CS18 - 13
Nayeon datang bersama beberapa beg kertas. Dia perlu datang awal ke hospital sebab anak lelakinya perlu ke sekolah. Tidak lupa juga sarapan kegemaran Hyunjin dibawa. Hyunjin tak cerewet orangnya. Sandwich tuna bersama air coklat. Itu sudah memadai untuknya.
"Ni mummy bawa uniform kamu"
Nayeon menghulurkan beg kertas yang dibawanya kepada Hyunjin. Hyunjin pula tanpa banyak bunyi terus ambil dan berlalu ke bilik mandi.
"Macam mana rasa? Okey?" soal Nayeon.
Freya senyum.
"Eya rasa okey sikit dari semalam"
"Cepat cepatlah sembuh. Aunty tak suka tengok Eya macam ni"
Freya mengangguk. Dia pun tak suka duduk di hospital. Masuk ni dah dua kali dia masuk hospital tahun ni. Dahlah makan ikut time. Benci betullah.
"Itulah. Eya pun tak suka duduk sini"
Nayeon senyum. Bila tengok wajah Freya, mesti teringat arwah Joy. Sama betul muka mereka.
"Aunty" panggil Freya.
"Hmm"
"Terima kasih sebab sudi jaga Eya. Eya tak tahu macam mana nak balas budi aunty nanti"
"Senang aje nak balas. Jadi menantu aunty"
What the fuck man! Seriuslah dia kena kahwin dengan Hyunjin sebab aunty ada anak sorang tu aje.
"Aunty guraulah. Tak perlu balas apa apa pun. Aunty ikhlas tolong. Lagipun Eya bukan orang lain. Anak kawan baik aunty juga"
"Sekali lagi terima kasih aunty"
"Mummy ada bawa sarapan tak untuk Hyunjin"
Hyunjin sudahpun segak dengan uniform sekolahnya.
"Ada tu ha. Pergilah makan cepat. Nanti lambat pula ke sekolah"
Lahai aunty ni. Macamlah anak dia selalu pergi awal.
"Alaa mummy ni. Macam tak biasa pula. Sekolah tu kan nenek Hyunjin punya"
Nayeon menggeleng kepalanya. Dia tahu anak dia dan juga Freya selalu pergi sekolah lewat. Jangan ingat dia duduk dirumah dia tak tahu.
"Betul mummy setuju. Mummy pun tak tahu nak jawab apa lagi bila guru kelas kamu telefon mummy cakap benda yang sama"
"Guru kelas? Cikgu Naeun ke?"
"Yelah siapa lagi"
"Hihi peace yo mummy"
Hyunjin sambung makan. Nayeon cuma mampu menggeleng kepalanya. Tak tahulah nak nasihat macam mana lagi. Rupanya susah juga walaupun ada anak sorang. Macam manalah kalau dia ada sepuluh orang anak macam Hyunjin. Agaknya dah lama dia sakit jantung lepas tu mati.
"Aku pergi dulu. Balik sekolah nanti aku datang"
Freya mengangguk. Ha dia baru ingat.
"Tolong jangan bagitahu orang lain pasal ni. Even cikgu. Aku tak nak orang lain tahu pasal ni"
"Mungkin aku tak kan bagitahu tapi aku tak janji yang Jiho and the gang akan sebar pasal ni"
Freya mengeluh. Hesy! Susahlah kalau dah dasar setan ni. Perangai setan tu tak boleh nak buang.
"Hyunjin pergi dulu mummy"
Hyunjin memeluk mummynya.
"Hati hati. Jangan bawa motor laju laju. Mummy tahu motor kamu laju. Tapi tak payahlah nak tunjuk hebat atas jalan raya" sindir Nayeon.
Freya ketawa. Padan muka! Free aje kena sindir dengan mummy sendiri. Haha.
Semalam dia ada telefon Seungmin suruh bawa superbike dia datang sini. Dan dengan terpaksa dia cerita semua pada Seungmin tapi dia tahu Seungmin tak kan bagitahu orang lain sebab Seungmin bukan jenis tu. Seungmin jenis lelaki yang kurang ambil tahu pasal orang lain. Katanya malas.
