CS18 - 15
Mereka melihat apa yang sedang Haechan tengok sekarang ni. Mereka juga sama terkejut. Masing masing jadi patung tak berbayar disitu.
"Korang tercegat apa lagi kat situ" jerit Lua.
"Cepatlah kitorang dah lama tunggu korang" kata Hyunjin pula.
"Jadi yang kita jumpa tadi..."
Shuhua tak boleh sambung ayatnya. Dia terus lari kearah Jinyoung. Yang lain juga turut lari.
"Korang kenapa ni?" soal Jaemin.
"Bukannya korang ada diatas ke tadi" kata Xiyeon.
"Hah? Bila masa pula. Punyalah lama kami tunggu korang kat bawah ni. Nasiblah guard tak bangun. Kalau tak kantoi kita semua"
"Jiho dengan geng dia?" tanya Seungmin.
"Kitorang dah bagi dorang semua balik. Lama jugaklah. Ha telefon dorang macam mana?" tanya Hyunjin.
"Aku letak depan kelas mereka. Ingatkan mereka belum balik sebab kitorang dengar dorang tengah berbual tadi" jelas Han.
"Masalahnya kitorang nampak korang pun ada sekali di kelas tu tadi. Han siap cakap dengan Lua lagi" bagitahu Felix.
"Hah? Dengan aku? Korang ni biar betul" kata Lua dengan tak percaya.
"Betul. Aku rasa dia menyerupai korang semualah" kata Saeron.
Mereka semua berasa tak sedap hati. Takut pula dorang.
"Weh! Tadi kau cakap guard tidur kan" soal Haechan.
Jinyoung mengangguk. Memanglah. Dah dia bagi ubat tidur tadi.
"Habis tu yang sedang berdiri tu bukannya guard. Dia tengah usya kita weh. Mampuslah kita semua esok" kata Haechan.
Elok aje lelaki yang pakai uniform guard tu tengah tengok mereka semua.
"Tak kita belum kantoi. Korang tengok kaki dia. Mana pijak bumi pun" kata Yangyang selamba.
"Hah? Tak pijak bumi. Maksudnya...aaaahhhhh!" jerit Shuhua.
Yang lain pun apa lagi. Larilah jawabnya. Tak sangka sampai macam tu sekali mereka kena malam ni.
Selepas balik rumah, Hyunjin terus ke hospital. Kesian biar Freya tunggu sorang sorang di hospital. Dahlah tak ada orang jaga. Mummy dia pun perlu balik awal sebab esok perlu kerja.
"Awal kau sampai" sindir Freya sebaik saja Hyunjin masuk.
"Hihi. Biasalah. Ada kerja sikit tadi" jawab Hyunjin.
"Kerja apa? Kerja jahat"
Freya meletakkan telefonnya. Sementara tunggu Hyunjin, dia buka twitter dulu.
Ha nak cakap aku dak dak twitter lah tu.
"Kitorang bagi sikit reward dekat Jiho dengan kawan kawan dia. Dan aku berani jamin yang dia tak akan ganggu kau dah lepas ni" kata Hyunjin dengan yakin.
"Yelah tu. Tup tup nanti aku masuk hospital balik"
Hyunjin melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Muka Freya ditatap. Freya pula yang tak keruan.
"Papa kau datang tadi?"
Hyunjin cuba mengubah topik.
"Tak datang pun" jawab Freya dengan sedih.
Teruk betullah perangai Uncle Daniel ni. Anak masuk hospital pun dia tak datang jenguk. Macam manalah kalau Freya sakit depan dia. Agaknya dibiarkan macam tu aje kot. Puas hati dia.
Tangan Freya diambil lalu digenggam dengan erat.
"Papa kau mungkin tak sayang kau dan abaikan kau tapi kau kena ingat. Aku masih ada dengan kau dan akan selalu ada di sisi kau. Ingat tu"
Sekali lagi Freya rasa benda yang sama bila Hyunjin cakap macam tu. Rasa macam ada satu perasaan yang tersembunyi dalam diri dia bila dengar Hyunjin cakap macam tu. Tapi dia sendiri pun tak tahu apa perasaan tu.
"Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Kalau aku cakap terima kasih confirm kau marah aku. Jadi kesimpulannya, aku akan ingat apa yang kau cakap tadi. Man should keep his words. You better do"
Freya melemparkan senyuman sinisnya. Begitu juga Hyunjin.
"Of course I do" jawab Hyunjin dengan yakin.
"Kesian kau. Mesti penat kan. Balik sekolah datang sini. Jaga aku. Esok kena pergi sekolah pula"
Freya pula cuba mengubah topik.
"No. Dengan apa yang terjadi di sekolah tadi, aku tak rasa yang kawan kawan kita akan pergi sekolah esok"
Bila teringatkan balik kejadian tadi, seram siak. Nak nak lagi dia ada di hospital sekarang. Hospital pun lagilah. Memang tempat makhluk tu.
"So kau off lah esok"
Hyunjin tersengih macam kerang busuk.
"Bolehlah spend time dengan kau esok" kata Hyunjin dengan gembira.
Tapi Freya boleh nampak yang lelaki ni letih. Tengok muka pun tahu. Kesian pula dia.
Freya membawa tubuhnya ke sebelah kiri. Membuat ruang. Hyunjin juga pelik dengan kelakuan Freya.
"Kau mesti penat kan. Sini duduk sebelah aku. Selesa sikit kalau kau nak berehat"
Hah? Biar betul Freya ni.
"Apa kau merepek ni. Nurse tahu nanti mati aku. Mereka tak benarkan orang macam aku duduk sekatil dengan pesakit"
Freya tergelak kecil. Agaknya Hyunjin lupa kot.
"Kau lupa ke bro. Kita ni crazy Squad18. Mana pernah ikut peraturan. Buat peraturan sendiri ada lah" kata Freya selamba.
"Betul juga cakap kau"
Hyunjin menanggalkan kasutnya lalu melangkah naik keatas katil. Tubuhnya diletakkan diatas tilam empuk itu. Sedap aje rasa. Boleh tahan besar juga katil ni walaupun dia kena duduk rapat dengan Freya.
"Kau tak nak cerita ke apa yang jadi di sekolah tadi"
Hyunjin melihat wajah perempuan itu disebelahnya.
"Betul ni. Aku takut kau tak boleh tidur aje malam" usik Hyunjin.
"Sound scary. Tak jadilah nak dengar"
"Penakut rupanya kau ni"
"Eleh! Cakap kita. Kau pun tak ada beza pun dengan aku"
"Ey tolong sikit. Mana ada aku takut"
"Acah aje lebih" bidas Freya lagi.
"Girl..."
"Hmm"
"Kau nak future bf macam mana?" tanya Hyunjin.
Tapi mata masih fokus ke depan. Tak pandang Freya langsung.
"Maksud kau teman lelaki?"
Soalan berbalas soalan. Freya mengangguk.
"Yup!"
"Of course aku nak yang setia. Tapi aku tak tahulah ada ke tidak sebab zaman sekarang kan ramai perempuan cantik. Lagipun aku terlalu muda nak cari lelaki yang setia. Kalau nak cari suami tu lainlah kan"
"Lagi" soal Hyunjin lagi.
"Second. Aku nak lelaki yang terima kekurangan aku. Yang boleh memahami aku. Yang boleh jaga hati aku sebab aku sendiri pun tengah jaga hati aku. As you know. I never dated before. Dan aku tak nak orang guna kelemahan aku yang satu itu untuk permainkan perasaan aku"
Panjang lebar Freya gambarkan ciri ciri lelaki idaman dia.
"Siapalah lelaki yang bertuah dapat hati kau yang tak pernah disentuh oleh mana mana lelaki. Hati yang tak pernah mencintai lelaki"
Aku harap lelaki itu adalah kau Hyunjin. Kau dah berjaya sentuh hati aku Hyunjin. Kau lelaki pertama yang aku suka dan mungkin akan cinta selepas ni. Dan aku harap sangat kau pun rasa benda yang sama.
