dan selepas itu dia terus pergi ke tempat duduk. Freya naik hairan. Kenapa tiba tiba Seungmin jadi macam ni. Tak cakap banyak pulak tu. Selalunya kalau dia datang sini dia akan ganggu Freya buat kerja.
"Kau kenal ke lelaki tadi?" tanya perempuan itu.
"Kenal sangat. Acah aje lebih. Dia salah sorang member crazy Squad18" jelas Freya sambil menjeling kearah Seungmin.
"Hah? Crazy Squad18. Apa tu?"
"Soon. You will know"
"Apa apa jelah Eya"
Mata Freya terpandang lelaki yang baru turun dari motosikal. Alamak! Matilanak macam ni.
"Ouh shit! Weh! Kalau anak tuan kedai ni datang sini, kau buat aje macam aku tak datang kafe ni"
"Hah?"
"Please"
Freya terus bersembunyi bila nampak Hyunjin sudah melangkah masuk kedalam kafe. Haraplah Hyunjin tak tahu yang dia datang kerja hari ni sebab Hyunjin dah larang dia datang kerja. Katanya dia belum lega sepenuhnya. Tapi yang namanya Kang Freya, ada ke dia ikut cakap orang tu. Memang taklah kan.
"Get out from your hidden place Kang Freya. I saw you before I came in"
Dengan selambanya Hyunjin menunggu di kaunter. Freya pula sudah menyumpah seranah Hyunjin. Macam mana dia boleh tahu ni. Hesy! Geramnya!
"So what?" tanya Freya selamba.
Dia terpaksa dia keluar dari tempat persembunyiannya.
"Tak boleh ke sekali aje kau dengar cakap aku. Sekali aje" bebel Hyunjin.
"Alerrr...titew minta maaflah. Titew bosan taw duduk dirumah sorang sorang. Awak apa tahu" balas Freya dengan suara baby tak serupa bikin dia itu.
"Hmm ada aje kan alasan kau" bidas Hyunjin.
Freya tersengih sambil mengangkat peace. Jangan harap dia nak bagi Hyunjin menang kali ni.
"Pergilah duduk sana dengan Seungmin. Aku buat kau air iced americano"
"What? Not my style you know"
"Habis tu mu nak air gapo? Air longkang?" sindir Freya.
"Buatkan aku iced chocolate. Letak krim lebih sikit" arah Hyunjin.
Freya mengetap bibirnya. Nasiblah ni kafe mummy dia punya. Kalau tak dah lama Freya halau keluar.
Akhirnya semua member crazy Squad18 dah sampai. Masing masing sudah memesan air. Katanya Chanhee yang belanja. Freya juga turut berkumpul disitu.
"Ada apa kau nak kitorang berkumpul ni Chanhee?" tanya Lua dengan tidak sabar.
"Berat hati aku nak bagitahu korang. This is bad news" kata Chanhee tanpa semangat.
"Bagitahu jelah" sampuk Han pula.
"Sebenarnya aku kena ikut family aku ke Melbourne. Papa aku kena kerja sana. I have no choice. Aku terpaksa ikut. Aku tak nak tinggalkan korang semua sebenarnya tapi apa aku boleh buat. Aku terpaksa pergi juga"
Rupanya ini yang Chanhee nak bagitahu. Jadi member crazy Squad18 akan kurang sorang. Tak bestlah macam ni.
"Bila kau pergi? Berapa lama kau pergi?" tanya Seungmin.
"Tak tahu lagi berapa lama aku tinggal sana. Inipun sekejap aje aku datang jumpa korang. Family aku tengah tunggu dalam kereta sekarang. Lepas ni kami bertolak ke airport terus"
"Really? Cepatnya"
Yang lain mengangguk setuju dengan kata kata Freya.
"Sorry guys. Aku terpaksa pergi sekarang. Nanti ada masa aku datang jenguk korang. Bye guys"
Mereka semua berpelukan untuk kali terakhir. Dan selepas itu mereka cuma mampu melihat pemergian Chanhee.
"Tinggal 17 orang lah jawabnya" kata Renjun.