Seperti yang Hyunjin cakap, kalau dia tak buka mulut, belum tentu Jiho akan tutup mulut. Sebaik saja dia masuk kelas, dia sudah diserbu oleh pelajar perempuan a.k.a kawan baik kesayangan Freya. Belum sempat duduk lagi dah kena serbu.
"Betul ke apa yang kitorang dengar?" tanya Shuhua.
Hyunjin mengeluh lalu mengangguk.
"Memang nak kena betul perempuan ni"
Belum sempat Shuhua membuka langkah, Jinyoung terlebih dahulu menarik tangan Shuhua. Kalau dibiarkan nanti, tak pasal pasal setan tu mampus. Tengok aje Shuhua lemah lembut tapi kalau dah geram ni, jangan dibuat main. Lunyai anak orang dia kerjakan.
"Sabarlah dulu. Biarlah Hyunjin habis cakap dulu" kata Jinyoung.
"Keadaan Eya stabil sekarang ni. Dia tengah berehat di hospital. Mummy aku yang tolong jaga dia"
"Balik sekolah nanti kita pergi melawat dia" cadang Renjun.
"Well. Actually dia tak kasi siapa siapa melawat dia. Dia segan sebab selalu susahkan kita semua"
"Kalau kau boleh pula" sindir Jaemin.
Hyunjin diam. Kalau dia buka juga mulut, persahabatan dia dengan Jaemin akan berakhir. Kalau boleh sabar, dia akan sabar. But well. Sabar pun ada limit juga. Kalau dah habis nanti, tak tahu apa akan jadi.
"Sebenarnya dia pun tak nak aku ada kat sana. Tapi dia tak ada orang lain selain family aku semalam. Kalau bukan kami, siapa lagi kan"
"Betul tu" sokong Haechan.
"Papa dia? Dia cakap papa dia yang suruh pergi. Mesti papa dia ada sekali" soal Eunbin pula.
Hyunjin mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Takkanlah dia nak bagitahu yang papa dia cuma tengok macam tu aje masa Freya tengah bertarung nyawa semalam. Kalau boleh biar dia sorang aje tahu. Freya pun mesti nak benda yang sama.
"So bila dia keluar hospital?" tanya Seungmin.
"Maybe dua hari lagi"
Mereka mengangguk ngangguk. Lambat lagi boleh jumpa Freya nampaknya. Rasa macam Freya baru keluar hospital. Tapi semalam dah masuk balik.
"Aku ada plan something lah. Ni semua untuk Eya. Siapa nak join?" tanya Jinyoung dengan senyuman sinis.
"Aku!" kata mereka semua serentak.
"Okey cun. Sini semua aku bagitahu apa yang patut korang buat"
Mereka berkumpul di tempat biasa iaitu di ruang tengah kelas. Masing masing tayang muka excited. Tak sabar nak kenakan Jiho and the gang.
"Okey first thing, aku nak diantara kita semua pergi curi semua telefon minah minah tu. Jangan bagi ada satu pun yang tertinggal" arah Jinyoung dengan serius.
"Leave it to us"
Jeno Han Chanhee melihat sesama mereka. Kerja macam ni biar mereka yang buat. Tapi kami tak pernah mencuri okey. Cuma kebolehan ni sudah mengalir didalam diri mereka bertiga. Mereka boleh mencuri tanpa kantoi dan sebarang bukti tertinggal.
"Okey kalau macam tu settle masalah. Lua Nancy pergi bilik yang ada simpan semua kunci bilik di sekolah ni. Cari kunci kelas 5-2"
"Arahan diterima" kata Nancy dan Lua serentak. Dan selepas itu mereka ketawa.
"Then, siapa antara kita yang paling pandai berlakon?"
Semua memandang sesama sendiri. Bukannya selama ni mereka selalu berlakon depan cikgu ke. So semua pandai berlakon lah jawabnya.
"I mean as ghost" sambung Jinyoung lagi.