"Hmm buat masa sekarang masih belum ada lelaki bertuah itu. But maybe soon. Who knows" tipu Freya.
Tak kanlah dia nak cakap yang Hyunjin lelaki bertuah itu. Tak bestlah bila perempuan yang luahkan dulu. Lagipun dia tak tahu perasaan Hyunjin lagi. Buatnya Hyunjin anggap dia sebagai kawan aje tak ke naya namanya tu.
"Kau? Tak kan kau tak suka mana mana perempuan di sekolah kita"
Kaulah perempuan tu Freya.
"Perlu ke aku bagitahu kau. Nanti macam mana kau cemburu. Aku jugak yang susah"
Huh! Tak jadilah nak feeling feeling. Rasa macam nak ketuk ketuk kepala Hyunjin sekarang ni.
"Hmm betul tu. Aku tak nak cakap dengan kau setahun. Ada awek tak kasi tahu aku"
Hyunjin ketawa melihat Freya yang sudah melipat tangan ke dada macam budak kecil tak dapat lolipop.
"Haha. Tak payah nak muncung macam tu. Kau nak tahu siapa perempuan yang aku suka di sekolah kita?"
Freya mengangguk walaupun hati dia kecewa. Nak jugak tahu siapa perempuan yang berjaya curi hati Hwang Hyunjin.
"Nama dia Kang Freya. Orangnya cantik, eh tak tak. Orangnya comel. Suka marah marah. Tapi aku sedihlah, sekarang ni dia ada di hospital. Kesian kan"
Freya membawa lidahnya ke sebelah kanan bahagian dalam pipinya. Tak guna punya kawan. Sekali lagi dia terkena. Ingatkan Hyunjin betul betul ada suka salah seorang perempuan di sekolah. Rupanya dia kena tipu.
Dan tak semena mena bantal kecil yang dia sedang peluk, mendarat betul betul dimuka Hyunjin. Hambik kau! Kan dah kena. Main main lagi.
"Weh! Habislah muka handsome aku"
Hyunjin acah acah marah. Freya mencebik. Tampar karang baru tahu.
"Blah lah! Menyesal aku bagi kau duduk sebelah aku"
Hyunjin ketawa. Dia berjaya kenakan Freya malam ni.
"Okey okey sorry. Kalaupun aku ada girlfriend nanti, kau orang pertama yang tahu nanti"
"Janji?"
Freya mengangkat jari kelingkingnya.
"Janji"
Mereka melihat sesama sendiri apabila mendengar bunyi air di toilet. Aip! Ada orang masuk ke? Setahu mereka tak ada orang. Excuse me. Ni bilik VVIP okey. Mana boleh masuk sesuka hati.
"Okay I can feel something fishy over there. Is that because of you setan?" tanya Freya.
Hyunjin mengangkat peace. Tak kanlah setan tu ikut dia sampai sini. Wow! Hebat.
"I think so" jawab Hyunjin.
"Oh shit! Damn you bro!"
"Shhhh..."
Hyunjin menyuruh Freya diam. Bunyi air yang mereka dengar tadi sudah tiada. Tapi tingkap di sebelah Hyunjin terbuka dengan sendiri. Angin malam mula menerpa masuk. Kerana ketakutan, Freya terus bergerak rapat dengan tubuh Hyunjin.
Tubuh Hyunjin dipeluk dengan kemas dan erat. Bantal pula diangkat menutup mukanya sendiri. Takut punya pasal. Korang apa tahu. Huhu.
"What the fuck man! Ini semua kau punya pasal. Aku pun kena tempias juga" kata Freya dalam nada berbisik.
"Mana aku tahu dia ikut aku sampai sini" balas Hyunjin.
Malam itu masing masing tak boleh tidur. Walaupun hantu tu tidak menunjukkan rupanya tapi dia still ganggu mereka. Freya tak payah cakaplah, sampai ke sudah dia tak angkat kepala. Punyalah takut.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top