CS18 - 14

Ketujuh belas orang mereka memulakan kerja masing masing. Semua bersemangat bila nak buat kerja jahat. Renjun dan Haechan memastikan yang semua guru sudah pulang. Eunbin Saeron Xiyeon dan Shuhua masih berada di kelas. Mereka tengah bersiap siap jadi hantu malam ni.

"Weh! Macam mana ni? Cikgu Jin dah baliklah. Kunci utama ada dekat dia" kata Lua dengan risau.

Macam mana kalau rancangan mereka gagal disebabkan dia dengan Nancy.

"Hesy! Kau ni. Aku ingat apalah tadi. Buat gelabah jadi kau ni. Aku sempatlah ambil kunci tu. Ni dia"

Nancy menaikkan kunci ke udara. Dia ambil diam diam didalam beg Cikgu Jin tadi. Cikgu Jin ni pun careless sangat. Padan muka!

"Fuhh! Lega. Aku sayang kau Nancy" kata Lua dengan gembira.

Mereka ketawa.

Manakala di kelas 5-2 tak boleh ketawa. Masing masing menayangkan muka marah plus sedih. Gila kau tak sedih. Fon hilang weh. Ko rasa?

"Fon kau pun hilang jugak ke Hana?" soal Jiho.

"Haah. Tak kan aku kena beli lagi beb. Bisinglah mummy aku nanti" rungut Hana.

Hari tu Freya campak Ip7 macam campak batu ke dalam longkang. Selamba aje Freya campak telefon dia. Dan hari ni hilang. Tak kan dia kena beli baru lagi.

"Kau Bella?" soal Jiho kepada kawannya yang lagi sorang.

"Hilang jugak. Macam mana ni beb. Dahlah nak dapat satu pun susah. Inikan pula nak beli baru" rungut Bella pula.

Telefon dua orang lagi sahabatnya juga turut hilang. Dalam fikiran Jiho cuma satu iaitu crazy Squad18. Tak ada orang lain dalam sekolah ni yang akan buat macam ni pada mereka.

Tiba tiba mereka dengar seseorang menutup kedua pintu kelas mereka lalu menguncinya. Mereka memandang satu sama lain sebelum melangkah ke arah pintu dan cuba untuk membukanya.

"Weh! Setan! Buka balik pintu ni. Siap kau bila dapat kat aku nanti. Kau belum kenallah siapa aku!" jerit Jiho sambil mencuba untuk membuka pintu.

"Macam mana ni?" tanya Hana.

"Tak balik kita nanti" tambah Hana pula.

"Aku tahulah. Korang jangan bagi semak kepala aku boleh tak!" marah Jiho.

"Aku rasa crazy Squad18 lah yang buat semua ni" kata Hana.

"No aku tak rasa dorang sebab aku nampak dengan mata aku sendiri yang dorang dah balik tadi" cerita Bella.

"Kau sure ke Bella?" tanya Hana.

"Ya aku sure. Aku nampak tadi" kata Bella dengan yakin.

Dan selepas itu masing masing diam berfikir macam mana cara untuk keluar dari sini.

"So macam mana?" tanya Hyunjin dengan perlahan.

Lua dan Nancy tersenyum lalu menaikkan ibu jari masing masing. Bahagian mereka dah settle. Sebenarnya mereka ada je di sebelah kelas 5-2. Semua yang Jiho and the gang cakap semua mereka dengar.

"Tak sia sia kita berpura pura balik tadi" kata Nancy.

Hyunjin dan Lua mengangguk setuju.

Pukul 8 malam. Shuhua and the ghosts gang sudah bersiap sedia. Tak sabar nak takut takutkan minah minah tu. Felix Seungmin dan Yangyang juga sudah bersedia menerima arahan.

"Dah pukul 8 malam ni beb. Macam mana ni?" tanya Bella.

Dia nak jawab apa dengan parents dia nanti bila sampuk rumah lewat.

Tiba tiba kelas mereka menjadi gelap. Air-cond juga automatik tertutup. Haba mula masuk ke dalam kelas itu.

"Weh! Asal ni. Aku takut la" rengek Hana.

Dia memang takut gelap.

"Aku rasa elektrik tak ada la" Jiho melihat ke luar kelas.

