CS18 - 1

Asgard High School merupakan sekolah yang disanjung dan dihormati oleh oleh sekolah sekolah lain. Setiap tahun mereka akan mendapat tempat pertama dalam semua kategori antara sekolah sekolah terhebat. Tapi itu semua cuma 17 tahun yang lepas. Masuk tahun ke 18, mereka semakin menurun. Sudah tentu semua orang terkejut. Bulan Januari dan juga Februari tahun ini mereka mendapat tempat keempat antara sekolah sekolah lain.

Puncanya? Crazy Squad18!

...

Kelas 8-1 berjalan seperti biasa. Tidak terlalu bising tidak juga terlalu diam. Ada aje benda yang mereka hendak bualkan. Sepatutnya, pelajaran pertama mereka hari ini ialah bahasa inggeris tapi Cikgu Naeun masuk kelas tadi bagitahu mereka yang semua guru guru terlibat dengan mesyuarat untuk Majlis Keselamatan Sekolah yang akan diadakan selepas waktu rehat.

Majlis ini akan dirasmikan oleh pegawai polis yang akan tiba tidak lama lagi.

Pintu kelas itu ditutup oleh Seungmin dan Felix. Setelah memastikan semua selamat, mereka berkumpul di tengah tengah ruang kelas. Mereka berlapan belas sama sama berkumpul dan tiada seorang pun yang terkecuali.

"Serius aku benci majlis majlis macam ni" rungut Freya.

Yang lain turut mengangguk setuju dengan kata kata Freya.

"Kena berdiri lagi siak" kata Haechan pula.

"So apa plan kita kali ni?" soal Xiyeon.

Bagi mereka, Jinyoung yang paling sesuai untuk menjadi ketua mereka. Masa pemilihan ketua, ramai antara mereka yang memilih Jinyoung kerana Jinyoung merupakan anak kepada pengetua sekolah ni. Jadi mudah untuk mereka menjalankan misi bangang mereka.

"Kali ni aku punya plan memang terbaik. Kita kasi kaw kaw punya" Jinyoung tersenyum sinis seolah olah misi mereka akan berjaya 100%.

"Kali ni siapa pula nak join? Kalau misi sebelum ni aku, Renjun, Nancy dengan Lua. So anyone?" Chanhee melihat semua kawan kawannya.

"Aku join!" kata Hyunjin.

"Aku pun" kata Jaemin pula.

"Lagi sorang. Aku perlukan at least tiga orang untuk buat kerja tu nanti" kata Jinyoung.

"Kalau macam tu biar aku jelah. Aku pun dah lama tak buat jahat ni"

Pandangan semua tertumpu kearah Shuhua. Shuhua ni nampak aje muka innocent tapi perangai tahap dewa bangang. Kalau orang yang tak kenal dengan Shuhua mesti cakap Shuhua budak baik tapi hanya classmate dia yang tahu betapa teruknya perangai perempuan tu.

"Okeylah kalau macam tu kira settle. Aku nak korang semua tunggu apa yang akan berlaku dalam dewan tu nanti"

Jinyoung dah dapat bayang macam mana kacau bilau majlis tu nanti. Mesti seronok kan. Haha. Tak sabarnya.

"Nanti korang berempat duduk mana? Kalau Mr Kailer dapat tahu macam mana?" soal Saeron. Risau kalau mereka kena denda lagi.

Bukan tak biasa kena denda tapi kalau boleh dia nak elakkan daripada kena denda sebab hari ni dia tak ada mood.

"On the name of bitch, he'll not. Trust me" kata Jinyoung dengan yakin.

"Aku percaya kau Jinyoung. Sumpah aku tak larat nak diri nanti. Kaki aku ni still sakit lagi" adu Freya.

"Yup! Kau jangan risau Eya. Aku tahu apa aku buat. Kali ni memang tak kan kantoi sebab kami berempat akan ada di dewan tu nanti" Jinyoung cuba meyakinkan sahabat baiknya itu.

Dia yakin kali ni misi dia tak akan kantoi dengan Mr Kailer a.k.a guru disiplin yang paling ditakuti oleh pelajar sekolah itu. Tapi say BIG no to kelas 8-1. Sikit pun mereka tak gentar dengan Mr Kailer. Nama guru disiplin itu Kim Jongin tapi orang panggil Kai. Kailer is stand for Kai the killer. Maka terhasillah Mr Kailer. Kelas ini juga yang mencipta gelaran itu.

"Hyunjin Jaemin aku nak korang pergi dewan pasang tali yang akan bawa turun benda tu nanti. Make sure jangan bagi ada masalah langsung"

Arahan diterima. Mereka terus bergerak ke dewan.

