Second Ending
"Kalau tengok dekat sini, ini Garden of Eden. Taman ini sekarang milik tuanku kecil berdua— Putera Nick! Puteri Kate!"
Jeneral Jongin mengejar Nick dan Kate yang sedang menunggang anjing milik Raja Baekhyun yang bernama Mongryong itu. Mereka menunggangnya seolah-olah ia adalah sebuah motor.
Padahal tadi dia sedang mengajar mereka tentang selok-belok istana ini.
Dari jauh, Pakcik Iskandar mereka datang sambil membawa kek yang dia sendiri masak. Lelaki itu turut sama berkejaran kerana tak faham dengan apa yang berlaku. Iskandar katanya sudah pun bertunang dengan seorang gadis biasa yang dirahsiakan identitinya.
Wendy ketawa terbahak-bahak melihat anak-anaknya mengerjakan Jongin. Dia tak ada niat pun untuk menghentikan perbuatan kedua anak kecilnya itu.
"Omo! In Joon! Katy! Basah baju noona! Heiii!!" Yoona menjerit saat anjing milik Baekhyun membuat pusingan mengejut sehingga menyepak lumpur ke bajunya. Dia terus mengejar anak-anak Wendy dan menarik Sehun untuk ikut sama.
Dengarnya, Sehun tak berkahwin dengan Yoona. Gadis itu mahu hidup bebas dan tidak dikongkong oleh sesiapa. Mujurlah Sehun menghormati keputusan Yoona. Waktu majlis hari jadi Sehun tempoh hari, Sehun ada berjumpa dengan seorang puteri yang merupakan sepupu kepada Baekhyun, tak silap namanya Miyoung. Sekarang, Baekhyun, Iskandar dan Yoona sedang cuba untuk menjodohkan mereka. Entahlah Sehun terima atau tidak.
Ouh sebelum itu, ya, anak milik Wendy bersama Chanyeol. Park In Joon dan Park Katherine.
Lima tahun dulu, Wendy sebenarnya tidak gugur. Chaeyoung dan tabib Jungwoo merahsiakannya atas permintaan adik Chanyeol itu.
Wendy mengalami mual dan sebagainya selepas perang besar itu. Raja Leo dan Permaisuri Luna pada awalnya terkejut. Ajaib sebenarnya kerana kedua bayi dalam kandungan Wendy itu berjaya hidup. Chaeyoung pun menyangkakan yang Wendy akan memarahinya kerana menipu. Namun gadis itu sebaliknya berterima kasih.
Kalau Chaeyoung tak selamatkan dia dari awal dulu, mungkin dia tak akan pernah merasa bahagia sebegini. Nicholas(InJoon) dan Katherine serupa sangat macam ayahanda mereka. Suka menyakat dan manja.
Kini, Wendy dan seluruh keluarganya berpindah ke Appolonia dan hidup disana. Wendy ditabalkan sebagai permaisuri kepada kerajaan Appolonia memandangkan gadis itu satu-satunya pasangan Chanyeol. Bahkan dia memiliki pewaris kepada kerajaan Appolonia.
Permaisuri Park melayan Wendy dengan baik sekali sebagai membalas jasa gadis itu kerana sentiasa menyayangi anaknya. Dia pun sudah membebaskan hamba-hamba yang berada di kandang dan memberi kehidupan yang lebih baik buat mereka.
"Hai permaisuri. Sibuk nampak?" sapa seseorang. Wendy menoleh.
"Jaehyun! Lama tak balik! Chaeyoung mana?" soal gadis itu. Jaehyun tergelak.
"Chaeyoung ada hah tengah bercakap dengan bonda dia. Mana anak saudara aku ni?"
Jaehyun mencari anak-anak Wendy yang sedang bermain dengan Jeneral Jongin, Iskandar dan Yoona. Dia tersenyum memandang mereka.
"Ada tu hah tengah menyakat pakcik diorang," jawab Wendy.
"Dah besar dah diorang. Lama jugak aku dengan Chaeyoung pergi luar negara ya?"
Wendy mengangguk perlahan.
