23 ; Mimpi ngeri

ㆁㆁㆁ


Ianya sebuah kemalangan yang tak dirancang...

Oleh kerana hujan lebat...

Penglihatan aku jadi kabur...

Aku cuba mengelak...

Tapi aku gagal...

4 nyawa yang tidak bersalah mati begitu saja akibat kemalangan...

..yang dibuat oleh aku secara tidak sengaja.

Hoseok mula berpeluh semasa sedang tidur. Sesekali dia berkerut. Mimpi ngeri.


ㆁㆁㆁ


Malam yang benar-benar sejuk dan jalan tar dihiasi dengan titisan air hujan yang sungguh lebat. Hoseok berjalan terhuyung-hayang menuju ke arah keretanya.

"Hoseok! Jumpa esok!" Jerit seorang lelaki.

Hoseok hanya membalasnya dengan satu lambaian tangan. Hoseok masuk ke dalam kereta dalam keadaan sedikit mabuk. Di sebelah tempat pemandu, seorang perempuan memandang tajam ke arah Hoseok.

"Saya nak pesan berapa kali?! Jangan minum sampai mabuk boleh tak?! Saya datang ke sini sebab mama awak risau! Kalau tak—"

"Awak ni membebel je Dahye. Sakit telinga saya." Balas Hoseok sambil menjuihkan bibirnya.

"Awaklah kawan dan teman lelaki saya yang paling menyusahkan. Kalau Jimin ada, pasti dia akan marah awak juga." Dahye menjeling Hoseok.

"Mari tukar tempat duduk. Biar saya yang pandu. Awak mabuk."

"Tak perlu. Saya mana mabuk lah. Hehe." Balas Hoseok sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Aish! Saya boleh bau soju dari mulut awak!" Marah Dahye.

Belum sempat Dahye ingin keluar daripada kereta, Hoseok terlebih dahulu mengunci pintu dan menghidupkan enjin kereta. Kerutan di dahi Dahye mula kelihatan.

"Yah Jung Hoseok. Awak jangan degil boleh tak?! Biar saya yang pandu! Bahaya lah! Tengah hujan lebat ni!"

Di sudut yang lain pula, seorang lelaki bersama seorang perempuan berusia 40-an sedang mencari Dahye. Si lelaki memandu perlahan sambil melihat kiri dan kanan.

"Mak ada nampak Dahye dekat mana-mana tak? Setahu Daehan, dia pergi ke sini untuk ambil Hoseok. Tak mungkin dia pergi jauh." Gumam Daehan setelah menyoal Puan Lee yang berada di tempat duduk penumpang.

"Tak. Mak langsung tak nampak. Hujan lebat sangat." Rungut Puan Lee.

Dia bimbang jika ada sesuatu yang berlaku pada Dahye ketika ini. Sesekali Puan Lee menjenguk tempat duduk penumpang di belakang. Kelihatan 2 orang kanak-kanak lelaki sedang tidur. Puan Lee mengeluh.

Lee Daehan ialah abang kepada Dahye yang berumur 26 tahun. Lee Daehyung dan Lee Daehwi adalah adik kembar Dahye yang berusia 14 tahun.

"Mak teruskan tengok. Mungkin Dahye ada dekat sini."

Di sudut Dahye dan Hoseok pula, mereka masih lagi bertengkar.

"Hoseok! Awak dah gila ke?! Bawa perlahan sikit!" Jerit Dahye.

Oleh kerana Hoseok terlampau mabuk, setiap kata-kata Dahye adalah berlawanan baginya. Semakin diarah untuk perlahan, semakin laju kereta yang dipandu Hoseok itu.

Kemudian, Dahye terlihat akan satu kereta yang sedang bergerak menuju ke arah mereka. Atau lebih tepat, Hoseok yang memandu dengan arah yang bertentangan. Mata Dahye mula membulat.

"H-hoseok! Ada kereta depan kita!"

