CS18 - 11

Freya sampai di depan pintu pagar rumahnya. Dari luar dia nampak lampu rumahnya terbuka. Mesti papa dia dah balik dan belum tidur. Dia berdoa dalam hati agar papanya tak mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati dia.

"Pergi mana sampai waktu macam ni baru balik"

"Lepak dengan kawan" tipu Freya.

Hentam ajelah. Bukannya papa dia kisah pun pasal dia.

"Tak payah tipu aku. Kau kerja kan?" soal Daniel.

Freya menelan air liurnya dan menguatkan hatinya.

"Kenapa kalau Eya kerja. Tak salah kan"

"Yes. Aku tak kisah pun. Aku cuma nak pesan dekat kau. Malam esok aku nak kau datang majlis hari lahir anak Jaehwan. No excuses. Siap kau kalau kau tak datang"

"Tengoklah macam nanti"

Dia terus naik ke biliknya. Tubuhnya dilemparkan diatas tilam.

Huh! Apa lagi yang perempuan tu rancang. Geram pulak dia. Dia siapa nak undang aku pergi birthday party dia.

Telefon di dalam sling begnya berbunyi. Hyunjin yang telefonnya.

"Hurmmm" jawab Freya dengan malas.

"Mummy aku suruh bagitahu kau yang esok kafe buka sampai pukul 12 aje"

"Asal pulak?"

"Aku tahu papa kau dah bagitahu kau pasal birthday party minah tu"

Ouh! Aunty pun dia jemput juga. Mungkin dia cuma jemput yang kaya kaya aje kot.

"Dah. Dia suruh aku pergi esok. Tapi memang taklah aku nak pergi"

"Weh! Kau jangan buat hal setan. Papa aku pun paksa aku pergi jugak. Dan aku setuju pun sebab kau pergi sekali. Tapi kalau kau tak pergi aku nak cakap dengan siapa"

"Cakap jelah dengan kawan kawan papa kau"

"Tak lawak siak"

"Tengoklah macam mana nanti"

"Ish! Aku tak boleh tidur dengar jawapan kau macam ni. Tolonglah girl"

Sedap aje dengar Hyunjin merayu macam tu. Cair hati perempuan dia.

"Hmm"

"Hmm apa girl. Cakaplah betul betul"

"Kau nangis dulu"

Freya menahan tawanya.

"Bencilah dengan kau macam ni"

Hyunjin mematikan panggilan. Freya ketawa. Merajuklah tu. Takpe esok dia pujuk.

Dia membersihkan diri lalu tidur.

Freya terjaga apabila jam di telefonnya berbunyi. Selepas mandi, dia turun ke bawah mengambil beberapa keping roti yang disapu dengan jem lalu keluar dari rumah. Jam menunjukkan pukul 5.45 pagi.

Saja dia keluar awal sebab nak pujuk Hyunjin. Dia menaiki bas pertama ke rumah Hyunjin. Sampai di depan rumah Hyunjin, dia menelefon lelaki itu. Tapi Hyunjin tak jawab.

Amboi merajuk betul kau ya dengan aku. Aku tahu kau dah bangun. Tapi kau saja tak nak angkat telefon.

"Aku ada depan rumah kau"

Send!

Tidak lama kemudian Hyunjin membuka sedikit langsir biliknya. Freya sengaja melambaikan tangannya. 5 minit kemudian Hyunjin turun lengkap dengan uniform sekolah.

Haih! Kalau dah handsome tu pakai apa pun tetap handsome. Rambut serabut macam tu pun tetap nampak handsome.

"Masuklah dulu"

Pelawa Hyunjin tanpa senyuman. Merajuk lagi nampaknya.

"Eh! Kau dah cakap dengan aku ke? Wah! Akhirnya Hwang Hyunjin cakap dengan aku"

"Terpaksa okey"

"Alo comelnya budak ni merajuk"
Freya mencubit pipi Hyunjin. Hyunjin pula tetap dengan merajuknya.

"Alerrr awak tak nak cakap dengan titew ke. Titew datang jauh jauh ni sebab nak pujuk awak aje tahu tak"

Freya mengeluarkan suara baby dia. Hyunjin tetap diam. Saja nak bagi Freya pujuk.

"Okeylah aku pergi dulu. Aku tak kacau kau dah lepas ni"

Hyunjin cepat cepat tarik lengan Freya sebelum perempuan itu melangkah pergi.

