44 ; Bahagia

ㆁㆁㆁ


Di dalam bilik persiapan pengantin, Dahye duduk merenung cermin yang berada di hadapannya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin dengan Jimin secara paksa.

Hoseok, sudah menghilang sejak malam tadi. Puan Jung beritahu bahawa Hoseok tidak pulang ke rumah daripada semalam. Ke mana Hoseok sudah pergi? Adakah Hoseok sudah berputus asa?

"Dahye." Seru seseorang.

Pantas Dahye mengusap air matanya sebaik saja namanya diseru. Dia memandang ke arah cermin untuk melihat pantulan siapa yang berada di belakangnya.

"J-jimin. Apa awak buat dekat sini?" Soal Dahye dengan nada yang serak akibat kesan daripada menangis.

"Awak tak patut menangis semasa hari perkahwinan.. kita." Kata Jimin lalu mengusap lembut air mata milik Dahye.

"Maaf." Ucap Dahye perlahan.

"Sekejap lagi ayah akan datang untuk tengok awak. Jadi jangan menangis. Ayah mungkin akan jadi makin marah." Bisik Jimin.

"Dahye? Kamu dah bersiap?" Soal Encik Lee yang segak berpakaian sut lengkap.

"D-dah. Cuma tinggal beberapa solekan." Bohong Dahye sambil berselindung di belakang Jimin.

"Baiklah. Ayah tunggu dekat luar. Majlis akan bermula sekejap lagi." Pesan Encik Lee.

"Jimin. Maafkan saya." Ucap Dahye lagi.

"Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Kerana saya, awak terpaksa berkahwin dengan saya." Jimin mengeluh perlahan.

"Sudahlah tu. Mari saya solek muka awak. Tak cantik lah pengantin saya ni kalau asyik menangis je." Gurau Jimin.

"Bodoh. Jadi selama ni saya tak cantik lah?" Soal Dahye sambil ketawa perlahan.

"Hehe. Cantik. Tapi saya nak awak jadi lebih cantik lagi hari ni." Jawab Jimin sambil tersenyum lebar.

"Baik." Dahye akur lalu duduk di atas kerusi berdekatan.

Wajahnya disolek dengan penuh keikhlasan. Jimin mengukir senyuman sinis semasa menyolek wajah Dahye.


ㆁㆁㆁ


"Pengantin perempuan diminta untuk berjalan masuk ke dalam dewan."

Mendengar pengumuman itu, Dahye menjadi gemuruh. Nafasnya menjadi tidak tentu arah. Kemudian tangannya dipegang oleh Encik Lee.

"Jangan risau. Semuanya baik-baik je." Ucap Encik Lee untuk menenangkan Dahye.

Dahye mengeluh. Mereka berdua berjalan menaiki laluan yang menuju ke pentas dan berjalan menuju ke arah Jimin yang sedang menanti di pentas besar. Jantungnya berdegup laju. Dia tidak mahu meneruskan majlis ini.

Dahye memegang erat bunga yang berada di tangan kanannya. Dia rasa mahu lari daripada semua ini. Dia tidak mahu berkahwin dengan orang lain selain Hoseok. Cintanya terhadap Hoseok tidak pernah berubah.

Tibanya mereka di hadapan Jimin, Encik Lee melepaskan pegangan tangannya. Dahye masih lagi kaku. Jimin yang perasan akan hal itu segera menarik tangan Dahye untuk berdiri di hadapannya. Para hadirin menepuk tangan mereka.

Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh orang ramai yang menghadiri majlis perkahwinan itu.

"Jimin. Saya tak rasa saya boleh teruskan." Bisik Dahye.

"Jangan terburu-buru. Boleh awak tunggu sekejap saja lagi?" Soal Jimin sambil tersenyum.

"Tapi—"

"Pengantin lelaki dijemput untuk naik ke atas pentas." Ucap juruacara majlis itu.

Dahye bingung. Jimin sudah pun berada di atas pentas. Apa mereka buta? Dahye hairan. Tiba-tiba, pintu dewan itu terbuka luas. Kelihatan Hoseok berada di hadapan pintu sambil dirinya sudah lengkap berpakaian tuxedo.

Hoseok membuka langkah menuju ke arah Dahye dan Jimin. Para hadirin menepuk tangan sekali lagi. Dahye semakin bingung. Apa semua ni? Wajah Encik Lee ditatap lama. Encik Lee hanya membalasnya dengan senyuman.

"Tengok? Kesabaran mampu mendatangkan kebahagiaan." Jimin tersenyum sumbing.

"Apa semua ni?" Soal Dahye sambil berkerut.

"Haih. Takkan tak nampak lagi? Hoseok lah pengantinnya." Balas Jimin sambil menunding jarinya ke arah Hoseok yang semakin menghampiri.