Jeritan Dahye langsung tidak dipedulikan. Kini, Hoseok berada di dalam mindanya sendiri. Tanpa membuang masa, Dahye cuba untuk mengawal stereng kereta itu.

Belum sempat dia ingin mengawal kereta itu, Hoseok terlebih dahulu menolak Dahye dengan kuat sehingga kepalanya terhantuk pada tingkap kereta. Dahye tewas dan pengsan.

"Jangan ganggu aku!" Tengking Hoseok.

'Pin! Pin!'


ㆁㆁㆁ


Hoseok akhirnya sedar dari pengsannya. Dia sedar bahawa dia sedang meniarap. Kepalanya terasa amat sakit dan berat. Darah mula mengalir melalui wajahnya. Hoseok menoleh ke kiri. Kelihatan Dahye masih lagi pengsan.

"D-dahye."

Nama Dahye cuba dipanggil. Tetapi langsung tiada sahutan yang diterima olehnya.

"T-tolong.." Rayu Hoseok.

Hoseok merangkak keluar daripada keretanya yang sudah terbalik di atas jalan. Luka di tangan dan di seluruh badannya sungguh menyakitkan. Hoseok mula berjalan ke arah pintu tempat duduk penumpang.

"D-dahye... mari keluar." Ucapnya sambil menghulurkan tangan ke arah Dahye yang masih lagi pengsan.

Tanpa menunggu, Hoseok segera mengheret Dahye keluar daripada kereta itu. Akhirnya dia rebah bersama Dahye di atas jalan. Hoseok mengambil nafas. Dia memandang ke arah kanan pula. Kelihatan seorang lelaki sedang cuba berusaha untuk keluar daripada kereta yang lain.

Hoseok berjalan lemah menuju ke arah kereta itu. Tiba-tiba saja, api mula menjadi marak. Hoseok gelisah. Dia cuba untuk membuka pintu itu.

"Sikit saja lagi!" Jeritnya.

"H-hoseok?" Soal lelaki itu.

"Sabar hyung! Hoseok akan keluarkan hyung dari sini!" Jerit Hoseok sambil membuka pintu kereta itu.

Lelaki itu tahu bahawa sudah terlambat untuk dia dan keluarganya terselamat. Tangan Hoseok dipegang.

"T-tolong jaga Dahye u-untuk kami." Ucap Daehan.

"Tak! Tak! Hyung akan selamat! Sabar! Sikit saja lagi!"

Daehan memandang ke arah Puan Lee yang berada di sebelahnya. Tangan Puan Lee dipegang kemas.

"Pergi Hoseok. Jaga Dahye untuk kami. Tolong pegang janji ni." Ucap Daehan sayu.

Hoseok mula berundur apabila api semakin marak. Bila-bila masa saja kereta itu akan meletup. Setelah Hoseok berundur 10 langkah kebelakang, kereta itu akhirnya meletup secara mengejut. Hoseok tercampak kebelakang akibat letupan yang kuat itu.


ㆁㆁㆁ


Hoseok akhirnya bangun dari mimpi ngerinya secara mengejut. Peluh dingin mengalir di lehernya. Nafasnya juga menjadi tidak teratur.

Hoseok meraup wajahnya apabila dia mengetahui bahawa ianya adalah mimpi ngeri. Kemudian, air matanya mula mengalir. Perasaan serba salah semakin menyelubungi dirinya. Rambutnya digenggam kuat.

"Maafkan aku. Maafkan aku." Ucap Hoseok berkali-kali.

Mimpi ngeri tentang kemalangan itu sering muncul apabila Hoseok berasa tertekan. Hoseok sedih. Akibat kemalangan itu, Dahye telah pun mengalami hentakan di kepala yang kuat dan menyebabkan Dahye tidak mengingati apa-apa tentang masa silamnya.

Ingatan tentang pergi ke taman tema bersama, menonton wayang bersama dan.. ingatan di mana Hoseok meluahkan perasaannya pada Dahye di taman tema... hilang begitu saja. Dahye tidak lagi mengingati apa-apa.


