43 ; Dugaan

ㆁㆁㆁ


Dahye duduk dibangku taman sambil termenung jauh memikirkan sesuatu. Dia.. sedang menunggu Jimin. Sebenarnya dia tidak mahu bermasam muka untuk jangka masa yang lama kerana mereka telahpun berkawan sudah hampir 8 tahun.

"H-hai Dahye." Tegur Jimin dengan nada kekoknya.

"Duduklah." Jemput Dahye lalu membalasnya dengan senyuman.

"Terima kasih."

"Maafkan saya tentang—"

"Tak mengapa, Jimin. Saya tahu awak bukan sengaja untuk lakukannya. Awak cuma bingung dan marah pada masa yang sama. Maafkan saya sebab tak dapat balas cinta awak sejak 7 tahun lepas." Kata Dahye sambil menahan air matanya daripada mengalir.

"Haih. Maafkan saya sekali lagi." Ucap Jimin setelah mengeluh.

"Ya? Kenapa?" Soal Dahye hairan.

"Sebenarnya.."


ㆁㆁㆁ


"Thankyou, Vic." Jimin tersenyum bersama air mata yang masih mengalir.

"Jimin."

"Ya?"

"Kau.. tak rasa kau patut cerita tentang hal sebenar kepada Dahye dan minta maaf?" Soal Hanri sebaik saja dia meleraikan pelukannya.

Jimin terpaku. Soalan Hanri benar-benar membuatkan hati Jimin tersentap. Hanri menoleh memandang ke arah Jimin.

"Aku rasa ada baiknya kau minta maaf dan jujur pada dia. Aku tahu sebenarnya kau tak cintakan dia. Kau cuma rasa bersalah terhadap dia. Cinta kau pada dia tak pernah wujud walau sikit pun. Apa yang wujud dalam hati kau adalah rasa serba salah terhadap Dahye." Jelas Hanri.

Sebagai seorang doktor psikologi, Hanri tahu akan apa yang dirasakan oleh sesetengah manusia. Emosi dan gerak geri seseorang itu mampu membuatkan Hanri mengetahui apa masalah mereka serta jalan penyelesaiannya.

"Walau apa pun yang berlaku, kau harus diam sebab kau tak ada hak untuk berkata apa-apa. Ianya adalah salah kau. Kau tak patut nafikannya, Jimin. Kau adalah pesakit pertama aku. Jadi, aku kenal kau." Kata Hanri lalu melepaskan keluhan pendek.

Jimin masih lagi berdiam diri. Mulutnya bagaikan terkunci dan tidak mampu berkata apa-apa.


ㆁㆁㆁ


'Panggg!'

"Sampai hati awak Jimin?!" Tengking Dahye sambil dadanya naik turun mencari nafas kerana berasa amat marah.

Jimin terkedu. Dia.. ditampar.

"Awak memang kejam! Awak bukan manusia! Awak syaitan yang bertopengkan manusia!" Tambah Dahye lagi.

"M-maaf—"

"Ya?" Soal Dahye.

"M-maafkan—"

"Jimin? Are you okay? Dari tadi awak diam. Kenapa ni?" Soal Dahye sambil memegang wajah Jimin.

Jimin kembali sedar daripada lamunannnya. Ianya hanya sebuah bayangan. Jimin menggenggam penumbuknya untuk menahan ketaran tangannya akibat ketakutan.

"Awak baliklah. Mesti awak penat kan? Lagipun esok.. hari perkahwinan kita. Saya harap, rancangan Hoseok berjalan lancar. Dan saya harap, awak jumpa wanita yang akan cintakan awak seikhlas hatinya." Ucap Dahye lalu menepuk perlahan bahu Jimin.

"Saya balik dulu ya. Jumpa nanti."

Tiba-tiba tangan Dahye direntap. Dahye terkejut.

"Kenapa ni?" Soal Dahye.

"Apa rancangan Hoseok?"


ㆁㆁㆁ


Jimin terbaring lemah di atas katil. Dia.. masih bimbang jika Dahye tahu akan cerita sebenar bagaimana ibu dan adik beradiknya terlibat dalam kemalangan.

Dalam masa yang sama, dia masih memikirkan tentang rancangan Hoseok ingin membatalkan majlis perkahwinan mereka. Patut ke dia membiarkan Dahye mengikuti rancangan yang dibuat oleh Hoseok?

"Oi Jimin. Awal kau balik? Dah jumpa Dahye?" Soal Hanri bersama sebekas popcorn ditangannya.

"Apa tengok? Nak? Buat sendiri." Kata Hanri lalu menyorokkan popcorn dibelakangnya.

"Kau ingat aku nak sangat?" Jimin menjeling Hanri.

"HAHAHAHAH!"

"So how?"

"Hmm. A-aku tak bersedia lagi untuk beritahu dia. A-aku takut—"

"It's okay. Aku faham perasaan kau. Ambil lah masa untuk beritahu dia. Tapi janji dengan aku yang kau akan beritahu dia, okay?" Soal Hanri sambil menunjukkan jari kelingkingnya.

"Aku.. janji." Jimin mencantumkan jari kelingking mereka berdua.

"HAHAHHAHA!"

"Kenapa? Aku ada buat salah ke?" Soal Jimin bingung.

"Aku ingat makin dewasa, makin panjang jari kau. Rupanya sama je! HAHAHAHA!" Hanri ketawa besar sambil menunding jari ke arah jari jemari Jimin.