Mereka semua kembali duduk dan sambung berbual.
"Ouh sebelum aku lupa. Aku ada someone nak kenalkan pada korang semua. Mana tahu boleh jadi member baru"
"Hah? Siapa?" soal Shuhua.
Freya cuma senyum. Seungmin pula main telefonnya tanpa menghiraukan apa yang Freya cakap.
"Jap aku panggil"
Tidak lama kemudian Freya datang bersama seorang perempuan. Semua lelaki disitu terpaku kecuali Hyunjin dan Seungmin. Hyunjin dah kenal manakala Seungmin cuma buat tak tahu main telefonnya.
"Kenalkan you olls. Ni Heejin. Dia baru kerja di kafe ni. Dia sama umur dengan kita"
Heejin cuma senyum.
"Wow! Muka macam kau Nancy tapi Heejin lagi cantik" kata Jeno selamba.
Mereka ketawa. Nancy menayangkan muka merajuk. Geram dengan Jeno si mulut longkang tu.
"Mana ada. Nancy lagi cantik" kata Heejin. Low profile lah katakan.
"Haha. Kau dengar Heejin cakap apa"
Nancy tak jadi merajuk bila dengar Heejin cakap macam tu. Jeno membuat muka.
"Nasib kau aje tu" balas Jeno.
"Kau sekolah mana Heejin?" soal Eunbin.
Dia tak pernah kenal Heejin sebelum ni.
"Starscream High School"
Jawapan Heejin buat mereka semua terkejut. Biar betul Heejin ni. Tak kan sekolah tu kot.
"Sekolah tu bukannya semua bad student ke?" tanya Renjun.
"Yup! Sebab aku pun bad girl" jawab Heejin selamba.
"Guess what. Dia pun kena gantung sekolah macam aku juga. So dia layak kan masuk crazy Squad18" kata Freya dengan gembira.
Mereka semua melihat sesama sendiri lalu tersenyum sinis.
"Terlebih layak" kata Jinyoung.
Dan selepas itu mereka ketawa.
"Tapi aku dah nak keluar dari sekolah tu. Malas nak hadap muka musuh musuh. So aku tukar ke sekolah lain"
"Sekolah mana pulak? Kau tak bagitahu pun" kata Freya.
"Asgard High School. Kawan aku cakap sekolah tu lebih baik tapi baru baru ni aku dengar ada student kena kacau sebab cari pasal dengan senior. Kalau tak silap aku nama budak Jiho dengan kawan kawan dia"
Mereka cuma beriak biasa. Haha. Merekalah senior tu.
"Senior tu kau tak kenal?" tanya Freya.
"Aku ada dengar juga. Kalau tak salah nama dia Kang....Kang...."
Heejin berfikir. Yang lain menahan tawa. Dia ternampak nametag Freya.
"Ha! Kang Freya!"
Freya turut menahan tawanya. Heejin baru tersedar.
"Eh kaulah senior tu!" kata Heejin.
Akhirnya tawa mereka terlepas.
"Haah. Kitorang semua sekolah di sekolah baru kau tu nanti. Aku Kang Freya. Bukan aku sorang aje. Kalau kau nak tahu, inilah member crazy Squad18 a.k.a group bangang Asgard High School"
"Ouh really. So nanti tak perlulah aku susah susah cari kawan" kata Heejin dengan gembira.
"So member kita lengkap balik. 18 orang macam biasa" kata Jaemin.
"Eh korang berbual dulu. Aku nak pergi jumpa kawan jap"
Heejin berlalu pergi. Mereka semua sambung berbual. Memandangkan pelanggan tak ramai, Freya boleh melepak dengan yang lain. Bukan curi tulang eh. Jangan salah faham pulak. Hihi.
"Kau ni Eya, kalau aku jadi kaulah, aku tak kerja dah" kata Han.
Freya tersenyum tawar. Hyunjin pula cuma mampu diam dan mendengar. Freya sendiri yang tak nak bagitahu kawan kawan mereka yang lain.
"Kau memang. Pemalas! Hidup nak menghabiskan duit mak bapak kau aje" bidas Seungmin.