"Main main jelah. Jomlah masuk. Mummy aku dah siap buat sarapan tu"

"Hish! Tak naklah. Segan aku dengan family kau"

Niat dia datang sini cuma nak pujuk Hyunjin aje. Bukan datang nak sarapan.

"Nak malu apa. Mana tahu family aku akan jadi family mertua kau"

Freya menayangkan muka menyampah.

"Tak lawak okey"

"Okey tak lawak. Jom masuk"

Orang cakap rezeki jangan ditolak. Tebalkan muka aje Freya. Lagipun aunty kawan baik ibu juga.

Freya termenung seorang diri. Kafe sudah tutup 10 minit yang lalu. Tiada siapa melainkan dia depan kafe sekarang ni. Hyunjin cakap suruh tunggu. Nanti dia datang.

Baju apalah yang dia nak pakai malam nanti. Dia mana pernah pergi ke majlis macam tu sebelum ni. Dress labuh mahupun dress paras lutut, langsung dia tak ada. Kawan kawan dia semua orang sederhana. Tak kaya tak juga miskin. Jadi kalau sambut hari lahir pun, pakai baju biasa biasa aje. Rare gitu.

Sebenarnya ini juga salah satu sebab dia tak nak pergi. Tapi Hyunjin paksa juga.

Sedang dia termenung, sebuah kereta Audi R4 yang berwarna hitam berhenti di depan dia. Seorang lelaki yang dia sangat kenal turun dari kereta itu.

"Sorry lambat. Jom gerak"

"Oh you gotta be kidding me right"

"Of course not. I'm Hwang Hyunjin. Let's go"

Hyunjin membuka pintu kereta untuk Freya. Dengan teragak agak Freya masuk. Selepas memastikan Freya masuk, dia juga turut masuk.

"Mesti kau belum ada lesen kan"

"Hihi peace yo! Jalan ni kan nenek aku yang punya. So suka hati akulah kan"

"Hmm yelah tu. Anyway pandai kau bawa kereta"

Okey Freya terpuji Hyunjin.

"Auto girl bukannya manual. Siapa aje yang tak pandai bawa kereta auto"

Dia tak nafikan yang tu. Zaman sekarang semua nak kereta auto.

"So princess. Where to go. Cakap aje. Aku akan bawa"

"Really. Kalau macam tu, aku nak kita pusing satu bandar ni"

"Okey. Aku on aje"

Wah! Lama dia tak naik kereta. Sejak ibu dia meninggal, papa dia tak pernah bawa dia pergi berjalan jalan. Melancong apatah lagi. Huwaaaa! Kenapa hidup dia sedih sangat.

"Weh! Jap. Tu bukannya Jinyoung dengan Shuhua ke?"

"Haah. Kenapa akhir akhir ni dorang selalu berdua. Shuhua tak bagitahu kau apa apa ke"

"Tak ada lah pulak. Hmm so suspicious. Follow dorang nak?"

"Amboi! Nak jadi ejen 007 pulak ke?"

"Eh apa salahnya"

"Acah aje kau ni"

Selepas pusing satu bandar, Hyunjin membawa Freya ke sebuah butik.

"Frey's Boutique. Kalau tambah huruf 'a' dibelakang, jadi nama aku"

Hyunjin senyum. Sengaja dia bawa Freya datang butik ni. Mummy dia yang suruh.

"Macamlah kau sorang nama tu"

Okey dia tak nafikan itu. Tapi susah untuk jumpa orang nama yang sama macam dia dalam bandar ni.

"Betul jugak. Jomlah turun. Eh kejap"

Freya melihat sepasang manusia yang baru keluar dari butik itu. Kenal sangat dengan lelaki itu.

"Asal?" tanya Hyunjin.

Dia juga turut melihat apa yang sedang Freya lihat sekarang ni. Okey ini bukan tujuan dia bawa Freya datang sini. Ni semua cuma kebetulan aje. Sumpah dia tak ada niat nak buat Freya sedih.

"Papa aku....dengan"

Freya tak dapat sambung. Memang dia tak kenal pun perempuan tu. Tapi kenapa nampak macam ada hubungan istimewa.

"Kawan papa kau tu. Jomlah turun. Nanti lambat pula"

Lambat lambat Freya turun dari kereta. Kalau boleh dia tak nak fikir pasal semua tu. Biarlah papa dia nak buat apa pun.

