28 ; Bercuti?
ㆁㆁㆁ
Semasa di meja makan, Dahye hanya memanjang tajam ke arah Puan Jung, Tuan Jung, Jimin dan juga Hanri. Seperti jangkaannya. Mereka berempat baru saja pulang pagi tadi.
Hoseok pula tidak berhenti tersenyum seperti orang kurang waras.
"Mama dengan papa semalam pergi mana? Jimin? Hanri?" Soal Dahye geram.
"O-ouh. S-semalam mama dengan papa pergi ke Busan atas urusan syarikat. K-kan papa?" Jawab Puan Jung lalu menyiku lengan Tuan Jung yang berada di sebelah.
"Haa ya. Papa dengan mama ada urusan syarikat." Bohong Tuan Jung.
"S-semalam saya dengan Hanri terpaksa bermalam di rumah ibu. Lagipun d-dah lewat." Jawab Jimin berbohong.
"Masing-masing ada je alasannya." Rungut Dahye.
"Kenapa ni sayang? Ada apa-apa jadi ke?" Soal Jimin.
Dahye terdiam dan mula teringat akan hal yang berlaku di antaranya dan Hoseok kelmarin. Masalah besar. Benar-benar masalah baginya.
"T-tak ada apa. Cuma tak suka tinggal seorang." Jawab Dahye.
"Alolo. Sunyi ke tak ada saya?" Soal Jimin sambil mencuit pipi Dahye.
"Sunyilah. Mochi saya tak ada." Jawab Dahye sambil mencebik.
Hoseok yang berada di hadapan Dahye mula berasa cemburu. Sedangkan malam tadi Dahye sendiri yang telah memeluknya dari belakang. Hoseok menjeling tanda menyampah.
"Tak payah nak buat drama 50 sen dekat meja makan ni boleh tak? Kalau nak buat drama hindustan, pergi keluar dan pergi taman." Ujar Hoseok lalu berjalan ke arah sinki untuk mencuci pinggan.
"Kalau dah cemburu, cepat-cepat lah kahwin. Tak perlu nak memerli orang." Balas Dahye geram.
"Saya nak kahwin dengan awak. Ha jom." Hoseok mula menarik tangan Dahye untuk keluar dari ruang makan itu.
"Eh tak nak lah! Jimin ada dekat sini tau tak?" Dahye mula menepis tangan Hoseok.
"Tadi suruh kahwin cepat kan? Ha jom lah kahwin." Hoseok berkerut.
"Memang lah. Tapi bukan dengan saya! Saya dah ada Jimin! Tolong sedar diri."
Dahye terus saja keluar dari ruang makan itu meninggalkan mereka semua dalam suasana yang kekok. Jimin berdiri lalu berjalan ke arah Hoseok.
"Cara kau tu kasar sangat lah Hoseok. Siapa je yang nak kahwin kalau tak ada apa-apa kejutan dan lamaran?" Jimin mula ketawa apabila Hoseok menunjukkan wajah tidak puas hatinya.
"Macam mana nak lembutkan hati dia kalau macam ni? Penat tau tak. Haih." Luah Hoseok lalu mengeluh.
"Apa kata... kita pergi bercuti panjang di luar negara? Sambil-sambil tu, kau ambil lah peluang untuk goda dia. Macam mana?" Soal Jimin sambil mengangkat keningnya.
"Lagi 2 minggu 6 hari kau dengan Dahye nak kahwin. Sempat ke?" Soal Hoseok risau.
"Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau takkan fikir sempat atau tak. Kejar dia selagi kau mampu, Hoseok." Jawab Jimin lalu menepuk bahu Hoseok.
"Aku nak pergi pujuk Dahye sekejap." Jimin mula melangkah meninggalkan Hoseok.
ㆁㆁㆁ
"Apa? Bercuti? Dekat mana? Berapa lama?" Soal Dahye bertubi-tubi.
"Ya bercuti. Mungkin kita akan ke Jepun selama seminggu. Saya tak bincangkan lagi hal ni dengan mama." Jawab Jimin.
"Mama pun ikut? Kalau macam tu, saya ikut je." Balas Dahye.
"Erm Dahye."
"Ya?"
"Lepas kita dah berpisah nanti, awak akan merantau ke mana?" Soal Jimin.
"Mungkin saya akan ke Chicago untuk tinggal di sana bersama ayah. Kenapa?" Soal Dahye pula setelah menjawab soalan Jimin.
"Awak tak bercadang untuk kembali semula bersama Hoseok?" Soal Jimin ingin tahu.
"Jimin. Kita dah janji untuk tak bercakap tentang ni lagi, kan?" Dahye mula berkerut.
"Haih. Yelah. Maafkan saya." Ucap Jimin kesal.
"Tak apa. Semua orang buat salah. Tak semua manusia sempurna." Balas Dahye lalu mengeluh.
"Jadi, awak boleh maafkan Hoseok? Macam yang awak cakap tadi, semua orang buat salah dan tak semua manusia sempurna. Hoseok juga tak sempurna dan buat salah. Boleh awak maafkan dia?" Soal Jimin lalu berdiri statik memandang tepat ke arah Dahye.
