41 ; Berahsia
ㆁㆁㆁ
Hoseok mengeluh lega setelah Dahye akhirnya tidur lena setelah setengah jam menangis tanpa henti. Bila ditanya mengapa, Dahye hanya menggelengkan kepalanya. Hoseok juga bingung. Adakah Dahye mengalami senggugut yang teruk? Hoseok menggelengkan kepalanya. Tidak mungkin.
"Dahye. Apa yang jadi sebenarnya? Apa yang awak rahsiakan daripada saya?" Soal Hoseok sambil merenung wajah Dahye yang sudah lena dibuai mimpi.
Hoseok mengambil keputusan untuk bangun dan tidur di bilik tetamu memandangkan Dahye sudah tidur di biliknya. Walaupun mereka pernah bergelar suami isteri, ianya tidak manis dipandang orang. Perlahan-lahan pintu bilik itu ditutup.
"Macam mana? Dahye dah tidur?" Soal Puan Jung yang tiba-tiba saja muncul.
"Ya tuhan! Ish mama ni! Buat terkejut orang je!" Marah Hoseok sambil menggosok dadanya kerana mengalami kejutan yang teramat setelah melihat wajah ibunya yang dipenuhi dengan bedak sejuk.
p/s; bayangkan Puan Jung macam ni HAHAHAHAHA
"Dahye dah tidur. Yang mama ni tak tidur lagi kenapa?" Soal Hoseok sambil memandang pelik ke arah Puan Jung.
"Erm mama nak pergi minum air." Balas Puan Jung ringkas lalu berjalan meninggalkan Hoseok yang masih terpinga-pinga sendirian.
"Pelik-pelik je lah mama aku ni." Hoseok hanya sekadar menggelengkan kepalanya melihat kerenah Puan Jung yang pelik itu.
ㆁㆁㆁ
'Panggg!'
"Kau dah gila atau apa?!" Soal Hanri dengan nada yang tinggi.
Pipi Jimin yang mula kemerah-merahan itu hanya dibiarkan. Dada Hanri berombak menahan geramnya terhadap Jimin. Penumbuk digenggam kemas. Sebagai seorang wanita seperti Dahye, Hanri juga dapat merasakan perasaan Dahye.
"Aku suruh kau untuk soal diri kau sama ada kau benar-benar cinta pada dia atau tak! Bukan cuba rogol dia! Kau memang dasar lelaki tak tahu malu! Memalukan keluarga Park!" Tengking Hanri.
Sebagai seorang sepupu yang 2 tahun lebih berusia daripada Jimin, dia mempunyai sifat sebagai seorang kakak kepada Jimin. Dia benci apabila Jimin membuat perkara yang boleh memalukan nama keluarga mereka.
"Kenapa? Kenapa kau sanggup buat macam tu pada dia? Dia percayakan kau. Dia sayang pada persahabatan kau berdua. Tapi apa kau buat? Kau musnahkan kepercayaan dia terhadap kau." Kata Hanri lalu mengetap bibirnya menahan geram.
"A-aku tak sedar—"
"Kenapa? Kalau kau tak sedar pun kenapa? Kau boleh suka-suka hati rogol dia? Kau tak mabuk kan? Kalau aku tiba lewat sedikit masa tu, agak-agaknya kau dah tanam benih ke dalam badan dia?" Soal Hanri sinis.
Jimin mula berasa geram apabila dituduh sedemikian. Kerusi berdekatan dicampak dengan kuat sehingga patah. Dia marah.
"Apa? Kau marah? Kau tahu rasa marah? Tapi kau ada fikir betapa marahnya Dahye sekarang?!" Soal Hanri.
"Aku dah cakap aku tak sengaja!" Kata Jimin menengking Hanri yang berada di hadapannya.
"Jadi, aku pun tak sengaja tumbuk muka kau masa tu." Balas Hanri sambil menunjukkan riak wajah tidak bersalah dan tidak ambil kisah.
"Bahagian mana yang kau dah sentuh waktu tu? Kau ada rasa puas?" Soal Hanri sinis.
"Kau jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan, Park Hanri!"Jimin semakin berang.
"Mesti kau rasa puas kan? Yelah, kau tak pernah sentuh mana-mana perempuan lagi, kan?" Soal Hanri bagaikan mencurah minyak ke dalam api.
Akibat berasa marah, Jimin menolak Hanri sehingga tubuhnya berlanggar dengan permukaan dinding. Hanri mengerang kesakitan. Pandangan tajam diberikan kepada Jimin yang menggenggam kuat bahunya.
"Kenapa? Kau nak cuba rogol aku pula ke? Huh?" Senyuman sinis Hanri sengaja dibuat-buat walaupun dia dapat merasakan bahaya sedang menghampiri.
"Argh sial!" Jerit Jimin lalu berjalan keluar daripada bilik itu setelah melemparkan barangan Hanri yang berada di atas meja.