"Shuhua kau ikut aku pergi ambil benda tu di kereta ibu aku"

Shuhua mengangguk.

"Yangyang Han. Korang pergi usya takut Mr Kailer atau orang lain yang datang. Korang tunggu diluar dewan"

Mereka mengangguk dan terus pergi.

"Jeno Renjun. Korang dah dapat budak yang report pasal kita minggu lepas" soal Jinyoung.

"Dah. Budak mentah aje bro. Perempuan pulak tu" jawab Jeno.

"Biasalah. Dak dak junior. Baru nak up. Tapi aku respect la sebab berani cari pasal dengan kita" sambung Renjun pula.

"Eya. Aku nak kau selesaikan masalah ni" arah Jinyoung.

Dan selepas itu dia terus pergi dengan Shuhua. Freya pula sudah tersenyum seronok apabila dia diarahkan untuk selesai masalah macam ni.

Ni yang aku suka ni. Siaplah korang dak dak junior. Hakak senior on the way. Mwahaha!

"Eunbin Nancy Xiyeon ras go. Kita kena ajar sikit dak dak junior tu"

"Jom!" kata mereka bertiga dengan bersemangat.

Jinyoung dan Shuhua datang ke dewan bersama satu kotak di tangan Jinyoung. Hyunjin dan Jaemin pula sedang buat kerja mereka. Mereka perlu memastikan yang misi mereka berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

"Macam mana bro?" tanya Jinyoung kepada dua orang itu.

"Line clear bro. Aku rasa Mr Kailer terlibat sekali dalam mesyuarat sekarang ni" jawab Yangyang.

"Kalau macam tu kami masuk dulu" kata Shuhua pula.

Yangyang dan Han mengangguk. Mereka melihat lihat sekeliling takut orang yang tak dialu alukan muncul dengan tiba tiba. Han mencuit bahu Yangyang. Yangyang melihat kearah budak lelaki yang memakai kaca mata sambil membawa beberapa buku. Mereka tersenyum sinis.

"Boy sini jap" panggil Han.

Budak lelaki itu takut takut untuk pergi kearah Yangyang dan Han. Tapi kalau dia tak ikut arahan lagi padah dia kena nanti.

"Y...ya..abang Han?" soal budak itu tergagap gagap.

"Siapa abang kau bodoh! Kami ni senior kau. Hormat sikit" marah Yangyang.

"Baik senior" kata budak itu.

"Saya pergi dulu" sambung budak itu lagi.

"Eh jap jap! Tak kan kau nak pergi buta macam tu aje. Tak nak reward?" tanya Han.

Budak itu menggeleng kepalanya dengan cepat.

"Apa geleng geleng. Oklah macam ni. Kalau kau tak nak reward, lebih baik kau tutup mulut kau"

Yangyang menepuk perlahan pipi budak itu.

"Tutup mulut pa...pasal apa" soal budak itu lagi.

Mereka ketawa sinis. Mereka tahu budak ini faham apa yang mereka maksudkan tapi saja nak main tarik tali dekat sini.

"Dia nak main main pulak dengan kita bhaii. Kau nampak apa sekarang ni?" soal Yangyang.

"Pi..pintu" jawab budak itu.

Mereka ketawa. Cari mampos betullah budak nerd ni.

"Bodoh juga kau ni. Pegang banyak buku bukan main. Tapi bodoh rupanya" kata Han selamba.

"Habis kitorang ni apa. Halimunan? Hantu?" sambung Yangyang lagi.

"Ouh! Y...ya saya nampak senior senior" jawab budak itu.

"Kalau kau berani bagitahu cikgu disiplin yang kau ada nampak kitorang berdiri kat sini, kau terimalah reward kitorang nanti. Faham?!" Han sengaja menaikkan sedikit suaranya.

Yangyang boleh nampak tangan budak itu sedikit bergetar kerana takut.

"Fa..faham"

"We'll be watching you" Han mengangkat dua jarinya seperti peace lalu dibawa ke matanya dan dia memusing semula ke arah budak itu.

Budak itu cuma mengangguk.

"Faham tak kitorang cakap bahasa inggeris. Tak faham kami boleh translate dalam bahasa Jerman. Nak?" sambung Yangyang pula.

Budak lelaki itu menggeleng kepala. Mereka ketawa.

Budak itu terus pergi dari situ. Han dan Yangyang meneruskan tugas mereka.

"Baru gertak sikit dah takut" kata Han.

Freya and the gang sudah sampai dikelas 5-2 iaitu kelas budak yang cari masalah dengan mereka. Eunbin dan Nancy masuk kedalam kelas itu. Tidak sampai seminit mereka keluar semula.

