29 ; Memori indah

[dengar lhaa lagu dkt media atas tu bila dah smpai part sweet ya 😘💕]

ㆁㆁㆁ


"Mama!" Jerit Dahye sambil melambaikan tangannya ke arah Puan Jung yang sedang duduk di kerusi yang berada di lapangan terbang itu.

"Maafkan Dahye sebab lambat. Dahye pergi Shopping Mall dengan Jimin tadi." Ucap Dahye lalu duduk di sebelah Puan Jung.

"Ehh tak mengapa. Mama pun baru je sampai." Ujar Puan Jung sambil tersenyum.

"Mama seorang je? Mana papa?" Soal Dahye sambil menoleh kiri dan kanan untuk mencari kelibat Tuan Jung.

"Papa pergi beli americano ais untuk mama sekejap. Kamu nak juga ke? Mama boleh telefon papa. Hmm?" Soal Puan Jung setelah menjawab soalan yang dilemparkan oleh Dahye.

"Ouh. Ehh tak apa lah mama. Dahye tak haus pun." Balas Dahye menolak tawaran Puan Jung dengan baik.

"Mama! Nah. Ini dia air yang mama minta."

Dahye menoleh memandang ke arah gerangan yang sedang menghulurkan secawan americano ais kepada Puan Jung. Seperti yang dijangka, ianya Jung Hoseok. Keadaan di situ mula berubah menjadi kekok.

"Terima kasih. Mana papa?" Soal Puan Jung sebaik sahaja menerima air yang diberikan oleh Hoseok.

"Papa pergi ke tandas sekejap." Jawab Hoseok sambil matanya tidak lekang dari terus memandang Dahye yang sedang melihat laman sosialnya.

"Mama nak pergi beli Hotdog sementara menunggu masa untuk naik kapal terbang. Mari Jimin. Temankan mama." Ajak Puan Jung.

"Baik." Jimin akur lalu berjalan beriringan bersama Puan Jung.

Puan Jung sebenarnya hanya ingin memberikan masa dan ruang untuk anak lelakinya bersama Dahye. Ini adalah masa yang sesuai untuk Hoseok mengambil hati Dahye.

Kini tinggal Hoseok dan Dahye sahaja. Mereka berdua hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kekok. Dahye sungguh asyik melihat laman sosial Instagramnya dan terus mengabaikan Hoseok yang berada di selang satu tempat duduknya.

Hoseok pula sibuk menggentel penyedut minumannya sambil memikirkan idea untuk memulakan perbualan bersama Dahye. Dia harus pikat gadis itu sebelum terlambat.

"Erm hai." Tegur Hoseok dengan cara yang agak kekok.

Namun, tiada balasan yang diterimanya kembali. Dahye masih lagi leka dengan laman Instagram di telefon pintarnya. Hoseok menahan sabar. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus dengan tenang.

"Tak sangka kan? Our first trip abroad." Hoseok tersenyum sendiri.

"Wait a minute. Apa awak cakap tadi? Our first trip abroad? Siapa cakap kita akan pergi sama-sama? Bukan awak tak ikut ke?" Kerutan mula kelihatan di dahi Dahye.

"Siapa cakap saya tak ikut? Mama tu mama saya tau. Takkan lah saya nak biarkan orang lain bawa mama saya ke tempat orang asing tanpa saya? No way." Balas Hoseok lalu menyilangkan kedua tangannya.

"The most worst thing ever. Ugh." Gumam Dahye.

"The most sweetest thing ever." Gumam Hoseok pula.

"Nak tahu sesuatu? Saya rindukan awak. Awak yang dulu. Baik. Sopan santun. Sukakan kanak-kanak. Saya rindukan semua tu. Rindukan diri awak yang sebenar. Its inside you. Cuma awak kuncinya di dalam diri awak. Ego menguasai diri awak." Ujar Hoseok sambil menunduk memandang lantai.

"Jangan pernah berharap yang saya akan berubah macam dulu." Balas Dahye dengan wajah yang tegang.