"Hoseok tu hal lain Jimin! Boleh tak kita jangan kaitkan Hoseok dalam semua hal yang kita bincangkan? Saya tak suka!" Balas Dahye geram.
"Sampai bila awak nak benci Hoseok? Sampai awak kahwin? Sampai awak ada anak? Atau sampai Hoseok mati?!"
"Enough Jimin!"
Kedua-dua mereka mula mencari nafas. Dada mereka berombak akibat bertengkar dan menengking. Air mata Dahye mula mengalir melalui pipinya.
"D-dahye—"
"Saya nak balik." Ujar Dahye lalu berjalan meninggalkan Jimin sendirian.
Jimin meraup wajahnya kasar. Dia tersilap langkah sekali lagi. Semakin banyak kesilapan yang dilakukan olehnya, semakin Dahye berubah menjadi dirinya yang baru.
Tanpa disedari, Puan Jung telahpun mendengar perbualan mereka berdua. Hatinya benar-benar terasa seperti dirobek-robek apabila bekas menantu yang disayanginya masih lagi membenci Hoseok.
"Kamu pergilah hantar dia balik." Ucap Puan Jung sambil mengukir senyuman hambar.
"M-mama." Jimin terkedu.
"Mama dengar ke? Haih. Maafkan Jimin."
"Tak mengapa. Mama faham apa yang Dahye rasa sekarang ni. Perempuan mana yang tak marah dan sakit hati bila dilayan seperti binatang dengan suaminya sendiri? Biarlah dia fikirkan sendiri, Jimin. Mama pasti Dahye masih keliru sama ada dia patut maafkan Hoseok atau pun tak."
"Kalau mereka cinta akan satu sama lain, mereka tak boleh lari dari hakikat tu. Mama percaya pada cinta mereka berdua walaupun takdir benar-benar menyakitkan." Ucap Puan Jung sambil menahan air matanya.
"Maafkan Jimin." Ucap Jimin sekali lagi.
"Bila kita akan pergi bercuti? Mama tak sabar ni. Mama dah siap kemas beg tadi." Soal Puan Jung penuh rasa teruja.
"Ouh ya. Tentang tu, kita mungkin akan bertolak petang esok. Jimin akan tempah tiket untuk kita semua." Jawab Jimin.
"Baiklah. Mama akan hantar pemandu untuk ambil kamu dan Dahye esok." Ujar Puan Jung.
"Jimin balik dulu ya mama. Jumpa esok." Ucap Jimin lalu memeluk Puan Jung.
"Iyalah. Hati-hati bila memandu." Pesan Puan Jung.
ㆁㆁㆁ
"Apa? Bercuti? Seminggu? Dengan siapa?" Soal Tuan Lee bimbang.
"Ya. Jimin dengan Dahye akan pergi bercuti ke Jepun selama seminggu. Kalau ayah tak kisah, kami berdua akan pergi ke sana dengan Puan Jung." Jawab Jimin dengan jujur.
"Puan Jung?"
"K-kalau ayah tak setuju tak ap—"
"Tak apa. Ayah tak kisah. Cuma.." Tuan Lee berhenti dari menyambung kata-katanya.
"Cuma?" Soal Jimin ingin tahu.
"Cuma tolong pastikan Dahye selamat. Ayah tak mahu perkara yang lepas berulang lagi. Ayah tak sanggup lihat Dahye menderita. Tolong jauhkan Hoseok daripada Dahye." Jawab Tuan Lee lalu mengeluh kesal apabila mengingati hal yang sudah lama berlalu.
"Jangan risau ayah. Dahye pasti akan selamat." Ujar Jimin lalu mengukir senyuman untuk menyejukkan hati Tuan Lee.
'Maafkan Jimin ayah. Sebab Jimin akan pastikan Dahye kembali ke pangkuan Hoseok sepanjang percutian kami di sana. Ayah tak boleh jadi dinding besar yang akan halang cinta mereka.' Bisik hati Jimin dengan penuh perasaan bersalah.
ㆁㆁㆁ
Dahye yang berada di dalam bilik hanya mengeluh apabila mendengar perbualan Jimin bersama ayahnya. Tuan Lee benar-benar risau tentang dirinya. Kemudian, Dahye bersandar di katilnya.
'Aku keliru dengan perasaan sendiri. Aku masih cintakan Hoseok ke? Hoseok masih cintakan aku? Atau semua ni hanyalah dusta semata-mata? Tapi bila aku bersama Hoseok, aku langsung tak ada rasa kekok, tak selesa atau takut walaupun dia pernah sakitkan aku. Bila aku bersama Jimin, aku rasa selesa, selamat dan rasa dilindungi. Apa sebenarnya yang aku cari selama ni?'
