17 ; Karma
ㆁㆁㆁ
"Jimin. Betul ke kita akan balik hari ni?" Soal Dahye.
"Ya. Kita akan balik hari ni. Kenapa? Awak taknak?" Soal Jimin pula selepas menjawab soalan Dahye.
"No. I didn't mean that. Tapi, tarikh hari ni adalah tarikh saya dan Hoseok tahun lepas." Jawab Dahye dengan nada yang perlahan.
"Okay look. Dah setahun kita dekat Amerika. Takkan awak nak sia-siakan apa yang awak dah buat dekat sini dan kembali pada dia?" Soal Jimin dengan kerutan di dahinya.
Dahye hanya diam dan menunduk memandang tangannya yang berada di atas pehanya.
"Saya ingat awak dah lupakan dia. Tapi saya silap. Nampaknya saya hanya bertepuk sebelah tangan selama ni." Ucap Jimin kecewa lalu bersandar dan melihat ke luar tingkap kapal terbang.
"Jimin." Dahye pantas memegang tangan Jimin.
"Rupanya saya seorang saja yang serius tentang hubungan kita. Sia-sia." Tambah Jimin lagi.
"Ji—"
"Saya nak berehat." Balas Jimin lalu menarik tangannya perlahan dari terus dipegang oleh Dahye.
"Maafkan saya. Saya takkan sebut tentang hal ni lagi." Ucap Dahye kesal.
Dahye membuka akaun instagram nya. Dia mengeluh. Tiada apa yang menarik untuk dilihat sehinggalah gambar seseorang yang dikenalinya muncul.
jhope1802
♥ vioseoul, bts.official, taeseoul and 1,655,492
jhope1802 Dah setahun berlalu. Terima kasih untuk skarf ni. Ianya selesa ☺ have a good day guys ♥
view all 82456 comments
vioseoul where's your wife? it's been 2 years you didn't post any picture of your wife 😐
taeseoul @vioseoul he's already divorced last year
dsv_iwantchu @taeseoul seriously?!
vioseoul @dsv_iwantchu don't try to talk with my boyfriend 🔪😊
20 minutes ago
Dahye tergamam melihat gambar dimana Hoseok memakai skarf pemberiannya tahun lepas. Dahye membaca pula komen yang tertera di bawah gambar Hoseok.
Kerutan di dahi Dahye mula kelihatan.
"Hoseok pernah post gambar aku 2 tahun lepas?" Soalnya dengan nada perlahan.
Tiba-tiba saja Jimin memandang ke arah Dahye. Denga pantas, Dahye segera menekan butang 'power off' di telefonnya. Kemudian, Dahye memakai penutup matanya agar dia kelihatan seperti hendak tidur.
'I'll never get what i want. Never.' Getus hati Jimin.
Satu keluhan dilepaskan sebelum air matanya jatuh mengalir di pipinya.
ㆁㆁㆁ
"Mama. Hoseok keluar sekejap." Ucap Hoseok ketika sedang memakai kasut di hadapan pintu.
"Iyalah. Jangan lama sangat. Nanti papa bising." Ujar Puan Jung yang baru saja keluar dari ruang dapur.
"Baik. Hoseok pergi dulu."
Hoseok mula melangkah keluar dari kediamannya itu. Telefon pintarnya dikeluarkan. Dia membuka akaun Instagram miliknya.
jd_jm, vioseoul and 1,655,491 others like your post. 3 hours ago
Setelah melihat notification yang diterimanya, Hoseok kembali menyimpan telefon pintar ke dalam poket seluarnya. Dia meneruskan perjalanannya untuk meluangkan masa di sekitar Seoul.
Setibanya Hoseok di cafe yang dicari-carinya, Hoseok berhenti dan duduk seketika. Dia ingin menghangatkan tubuhnya yang sejuk akibat ditiup angin musim sejuk.
"Boleh saya ambil pesanan encik?" Soal seorang pelayan di cafe itu.
"Hot chocolate and tiramisu cake, please." Jawab Hoseok.
"Sila tunggu beberapa minit sebelum pesanan encik siap. Terima kasih." Ucap pelayan itu lalu berjalan pergi.