"Auch! Abang deep. Awat cakap macam tu. Terasa hati tau kiter"
Han memegang jantungnya. Berpura pura macam jantungnya kena tikam.
"Heh kisah pulak aku" balas Seungmin.
"Esok kau dah boleh masuk sekolah kan Eya?" soal Haechan.
Mata semua melihat kearah Freya.
"Yup! Tak sabar nak tengok reaksi Jiho and the gang"
"Kitorang sure dia tak kan lawan kita dah lepas ni" kata Yangyang dengan yakin.
"Ha anyway apa yang korang dah buat pada dia? Apa jadi malam tu?" soal Freya.
Mereka memandang sesama sendiri. Perlu ke mereka cerita kisah menyeramkan tu.
"Sebenarnya taklah teruk sangat kami kenakan dorang. Cuma berlakon jadi hantu pas tu usik mereka semua" cerita Shuhua.
Tubuhnya dirapatkan dengan Saeron. Seram pulak dia rasa walaupun disiang hari.
"Tapi...." Shuhua teragak agak nak sambung.
"Betul ke kau nak tahu Eya. Aku takut malam ni kau tak boleh tidur" sampuk Renjun pula.
"Sokay sebab malam Heejin tidur rumah aku"
"Hmm patutlah kau beria sangat nak tahu" sindir Jaemin.
Freya tersengih sambil mengangkat peace. Dia pun tak bodohlah nak dengar cerita seram macam tu aje.
"Cepatlah cerita. Tak sabar ni"
Mulut cakap cepat tapi tubuhnya semakin lama semakin dekat dengan Hyunjin. Apa punya oranglah kau ni Eya. Nak dengar orang cerita tapi diri sendiri takut. Siang hari kot.
"Actually kitorang nampak hantu. Tapi bukan hantu yang macam dalam filem yang rupa buruk tu. Hantu ni menyerupai Hyunjin, Jinyoung, Lua, Nancy dan Jaemin. Han siap cakap dengan hantu tu lagi" cerita Felix.
"Dah aku ingat yang tu Lua. Anyway hebat kan aku. Ko ade?" kata Han dengan bangga.
Dia siap berdiri sambil mendepakan tangan lagi. Ala ala orang baru lepas menang anugerah gitu.
Pap!
Dan tak semena mena tangan Han menjadi mangsa Eunbin. Lima jari melekat pada lengannya.
"Kau duduk sekarang!" marah Eunbin.
Yang lain ketawa.
"Eleh kecoh arh minah ni" bidas Han.
Sehari kalau tak gaduh dengan Eunbin memang tak boleh.
"Hi guys"
Heejin membawa seorang lagi kawannya. Sekali lagi kaum lelaki terpegun melihat kawan Heejin.
"Ouh hi. Siapa awek sebelah kau tu?" soal Haechan dengan teruja.
"Kenalkan. Ni Gowon my best friend"
"Korang sekolah sekali ke?" tanya Jinyoung pula.
"Taklah. Aku sekolah Xavey High School. Kitorang kenal pun sebab rumah kitorang sebelah menyebelah tapi sekarang Heejin dah tak duduk..."
Gowon tak sempat habiskan ayat dia bila Heejin mencuit belakangnya. Seungmin cuba membaca sikap Heejin. Kenapa perempuan ni beria sangat memotong percakapan Gowon.
"Kau mesti kenal Hazel dengan Melissa kan?"
Freya cuba mengubah topik. Cuma dia tahu masalah Heejin sekarang ni.
"Yup! Dorang sahabat baik aku a.k.a geng yang selalu buat masalah"
"So kau pun budak noti jugaklah ni" kata Shuhua.
Gowon tersengih. Memang pun. Terlebih nakal. Hihi peace yo!
"Bolehlah join group kitorang" kata Felix.
Mereka semua mengangguk setuju. Tapi sayang. Gowon tidak satu sekolah dengan mereka.
"Aku on aje" kata Gowon selamba.
Dia sudah selesa dengan mereka semua walaupun kenal tak sampai sejam. Dah nama pun sekepala. Haha.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top