'Tak Dahye. Semua ni dusta semata-mata. Bila kau kembali pada Hoseok, kau akan dilayan sama seperti sebelum ni. Binatang. Bukan seperti seorang isteri. Kau pernah kejar cinta dia. Tapi pernah ke dia pandang kau dan layan kau seperti seorang isteri? Walaupun sekali? Jadi, lupakan semua soalan yang ada dalam fikiran kau. Sebab kau hanya akan dapat satu jawapan. Kesakitan.'
'Tak Dahye. Inilah yang kau cari selama ni. Cinta. Kau cari cinta dia. Kau cintakan dia. Tapi ego menguasai kau. Walaupun kau pernah terseksa, kau takkan pernah terseksa selamanya. Bahagia tu ada di mana-mana Dahye. Kau sendiri nampak yang Hoseok berusaha untuk ambil hati kau kan? Dia sanggup disimbah dengan air untuk buat kau ketawa. Dia sanggup paksa kau untuk makan supaya kau tak kelaparan. Percayalah. Hoseok benar-benar cintakan kau. Manusia layak menerima dan memberi peluang kedua.'
'Penipu. Kau ditipu Dahye. Kau takkan pernah dicintai. Dan kau tak cintakan dia. Dia dah pernah sakiti kau. Tak mungkin dia takkan sakiti kau untuk kali kedua, kan? Kau takkan bahagia bila bersama dia Dahye. Dia hanya mahukan kau supaya dia dapat seksa kau sekali lagi. Manusia seperti dia tak layak untuk dapatkan peluang kedua. Dia syaitan yang bertopengkan manusia.'
'Sudahlah Dahye. Tak perlu tipu diri kau hanya kerana ego kau. Lupakan. Sudah setahun hal tu berlaku. Dan kau sendiri dengar daripada mulut Doktor Park bukan? Hoseok terseksa dengan ketiadaan kau di sisi dia. Dia jadi separuh gila. Dia hampir bunuh diri. Dia juga masih simpan skarf yang kau kaitkan untuk dia. Dia pakaikan baju kau pada bantal peluk dan berpura-pura seperti kau ada bersama dia. Tak cukup ke dengan semua bukti tu? Dia jadi separuh gila dan terpaksa jalankan terapi selama 3 bulan sehingga dia pulih. Dia terseksa tanpa kau.'
'Mungkin juga Doktor Park dibayar oleh Hoseok. Orang kaya kan? Mereka boleh lakukan apa saja dengan duit. Heh. Orang kaya yang tak sedar diri. Gunakan duit untuk dapatkan apa yang mereka mahukan. Fikir baik-baik Dahye. Dulu kau miskin, hodoh dan nerd. Dia langsung tak pandang kau. Malah dia hina kau di depan orang ramai. Bila kau dah kaya dan cantik, barulah dia pandang kau dan mula layan kau seperti seorang puteri. Manusia hanya mahukan sesuatu yang berkilau, cantik dan berharga. Manusia tak mahukan sesuatu yang berkarat, buruk dan langsung tak berharga!'
"Sudah! Diam!" Jerit Dahye sekuat hatinya.
'Krekkk!'
"Dahye? Awak tak apa-apa? Apa yang jadi?" Soal Jimin bimbang setelah terdengar akan jeritan Dahye dan bergegas masuk ke dalam bilik Dahye.
Dahye memandang kiri dan kanannya. Tiada sesiapa.
"Apa yang jadi Dahye? Kenapa awak menjerit?" Soal Jimin sekali lagi.
"T-tak ada apa. Mungkin saya mengigau sebab penat." Bohong Dahye.
"Betul ni? Awak nak apa-apa ke? Air?" Soal Jimin lagi.
"Ya. Tak mengapa. Saya akan sambung berehat. Awak pergilah berehat juga." Jawab Dahye.
"Baiklah. Kalau awak perlukan apa-apa, panggil saja saya." Pesan Jimin lalu berjalan ke arah pintu.
"Erm Jimin."
"Ya?"
"M-maafkan saya tentang hal petang tadi. S-saya cuma—"
"Tak mengapa. Manusia tak sempurna. Manusia selalu lakukan kesalahan. Awak berehatlah." Ujar Jimin lalu mengukir senyuman manisnya.
Dahye hanya terpaku memandang Jimin yang mula melangkah keluar dari biliknya. Dia tidak tahu apa yang mahu dikatakan olehnya lagi.
Teringat akan mimpi yang dialaminya tadi benar-benar menakutkan dirinya. Dahye berasa seperti hati dan otaknya sedang berlawan. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh tubuhnya. Dahye memandang syiling biliknya.
Dia sedang memikirkan sesuatu. Sesuatu yang mungkin penting.
"Apa nak jadi dengan hidup aku sebenarnya ni? Haih." Soal Dahye sendirian.
ㆁtbcㆁ
Sincerely,
[ violet ]
i'm back! sorry sebab lama gila tak update ff ni ㅠㅠ author tengah bercuti dgn family. jadi, author langsung tak ada masa nak menaip ff ni. hope you guys happy masa cuti ni sebelum hari persekolahan kita semua bermula 😂💕 i'm not ready lhaa for SPM next year :') please vote and comment ♥ nae maeumsoge jeojang! 💕💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top