"Kita jalan-jalan kejap jom Wen?" ajak lelaki itu. Wendy mengangguk setuju. Mereka mulai bersiar-siar ditepi istana Appolonia.
"Tak sangka kan? Rupa-rupanya kau masih hidup dan diselamatkan oleh Joshua.." ujar Wendy. Jaehyun mengangguk.
"Yelah. Aku ingatkan aku dah mati masa tu. Mujurlah Genova selamatkan aku yang dah nyawa-nyawa ikan masa tu," jawab Jaehyun.
"Boleh pula diorang sembunyikan kau dekat bawah tanah. Nak mati aku masa nampak kau tiba-tiba muncul masa makan malam tahu tak? Dah lah aku mengandungkan diorang dalam tujuh bulan masa tu. Mahunya keluar awal, naya," cerita Wendy.
Rupa-rupanya, lelaki yang Wendy pernah lihat disebalik semak semasa keluar bersama Chaeyoung dulu adalah Joshua. Dia bukannya meminta pertolongan Wendy, sebaliknya mengatakan bahawa dia akan menolong Wendy. Cuma Wendy tidak sedar dan salah faham akan hal itu sehinggalah Jaehyun muncul.
Joshua sebenarnya memberi petunjuk kepada Wendy supaya mengikutinya namun Wendy pada ketika itu masih blur. Jadi dia terpaksa menggunakan khidmat Seulgi.
Jaehyun pun dah sah menjadi suami Chaeyoung. Mereka kerap mengembara ke seluruh dunia sekarang. Chaeyoung dan Jaehyun dah menjadi makcik dan pakcik yang paling disayangi oleh In Joon dan Katherine kerana sentiasa membawa hadiah kepada mereka.
"Kau macam mana? Penat tak jaga Nick dengan Katy?" soal Jaehyun, prihatin. Wendy tergelak.
"Sakit satu badan aku kena berlari kejar diorang. Nakal macam bapak dia. Kalau aku membebel, lagi diorang bertiga buat adalah," cerita Wendy. Jaehyun tersenyum.
Dia gembira kalau Wendy gembira. Saat itu, mereka mendengar suara Nicholas dan Katy yang menjerit keriangan seperti menyambut seseorang.
"Ayahanda!!" teriak mereka berdua seraya berlari kearah seorang lelaki tinggi yang baru sahaja turun daripada kuda tunggangannya.
Wendy dan Jaehyun sama-sama menoleh kearah sana. Lelaki itu mencangkung untuk menyambut anak-anaknya. Mereka berdua didukung dengan mudah sekali.
"Anak ayahanda main apa tadi? Ada kacau Jeneral Kim ke?" soalnya.
"Mana ada ayahanda. Kami budak baik," jawab Nicholas.
Kedua anak kecil itu tersenyum jahat memandang kearah Jeneral Jongin yang sedang terbaring kelelahan itu.
Wendy menyentuh lengan Jaehyun sekilas untuk memberitahu bahawa dirinya akan meninggalkan lelaki itu sebentar. Jaehyun mengangguk.
Wendy pergi mendekati bapa kepada anak-anaknya itu sambil tersenyum lebar. Lelaki itu menurunkan Nicholas dan Katherine lantas menyapa Wendy.
"Honey.." sapanya lantas mencium Wendy. Wendy memeluk tubuh Chanyeol dengan erat.
"Baru sampai?"
"Erm."
"Bila pergi sana balik?"
"Bulan depan. Tapi kali ni mungkin seminggu je. Mana boleh saya tinggalkan isteri saya lama-lama," ujar Chanyeol. Sudah sebulan agaknya dia pergi ke Olympus, pusat dunia untuk menyelesaikan masalah antara kerajaannya dan beberapa kerajaan lain.
Disebabkan peperangan tempoh hari, dia mengalami banyak kerugian. Banyak kerajaan yang tidak ingin lagi bekerjasama dengannya. Mujurlah Iskandariah, Genova, Bulovia dan beberapa lagi kerajaan masih sudi bersama Appolonia.
Kerana kerajaan Iskandariah dan Genova sudah diiktiraf kembali, pertalian antara Appolonia dan mereka menjadi dua kali ganda lebih kuat dari biasa. Sikit sahaja lagi Appolonia mungkin boleh melintasi Olympus dan memegang kuasa dunia. Itu yang Chanyeol sedang usahakan sekarang.
