30 ; Goda

ㆁㆁㆁ


Semasa Dahye sedang membuka laman instagramnya, Dahye hairan apabila dia telah mendapat ribuan notification. Dahye melihat notification yang diterima olehnya. Dia telah pun di tag di dalam gambar seseorang. Dahye hairan.

hoseokiefanseu

vioseoul, jhope1802, Jung_Hoshook and 87,496 other

hoseokiefanseu just see this and i'm shook! 😱 Hoseok with his girlfriend! 😍💕

view all 67027 comments

vioseoul wait.. is that... his ex-wife?! 😱😱😱 OMG! 😭 I MISS THEM SO MUCH! @taeseoul
taeseoul @vioseoul i told ya already. they'll getback together 😏 so, where's the kiss? 😙
jhope1802 @hoseokiefanseu thankyou for taking this pic. i appreciate it ♥
hoseokiefanseu @jhope1802 OMG! MY PLEASURE! 😭💕
hoseokiefanseu just found his ex wife instagram account! it was @jd_jm !! i'm screaming! 😭

16 hours ago

Dahye tersentak. Ini adalah gambarnya bersama Hoseok di mana dia hampir dilanggar oleh basikal dan kejadian yang tidak disengajakan. Dan akhirnya.. para peminat Hoseok sudah tahu akan akaun instagramnya.

Followers akaun instagram yang sepatutnya mempunyai seribu orang sahaja menjadi 23 ribu followers. Dahye mengeluh. Ini semua gara-gara gambar dan kejadian itu. Baru sahaja dia membuat akaun instagram yang baru.

Dahye mengamati kesemua komen yang berada di bawah gambar itu. Dahye akhirnya menjumpai satu komen yang membuatkan dirinya berhenti dan mula berfikir.

hobiesunshine are they both still together? do they both love each other?

Adakah dia masih mencintai Hoseok? Soalan itu sering berlegar-legar di dalam fikirannya. Soalan yang masih membuatkan Dahye sendiri bingung. Dahye mengetap bibirnya lalu mula menaip.

jd_jm @hobiesunshine no we're not. and we both didn't love each other anymore. i mean, it never happened. what happened in the picture was just an accident. i was in Japan with my fiance. @Jiminotjimout

Setelah itu, Dahye mencampakkan telefon bimbitnya ke atas sofa lalu Dahye menghempaskan dirinya diatas katil empuk bilik hotel yang ditempahnya. Jimin tiada di dalam biliknya atas kerana ingin membeli soju untuk diminum bersama Puan dan Tuan Jung.

'Tok Tok Tok!'

Dahye menukar posisi baringnya menjadi posisi duduk.

"Siapa?" Soal Dahye dengan nada yang agak kuat.

Namun tiada jawapan yang diterimanya. Dahye merengus kasar lalu berjalan ke arah pintu. Tanpa melihat ke dalam lubang pada pintu, Dahye terus saja membuka pintu biliknya. Dia tersentak.

"H-hoseo—"

Tanpa dijemput, Hoseok terus saja menerjah masuk ke dalam bilik Dahye. Mata Dahye membulat.

"What are you doing?! Get out from my room right now! Jimin akan balik sekejap saja lagi! Get out!" Tengking Dahye sambil menunding jarinya ke arah pintu.

"Tak nak." Balas Hoseok dengan nada yang tenang.

"Apa masalah awak sekarang ni?! Kita tak ada apa-apa hubungan sekarang ni! Jadi tolong. Tolong keluar dari bilik ni sebelum Jimin balik." Rayu Dahye dengan perasaan tertekan.

"Saya takkan keluar selagi awak tak jelaskan apa yang awak komen pada gambar ni." Ujar Hoseok sambil menunjukkan gambar bersama-sama komen yang dipost oleh Dahye.

Dahye tersenyum sinis.

"Kenapa? Bukan ke kita patut jujur?" Soal Dahye.

"Yes right. Tapi bukan ini caranya!" Jawab Hoseok sambil menahan sabarnya.

"Bukan caranya? Apa maksud awak? Ini adalah caranya. Cara untuk buat awak jauh daripada saya." Balas Dahye.

Hoseok tergamam seketika. Dahye benar-benar mahu menjauhkan dirinya daripada Hoseok. Hati Hoseok mula terasa pedih.

"Oh ya. Awak tak perlu nak hargai sesuatu yang tak benar. Seperti gambar tu. Ianya tak disengajakan. It was an accident." Ujar Dahye.

"Dan lagi satu. Awak tak perlu menipu. Walaupun peminat awak tak tahu tentang kebenarannya, tapi saya tahu. Awak lelaki yang kejam dan berpura-pura untuk menjadi baik di mata orang lain. Tak perlu tipu diri awak. Carilah orang yang lebih berhak untuk jadi isteri awak." Tambah Dahye lagi.