"Tapi macam mana—"

Tanpa berkata apa-apa, Jimin menarik tangan Dahye dan membuka tapak tangannya. Satu gelang mutiara diletakkan di atas tapak tangan Dahye. Dahye terkedu. Sudah setahun lebih dia mencari gelang itu. Gelang milik ibunya.

"Jimin—"

"Saya pergi dulu ya? Saya.. tak sampai hati untuk rampas hak orang lain." Kata Jimin sambil tersenyum hambar.

"Saya tahu hati awak takkan berubah walaupun kita berkahwin. Takdir awak hanya dengan Hoseok." Air matanya mengalir sebaik saja senyuman terukir dibibirnya.

Dahye segera memeluk tubuh Jimin dengan erat. Dia rasa bersalah kerana memberikan Jimin harapan palsu. Mereka berdua menangis bersama tanpa menghiraukan masa yang semakin suntuk.

"Maafkan saya Jimin. Maafkan saya. Beritahu ayah, saya minta maaf pada dia." Ucap Dahye tersedu-sedan.

"Ayah awak faham Dahye." Balas Jimin.

"Ehem! Dah habis dah sesi bersamamu? Pengantin lelaki dah tunggu lama ni." Ucap Hoseok sambil menyilangkan tangannya.

"Ish kau ni. Sabarlah." Jimin menjeling Hoseok.

"Awak berdua ni memang tak boleh berhenti bergaduh kan?" Dahye menggelengkan kepalanya.

"Hehe." Mereka berdua tersenyum seperti kerang busuk.

Kemudian, Jimin pergi meninggalkan mereka berdua di atas pentas.

"Baiklah. Tanpa membuang masa, majlis akan diteruskan. Pengantin diminta untuk menyarungkan cincin pada jari manis masing-masing." Ucap Hanri yang menjadi juruacara majlis itu.

Hoseok dan Dahye bergilir menyarungkan cincin masing-masing. Ianya muat.

"Kalau awak nak tahu, cincin ni adalah cincin pertama dan perkahwinan kedua kita." Bisik Hoseok ditelinga Dahye.

"Memanglah. Awak kan kedekut nak belikan saya barang kemas." Bidas Dahye geram.

"Awak jangan risau. Biarpun batu permata yang mahal, saya sanggup belikan untuk awak." Kata Hoseok sambil tersenyum lebar.

"Batu permata tak mampu beli cinta saya, awak tahu tu? Apa yang mampu beli cinta saya ni hanyalah keikhlasan cinta awak terhadap saya." Balas Dahye.

Hoseok tergamam. Dahye benar-benar.. isteri idamannya!

"Saya akan bahagiakan awak, Dahye! Saya janji!" Jerit Hoseok.

"Oi! Apa yang kau berdua tunggu lagi? Cium lah!" Marah Hanri yang tidak sabar-sabar menunggu.

"HAHAHAHAHA!"

Para hadirin hanya ketawa mendengar kata-kata Hanri itu. Hoseok dan Dahye menjadi malu. Ada ke patut Hanri berkata begitu?

"Awak tunggu apa lagi? Tak nak kiss saya ke?" Soal Hoseok sinis.

"Siapa kata tak nak?"

'Chuu!'

"Nah! Tak akan ada sesiapa yang boleh cium awak lagi selain saya. Kalau ada, saya harap mulut dia berkudis." Kata Dahye sambil mengukir senyuman sinis.

"Saya tak tahu pun Jimin ajar awak untuk jadi liar macam ni? Dia ajar awak macam mana nak bagi ciuman panas ke?" Hoseok menjongketkan sedikit keningnya.

"Eh?! G-gatal!" Bahu Hoseok ditampar kuat oleh Dahye.

"Makin liar awak dengan saya, makin sayang saya dekat awak!" Kata Hoseok lalu ketawa besar.

"Tak guna punya Hoseok!"

"That's my daughter-in-law! Ohohoho!" Jerit Puan Jung yang baru saja muncul.

Hoseok terkelu. Dia malu.

"Ish mama ni. Malulah saya macam ni." Bisik Hoseok.

"Apa lah awak ni. Itukan mama awak. Layankan je lah." Kata Dahye geram.

'Klik!'

Gambar mereka ditangkap oleh Puan Jung. Hoseok semakin malu. Puan Jung tidak pernah nenyorokkan sifat peliknya itu.

"Selfieee!"

"Aish mama! Dah lah tu!"

"Hahahahaha!"

Inilah kebahagiaan yang Dahye mahukan. Tiada lagi salah faham, tiada lagi pergaduhan. Hanya, bahagia.


ㆁtbcㆁ

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top