ㆁㆁㆁ


Dahye merenung ke luar tingkap sambil menghirup udara segar pada waktu malam yang sunyi. Sesekali dia mengeluh. Dia tidak pasti jika tindakannya adalah bijak atau tak.

Dahye sememangnya tidak mahu berkahwin dengan Jimin oleh kerana Jimin adalah kawan baiknya. Tetapi, oleh kerana dipaksa oleh Tuan Lee dan Puan Park, Dahye dan Jimin terpaksa akur.

Rancangan perkahwinannya dan juga Jimin adalah dirancang dan mereka tidak dibenarkan membantah. Jimin dan Dahye akan berkahwin tanpa kerelaan dan juga perasaan cinta. Mereka sememangnya berlakon menyayangi antara satu sama lain.

Dahye juga tak mahu menjadi janda selamanya. Oleh kerana tiada pilihan lain lagi, Dahye bersetuju. Dia tidak mahu kembali kepada Hoseok walau apa pun yang terjadi.

"Dahye?"

"J-jimin." Dahye segera mengusap air matanya.

"Awak tak tidur lagi?" Soal Jimin.

"Tak. Saya tak dapat tidur." Jawab Dahye.

Jimin turut berdiri di sebelah Dahye.

"M-maafkan saya sebab tengking awak di kolej petang tadi." Ucap Dahye.

"Tak mengapa. Salah saya juga sebab tak beritahu awal-awal." Balas Jimin sambil tersenyum hambar.

"Apa kita nak jawab dekat ayah saya nanti? Ibu awak?" Dahye buntu.

"Nampaknya.. kita terpaksa ikut rancangan asal." Jawab Jimin.

"Tapi macam mana kalau kita—"

"Mungkin kita akan bahagia. Siapa tahu? Bercinta selepas kahwin ni lagi romantik tau." Potong Jimin sambil ketawa kecil.

"Perlu ke kita tamatkan persahabatan kita semata-mata untuk.. perkahwinan tanpa kerelaan ni?" Soal Dahye lalu menunduk.

"Saya tak tahu Dahye. Ibu saya dan ayah awak pun dah letakkan harapan tinggi pada kita." Balas Jimin dan turut menunduk juga.

"Tak boleh ke kalau kita rosakkan hubungan ni?" Soal Dahye sambil memandang ke arah Jimin.

Jimin kelihatan keliru.

"Maksud saya, kita berpura-pura bergaduh? Kita bergaduh depan mereka sampailah mereka setuju dengan keputusan kita untuk tak berkahwin. Macam mana?" Soal Dahye.

"Such a clever girl." Jimin tersengih tanda setuju.

"Tapi janji dengan saya. Kita takkan pernah putuskan persahabatan ni walaupun kita takkan berkahwin. Janji?" Jimin menunjukkan jari kelingkingnya.

"Janji."

Setelah itu, Dahye mula ketawa terbahak-bahak. Jimin keliru.

"J-jari HAHAHAHAHA!"

Jimin mula berasa geram. Kepala Dahye ditarik lalu diluku sehingga Dahye menjerit kesakitan.

"Biarlah kalau jari saya pendek sekalipun! Sekurang-kurangnya jari saya lagi comel daripada jari awak!" Marah Jimin.


ㆁtbcㆁ

Sincerely,
[ violet ]

Haa amik amik. Nak sangat tau kan apa jadi HAHAHAHAAHAHHA haa tu author dah bagitau. Puas hati? 😂 so, that means, 4 nyawa yang tak bersalah tu adalah mak, abang dan adik kembar Dahye. And Dahye juga hilang ingatan.

That's why dia tak tahu kenapa Hoseok beria nak buat dia benci Hoseok. And ini juga rahsia yang Dahye baru je dapat tahu dalam chapter sebelum ni. Jangan salahkan author kalau setiap chapter panjang dia lain-lain.

Dah nama pun author gila-gila. Ofcourse setiap chapter panjang lain-lain HAHAHAHAH. please vote and comment 💕 nae maeumsoge jeojang! 💋💋

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top