34 ; Trauma

ㆁㆁㆁ


"Malam ni kita akan pergi ke taman sakura. Orang Jepun kata tempat tu cantik waktu malam. Awak nak ikut tak?" Soal Jimin sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala.

"Saya ikut je." Jawab Dahye ringkas kerana sibuk mengemas beg Jimin yang bersepah.

"Tapi saya tak pergi tau. Saya ada hal pula dengan papa." Ujar Jimin.

"Hal apa pula? Takkan saya nak pergi dengan mama je?" Dahye sudah mula mencebik.

"Saya pun tak pasti. Tapi saya rasa hal syarikat mungkin. Mungkin papa nak ajar saya beberapa perkara penting. Nope. Awak akan pergi dengan mama dan Hoseok." Jelas Jimin.

"Haih. Saya malas nak pergilah kalau macam ni." Ujar Dahye dengan nada perlahan dan kedengaran seperti sedang kecewa.

"Pergi je lah. Nanti mama kecewa pula awak tak ikut sama. Awak kan bekas menantu yang mama sayang. Takkan awak nak kecewakan mama hanya disebabkan saya tak ada?" Soal Jimin sambil menaikkan sedikit keningnya.

Dahye hanya diam tanpa memberikan sebarang jawapan kepada Jimin. Bukan kerana dia kecewa. Dahye cuma tidak mahu keluar berdua-duaan bersama Hoseok walaupun Puan Jung berada bersamanya.

Percutian ini bagaikan satu rancangan di mana Hoseok boleh mendapatkan dia semula. Dahye berasa tidak selesa apabila Hoseok kerap memandangnya lebih daripada Park Jebon iaitu ahli BTS.

"Tak apa lah kalau macam tu. Biar saya beritahu ma—"

"Saya pergi."

"Ya?"

"Saya pergi. Saya cuma.. tak mahu mama kecewa. Tu je." Jawab Dahye dengan nada perlahan.

"Macam tu lah tunang saya. Muah!" Ucap Jimin lalu memberikan satu ciuman di dahi Dahye.

"Hey! Apa cium-cium ni?!" Marah Dahye lalu memukul lengan Jimin perlahan.

"Hehehe. Kenapa? Nak rasa yang lebih hangat ke?" Soal Jimin dengan nada sinis.

"Ish! Gatal!"

Sementara mereka bertengkar dan bergurau di dalam bilik hotel itu, Hoseok yang berada di hadapan pintu hanya mendengar perbualan mereka. Dia cemburu. Benar-benar cemburu.

Niatnya hendak memberikan Jimin sehelai baju sejuk agar Jimin dapat memanaskan dirinya sewaktu keluar bersama bapanya. Tetapi, ianya menjadi sebaliknya. Dia hanya kaku di hadapan pintu bilik hotel itu sambil mendengar gelak tawa bahagia mereka berdua.

Baju sejuk yang tebal dan hangat itu dilipat lalu diletakkan di hadapan pintu. Kemudian, Hoseok beredar dengan mata yang berkaca.

"Saya pergi dulu ya? Kalau ada apa-apa hal penting atau kecemasan, awak telefon saya." Pesan Jimin lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas katil.

"Baiklah." Ucap Dahye ringkas tanda akur dengan pesanan yang diberikan oleh Jimin.

Rambut Dahye diusap kasar oleh Jimin sehingga membuatkan rambutnya menjadi serabut.

"Ada juga yang saya campak dari tingkat 13 ni nanti." Kata Dahye dengan nada yang rendah, dingin dan menakutkan.

"HAHAHAHAHA! Maaf!" Ucap Jimin lalu segera keluar daripada biliknya bersama Dahye.

'Bukk!'

Jimin jatuh tersungkur dengan tiba-tiba setelah melanggar sesuatu. Jimin memandang ke arah kakinya. Ianya sehelai baju sejuk. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Dia menahan geram.

Kerana baju sejuk itu, dia jatuh tersungkur. Baju itu dilipat dengan kemas semula lalu diletak kembali di hadapan pintu. Dia sudah lewat itu berjumpa dengan Tuan Jung. Tiada masa untuk memakai baju sejuk. Jimin pantas berjalan menuju ke arah lif dan turun ke lobi.

"Jimin! Awak tertinggal— dompet. Jimin?" Dahye menoleh kiri dan kanan untuk mencari kelibat Jimin.

Malang. Jimin sudah tiada. Dompet Jimin digenggam kemas. Sebelum sempat Dahye menutup pintu, matanya tertumpu ke arah sehelai baju sejuk yang berada di hadapan pintu dan dilipat dengan kemas.

Kerana lipatan cantik dan kemas itu, Dahye dapat mengetahui bahawa ianya cara lipatan Jimin. Dahye berasa terharu. Mungkin Jimin tidak mahu dia menghidap demam panas yang teruk jika berada di taman sakura dengan cuaca yang amat sejuk ketika itu.

Satu senyuman terukir dibibirnya. Baju sejuk itu diambil lalu dibawa masuk ke dalam.


ㆁㆁㆁ


'Tok Tok Tok!'

"Sekejap mama! Dahye datang ni!" Jerit Dahye sambil membetulkan sedikit rambutnya.