Satu sekolah gelap. Mereka mula takut dan risau. Mana dengan panas lagi. Apalah nasib mereka hari ni.

"Bella kau nampak apa yang aku nampak?"

Hana menepuk lengan Bella berkali kali untuk menyuruh Bella melihat benda yang dia tengah tengok sekarang ni.

"Kau nampak apa yang aku nampak Hana?"

Hana mengikut arah pandangan Bella. Ada satu lembaga hitam yang berdiri tak jauh dari pintu kelas mereka. Mereka berlima mengundur ke belakang. First time seumur hidup mereka melihat makhluk yang berupa hodoh itu. Darah pula penuh satu baju.

"Shhhh guys. Jangan menjerit" arah Jiho.

Mereka semua terpaksa diam. Tutup mulut sebaik mungkin. Masing masing peluk antara satu sama lain. Sedang mereka memejam mata kerana ketakutan, tiba tiba pintu kelas terbuka dan tidak lama selepas itu pintu itu tertutup semula.

Bersama dengan itu juga, lampu terbuka semula. Mereka berasa lega. Tapi tak sangka ada bala lain pula datang.

"Benda apa tu weh" tanya Hana ketakutan.

Semua melihat benda yang ditunjukan oleh Hana. Satu patung yang tak ubah seperti Anabelle terletak elok diatas meja berdekatan dengan pintu. Terselit sehelai kertas disitu.

Jiho mengambil kertas itu. Yang lain berdiri di belakang Jiho kerana terlampau takut. Gila kau tak takut tengok patung macam tu.

"Dia tulis apa weh" soal Bella.

Walaupun takut, still dia nak tahu apa isi surat itu.

' Kalau kau berani ganggu Freya lagi lepas ni, aku akan pastikan kau dengan kawan kawan kau dibuang sekolah. Noted that! This is my last warning '

Jiho and the gang ketakutan. Jadi mereka dikurung didalam kelas sampai malam sebab mereka ganggu Freya.

"Aku rasa kita perlu stop lah ganggu Freya dengan senior senior lain. Aku dah tak nak kena kurung macam ni" kata Hana.

Siapa aje yang suka duduk macam ni. Hanya mereka berlima yang berada di sekolah ni.

"Aku setuju cakap Hana. Kalau kau masih nak balas dendam dekat Freya, kau boleh teruskan. Aku dah tak nak masuk campur lepas ni" tambah Bella pula.

Jiho terdiam. Ada betul juga. Semua ni terjadi sebab dia selalu balas dendam pada Freya. Walhal dia sendiri yang mulakan semua ni dulu.

"Best gila dapat tengok muka cuak geng tu bila kami muncul depan kelas dorang" cerita Shuhua dengan gembira.

Mereka balik ke kelas mereka semua untuk tanggalkan make up hantu tadi. Eunbin juga tolong mereka.

"Itulah. Ingatkan berani sangat. Rupanya tak" tambah Xiyeon pula.

"Tapi aku respect lah dorang tak menjerit langsung" kata Nancy sambil bermain dengan kunci yang dipegangnya.

"Telefon dorang macam mana Han?" tanya Saeron.

"Ada. Ini plan terakhir kita sebelum kita semua balik rumah"

Han tersenyum sinis.

"Maksud kau?" tanya Renjun.

"Aku akan letak telefon dorang atas lantai depan pintu kelas mereka. So bila dorang buka pintu..."

Mereka mengangguk faham. Iphone ni letak dalam dompet pun boleh rosak, apatah lagi bila terpijak. Memang K.O terus. Nasiblah. Siapa suruh cari pasal dengan CS18. Kan dah kena.

Shuhua Xiyeon dan Saeron kembali seperti asal. Tak ada dah make up hantu mahupun kostum hantu yang melekat di badan mereka. Mereka kembali berborak seperti biasa. Sekarang baru pukul 9. Jinyoung cakap pukul 10 nanti baru boleh balik.

"First time kita duduk sekolah sampai malam" kata Saeron.

Semua mengangguk kepala setuju dengan apa yang Saeron cakap.

"Ibu kau tak marah ke Saeron?" soal Renjun.

Saeron tersenyum kecil.