Mereka melangkah masuk ke dalam butik itu. Cantik sangat. Tema warna dalam butik ni ialah warna silver. Salah satu warna kegemarannya. Walaupun simple, tapi butik ni nampak mewah.

"Hai. Welcome to Frey's Boutique. Ada apa apa yang boleh saya bantu?" tanya pekerja disitu.

Pekerja pun cantik, owner dia pun mesti cantik juga.

"Saya nak tempahan dari Im Nayeon" kata Hyunjin.

"Boleh saya tengok nombor tempahan?"

Hyunjin mengeluarkan sehelai kertas kecil dari dompetnya. Freya cuma diam. Dia tak tahu apa apa pun.

"Okey. Sila tunggu sekejap"

Pekerja itu senyum lalu melangkah pergi.

Hyunjin baru nak ajak Freya duduk tapi Freya sudah tiada di sebelahnya. Rupanya perempuan tu sedang leka melihat sebuah frame yang boleh tahan besar di sudut butik ini.

"Comel kan budak budak ni"

Freya diam macam tengah fikirkan sesuatu.

"Aku macam pernah nampak gambar dua orang budak ni"

Gambar dua orang budak yang berumur 2 tahun mungkin. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Dua budak ini berpelukan tapi macam nak jatuh. Mungkin masing masing baru boleh nak jalan masa ni dan dia yakin lepas ambil gambar ni, mesti mereka jatuh.

"Tapi muka dorang nak sama" sambung Freya lagi.

"You mean lips?"

Freya mengangguk. Cara dua orang budak ni senyum nampak sama.

"Eh! Kejap. Ni bukannya gambar aku masa baby ke?"

"Haha. Pandai pandai kau aje. Mestilah anak owner ni sendiri. Tak kan owner ni bodoh pergi letak gambar kau pulak"

Hmm tapi muka baby ni sama macam dia. Mungkin muka anak owner ni nak sama macam dia kot. Orang cakap apa. Ada 7 orang yang muka serupa dengan kita. Mungkin baby ni salah sorang daripada 7 orang itu.

"Anyway, muka baby lelaki ni macam aku kan" kata Hyunjin.

Freya memandang Hyunjin dengan muka menyampah. Tadi cakap orang. Sekarang ni dia pulak mengaku ngaku.

"Eii tak malu betul"

"Aku rasa baby dua orang ni mesti jodoh kan"

"Asal pulak?" tanya Freya.

"Yelah. Orang cakap kalau muka sama, berjodoh"

"Harap macam tulah. Comel aje dua orang baby ni peluk macam ni"

"Itulah pasal"

"Excuse me" pekerja tadi datang.

Mereka sama sama menoleh.

"Ini baju yang tuan tempah"

"Wow! Not bad"

Freya mengambil dress putih paras lutut manakala Hyunjin mengambil sut hitam.

"Bilik persalinan ada di hujung sana"

"Terima kasih" kata Hyunjin dengan mesra.

Pekerja itu senyum lalu berlalu pergi.

"Dress siapa ni?" tanya Freya sambil melihat dress yang dia pegang.

"Dress kau. Mummy yang suruh bagi kau"

"Serius?"

Hyunjin mengangguk dengan yakin.

"Yup! Jom tukar sekarang. Kita dah lewat ni"

Mereka masuk ke dalam bilik persalinan. Freya menyarungkan dress itu ke tubuhnya. Dress ni totally style dia. Simple but look elegant. Di sekeliling pinggangnya ada batu silver yang terlihat seperti berlian asli. Dan yang lain kosong. Tiada corak.

10 minit kemudian, dia keluar. Terkejut dia melihat Hyunjin yang berdiri di depan pintu. Ingat prince handsome mana yang terlepas tadi.

"Wow! You look extra gorgeous"

"Well. I am Kang Freya okay. Of course beautiful"

"Okey aku menyesal sebab puji"

Freya ketawa.

"Ni kau punya heels"

Hyunjin menghulurkan sepasang heels berwarna putih yang tingginya satu setengah inci. Tapi pakailah 3 inci sekalipun, tetap tak boleh saing dengan Hyunjin.

"Thanks"

"Sementara kau touch up muka kau, aku pergi ambil phone kejap dalam kereta"

Freya mengangguk.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top