31 ; Penyelamat

ㆁㆁㆁ


Di waktu malam yang sunyi, elektrik di seluruh bangunan hotel itu terpadam secara tiba-tiba. Dahye terjaga dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Gelap. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya.

Dia tidak pernah tidur di dalam gelap. Peluh dingin mula mengalir di dahinya. Matanya meliar mencari cahaya. Dahye mempunyai fobia di dalam gelap. Nyctophobia. Nafasnya mula tidak teratur.

"T-tolong." Rayunya sendirian dengan nada yang perlahan.

Hoseok yang sedang tidur di atas sofa akhirnya terjaga dari tidurnya yang nyenyak. Matanya digosok beberapa kali. Hoseok memandang sekeliling untuk mencari suara yang didengar olehnya.

"Tolong.." Rayu Dahye sekali lagi.

"Dahye?" Hoseok meneka.

Telefon pintarnya dicari lalu Hoseok membuka flashlight di telefonnya. Dia menyuluh ke arah Dahye yang sedang menangis ketakutan.

"Awak tak apa-apa?" Soal Hoseok lalu bingkas bangun dari sofa yang menjadi tempat tidurnya.

"S-saya takut." Ujar Dahye tergagap-gagap.

"Shh. Jangan risau. Saya ada." Kata Hoseok lalu memeluk Dahye untuk menenangkannya.

'Macam mana elektrik boleh terputus ni?' Soal Hoseok di dalam hati.

"H-hoseok. Saya takut." Luah Dahye yang masih menangis.

"Dah, dah. Jangan risau. Tak ada apa-apa yang akan terjadi. Saya masih di sini." Ucap Hoseok sambil mengusap lembut rambut Dahye.

"Saya nak pergi buka pintu balkoni sekejap." Ujar Hoseok lalu berdiri.

Namun, tidak semudah itu untuk Hoseok pergi. Tangannya telahpun dipegang erat oleh Dahye. Hoseok terpaku seketika.

"J-jangan pergi mana-mana. Saya takut."

Senyuman manis terukir dibibir Hoseok. Buat seketika, dia berasa seperti dihargai. Dihargai oleh orang yang dicintainya. Hoseok mula berasa bersyukur atas kejadian yang menimpa mereka sekarang ini.

"Saya nak pergi buka pintu balkoni. Tak boleh?" Soal Hoseok.

Dahye hanya menggelengkan kepalanya sebagai balasan buat soalan Hoseok. Genggaman tangan Dahye semakin kuat.

"Baiklah. Saya akan duduk di sini dan jaga awak sampailah elektrik kembali berfungsi. Okay?"

Dahye menganggukkan kepalanya beberapa kali. Hoseok duduk bersebelahan dengan Dahye sambil lengannya di peluk erat oleh Dahye. Hoseok merasakan seperti dia sedang berada di syurga. Bahagia.

Itulah perasaannya sekarang ni.

"Awak nak tau sesuatu? Ini adalah kali pertama awak peluk saya seerat ni sejak kita mula bercinta dulu." Luah Hoseok.

"Awak tak pernah peluk saya seerat ni."

"Mungkin juga ini kali pertama di mana awak rasa saya penyelamat awak."

"Awak rasa selamat tak bila berada di sisi saya?"

"Sebab saya rasakan benda yang sama."

"Kalaulah kita boleh jadi seperti saat ni untuk selamanya. Saya rasa sayalah lelaki paling bahagia di dunia ni."

Tanpa dipaksa, air mata Hoseok mengalir dengan ikhlas mengikut perasaannya. Setitis demi setitis air mata jatuh menitis di tangannya.

"Sebab saya dapat merasakan pelukan hangat daripada awak."

"How about you—"

Hoseok terdiam. Dahye sudah pun tidur. Hoseok tersenyum lega. Akhirnya Dahye dapat tidur kembali walaupun berada di dalam gelap. Perlahan-lahan Hoseok cuba untuk membaringkan Dahye semula.

Malangnya. Mereka berdua melekat seperti gam kerana pelukan Dahye yang sangat erat. Hoseok akhirnya putus asa dan berbaring bersama Dahye walaupun tempat tidur untuknya sepatutnya di sofa.

"Selamat malam, Dahye." Ucap Hoseok lalu memejamkan matanya.


ㆁㆁㆁ


Matahari muncul menyapa bulan. Kini waktu di Jepun ialah pagi. Jarum jam menunjukkan sudah tepat pukul 7 pagi. Hoseok dan Dahye masih lagi tidur sambil berpelukan. Pelukan kemas yang masih tidak terlerai walaupun ketika tidur.

'Tit Tit Tit Tit!'

'Klekkk!'

Pintu bilik itu dibuka. Muncul wajah Jimin di hadapan pintu. Jimin mengintai perlahan untuk memastikan keadaan di dalam bilik itu selamat. Matanya tertumpu ke arah katil. Nampaknya mereka berdua masih tidur.