Rambutnya yang panjang sudah dipotong menjadi pendek. Setelah Dahye memastikan rambutnya sudah kemas dan solekan nipisnya sempurna, Dahye segera mencapai beg tangannya dan tidak lupa juga baju sejuk yang diberikan oleh Jimin.

Baju sejuk itu diletakkan pada tangan kirinya sebelum Dahye membuka pintu.

'Klekk!'

Pintu dibuka. Dahye terpaku seketika. Hoseok sedang menunggunya di hadapan pintu.

"Mari. Mama sedang tunggu kita di lobi." Ajak Hoseok dengan nada yang dingin.

Dahye hanya akur. Setelah dipastikan bahawa pintu biliknya ditutup rapat, Dahye berjalan ke arah lif. Mereka berdua menunggu sehingga pintu lif terbuka. Dahye agak terkejut dengan perubahan mendadak Hoseok.

Nadanya yang dingin. Riak wajah yang kelihatan bengis. Bulu roma Dahye mula menegak. Auranya seakan-akan Jung Hoseok yang lama. Jung Hoseok yang kejam dan tiada belas kasihan.

'Ting!'

Pintu lif terbuka. Hoseok melangkah masuk ke dalam manakala Dahye masih terpaku di hadapan lif. Hoseok hairan. Lalu butang untuk menahan pintu daripada ditutup ditekan oleh Hoseok.

"Kenapa awak tak masuk?" Soal Hoseok.

Walaupun nada suara Hoseok bertukar lembut mahupun bahasa sopannya diucapkan oleh Hoseok, bagi Dahye ia tetap menakutkan. Dia trauma.

"Masuklah. Kita dah lambat ni."

"K-kau turun lah dulu." Ujar Dahye dengan nada yang tersekat-sekat.

"Kenapa ni? Awak okay tak?" Soal Hoseok bimbang.

"A-aku okay j-je." Jawab Dahye.

Akibat Hoseok amat mementingkan keadaan dan kesihatan Dahye, dia melangkah keluar semula daripada lif itu. Tangannya mula menghampiri wajah Dahye. Tiba-tiba, tangannya ditepis dengan kasar. Nafas Dahye mula menjadi tidak teratur.

"J-jauh."

"Dahye? Awak okay tak ni?" Soal Hoseok semakin bimbang.

"Tolong. Aku r-rayu. Jangan pukul aku." Rayu Dahye lalu mula mengalirkan air matanya.

Hoseok panik.

"Saya janji saya takkan pukul awak Dahye. Cuma, biarkan saya periksa suhu awak." Ujar Hoseok.

Semakin dekat Hoseok berjalan ke arah Dahye, semakin jauh Dahye berundur.

"Jangan dekat dengan saya. S-saya janji akan buat apa saja untuk awak. S-saya akan siapkan assignment awak. S-saya akan buat! Tapi tolong jangan pukul saya." Rayu Dahye lagi.

Hoseok tersentap. Air matanya mula bertakung di tubir matanya. Kata-kata Dahye itu telah membuatkan Hoseok teringat akan kejadian di mana dia memukul Dahye dengan sangat teruk.

'D-dia trauma sampai macam ni sekali?' Soal Hoseok di dalam hatinya.

Timbul rasa bersalah dan rasa sedih di dalam diri Hoseok. Dia tidak sanggup melihat Dahye berkelakuan seperti itu. Trauma. Trauma akan dirinya yang dulunya seperti binatang.

"Dahye. Mari sini. Saya janji takkan pukul awak lagi. Saya janji." Ucap Hoseok sambil menghulurkan tangannya kepada Dahye untuk mendapatkan kepercayaan gadis itu.

Dahye berhenti dari menangis. Tangannya yang menggeletar akibat ketakutan itu dihulurkan perlahan-lahan dan teragak-agak. Anak mata Hoseok ditenung lama.

Setelah jarak tapak tangan Dahye dan Hoseok lebih kurang 10 cm, Hoseok segera merentap tangan Dahye sehingga Dahye jatuh ke dalam pelukannya. Hoseok akhirnya mengalirkan air matanya. Dia telah mendapatkan kepercayaan Dahye buat kali kedua.

Dia benar-benar bimbang jika Dahye tidak akan mempercayainya lagi. Dahye juga turut menangis kerana dia masih lagi bimbang jika Hoseok akan memukulnya.

"Shh. Saya ada di sini. Saya takkan cederakan awak." Ucap Hoseok dengan nada bergetar sambil mengusap lembut kepala Dahye.

"Maafkan saya Dahye. Maafkan saya." Ucap Hoseok.

Seorang gadis yang berada jauh daripada mereka hanya tersenyum lebar melihat Hoseok dan Dahye sedang menangis sambil berpelukan.

"Ya tuhan. Satukan lah mereka kembali." Ucapnya lalu beredar.

Hoseok dan Dahye bagaikan sedang menyelami dunia kesedihan mereka sendiri. Berpelukan dan menangis dalam masa yang amat lama.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

maaf klau part ni kinda sad and.. hambar 😂 AUTHOR JANJI NEXT CHAPTER ADA SWEET SCENE 😂💕 oh dan ya, Happy New Year my lovely readers! ♡ author SPM wo tahun niyh. so faham-ii lhaa klau author dah start update lambat 💕 please vote and comment 💕 nae maeumsoge jeojang! 💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top