"Dia tak ada la beb. Dorang cakap dia pergi Gardien Cafe dengan geng dia yang lain" beritahu Nancy.

"Kalau macam tu kita pergi sana. Lis gi it" kata Freya.

Mereka pergi kesana. Harap harap ada orang ramai di cafe itu. Biar dak dak junior tu tanggung malu. Tunggulah dia nak buat show free sikit hari ni.

"Mana Kim Jiho dari kelas 5-2" jerit Eunbin.

Semua mata tertumpu pada mereka berempat sekarang. Kebetulan semua perempuan dalam cafe ni. Tiada seorang pun lelaki. Xiyeon mengunci pintu cafe.

"Aku. Asal?" budak yang bernama Kim Jiho itu bangun. Rambut panjang yang dilepaskan itu diperbetulkan sedikit. Macam iklan shampoo gitu.

Menyampah pula mereka berempat tengok. Freya membuat muka.

"Bajet betul kau kan. Tak hormat senior langsung. Kau tu muda tiga tahun dari kitorang kau tahu"

Pergh! Tak deep saja.

"Who care" jawab budak itu.

"Argh! Deep! Dia cakap mat saleh dengan kita weh" kata Nancy.

Freya tersenyum sinis.

"That's you but we really care. You created a damn chaos with us and of course we should give you a..."

"Reward!" Eunbin dan Xiyeon menyambung kata kata Freya.

"A really special one for you" sambung Xiyeon pula.

Jiho melipat tangannya didepan dada sambil sebelah tangan diarahkan kearah Freya and the gang.

"Untuk pengetahuan kau kau semua..."

"What do you mean by kau kau. Kau or cow?" tanya Eunbin dengan gaya sombong. Dia tak nak kalah.

"Both. Okay continue. Untuk pengetahuan kau kau semua, sekecil anak kutu rambut pun aku tak takut dengan korang. Betul tak geng"

Jiho and the gang ketawa. Ketawa mereka menaikkan lagi rasa marah Freya. Tambah lagi Nancy. Dia memang tak boleh dengar orang hina kutuk dia macam ni.

Freya mengarahkan lidahnya ke sebelah kiri pipi dalamnya menunjukkan yang dia betul betul menyampah dengan Jiho and the gang.

"Nancy..." Freya mengeluarkan arahan.

Belum sempat Nancy mahu mengambil gelas air diatas meja, Eunbin sudah sambar terlebih dahulu. Dengan sekelip mata, Jiho bermandikan air oren. Ada setengah yang terkejut, ada juga yang memberi reaksi biasa dan ada juga yang menahan tawa.

"Don't mess up with us or create any chaos again if you don't want your ugly face becomes more uglier. Faham?!" Freya mengeluarkan semua amarahnya.

Disebabkan Jiho, kaki dia sakit sebab didenda oleh Mr Kailer. Susah nak jalan sebab berdiri terlalu lama. Bayangkan lima jam dia berdiri di gelanggang basketball. Malu dia tak kisah sangat tapi dua hari dia menderita sakit kaki.

"Lain kali, kalau dak dak junior buat cara dak dak junior. Jangan nak buat amal jariah jaga tepi kain hakak senior. Ahaks!" tambah Xiyeon sambil tersenyum sinis.

Nancy menepuk bahu Jiho. Dia membuat muka geli bila tangannya melekit terkena jus oren di baju Jiho. Setelah itu dia mengelap tangannya di skirt kelabu hitam bercorak kotak Jiho.

Mereka melangkah pergi dari situ.

"Kau tunggu apa yang akan aku balas nanti Kang Freya!" jerit Jiho.

Freya memusing badannya kembali. Dia melihat dada Jiho yang turun naik sebab terlampau marahkannya.

"Oh really! Let's see what can you do then. Don't forget. You just a baby who always cry for something. So pathetic your parents"

Freya senyum manis sebelum mukanya berubah menjadi serius plus menyampah semula.

Majlis Keselamatan Sekolah dimulakan tepat jam 12 tengah malam. Kelihatan polis yang dimaksudkan oleh Cikgu Naeun sudah datang. Polis itu sedang berbual mesra dengan pengetua sekolah iaitu Bae Irene yang sekaligus merangkap ibu Jinyoung.

Nampaknya semua pelajar sudah masuk ke dalam dewan dan mula berbaris mengikut kelas masing masing.

"Semua dah 100% siap ke bro" tanya Haechan dengan perlahan.

"Dah. Jangan risaulah" jawab Jaemin.

Sebaik saja pengerusi majlis memulakan ucapan, tiba tiba...

Tbc

Haha. Saja nak kasi suspen. Anyway tiba tiba dapat idea buat cite macam ni. Hihi peace yo.

#MASHIE에이핑크


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top