Jimin berjalan terjengket-jengket bersama plastik di tangannya. Perlahan-lahan dan sungguh senyap, Jimin meletakkan sebungkus plastik hitam yang berisikan air kotak berperisa anggur kegemaran Dahye di atas meja.

Jimin memandang ke arah Hoseok dan Dahye yang masih lena dibuai mimpi sambil berpelukan. Jimin tersenyum hambar. Tak sangka dia harus melepaskan gadis yang dicintainya sejak zaman persekolahan ke tangan kawan baiknya.

Walaupun Jimin harus melepaskan Dahye kepada Hoseok, itu tidak bermakna persahabatan mereka tak akan kekal lama. Jimin percaya bahawa ini adalah keputusannya yang betul. Menyatukan hati yang sudah lama terpisah.

"Semoga kau berjaya, Hoseok." Gumamnya sendirian.

Lalu Jimin berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu agar dia tidak menghasilkan apa-apa bunyi yang mungkin boleh membuatkan mereka berdua terjaga. Setelah pintu ditutup, Jimin kembali berjalan menuju ke arah bilik hotel di mana sepatutnya menjadi milik Hoseok.


ㆁㆁㆁ


'Tit tit! Tit tit!'

Jam loceng mula berbunyi. Dahye mula meregangkan badannya. Dia berasa sedikit lenguh apabila berbaring dan tidur di dalam posisi yang sama sepanjang malam. Dahye menguap tanda dia masih lagi mengantuk.

Dengan pandangan yang masih lagi kabur, Dahye menoleh ke kiri. Kelihatan seseorang sedang tidur. Dahye tersenyum. Nampaknya Jimin masih lagi tidur. Fikir Dahye. Setelah Dahye berasa segar, dia kembali menoleh.

Dahye tersentak. Hoseok.

"Kau—"

Dahye tiba-tiba saja tidak boleh mengeluarkan sebarang suara. Dia masih lagi terkedu. Dahye cuba mengingati hal yang berlaku malam tadi.

Malam di mana Hoseok telah menemankan dirinya tatkala dia sedang ketakutan. Dahye menepuk dahinya. Niatnya mahu menolak Hoseok sehingga jatuh daripada katil. Tetapi hati Dahye tidak membenarkannya.

Selimut ditarik lalu Dahye menutupi tubuh Hoseok yang kelihatan seperti sedang menahan sejuk. Dia benar-benar rasa bersalah pada Hoseok.

"Awak nak tau sesuatu? Ini adalah kali pertama awak peluk saya seerat ni sejak kita mula bercinta dulu."

"Awak tak pernah peluk saya seerat ni."

"Mungkin juga ini kali pertama di mana awak rasa saya penyelamat awak."

"Awak rasa selamat tak bila berada di sisi saya?"

"Sebab saya rasakan benda yang sama."

"Kalaulah kita boleh jadi seperti saat ni untuk selamanya. Saya rasa sayalah lelaki paling bahagia di dunia ni."

"Sebab saya dapat merasakan pelukan hangat daripada awak."

"How about you—"

Lelaki yang menemani dia pada malam tadi ialah lelaki yang amat dibenci oleh dirinya. Setiap kata-kata Hoseok telahpun didengari dan diingati dengan jelas oleh Dahye walaupun dia sangat mengantuk ketika itu.

"Terima kasih." Ucap Dahye dengan nada yang perlahan.

Hatinya yang sudah lama beku itu perlahan-lahan mencair. Dahye merasakan bahawa Hoseok berjaya memujuk hatinya.

"Aku takkan katakan ni pada sesiapa. Tapi, kau lah penyelamat aku." Ucap Dahye sambil menunduk memandang tangannya yang berada di atas peha.

"Kalau saya penyelamat, awak lah mangsanya."

Dahye tersentak. Dia memandang ke arah Hoseok. Hoseok sudah pun terjaga dari tidurnya.

"Macam mana? Seronok peluk lengan saya lama-lama?" Soal Hoseok sambil tersenyum.

Tanpa membalas, Dahye segera berlari menuju ke arah bilik air setelah mencapai sehelai tuala. Hoseok pula hanya ketawa melihat Dahye yang berlari meninggalkannya. Mungkin malu.

'Kau lah penyelamat aku.'

Hoseok tersengih seperti kerang busuk apabila kata-kata Dahye terngiang-ngiang di mindanya. Hoseok pasti perkara yang berkaitan tentang bekalan elektrik yang putus malam tadi melibatkan Jimin. Hoseok yakin bahawa semua itu adalah rancangan Jimin.

"Terima kasih, Jimin." Gumam Hoseok.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

Haaa amacam 😂 rasa fluffy-ii gitu tak? ㅋㅋㅋ double update in 1 day. heol 😂 Hoseok dah dapat pujuk hati Dahye. well yea even sikit en 😂 orang kata, sikit-ii, lama-ii jadi bukit haa. so kita kena bersabar, okay? 😂 kalau rasa-ii ff niyh makin hambar, let me know babeh. i'll fix it 💕 please vote and comment! ♥ nae maeumsoge jeojang! 💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top