38 ; Batalkan Perkahwinan?
ㆁㆁㆁ
"Hoseok. Saya nak tanya awak. Kalau awak masih lagi tidur, awak sedar tak apa yang awak buat?" Soal Dahye sambil kedua belah tangannya disilangkan.
"Tak." Jawab Hoseok ringkas sambil kepalanya menunduk memandang permukaan meja.
"Jadi kenapa awak tuduh saya yang bukan-bukan? Takkan awak tak boleh nak berfikir? Budak sekolah rendah pun boleh berfikir positif lah." Bebel Dahye sambil matanya memandang tepat ke arah Hoseok.
Hoseok hanya menggentel hujung bajunya tatkala mendengar bebelan Dahye. Dia tiada jawapan untuk dibalas. Ini adalah salahnya.
"Awak pula Jimin. Perlu ke awak buat Hoseok bertambah marah dan buatkan dia semakin salah anggap apa yang berlaku di antara kita?" Anak mata Dahye dialihkan ke arah wajah Jimin pula.
"Maaf. Saya cuma geram bila dia tumbuk saya secara tiba-tiba." Balas Jimin sambil bibirnya dimuncungkan.
"Umur awak berapa?" Soal Dahye geram.
"23." Jawab Jimin ringkas.
"Jadi tolong berperangai seperti orang dewasa yang berumur 23 tahun dan bukannya budak berumur 3 tahun." Bidas Dahye menahan geramnya.
"Maaf Dahye. Kami takkan buat lagi." Ucap mereka berdua serentak.
Dahye mengeluh panjang. Dia tidak mampu memarahi dua lelaki ini untuk jangka masa yang lama. Rambutnya diselitkan dibelakang telinga.
"Baiklah. Saya maafkan awak berdua kalini. Kalau hal ni berlaku sekali lagi, saya tahu lah apa yang saya perlu lakukan." Ugut Dahye.
"Kita akan pulang ke Korea tak lama lagi. Tak sangka masa berlalu dengan pantas." Keluh Dahye selepas menghirup Latte yang masih lagi panas itu.
Hoseok dan Jimin memandang satu sama lain. Ini bermaksud, perkahwinan Jimin dan Dahye semakin hampir. Mereka berdua akhirnya mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Saya akan pergi ke tandas sekejap." Kata Dahye meminta diri untuk beredar sebentar.
Setelah kelibat Dahye tidak lagi kelihatan, Hoseok menoleh memandang ke arah Jimin.
"Kau dah janji dengan aku untuk bantu aku dapatkan Dahye semula. Mula-mula aku yakin, tapi sekarang aku tak rasa yang kau akan lepaskan dia kalini." Ucap Hoseok sambil tersenyum sinis.
"Kau ni ibarat gunting dalam lipatan." Tambah Hoseok lagi.
Jimin hanya mampu berdiam diri. Apa yang Hoseok katakan itu, semuanya benar. Jimin juga tidak mahu menafikannya. Dia benci pada diri sendiri kerana sanggup menipu untuk melihat kebahagiaan orang lain. Jimin mengeluh. Dia masih lagi mempunyai perasaan terhadap Dahye.
"Aku harap kau tunaikan janji kau, kawan." Ucap Hoseok dengan nada berbisik.
Jimin menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar miliknya. Dia memegang erat sesuatu benda di dalam kocek seluarnya.
'Maafkan aku, Hoseok.' Bisik hatinya.
ㆁㆁㆁ
Pada masa yang sama, Dahye yang berada di dalam tandas mengalirkan air matanya. Dia rasa bersalah terhadap dua lelaki itu. Hanya kerana dirinya yang serba serbi kekurangan, mereka berdua sanggup bergaduh.
Air mata yang masih lagi tersisa di wajahnya diusap dengan menggunakan tisu. Kemudian, anak matanya terpaku pada gelang tangan pemberian Jimin kepadanya. Dahye teringat akan sesuatu. Gelangan tangan mutiaranya telah lama hilang dan tidak dijumpai.
Itu adalah satu-satunya gelang pemberian ibunya kepadanya. Dia tiada lagi barangan peninggalan ibu, abang mahupun adik kembarnya. Tragedi ngeri yang mengambil 4 nyawa sekaligus itu menghantui dirinya.
Walaupun ianya adalah kesalahan besar Hoseok, tetapi dia tidak mampu untuk membenci lelaki itu. Jimin, lelaki yang setia bersamanya sepanjang masa, Dahye tidak mampu memberikan hati dan perasaannya kepada lelaki itu.
Rambutnya diraup kebelakang dengan menggunakan tangannya. Hanya tinggal 4 hari saja lagi. Dahye keliru. Adakah dia akan menghabiskan seluruh hidupnya bersama Hoseok ataupun bersama Jimin? Dahye merengus geram. Segala-galanya telah berubah.
"Sama seperti musim, manusia berubah." Gumamnya sendirian ketika memandang ke arah cermin.
Dahye berjalan keluar dari tandas itu setelah memastikan emosinya stabil semula.
ㆁㆁㆁ
Pintu bilik hotel ditutup dengan rapat. Beg tangan dan juga kot miliknya dicampak ke atas katil. Dia keletihan selepas menonton wayang bersama Puan Jung dan yang lain.