Hoseok mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar. Dia meng-scroll segala notification yang diterimanya. Kemudian, dia membaca segala komen yang diterimanya.
Dua daripada komen yang diterimanya sungguh menarik perhatiannya.
vioseoul where's your wife? it's been 2 years you didn't post any picture of your wife 😐
taeseoul @vioseoul he's already divorced last year
Hoseok sentap. Nampaknya sudah ramai yang tahu akan berita ini. Maklumlah. Siapa tidak kenal anak Tuan Jung. Tuan Jung ialah seorang CEO sebuah Entertainment yang sungguh berpengaruh.
Hoseok segera menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya.
"Tengok lah sana tu. Bukan ke itu Jung Hoseok?"
"Hoseok?"
"Iya Hoseok. Anak lelaki CEO Jung. Dan paling mengejutkan, dia dah bercerai dengan isterinya."
"Biar betul? Macam mana dia boleh bercerai?"
"Aku tak pasti. Tapi daripada apa yang aku dengar, dia bercerai sebab isterinya ada kekasih gelap."
"Seriously? Why she so cruel?"
"I don't know. Isterinya bukan lah cantik sangat. Kesian dia. Hmm."
Hati Hoseok bertambah sakit.
"Ini dia pesanan encik." Ucap pelayan itu sebaik sahaja meletakkan pesanan Hoseok di atas meja.
"Terima kasih." Balas Hoseok.
Setelah itu, Hoseok mengambil cawan coklat panas serta kek tiramisu yang dipesannya lalu berjalan ke arah satu meja berdekatan.
"Please enjoy this."
"Sorry. Tapi kami tak pesan—" Si perempuan tergamam.
"Saya belanja." Ucap Hoseok lalu tersenyum sinis.
Hoseok mula membuka langkah. Kemudian dia berpatah balik.
"Sebelum saya pergi, saya cuma nak pesan sesuatu. Tolong jangan mengumpat kalau tak tahu cerita sebenar." Kata Hoseok lalu beredar.
2 orang perempuan itu hanya tergamam dan berasa sangat malu. Setelah Hoseok keluar dari cafe itu, Hoseok meramas rambutnya kasar. Dia berasa tertekan.
"Mungkin ini karma untuk kau Hoseok." Ucapnya sendiri.
ㆁㆁㆁ
"Ladies & Gentlemen, now we're approaching Seoul where the local time is 09:00 a.m. At this stage you should be in your seat with your seatbelt firmly, fastened. Personal television screens, footrests and seat tables must be stowed away and all hand luggage stored either in the overhead lockers or under the seat in front. Please ensure all electronic devices including laptop computers and computer games are turned off. Thank you."
"Jimin. Kita dah nak sampai ni. Bangun lah." Ucap Dahye sambil menggerakkan sedikit tubuh Jimin.
Jimin akhirnya tersedar dari lenanya dan terus saja menggeliat. Dia berasa letih walaupun dia hanya duduk sahaja. Kemudian, tangannya ditarik dari terus dipegang oleh Dahye. Dahye tersentap apabila dia dilayan sedemikian.
'Mungkin salah aku sebab bangkitkan hal Hoseok.' Getus hatinya berasa serba salah.
"J-jimin. Bila kita dah sampai di Seoul, boleh awak bawa saya ke taman tema?" Soal Dahye sedikit gagap.
Jimin memandang ke arahnya dengan pandangan hairan.
"W-well, walaupun hari ni sejuk, saya dapat tahu taman tema dekat Seoul ada banyak permainan untuk pasangan. Tapi kalau awak taknak pergi, tak apa—"
"Mari pergi." Ucap Jimin tanpa memandang ke arah Dahye.
Senyuman mula terukir di bibir Dahye.
"Betul ni? Hehe. Terima kasih." Ucap Dahye gembira lalu memakai penutup matanya semula.
Jimin dalam diam memandang ke arah Dahye. Kemudian dia tersenyum. Bukan dia tidak tahu Dahye sedang cuba memujuknya.
'Aku suka cara kau cari idea untuk pujuk orang.' Getus hatinya sambil bibirnya tidak berhenti tersenyum.
'I love you, Dahye.'
ㆁtbcㆁ
Sincerely,
[ violet ]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top