"Sekarang pun belum tentu dia ada di rumah. Selalunya pukul 12 malam nanti baru dia sampai rumah"

Okey Renjun merasa bersalah sebab tanya benda ni. Dari riak wajah Saeron pun dia tahu yang Saeron tengah sedih. Mesti ada masalah apa apa yang Saeron belum kongsi.

Tiba tiba kelas mereka semua gelap. Terjerit juga kaum hawa disitu. Haih! Felix dengan Yangyang ni. Time macam ni pun nak main main jugak ke. Tak boleh harap langsung.

"Asal ni?" soal Renjun.

Mereka membuka lampu telefon masing masing.

"Sekejap aku call dua orang setan tu" kata Seungmin.

Dia mengeluarkan telefonnya lalu menelefon Felix. Dan selepas itu dia dengar ringtone Ip Felix yang tak jauh darinya.

"Asal Seungmin call aku bro" tanya Felix yang baru masuk kedalam kelas bersama Yangyang.

"Lerr bukan kau ke yang jaga bahagian elektrik" tanya Renjun.

"Yup memang aku tapi Hyunjin cakap bahagian kami dah settle. Biar aje lampu terbuka" jelas Felix.

"Habis ni kenapa gelap?" soal Xiyeon pula.

"Seungmin kot" jawab Yangyang.

Kalau ikutkan memang mereka bertiga. Dia Seungmin dan Felix. Tapi Seungmin cakap dia nak pergi nak tengok yang lain.

"Eh eh mulut tu. Aku ada disini dari tadi lagi. Aku ingat korang yang padamkan lampu" kata Seungmin yang dari tadi diam.

Mungkin Felix dan Yangyang tak perasan dia. Yelah gelaplah katakan. Ada pun lampu telefon aje. Memang tak kan perasan.

"Okay. I have a bad feeling about this" kata Shuhua tiba tiba.

"Aku pun" tambah Saeron.

"Takpe aku call Jinyoung jap. Mana tahu dia ubah plan" kata Shuhua.

"Dia cakap apa?" tanya Seungmin bila Shuhua menutup telefonnya.

"Jinyoung cakap dia ada di bawah. Dia pun tak tahu kenapa elektrik tak ada. Dia ingat korang bertiga yang buat" jelas Shuhua.

"Aku rasa kita perlu jalankan misi terakhir sekarang lah" cadang Renjun.

"Aku pun rasa benda yang sama" sampuk Haechan.

"Siapa nak ikut aku?" tanya Han.

Mereka melihat sesama sendiri. Dalam keadaan macam ni mereka perlu berjalan ke kelas 5-2 pulak. Huu memang taklah.

"Jomlah aku teman kau"

Akhirnya Haechan menawarkan diri.

Tiba tiba lampu terbuka dengan sendiri. Terkejut juga mereka. Masing masing sudah rasa lain.

"Aku rasa kita semua patut pergi sama samalah" cadang Seungmin.

Mereka mengangguk setuju. Dengan cepat mereka kemas apa yang patut sebelum keluar dari kelas mereka.

Mereka ke kelas 5-2 dengan berkumpulan. Yang perempuan mereka biarkan jalan di tengah tengah antara lelaki. Sambil itu mereka melihat sekeliling.

Sampai di kelas itu, mereka bernafas lega bila melihat Lua, Chanhee Nancy Hyunjin dan juga Jaemin disitu. Han cepat cepat letak telefon Jiho and the gang depan pintu.

"Dah nak dekat pukul 10 ni. Jomlah balik. Lua bukalah kunci pintu kelas ni" kata Han.

Lua menurut. Mereka semua berjaya keluar dari bangunan sekolah. Hish! Menyeramkan betul. Tak sangka mereka turut kena tempias. Nak takut takutkan orang lain. Last sekali mereka juga turut kena. Dengan hantu betul pulak tu.

Jinyoung cakap dia tunggu di pintu pagar. Mereka terus ke situ. Tapi langkah mereka terhenti bila mereka melanggar satu sama lain. Semuanya berpunca dari Haechan yang berjalan di hadapan.

"Kau asal setan. Sakit hidung aku tahu tak" marah Eunbin.

"Korang nampak apa yang aku nampak" soal Haechan.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top