Dia ingin menghapuskan sistem kanibal yang tidak adil itu demi Wendy.
"Kalau macam tu, makin rindu la saya nanti. Sebulan tu lama," luah Wendy, kelihatan sedih.
"Tapi tak apa. Sepanjang awak ada dekat sini, kami akan cuba hiburkan awak. Jangan stres-stres ya?"
Chanyeol mengangguk.
"Beruntungnya saya ada isteri dan anak-anak yang comel macam ni. Ini yang buat saya tak nak tinggal ni," ujar Chanyeol. Dahi Wendy dicium.
"Ayahanda! Ayahanda! Ada souvenir tak? Injoon nak plane!" pinta anak lelakinya itu.
"Katy nak barbie ayahanda!"
"Ada sayang. Pergi minta dengan Jeneral Choi dekat sana," arah Chanyeol. Nicholas dan Katherine berlari menuju kearah pembantu Chanyeol itu untuk mengambil hadiah mereka.
Wendy tersenyum melihat betapa meriahnya kawasan istana ini sekarang. Sedangkan Chanyeol, matanya tak lekang dari memandang Wendy. Jelas sekali dia merindui gadis itu.
Chanyeol menyentuh bahagian perutnya yang pernah ditusuk oleh Wendy dahulu. Dia teringat pula saat di mana dia terpaksa bertarung untuk hidup.
Chanyeol masih ingat bagaimana Wendy menjerit meminta bantuan, seperti menyesal kerana mengikuti permintaan Chanyeol. Chanyeol dibawa untuk dirawat menggunakan teknologi Genova dan hampir-hampir sahaja mati kerana kehilangan begitu banyak darah.
Wendy sampaikan sanggup memberikan darahnya kepada Chanyeol tetapi ditegah Chaeyoung. Ternyata, Wendy sebenarnya sedang mengandungkan anak mereka. Wendy sempat mengamuk kerana tidak diberitahu sebab kenapa dia tidak dibenarkan menderma darah. Hanya Chanyeol yang sedang nyawa-nyawa ikan sahaja yang tahu pada ketika itu.
Berita paling mengejutkan sekali bagi Chanyeol. Disebabkan itu lah, dia berusaha agar dapat terus hidup bersama Wendy. Tak putus-putus dia meminta agar diberikan peluang kedua untuk menebus kesalahannya.
"Chanyeol.. awak masih ingat lagi ke pasal tu?" soal Wendy, risau. Bahagian luka itu turut sama disentuhnya meski terhalang lapisan baju.
"Tak sesakit dengan apa yang saya dah buat pada awak, honey. That was.. horrible.. inhuman.." ujar Chanyeol.
"Saya tahu waktu itu awak tak mampu kawal diri awak. Saya sentiasa maafkan awak.."
"Tapi bukan mudah untuk awak lupakan."
"Human were imperfect, tuan putera. Atau patut saya panggil raja?"
"My imperfections are a nightmare for you. Hence why, I'll try my best to give a better life for you to atone my past mistakes.."
Wendy mengangguk. Dia mengusap pipi Chanyeol dengan lembut.
"Kita masih setahun jagung masa tu. Anyone who has never made a mistake, will never learn.. Saya tetap cintakan awak sampai sekarang sebab awak sudi untuk berubah. Dan saya akan sentiasa ada di sisi awak untuk membantu. Saya tak akan pergi lagi," luah Wendy.
"Dan saya tak akan lukakan awak lagi. Walaupun parut tu akan kekal selama-lamanya.. I'm truly sorry, honey," ujar Chanyeol.
Dia sentiasa kesal saat melihat parut pada tubuh Wendy yang berbekas dek kerana ulahnya sendiri. Bahkan air mata seluas lautan pun tak mampu untuk menebus semula kesalahannya. Wanita di hadapannya ini terlalu baik.
Chanyeol tidak sanggup lagi kehilangan malaikat seperti Wendy. Dia tahu, tidak akan ada homosapiens lain yang mampu menerima lelaki sepertinya melainkan Wendy. Hanya Wendy yang mampu bertahan dengannya.