Hanri mengeluh lega. Dia bernasib baik kerana dia adalah seorang doktor psikologi. Dia dapat mengawal mental seseorang itu dengan hanya beberapa patah perkataan saja. Dan dia juga dapat membaca situasi yang dialaminya.
Pada masa yang sama dia juga rasa bersalah pada Jimin. Jika dia tidak berbuat begitu, Jimin tentu akan menjadi kurang waras akibat tekanan. Hanri pasti Jimin akan meminta maaf pada Dahye esok hari. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor seseorang didail.
"Haih. Jumpa aku di tempat biasa. Aku ada hal nak bincang dengan kau." Ucapnya sebaik saja panggilannya di angkat.
ㆁㆁㆁ
'Chirp chirp!'
Mendengar akan kercipan burung-burung yang datang menyinggah pada tingkap bilik itu membuatkan Dahye terjaga dari tidurnya. Telefon bimbit dicapai. Sudah jam 7:20 minit pagi. Dahye menoleh kiri dan kanan.
Ini bukan biliknya. Ini adalah bilik Hoseok. Dahye mengimbas kembali tentang hal yang terjadi malam semalam. Air matanya kembali mengalir.
ㆁㆁㆁ
"Apa yang awak buat ni Jimin?! Lepaslah!" Marah Dahye sambil cuma melawan Jimin yang sudah mengunci kedua-dua belah tangannya yang kecil itu.
"Jimin!" Dahye mula menjerit apabila Jimin mula menyelak bajunya.
Dahye dapat merasakan jari-jemari Jimin mula memasuki ke dalam bajunya. Air matanya mengalir dengan deras. Wajahnya mula dirapatkan pada leher Dahye.
"Stop it, Jimin!" Jerit Dahye yang bersungguh-sungguh untuk melepaskan diri.
Encik Lee tiada di rumah kerana dia ada hal yang perlu diselesaikan di tempat kerjanya. Jadi, tiada gunanya untuk Dahye menjerit meminta pertolongan.
"I hate you! I f**king hate you!" Kata Dahye menengking Jimin yang masih lagi berada di dunianya sendiri.
Jimin berhenti dari mengucup leher Dahye lalu memandang tepat ke arah wajah Dahye. Air mata Dahye telah pun membahasahi wajahnya.
"You're not going to hate me after this." Kata Jimin sinis.
Bajunya mula dibuka. Dahye yang sedar akan perkara itu semakin panik. Tidak. Ini tidak mungkin terjadi! Jimin pasti sudah hilang akal!
"Tolong!" Jerit Dahye sekuat hatinya.
'Bamm!'
Pintu bilik itu terbuka setelah dirempuh oleh seseorang. Park Hanri. Apabila melihat akan adegan di mana Dahye hampir dirogol, Hanri terus saja berjalan menuju ke arah Jimin lalu menumbuk wajahnya dengan kuat.
'Bukk!'
"Shame on you, Park Jimin! You've been throwing dirt on our family's face!" Tengking Hanri setelah dia menumbuk wajah Jimin sehingga berdarah.
Darah yang mengalir di bibirnya dibiarkan. Dia terkedu. Dia kembali ke alam nyata. Jimin memandang ke arah Dahye yang memeluk kakinya dan kelihatan ketakutan. Kemudian dia memandang ke arah Hanri yang kelihatan sangat marah. Apa.. yang berlaku?
"Saya takkan maafkan awak, Jimin!" Jerit Dahye lalu berlari keluar meninggalkan Hanri dan Jimin bersendirian.
"Da-dahye! Tunggu—"
"Shut the f**k up you a-hole. You f**king pathetic. Don't you dare to meet her again. Or i'll punch your f**king face again." Kata Hanri dengan nada mengugut.
"We gonna talk about this later." Ucap Hanri sebelum dia beredar meninggalkan Jimin yang masih lagi terpinga-pinga.
ㆁㆁㆁ
Dahye berjalan lemah menuruni anak tangga. Semasa perjalanannya untuk ke ruang dapur, anak mata Dahye mengerling ke arah ruang tamu. Kelihatan Hoseok dan Jimin sedang duduk berduaan di sofa. Mereka.. kelihatan tegang.
Dahye berjalan perlahan menghampiri mereka tanpa mereka sedar.
"Aku suruh kau jaga dia! Bukan cuba rogol dia!" Jerit Hoseok.
Dahye tersentak. H-hoseok tahu? Melihat akan gerak-geri Hoseok yang mula berdiri untuk memukul Jimin, Dahye segera menarik lengan Hoseok tanda untuk menghentikannya dari memulakan pergaduhan.
"Sudah! Saya taknak sesiapa bergaduh!" Marah Dahye.
"Awak baliklah, Jimin. Saya.. tak mahu lihat wajah awak buat masa sekarang." Kata Dahye tanpa memandang wajah Jimin.