Dahye merebahkan dirinya di atas katil. Satu keluhan dilepaskan setelah dia memejamkan matanya. Dia masih lagi memikirkan tentang perkahwinannya bersama Jimin tidak lama lagi. Bagaimana dia harus menerangkan hal ini kepada ayahnya?
"Ibu. Apa yang Dahye harus lakukan?" Soalnya sendirian ketika menoleh ke arah balkoni bilik hotel itu.
'Tit tit tit!'
Dahye menoleh memandang ke arah pintu. Terpacul dua wajah lelaki dengan senyuman. Dahye menepuk dahinya perlahan. Sampai bila dua orang lelaki ini akan terus bersikap begini?
"Apa lagi kali ni?" Soal Dahye.
"Erm saya tak nak tidur sebilik dengan dia. Dia kuat berdengkur." Adu Jimin sambil menunding jari ke arah Hoseok.
"Kenapa aku pula?! Kau lah yang berdengkur!" Marah Hoseok.
Dahye menggelengkan kepalanya. Dia tahu kedua-dua mereka tidak pernah berdengkur ketika sedang tidur.
"Lagi?" Soal Dahye seperti sedang mendengar aduan kanak-kanak tadika.
"Jimin kentut masa tidur! Saya tak suka!" Jawab Hoseok memintas.
"Amboi kau! Pandai menuduh! Aku tak kentut lah!" Jimin memukul kuat lengan Hoseok kerana berasa geram apabila dituduh sedemikian.
"Dah habis dah?" Kening Dahye dijongketkan sedikit.
"Dah." Jawab mereka serentak.
Dahinya dipicit perlahan. Bagaimana dia harus menguruskan dua lelaki ini? Jika dia menempah lagi sebuah bilik hotel, itu sudah dikira membazir walaupun keluarga Jung terlampau kaya. Dahye amat benci akan pembaziran.
"Okay macam ni lah. Saya dan mama akan tidur sebilik. Hoseok dan papa akan tidur sebilik. Jimin awak tidur di sini." Jelas Dahye memberikan cadangan.
"Taknak!" Kata mereka berdua serentak.
"Dah tu awak berdua nak tidur di mana?" Soal Dahye menahan geram.
"Saya nak tidur dengan awak!" Kata mereka sekali lagi serentak.
Tidak. Ini sudah melampau. Dia perlukan privasi juga. Dahye berdiri lalu menolak mereka berdua secara paksa untuk keluar daripada biliknya.
"Awak berdua jangan berani masuk ke dalam bilik saya. Kalau tak, saya mengadu dekat mama! Biar awak berdua kena pukul lagi!"
'Bamm!'
Dahye merengus lalu berbaring semula di atas katil. Mengganggu ketenteraman betul. Kepalanya dipicit agar rasa pening berkurangan.
'Waste it on me, baby why not waste it on me—'
Tertera nama Tuan Lee pada skrin telefon miliknya. Dahye mengeluh sebelum mengangkat panggilan daripada ayahnya itu.
"Hello ayah? Kenapa ayah call ni?" Soal Dahye.
'Saja. Kenapa? Tak boleh?' Soal Tuan Lee semula.
"Eh tak adalah. Ayah kan sibuk selama ni. Pelik juga tiba-tiba ayah call Dahye. Ada apa ni?" Dahye bangun dan berjalan melangkah ke arah balkoni.
'Ayah nak bincang tentang perkahwinan kamu dan Jimin. Jimin ada di sana?' Soal Tuan Lee.
Dahye tergamam seketika. Perkahwinan. Apa yang dia harus katakan?
"Err J-jimin tengah mandi." Jawab Dahye membohongi ayahnya.
'Hm baiklah kalau macam tu. Nanti ayah call kamu semula.'
"O-okay. Bye." Segera Dahye menamatkan panggilan itu.
Dia buntu. Apa yang harus dia katakan pada ayahnya? Terpaksa batalkan perkahwinan dan beritahu ayahnya bahawa dia masih cintakan Hoseok? Itu adalah perkara yang paling gila. Mungkin kepala Hoseok akan dipancung oleh ayahnya itu.
"Ya Tuhan, apa yang harus aku lakukan?" Dahye meraup wajahnya kasar.
Dari sudut lain, Jimin yang mengintai Dahye melalui balkoni bilik hotelnya yang selang dua buah bilik daripada bilik Dahye itu mengeluh. Melihat Dahye kelihatan kusut itu membuatkan hatinya tidak tenteram. Mesti ianya berkaitan dengan hal perkahwinan mereka.
"Hoseok, apa kita nak buat ni?" Soal Jimin.
"Kenapa kau tanya aku pula? Sepatutnya kau yang fikir apa yang perlu kita buat memandangkan ianya majlis perkahwinan kau." Balas Hoseok dingin.
"Aku.. aku tak tahu." Ucap Jimin yang menunduk memandang lantai.
"Mari beli tiket penerbangan ke Korea untuk esok." Kata Hoseok.
"Esok?"
"Ya. Kita tak perlu duduk di sini lama-lama. Kita harus pulang ke Korea dan cari cara bagaimana nak selesaikan hal ni." Balas Hoseok.
"Baik." Kata Jimin bersetuju.
Hoseok harus mencari jalan agar perkahwinan Jimin dan Dahye dibatalkan. Dia tidak mahu Dahye menjadi milik orang lain selain dirinya. Dahye, hanya milik Hoseok seorang.
ㆁtbcㆁ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top