"Don't be sorry. This is nothing.." ujar Wendy, cuba memujuk Chanyeol.
Lihat? Betapa baiknya dia sampaikan hal sebegitu pun dia katakan benda kecil. Chanyeol tidak rela lagi menyakiti Wendy. Seharusnya dia sedar dari awal.
"Awak terlalu baik untuk dunia, honey," ujar Chanyeol. Wendy tersenyum.
"Saya tak perlukan dunia kerana ianya tak akan pernah mencukupi. Tapi menjadi milik awak adalah sesuatu yang lebih istimewa. Awak lah dunia saya Raja Alexander Chanyeol Park. Awak raja saya," ujar Wendy pula.
"Dan awak permaisuri saya, Diana Wendy Shon. My love of my life."
Mereka memaut jari masing-masing dan merenung cincin perkahwinan yang tersarung di situ.
"Honey.."
"Ya, tuanku?"
"I love you."
"I love you too, always.."
"So, Nick dengan Katy nak adik tak?"
"Chanyeol!"
"I'm kidding. Or maybe not?"
Wendy mencubit perut Chanyeol dengan kuat sehingga membuat Chanyeol meringis kesakitan. Dia terus memeluk Wendy untuk menghalang wanita itu daripada terus mengganas.
"Tuanku kita dah balik nampaknya. Ada cenderamata?" soal Iskandar yang mendekati mereka dengan bekas kek yang berada diatas kepalanya.
Kedua Wendy dan Chanyeol menahan gelak melihat aising yang memenuhi wajah Putera Kerajaan Iskandariah itu. Ini mesti kena masa tengah mengejar Nicholas dan Katherine.
"Cenderamata? Kau ingat kau anak aku?"
"La. Nak kena jadi anak dulu ke baru dapat hadiah? Permaisuri sudi tak jadikan beta anak angkat? Beta boleh je jadi anak ke-tiga. Boleh bonda, ayahanda?"
"Geli lah! Jangan panggil isteri aku dan aku macam tu!" marah Chanyeol tapi dalam nada bergurau. Iskandar ketawa.
Dia cuba memeluk Chanyeol tetapi dengan pantas Chanyeol menyorok di belakang Wendy.
"Ha kau nak buat apa?! Honey tengok kalau-kalau dia bawa pisau atau pistol dengan dia!" pinta Chanyeol.
"Bukan saya ke patut dilindungi awak?"
"Tapi saya tak berani dengan budak hingusan ni. Kalau dia tiba-tiba panggil tentera ghaib dia macam mana? Mati saya," ujar Chanyeol.
Iskandar dan Wendy merenung satu sama lain kemudian menggeleng kecil.
"Chanyeol.."
"Okey, gurau-gurau. Sini aku peluk."
"Eh! Homo! Shuh-shuh!" Iskandar terus berlari mendapatkan Yoona dan yang lain-lain. Dia pula yang lari daripada Chanyeol.
"Hoi!" marah Chanyeol. Lelaki itu berdecit kuat.
"Ada-ada jelah," ujar Wendy.
"Bonda! Ayahanda! Uncle Jaehyun dengan Auntie Chaeng ada belikan lego! Bonda ayahanda jom main!" teriak Nicholas dan Katherine serentak.
Mereka menarik-narik tangan Wendy dan Chanyeol dengan penuh semangat. Keempat-empat keluarga kecil itu berlari
masuk ke dalam istana dengan pantas.
Seisi istana turut sama bergembira mendengar suara Nicholas, Katherine dan Chanyeol yang bergabung mengenakan Wendy setiap kali permainan dimulai. Istana yang dahulunya suram, berubah ceria setelah hadirnya keluarga kecil itu.
Chanyeol, Wendy, Nicholas dan Katherine hidup dengan aman dan bahagia buat selama-lamanya.
Tidak semua orang beruntung untuk hidup bahagia, tapi semua orang layak untuk diberi peluang kedua. Begitu juga dengan Chanyeol dan Wendy.
TAMAT
kim buat ending baru sebab kesian pulak cerita ni sad ending 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top