"What ghosts? Hantu kak limah, ju-on, pontianak? Ke pocong?" tanya Xiyeon.
"Whatever it is. I don't care. Just dress up like ghosts" kata Jinyoung.
"Kalau macam tu Saeron, aku dengan Xiyeon yang akan jadi berlakon jadi hantu nanti" kata Shuhua.
"Aku akan tolong make over dorang" kata Eunbin pula.
Kalau bab make up ni serah aje pada dia. Dia memang handal pasal ni.
Saeron dan Xiyeon mengangguk setuju. Macam best aje jadi hantu. Haha.
"Kalau bab elektrik? Siapa tahu?" tanya Jinyoung lagi.
"Kalau yang tu Felix, Yangyang dengan aku akan uruskan" kata Seungmin.
"Okey settle! Aku, Renjun dan Haechan pula akan pastikan yang guard tak akan ronda malam ni. Hyunjin dan Jaemin akan bagitahu korang bila yang korang perlu kunci pintu kelas mereka dan tutup semua elektrik dalam sekolah ni nanti. Faham?"
Mereka semua mengangguk dengan semangat. Ini semua untuk Freya. Mereka akan balas bagi pihak Freya!
"So kesimpulan?" tanya Renjun.
"Kita simpulkan apa yang tersimpul" jawab Han dengan cepat.
Mereka semua memandang Han dengan tatapan harimau yang menunggu mangsa untuk diterkam.
Dan tak semena mena bahu Han menjadi mangsa Eunbin. Main main pulak Han ni.
"Kesimpulan dia, aku nak kita semua takut takutkan Jiho and the gang. Kita akan kurung mereka dalam kelas sampai pukul 10 malam. Korang okey kan? Tak ada masalah balik pukul 10"
"For Eya then we are okay" kata Seungmin.
"Betul aku setuju" sokong Jeno pula.
Yang lain turut mengangguk tanda setuju dengan apa yang Seungmin cakap.
"Kalau macam tu kami pergi dulu. Nak usya mereka ada di kelas tak sekarang ni" kata Han.
Mereka bertiga memulakan misi mencuri.
"Aku ingat mereka dah insaf. Rupanya tak juga"
Shuhua melabuhkan punggungnya di tempatnya. Diikuti dengan yang lain.
"Itulah pasal. Tak serik juga minah tu" tambah Nancy pula.
Sejam sebelum loceng terakhir berbunyi, Han Jeno Chanhee ke kelas 5-2 lagi. Dari atas mereka nampak Jiho and the gang dan juga rakan kelas mereka, ada di gelanggang basketball. Kelas bersenam maybe. Ini peluang mereka.
"Mana satu beg dorang weh?" tanya Chanhee.
"Alaa kau tengok yang paling mencolok ada batu batu macam diamond tu beg dorang lah. Lagipun geng dorang semua pakai Ip 7+"
Mereka jumpa beg kelima makhluk itu. Tak susah pun nak cari. Kelima lima biji telefon mereka semua ada dalam beg. So mudah jelah kerja mereka. Itulah. Lain kali jangan tinggal telefon dalam kelas.
Selepas mengambil semua telefon itu, mereka kembali ke kelas mereka. Untunglah cikgu tak ada.
"Cikgu pergi mana bro?" tanya Han.
"Jawab telefon kat luar. Dah dapat?" soal Felix dengan teruja.
"Dah. Semua settle" jawab Han.
Mereka berhigh five.
Sedang Cikgu Sana tengah mengajar, Chanhee nampak Jiho and the gang lalu di depan kelas mereka. Mata masing masing menjeling ke arah sini. Tapi mereka semua berpura pura fokus mendengar apa yang Cikgu Sana tengah ajar.
"Dorang dah pergi" bagitahu Felix.
Mereka ketawa. Tapi cuma perlahan. Gila nak ketawa kuat kuat. Karang tak pasal kena halau dengan Cikgu Sana. Tak naklah berdiri di luar. Tak ada mood. Lagipun mereka perlu simpan tenaga untuk malam ni.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top