Hoseok hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia benar-benar terasa hati.

"Jadi, tolong keluar dari bilik ni."

'Klekk! Klekk!'

Dahye terkedu sebentar. Sekali lagi dia cuba untuk membuka pintu biliknya. Tetapi tidak berjaya. Wajah Dahye mulai menjadi tegang. Pintu tidak boleh dibuka.

Dahye berjalan menuju ke arah telefon yang disediakan oleh pihak hotel untuk menghubungi mereka jika mempunyai sebarang masalah.

'Tutt Tutt!'

"Hello? Can i help you, madam?" Soal seorang lelaki yang berada di dalam talian.

"I can't open my door. What happen?" Soal Dahye pula.

"Apa?! Tak boleh buka?!" Soal Hoseok terkejut besar.

"Shut up!" Balas Dahye geram.

"I'm sorry, Madam. We have a bit of a problem. Every hotel's room door closes automatically due to the inevitable technical problems. We'll try to resolve this problem before tomorrow." Balas pembantu di hotel itu.

"What do you mean with before tomorrow? My fiance is out there!" Dahye mula berasa berang apabila mengetahui bahawa masalah pintunya akan diselesaikan sebelum hari esok.

"I'm sorry, Madam. We'll try to resolve this problem as soon as po—"

"Solve this problem as soon as possible! I don't want to wait longer!"

'Tut!'

Dahye menarik nafas dalam sebelum menoleh memandang ke arah Hoseok.

"Semua ni salah kau! Aku dah suruh kau keluar tadi!" Jerit Dahye dengan perasaan geram.

Hoseok sedikit sebanyak terkejut dengan perubahan Dahye. Dahye sudah pun menggunakan bahasa kasar dan tidak seperti sebelum ini.

"Dan sekarang, aku terkurung dalam bilik ni dengan kau!"

"Kenapa pula salah saya?! Bukan saya tahu hal ni akan terjadi!" Balas Hoseok pula.

"Memang salah kau! Kau pembawa malang! Disebabkan kau, aku terkurung dekat sini dengan kau! Dan Jimin ada dekat luar sana! Aku benci kau!" Tengking Dahye.

Kemudian Dahye berjalan masuk ke dalam bilik air dengan penuh perasaan marah. Hoseok kembali mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluar. Nombor seseorang di cari.

Hoseok kembali menyimpan telefon pintarnya setelah mendapat idea daripada Jimin. Hoseok memandang ke arah katil di dalam bilik itu. Satu senyuman nakal terukir di bibirnya.


ㆁㆁㆁ


"Macam mana Jimin? Semuanya berjalan lancar?" Soal Puan Jung ingin tahu.

"Semuanya berjalan lancar mama." Jawab Jimin sambil tersenyum lebar.

"HAHAHAHA! Mama tak tahu kenapa, tapi mama rasa mereka berdua tengah berbulan madu. Aww! So sweet!" Ujar Puan Jung sambil tersengih-sengih sambil membayang betapa romantiknya Dahye dan Hoseok.

"Ya. Ini bulan madu pertama mereka setelah sekian lama." Gumam Jimin sambil melihat ke luar tingkap.

Botol soju di tangannya itu dipegang dengan kemas. Jimin memandang ke luar tingkap untuk menikmati suasana tenang di Jepun. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa ke wajah Jimin benar-benar membuatkan dirinya tenang untuk seketika.

"Hey Jimin. Mari kita lawan minum." Cabar Tuan Jung ketika sedang duduk di atas kerusi yang tersedia di bilik itu.

"Papa! Apa papa buat ni?!" Marah Puan Jung.

"Eh tak mengapa mama. Jimin okay je." Ujar Jimin tenang.

"Tunggu apa lagi?" Jimin tersenyum sinis.

"Mari mulakan." Tuan Jung juga mengukir senyuman sinis.

Puan Jung hanya menepuk dahinya. Perangai suaminya tidak ubah seperti kanak-kanak yang tidak matang.


ㆁㆁㆁ


Hoseok berbaring di atas katil sambil membuat posisi yang agak menggoda agar Dahye tergugat dengan kekacakannya. Kepalanya ditongkat dengan menggunakan tangan kanannya.

'Krekk!'

Dahye yang baru saja keluar dari bilik air terus mengerutkan dahinya apabila melihat Hoseok sedang berbaring di atas katilnya sambil membuat posisi yang agak menjengkelkan.

"Apa yang kau buat dekat atas katil aku? Dan posisi...pelik tu." Soal Dahye sambil membuat memek wajah sedang menahan geli.