"Tolonglah Dahye. Saya rindukan awak yang dulu." Rayu Hoseok sambil memandang tepat ke arah wajah Dahye.

"Awak hanya akan sakitkan saya kalau saya berubah. Dan saya takkan biarkan semua tu berlaku sekali lagi dalam hidup saya." Dahye menoleh memandang ke arah lain.

"Dan saya takkan biarkan awak jadi milik orang lain. Saya janji kepada awak, Dahye. Saya akan bahagiakan awak seperti yang awak harapkan. Kita akan jadi pasangan bahagia sama seperti yang awak impikan selama ni. Maafkan saya kerana tak mampu lakukan semua tu sebelum ni—"

"Sudahlah tu Hoseok. Berhenti berharap untuk kembali bersama saya sebab saya takkan kembali bersama awak. Hidup awak masih panjang. Carilah perempuan idaman awak selama ni. Awak akan bahagia dengan keluarga awak." Balas Dahye memotong kata-kata Hoseok.

"Tak. Saya takkan berhenti berharap sebab saya tahu, awak masih.. cintakan saya. Cuma ego awak menghalang awak untuk tunjukkan perasaan tu. Dan.. awaklah perempuan idaman saya selama ni. Awak. Hanya awak. Dan bukan orang lain." Ujar Hoseok jujur.

Dahye tersentak. Kata-kata Hoseok sedikit sebanyak dapat memujuk hatinya. Jantung Dahye mula berdegup pantas daripada biasa. Dadanya dipegang perlahan.

"Saya terpaksa sakiti awak supaya awak dapat benci saya. Saya rasa bersalah atas kematian keluarga awak. Jadi sebab tu.. saya terpaksa lakukannya." Air mata Hoseok mula mengalir perlahan.

"Tapi akhirnya saya sedar. Saya sedar yang semua tu hanyalah sia-sia dan perkara paling bodoh pernah saya buat. Saya sakiti orang yang saya cintai. Saya menyesal. Saya tak boleh hidup tanpa awak, Dahye. Saya mati tanpa awak." Sambung Hoseok dengan aliran air mata yang tidak berhenti.

Debaran di dada Dahye semakin bertambah. Dia juga berasa sebak mendengar pengakuan Hoseok. Air matanya mula bertakung dia tubir mata Dahye.

"Bagi orang, awak hanya orang biasa. Tapi bagi saya, awak adalah segalanya. Awak cukup sempurna untuk menghiasi hidup saya yang penuh dengan kegelapan ni." Hoseok mula tersedu sedan ketika berbicara.

Dahye semakin berasa sebak. Dadanya menjadi semakin sakit.

'Ya Dahye. Inilah masanya. Kembali pada dia. Kau akan gembira. Percayalah pada hati. Otak boleh menipu. Tetapi bukan hati. Hati tak pernah menipu. Begitu juga Hoseok. Hatinya tak pernah menipu tentang perasaannya. Dia masih cintakan kau, Dahye.'

'Hanya kata-kata manis dari seorang lelaki yang pernah sakiti kau, kau dah mula percayakan dia? Kau pasti dia tak menipu? Kata-kata manis tu adalah racun dalam hidup kau, Dahye. Racun untuk buat kau mati dalam kesakitan. Sedar diri!'

Dahye menutup kedua-dua telinganya rapat. Dia tidak mahu dengar lagi kata-kata yang menghantui dirinya. Suara-suara itu tidak pernah berhenti mengganggunya walaupun ketika mandi.

"Dahye? Awak okay?" Soal Hoseok bimbang.

Tangan Hoseok perlahan-lahan ingin memegang tangan Dahye. Malang. Tangannya ditepis kuat oleh Dahye.

"Jauhkan diri awak daripada saya." Ujar Dahye dengan kata-kata kasar.

Hati Hoseok terasa seperti telah ditikam seseorang. Sakit. Dia sakit apabila bekas isteri yang masih dicintainya menuturkan kata-kata kasar kepadanya dan meminta Hoseok untuk menjauhkan dirinya daripada Dahye.

