16 ; Selamat tinggal Hoseok
p/s: baca sambil dengar lagu dekat media tu♥
ㆁㆁㆁ
Setelah mendapat panggilan daripada Tuan Jung, sebuah kereta berwarna hitam tiba dihadapan rumah milik Seokjin. Jung Hoseok berjalan keluar bersama beg rodanya.
"Hyung. Ini duit untuk kau sebab bagi aku tumpang dekat rumah kau." Ucap Hoseok lalu menghulurkan satu sampul kepada Seokjin.
"Tak perlu lah Hoseok. Aku ikhlas bagi kau tinggal dekat sini walaupun aku selalu membebel dekat kau. Nampaknya kau bertuah sebab bapak kau dah ubah fikiran untuk kau balik ke rumah." Balas Seokjin sambil tersenyum.
"Ambil je." Kata Hoseok memaksa sambil meletakkan sampul itu di tangan Seokjin.
"Ish degil betul kau ni." Marah Seokjin.
"Aku pergi dulu hyung." Kata Hoseok lalu membuka langkah untuk menuju ke kereta peribadinya.
"Hoseok!" Jerit Seokjin.
Hoseok menoleh.
"Aku harap kau fikir baik-baik. Bercerai.. takkan selesaikan apa-apa masalah. Dahye perempuan yang baik." Ucap Seokjin lalu mengetap bibirnya.
Hoseok hanya tersenyum hambar. Dia kembali mengatur langkah. Dia terpaksa. Bukan sengaja.
ㆁㆁㆁ
"Betul ke Dahye nak pergi ke Amerika? Nanti mesti rumah ni sunyi tanpa Dahye." Kata Puan Jung kecewa.
"Jangan risau lah mama. Kan Hoseok balik hari ni. Rumah ni takkan sunyi. Percayalah. Dan jangan risau tentang Dahye. Dahye dan Jimin akan jaga diri bila dekat sana." Balas Dahye sambil memegang erat tangan Puan Jung.
Kemudian, mereka berdua serentak memandang ke arah Tuan Jung yang sedang berbincang sesuatu bersama pembantu peribadinya. Sesekali, Tuan Jung meraup kasar wajahnya. Mungkin ianya perbincangan yang amat serius.
"Dahye pergi sana berapa lama?" Soal Puan Jung.
"Tak lama pun mama. 1 tahun je." Balas Dahye.
"1 tahun?! Ya ampunnnn! Kenapa lama sangat Dahye?! Kalau sehari tanpa Dahye pun mama boleh jadi separuh gila, apatah lagi 1 tahun!" Puan Jung mula merengek dan cuba menahan tangisnya.
"Mama. Dahye ni cuma menantu. Hoseok anak kandung mama. Patutnya mama perlu risaukan Hoseok dan bukannya Dahye." Ucap Dahye lalu mengeluh perlahan.
"Hoseok dah balik."
Puan Jung, Tuan Jung, Encik Yoo serta Dahye serentak memandang ke arah pintu. Hoseok memandang ke arah Tuan Jung sekilas sebelum dia memandang ke arah Puan Jung. Dan akhirnya, Hoseok dan Dahye saling berpandangan.
Setelah 1 minit mereka saling berpandangan, masing-masing mengalihkan pandangan ke arah lain. Kekok. Itulah apa yang dirasai oleh pasangan suami isteri itu.
Hoseok mengatur langkah untuk menuju ke arah Tuan Jung. Sebaik saja dia tiba di hadapan Tuan Jung...
'Panggg!'
Dahye dan Puan Jung tersentak lalu berlari ke arah Tuan Jung.
"Apa yang awak buat ni?!" Marah Puan Jung.
"Awak patut tanya dia sendiri!" Balas Tuan Jung dengan tengkingan.
Puan Jung memandang ke arah Encik Yoo yang sedang memegang satu sampul surat di tangannya. Lalu Puan Jung ambil dan membaca segala isi kandungan di atas kertas itu.
Manakala Dahye pula sedang memandang ke arah Hoseok yang masih lagi menunduk memandang ke arah lantai. Dia risau. Pasti Hoseok telah melakukan sesuatu yang teruk sekali lagi. Hatinya mula berasa tidak senang.
"C-cerai?!" Soal Puan Jung amat terkejut.
Dahye mengalihkan pandangannya ke arah Puan Jung. Siapa yang mahu bercerai? Kertas di tangan Puan Jung itu diambil. Dahye segera membacanya.
Kemudian, air matanya mula mengalir. Dia tidak sangka bahawa Hoseok sudah merancang untuk bercerai.
"Kenapa?" Soal Dahye.
Hoseok memandang ke arah Dahye.
"Kenapa awak nak bercerai?" Sambung Dahye.