"Marilah baring dekat sini." Ujar Hoseok sambil menepuk-nepuk ruang lebihan di sebelahnya.

"Kau jangan nak merepek. Kau bangun dari katil aku sekarang kalau kau taknak nyawa kau hilang malam ni." Ugut Dahye sambil menyikat perlahan rambutnya.

"Dan kau jangan nak berpura-pura macam tak ada apa yang berlaku dan berpura-pura seperti kita sedang berbulan madu. Sebab kita hanya terkurung di sini atas sebab nasib malang kau." Sambung Dahye lagi.

"Saya tak anggap pun kita sedang bulan madu. Sebab saya hanya anggap bulan itu milik kita." Balas Hoseok sambil tersenyum dan mengangkat keningnya beberapa kali.

"Stop make me cringe, please?"

"Okay fine. I'll not make you cringe, but i'll make you fall in love with me." Balas Hoseok dan tersenyum gatal sekali lagi.

'Bukk!'

Tanpa amaran, satu bantal dibaling ke arah wajah Hoseok dengan kuat oleh Dahye.

"Kau bangun dari katil aku sekarang!" Arah Dahye.

"Habis tu? Saya nak tidur mana?" Soal Hoseok sambil membuat memek wajah comel yang tidak berapa comel bagi Dahye.

"Kau tidur atas sofa. Kalau kau masih berdegil, aku akan buat kau tidur sambil tergantung pada kipas. Kau faham?" Jawab Dahye lalu menjeling Hoseok.

"Ish yelah." Ujar Hoseok mengalah sambil mencebik.

Sehelai tuala mandi diambil. Hoseok membuka bajunya tanpa memikirkan Dahye yang masih berada di dalam bilik itu. Tuala dililit dipinggangnya sebelum Hoseok membuka seluarnya.

Dahye menoleh untuk berjalan menuju ke arah katilnya. Sudah tiba masa untuk dia berehat dan tidur setelah seharian berjalan bersama Puan Jung.

"Argh!" Dahye menjerit kuat sehingga membuatkan Hoseok terkejut.

"K-kenapa?" Soal Hoseok ketakutan sambil menoleh kiri dan kanan.

"K-kenapa kau tak buka baju dekat dalam bilik air?! Dasar lelaki gatal!" Jerit Dahye sambil menutup matanya.

"S-saya—"

Kata-kata Hoseok terhenti. Muncul satu idea nakalnya untuk mengusik Dahye. Senyuman nakal dan gatal sekali lagi terukir di bibir Hoseok. Hoseok perlahan-lahan berjalan menuju ke arah Dahye dan berhenti tepat di hadapannya.

"K-kau dah masuk bilik air?" Soal Dahye yang masih lagi menutup matanya.

"Erm, awak rasa?" Soal Hoseok sambil berbisik di telinga Dahye.

"Argh! Lelaki gatal! Tolong!" Jerit Dahye sambil mengundur kebelakang.

Akibat Dahye berjalan mengundur sambil menutup matanya, Dahye telahpun melanggar sebuah kerusi yang membuatkan dirinya menjadi tidak stabil.

Hoseok yang sedar akan hal itu segera menangkap lalu memeluk Dahye. Akhirnya mereka berdua jatuh bersama di atas lantai. Jantung Hoseok mula berdegup laju. Dia bimbang jika Dahye cedera disebabkan gurauannya.

"A-awak tak apa-apa?" Soal Hoseok bimbang.

"P-pergi masuk ke dalam bilik air! Sekarang!" Arah Dahye yang masih lagi menutup rapat matanya.

"B-baik!" Akur Hoseok lalu bangun dan berlari menuju ke arah bilik air.

Dahye membuka matanya perlahan-lahan. Setelah dia memastikan bahawa Hoseok sudah pun masuk ke dalam bilik air, Dahye segera berlari ke arah katilnya dan menyelubungi dirinya dengan menggunakan selimut.

"Tak guna punya Hoseok. Berani dia cuba goda aku? Eii! Kenapa lah aku terkurung dekat sini dengan dia?!" Dahye meluahkan rasa tidak puas hatinya sambil menumbuk kuat bantalnya.

Hoseok yang berada di dalam bilik air terkekeh-kekeh ketawa tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Wajah Dahye ketika sedang ketakutan benar-benar kelakar baginya. Kelakar, tetapi comel.

Hoseok tersenyum bahagia apabila mengingati kejadian tadi. Setelah itu, dia membuka paip air pancut bilik air dan bersedia untuk membersihkan dirinya.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

HAHAHAHAHAHAHA author tgh gila haa. sbb tuh buat chapter mengarut 😂 maafkan author klau chapter ni hambar 💕 SeokHye shippers! 💕 please vote and comment ♥ nae maeumsoge jeojang! ♡


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top