"M-maafkan saya. S-saya cuma risau." Ucap Hoseok memberitahu niat sebenarnya.

Kedua-dua mereka kembali mendiamkan diri. Suasana menjadi sunyi buat mereka walaupun suasana sebenar di lapangan terbang itu sungguh bising. Mereka tidak mengeluarkan sebarang bunyi untuk 15 minit.

Akhirnya, Tuan Jung, Puan Jung dan Jimin kembali bersama Hotdog yang dibeli oleh Puan Jung. Jimin memandang Hoseok dan Dahye lama. Pasti ada sesuatu yang berlaku semasa ketiadaan mereka di situ.

"Sayang! Nah. Ini hotdog untuk awak. Mesti awak lapar kan?" Soal Jimin sambil menghulurkan sebungkus kertas yang diisi dengan hotdog kepada Dahye.

Niatnya cuba untuk mengembirakan Dahye kembali dan cuba untuk menghilangkan suasana kekok antara Hoseok dan Dahye.

"Terima kasih." Ucap Dahye sambil tersenyum lalu senyumannya kembali mati setelah Dahye menunduk.

"Janganlah sedih-sedih. Kita kan nak pergi bercuti ni. Nanti saya belikan awak patung kumamon okay? Kalau awak sedih-sedih, saya taknak belikan." Ugut Jimin.

"Ish dia ni. Haa yelah. Saya tak sedih dah." Ujar Dahye sambil mengukir senyuman manis.

"Macam tu lah kesayangan saya. Hehe." Jimin mencuit lembut hidung mancung Dahye.

Hoseok yang berada di sebelah Jimin hanya membisukan diri. Dia cemburu apabila melihat Jimin bersama Dahye. Seperti pasangan yang benar-benar bahagia. Hoseok mengalihkan pandangannya dan mengeluh perlahan.

Setiap bebelan Puan Jung langsung tidak didengari oleh Hoseok. Hoseok bagaikan berada di dalam dunianya sendiri. Jimin yang perasan akan hal itu, mula mengeluarkan telefon pintarnya. Jimin mula menaip sesuatu.

'Masih belum terlambat untuk dapatkan Dahye semula. Berusahalah kawan! ♥'

Hoseok yang menerima mesej daripada Jimin itu mula mengukir senyuman. Hatinya sedikit terubat dengan kata-kata semangat yang Jimin berikan itu. Hoseok dan Jimin mula memandang satu sama lain sambil tersenyum.

"Berusahalah!" Ucap Jimin dengan hanya menggunakan pergerakan bibir.

Hoseok hanya menggangguk sedikit. Jimin memeluk lalu menepuk bahu Hoseok. Jimin benar-benar kawan sejatinya. Hoseok bersyukur dapat berkenalan dan berkawan dengan orang seperti Jimin.


ㆁㆁㆁ

"

OMG! Japan! Mama Jung is here! Selfie!" Puan Jung mula berselfie bersama telefon pintar dan juga monopod yang dibawanya.

"Sekarang post dekat instagram. Ohoho!" Ujar Puan Jung teruja.

Jung_Hoshook

vioseoul, Jiminotjimout, zafff_ and 84,392 other

Jung_Hoshook Japan! こんにちは! ♥ツ

view all 67093 comments

vioseoul OMO! You're so beautiful! 💕😘
Jiminotjimout ㅋㅋㅋ i'm here too 😂♥
chimcakes i'm your fans! ♥ please notice me! 💕
Jung_Hoshook @chimcakes hi fans! 💕
zafff_ KENAPA MAMA TAK AJAK ZAFF PI SANA SEKALI?! 😭🔥

5 minutes ago

Puan Jung segera menoleh memandang ke arah Jimin yang berada di sebelahnya. Lalu mereka berdua ketawa.

"Disebabkan kamu pandai bercakap bahasa Jepun, kamu kena jadi pemandu pelancong mama!" Arah Puan Jung lalu tersenyum.

"HAHA! Baik!" Jimin akur.