"T-tapi—"
"Balik sajalah!" Tengking Dahye.
Jimin tersentap. Dahye masih lagi sedih, keliru dan marah pada Jimin. Dia tidak mahu lihat wajah Jimin untuk masa yang terdekat walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung 3 hari lagi.
Jimin melangkah lemah keluar daripada perkarangan rumah keluarga Jung itu. Betapa sedihnya dia apabila Dahye tidak mahu mendengar penjelasannya. Rambutnya diramas geram. Dia tidak menyangka bahawa dia akan bertindak bodoh.
"D*mn it, Park Jimin!" Kata Jimin menyumpah dirinya sendiri.
ㆁㆁㆁ
"Kenapa awak tak beritahu saya tentang hal ni?! Kenapa awak berahsia?!" Soal Hoseok sambil menggenggam erat bahu Dahye.
Tiada sebarang jawapan yang diterima olehnya. Dahye hanya diam membisu dan menahan air matanya dari mengalir. Hoseok menggenggam kuat rambut miliknya. Dia geram.
"Awak tahu tak nasib saya baik sebab Hanri beritahu saya tentang hal ni. Kalau tidak? Awak akan rahsiakannya daripada saya selamanya? Macam tu?" Soal Hoseok.
"S-saya tak—"
"Atau awak sukakannya?" Soal Hoseok lagi.
'Panggg!'
"Watch your words, Jung Hoseok."
Hoseok terkesima. Dia menoleh ke kiri. Kelihatan Hanri sedang berdiri di sebelahnya. Dia baru saja tiba di kediaman Jung itu.
"Aku adalah saksinya. You didn't know how f**king terrified she is with what happened that night." Kata Hanri menahan geram.
Tidak kira Hoseok itu adalah pesakitnya, Hanri akan menggunakan kekerasan apabila ianya melibatkan maruah seorang wanita.
"Sampai hati kau tuduh dia yang dia sukakannya? Apa yang kau rasa kalau kau berada di tempat dia? Adakah kau akan sukakannya?" Soal Hanri semula pada soalan Hoseok yang kurang diajar itu.
"A-aku—. Dahye, s-saya minta maaf. Saya cuma marah sebab awak tak mahu beritahu saya." Ucap Hoseok kesal.
"It's okay. Saya akan keluar bersama Hanri hari ni. Jangan tunggu saya." Balas Dahye lalu mencapai beg tangannya yang berada di sofa.
"Let's go, Hanri." Ajak Dahye.
"Gotta go. See you next time." Ucapnya sebelum beredar bersama Dahye.
"Argh tak guna!" Jerit Hoseok melepaskan geramnya.
ㆁㆁㆁ
"So, where should we go?" Soal Hanri.
"I don't know. Eat, i guess." Balas Dahye sambil merenung ke luar tingkap.
"Okay." Kata Hanri bersetuju.
"Are you.. still shocked or something?" Soal Hanri inginkan kepastian.
Sesekali Hanri menoleh memandang ke arah Dahye ketika sedang memandu. Takut juga kalau Dahye akan tiba-tiba menangis atau meraung.
"Sikit." Balas Dahye ringkas.
"Haih. I'm sure Jimin didn't mean to do that. Maybe he just confused and angry at the same time." Ucap Hanri ingin mengurangkan rasa masa Dahye terhadap Jimin.
Hanri menoleh memandang ke arah Dahye. Kerutan di dahi Dahye mula kelihatan. Hanri pasti Dahye telah fikir bahawa Hanri memintanya untuk memaafkan Jimin.
"Look. It's not like i'm asking you to forgive him. I'm also mad about what happen to you. But please give him one chance. Forgive him. Forgiveness will change everything. Throw your anger away. Talk with him slowly. And you'll understand why." Tambah Hanri lagi walaupun sedang fokus dalam pemanduannya.
"Kalau awak biarkan perkara ni begitu saja, saya pasti awak akan menyesal. Persahabatan yang sudah terbina akan runtuh macam tu saja. Either you gonna lose him, or he gonna lose you."
Kata-kata Hanri membuatkan air mata Dahye mengalir. Sudah tentu dia sayang pada persahabatan mereka. Dia tidak mahu untuk terus membenci Jimin. Tetapi ini bukan masa yang sesuai untuk berjumpa Jimin. Dia bimbang, dia akan mengatakan sesuatu yang bodoh.
"Here we are! Let's go eat— Oh no! Jangan menangis!" Hanri terkejut besar sebaik saja melihat Dahye yang sedang menangis.
"I'm sorry! Saya tak bermaksud nak buat awak menangis!" Ucap Hanri panik.
Dahye tidak mampu menahannya lagi. Mentalnya tidak kuat. Apa pun yang Hanri akan fikir tentangnya, Dahye tidak kisah. Apa yang dia mahu lakukan ialah menangis sepuas hatinya.
ㆁtbcㆁ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top