"F*** you."


ㆁㆁㆁ


"Jadi macam mana? Awak dah beritahu Jimin tentang rancangan saya?" Soal Hoseok.

"Dah. Tapi saya rasa Jimin tak berapa setuju dengan rancangan awak. Hmm." Dahye mengeluh perlahan.

"Apa? Rancangan kita untuk kahwin lari tu tak bernas?" Soal Hoseok sambil menunjukkan kerutan di dahinya.

Dahye menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak tahu apa yang patut dikatakan olehnya sekarang ni.

"Bukan tak bernas. Cuma.. kurang sopan. Saya taknak ayah saya makin benci pada awak. Ada baiknya kita jumpa ayah saya dan beritahu pada dia segala-galanya." Jelas Dahye jujur.

"Hmm kalau macam tu, kita jumpa ayah awak malam ni." Kata Hoseok bersetuju.


ㆁㆁㆁ


'Panggg!'

"Ayah! Apa semua ni?!" Marah Dahye setelah melihat adegan dimana Hoseok ditampar dengan kuat oleh ayahnya.

"Berani kau tunjuk muka kau dekat sini lagi?! Tak cukup lagi ke kau seksa anak aku setahun yang lepas?! Dahye dah banyak terseksa kerana kau!" Tengking Encik Lee.

"S-saya minta maaf. S-saya terpaks—"

"Aku taknak dengar lagi alasan kau. Berambus daripada rumah aku." Kata Encik Lee menghalau Hoseok sambil jarinya menunding ke arah pintu.

"Ayah! Dengar dulu penjelasan Hoseok!"

"Kamu akan berkahwin dengan Jimin—"

"Dahye tak cintakan Jimin!" Jerit Dahye.

Encik Lee terpana.

"Dahye terpaksa tipu ayah. Dahye terpaksa bertunang dengan Jimin untuk supaya Dahye dapat lari daripada Hoseok. Tapi nampaknya Dahye silap. Dahye.. masih lagi cintakan Hoseok." Kata Dahye sambil air matanya mengalir keluar daripada tubir matanya.

Sebaik saja Encik Lee mendengar kata-kata Dahye, api kemarahannya semakin marak. Lantas tangan Dahye direntap dan diheret menuju ke arah sebuah bilik.

"Apa ni ayah?! Lepaskan Dahye!" Jerit Dahye.

"Kamu tetap akan berkahwin dengan Jimin! Cinta atau tak, itu semua tak bermakna apa-apa! Kamu tetap akan berkahwin!" Tengking Encik Lee.

'Bamm!'

Pintu dikunci.

"Pakcik! Tolonglah! Saya cintakan Dahye! Tolong lepaskan dia!" Jerit Hoseok sambil menangis.

"Kau diam! Kau tak layak sebut nama dia!" Balas Encik Lee kasar.

"Kalau pakcik bencikan saya, pakcik pukullah saya! Saya rela! Tapi tolong jangan kurung Dahye! Saya merayu!" Kata Hoseok sambil melutut dan menggosokkan kedua-dua belah tangannya.

"Kau berambus! Keluar!"

"Hoseok! Tolong keluarkan saya! Saya nak ikut awak!" Jerit Dahye daripada dalam bilik dimana dia dikunci.

Akibat geram, Hoseok diheret keluar oleh Encik Lee sendiri. Tubuh Hoseok ditolak sehingga menyembah tanah. Pintu segera dikunci.

"Pakcik! Buka pintu ni! Dahye perlukan saya!" Jerit Hoseok sambil mengetuk pintu rumah milik keluarga Lee itu.

Malang. Walaupun seratus kali pintu itu diketuk, Encik Lee tak akan membukanya. Dia amat benci pada Hoseok. Kerana Hoseok, Dahye menjadi seorang janda diusia muda dan diseksa dengan teruk sekali.

"Maafkan saya pakcik. Saya terpaksa. Saya masih cintakan Dahye. Tolonglah benarkan kami hidup bersama sekali lagi. Kami cintakan satu sama lain. Saya janji takkan sakiti dia, jaga makan dia, tak benarkan dia buat kerja rumah, dan takkan buat dia menangis lagi. Tolonglah pakcik." Hoseok terduduk dan menangis tersedu-sedan dihadapan pintu rumah itu.


ㆁㆁㆁ


Dahye terduduk lemah di dalam bilik setelah 2 jam menangis tanpa henti. Matanya bengkak akibat menangis terlalu lama. Dia menyesal kerana tidak mengikut rancangan asal Hoseok. Untuk lari meninggalkan Korea bersama-sama.

Kepalanya disandarkan pada dinding. Adakah nasib hidupnya malang? Kegembiraan yang dirasainya pasti akan diragut begitu saja. Sungguh dia tidak menduga dugaan yang menimpanya sekarang ini.

"Kenapa? Kenapa hidup aku macam ni?" Soal Dahye sendirian.

"Aku benci semua orang. Benci!" Jerit Dahye sambil melemparkan segala barangan yang berada di dalam bilik itu.

Encik Lee yang mendengar jeritan Dahye itu hanya mampu mengeluh. Baginya, ini adalah cara yang terbaik. Dia tidak mahu Dahye disakiti lagi.


ㆁtbcㆁ

Maaf lhaa klau ff niyh makin serabut and pelik hAHAHAHAHAHA idea hilang plak untk chapter niyh ') btw, lagi 2 chapter, ff niyh complete! 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top