"Sebab aku benci kau. Jangan mimpi kau akan dapat kasih sayang daripada aku. Aku tak pernah anggap kau sebagai isteri." Balas Hoseok sambil tersenyum sinis.
Hati Dahye benar-benar hancur dan pecah berderai. Air matanya terus mengalir dengan deras.
"Abaikan saja Dahye! Jangan pernah setuju dengan penceraian ni!" Marah Tuan Jung.
"Kau boleh abaikan hal ni. Tapi kau kena ingat. Aku takkan pernah berhenti seksa kau. Kau akan rasai kesakitan hari demi hari kalau kau masih bersama aku." Kata Hoseok dengan nada seperti mengugut.
"Hoseok!" Jerit Tuan Jung.
"Apa lagi? Letaklah cap jari kau dekat kertas tu." Hoseok tersenyum sinis.
"Hos-"
"Baik!"
Puan Jung yang sedang menangis itu tersentak. Begitu juga dengan Tuan Jung. Tangan Dahye sudah pun menggeletar kuat akibat menahan kemarahannya.
"D-dahye. Jangan Dahye." Rayu Puan Jung sambil menggelengkan kepalanya.
Dahye berjalan melepasi Puan Jung dan Tuan Jung untuk pergi ke arah Encik Yoo. Dahye menekan ibu jarinya di atas bekas dakwat berwarna merah.
Dahye menarik nafas panjang sebelum dia menekap ibu jarinya di atas kertas yang mengandungi isi kandungan penceraian. Dibelakang, Hoseok terpaksa menahan air matanya dari keluar.
Sebaik sahaja Dahye menekap jarinya di atas kertas, Puan Jung terus saja pengsan dan rebah ke atas lantai. Tuan Jung segera menyambut isterinya itu.
Hoseok pula berjalan menaiki anak tangga untuk menuju ke biliknya.
"Maafkan Dahye mama. Dahye terpaksa." Ucap Dahye sambil memeluk tubuh Puan Jung.
ㆁㆁㆁ
Puan Jung telah pun di hantar ke hospital kerana mengalami tekanan darah yang amat tinggi. Mungkin dia terlampau terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Dahye.
Hanya Hoseok dan Dahye sahaja yang berada rumah keluarga Jung. Dahye berjalan menaiki anak tangga dengan langkah yang lemah. Jimin pula sudah menunggunya di luar rumah.
'Krekk!'
Pintu bilik dibuka. Kelihatan Hoseok sedang berbaring sambil menghadap ke arah dinding. Tubuhnya juga diselubungi dengan selimut.
"H-hoseok. S-saya pergi dulu. S-saya harap.. a-awak bahagia tanpa saya. Terima kasih untuk s-segalanya." Ucap Dahye dalam keadaan tersedu-sedan akibat menangis.
"Terima kasih sebab jadi suami saya walaupun saya tak cantik seperti orang lain. Saya bersyukur dapat jadi isteri awak walaupun.. untuk sekejap. S-saya ada hadiah untuk awak. K-kalau awak dah bangun, a-awak tengoklah." Sambung Dahye lagi.
Dahye meletakkan satu skarf leher berwarna coklat ke atas meja perlahan-lahan. Hanya itu yang mampu dia berikan. Setelah itu, Dahye berjalan keluar dengan langkah yang berat.
'Bamm!'
Hoseok kembali membuka matanya yang merah dan basah dipenuhi dengan air mata. Hidungnya juga menjadi kemerah-merahan. Dia bangun dari baringnya. Hoseok menoleh ke arah pintu. Tangisannya semakin menjadi-jadi.
Hoseok memandang ke arah mejanya pula. Terdapat satu skarf berwarna coklat dan mempunyai huruf yang dikait bersama. Sebaik sahaja dia mencium skarf itu, air matanya menjadi semakin deras.
"Maafkan aku. Maafkan aku." Ucapnya kesal.
ㆁㆁㆁ
"Awak pasti awak dah bawa semua barang-barang awak?" Soal Jimin pada Dahye.
"Hmm." Balas Dahye ringkas.
"Baiklah. Mari pergi." Kata Jimin sedikit kekok apabila menerima balasan yang begitu ringkas daripads Dahye.
Dahye memandang ke arah tingkap di mana bilik Hoseok berada. Kemudian, dia mengeluh sebaik sahaja Jimin menekan pedal minyak. Kereta Jimin mula bergerak menjauhi perkarangan rumah keluarga Jung.
'Selamat tinggal Hoseok.'
ㆁtbcㆁ
Sincerely,
[ violet ]
okay guys. sejujurnya aku terlampau excited nak tulis chapter ni HAHAHAHAHA and its only take 1 hour to write this chapter 😂 omg. and dsbbkn excited gak, aku sendiri menangis dengan chapter yang aku tulis ni HAHAHAHAHA. see you guys next time 💕💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top