Lalu Puan Jung memeluk lengan Jimin dan mula berjalan bersama. Tuan Jung yang berada di belakang hanya menahan geram. Mahu saja dia bergusti bersama Jimin kerana berani merampas isterinya.

Manakala Hoseok dan Dahye yang berada di belakang hanya berdiam diri. Semasa mereka ingin melintas, tiba-tiba saja muncul sebuah basikal menuju ke arah Dahye.

Pantas Hoseok menarik lengan Dahye lalu memeluknya untuk elakkan Dahye daripada belanggar dengan basikal itu. Mereka berdua kaku sementara.

Puan Jung, Tuan Jung dan juga Jimin yang sudah berada di seberang jalan tersenyum melihat adegan yang tidak disengajakan itu. Jimin sangat berterima kasih kepada orang yang mengayuh basikal itu. Walaupun kebenarannya dia berasa sakit.

Orang awam yang mengenali Hoseok dan juga perasan akan kejadian itu mula menangkap gambar mereka berdua. Dahye yang menyedari akan hal itu mula menolak Hoseok.

"M-maafkan saya. Saya tak sengaja. A-ada basikal." Ucap Hoseok memberitahu hal sebenarnya dengan perasaan kekok.

Tanpa membalas apa-apa, Dahye kembali berjalan melintas jalan dan menuju ke arah Jimin. Jimin pula perlahan-lahan mengeluarkan ibu jarinya pada Hoseok. Hoseok ketawa perlahan lalu kembali melintas jalan.

Kemudian, telefon pintar Hoseok mula berdering menandakan satu notification telah masuk. Lama kelamaan, deringan itu tidak berhenti. Akibat geram, Hoseok segera melihat notification yang diterimanya.

[p/s; bayangkan je lhaa rambut Dahye dah panjang haa 😂]

hoseokiefanseu

vioseoul, chimcakes, zafff_ and 54,926 other

hoseokiefanseu just see this and i'm shook! 😱 Hoseok with his girlfriend! 😍💕

view all 54721 comments

vioseoul wait.. is that... his ex-wife?! 😱😱😱 OMG! 😭 I MISS THEM SO MUCH! @taeseoul
chimcakes @vioseoul REALLY?! OMG! THEY'RE SO CUTE! 😭💕
taeseoul @vioseoul i told ya already. they'll getback together 😏 so, where's the kiss? 😙
zafff_ STALKERRRRRRR!!!! @jhope1802 SHE'S YOUR STALKER XJDMDHAJSS

7 minutes ago

Hoseok tergamam sebentar. Tak sangka dia mempunyai peminat dan juga... stalker. Hoseok kembali melihat gambar di mana dia di tag. Satu senyuman terukir di bibirnya. Gambar yang cukup manis dan dapat membuatkan hatinya gembira.

Hoseok segera memberi komen pada gambar itu.

jhope1802 @hoseokiefanseu thankyou for taking this pic. i appreciate it ♥

Telefon pintarnya disimpan kembali ke dalam poket seluar. Hoseok berjalan menuju ke arah Puan Jung dan Tuan Jung dengan penuh perasaan gembira. Hatinya bagaikan mempunyai taman bunga yang indah. Memori yang cukup indah buat masa ini.

Dahye yang perasan akan hal itu hanya mendiamkan dirinya. Malas hendak fikir apa yang dapat membuatkan Hoseok begitu gembira. Lengan Dahye tiba-tiba saja dipaut oleh Jimin. Dahye menoleh.

"Apa? Saya tak boleh paut lengan awak macam ni?" Soal Jimin.

"Eh tak lah. Cuma terkejut. Hehe." Jawab Dahye kekok.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

MUAHAHAHAHA! SWEET SCENE BABEH! author dok tersenyum sorang-ii macam org angau je dari tadi masa menaip ( ̄∀ ̄)😂 teruskanlah menyokong Hoseok dan Dahye 😂 SeokHye shippers!💕 please vote and comment! ♥ nae maeumsoge jeojang! 💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top