Part 9 : The Eden's Garden
"Ini taman apa jeneral?" Soal Wendy sambil menilik taman bunga disekitanya. Ianya dipenuhi dengan bunga-bunga dengan pelbagai warna.
"Garden of Eden."
"Garden of Eden?"
"Paradise. Ianya syurga dunia. Dikatakan seorang lelaki yang jatuh dari syurga telah bertemu dengan jodohnya, Eve. Mereka terpisah selama berbulan-bulan lamanya dan kembali bersatu disini. Kisah ini adalah salah satu cerita hikayat kaum kami. Dan taman ini juga milik putera Chanyeol." Jelas Jongin.
Dikatakan, dikawasan inilah Eden dan Eve bertemu. Sayangnya, mereka meninggal disini kerana terlalu rindukan satu sama lain. They're dying because of love.
Wendy tertawa kecil.
"Kenapa ketawa?"
"Mereka sama macam satu hikayat manusia yang pernah ibu saya cerita. Adam dan Eve. Boleh jeneral cerita tentang diorang? Saya suka cerita dongeng."
Jongin mengangguk.
Eden adalah orang kayangan sementara Eve adalah puteri daripada kaum kanibal. Kaum yang dikenali sebagai kejam. Sementara Eden adalah makhluk yang dianggap suci tatkala itu.
Eden jatuh cinta pada Eve semasa ternampak gadis itu dari langit. Dia lah gadis paling indah yang pernah dilihat Eden. Dan perkara paling tidak disangka adalah, Eve turut sama menyukai.
Keduanya sengsara kerana perbezaan dunia. Mereka tak dapat bersatu kerana tidak mendapat restu.
Akhirnya Eden membuat keputusan turun ke dunia mencari Eve meskipun payah.
Perjalanan cinta mereka menarik. Sewaktu Eden mencari Eve, lelaki itu tak pernah sekali pun berpaling pada yang lain. Bahkan dia tak pernah berhenti dari mencari petunjuk walau dihalang dunia atas. Manakala Eve, setiap hari berdoa agar dipertemukan dengan Eden.
Hari demi hari, mereka jatuh sakit. Eden tak dapat bertahan lama didunia manusia disebabkan keturunannya. Orang kayangan tidak boleh hidup didunia manusia. Mereka tak sesuai tinggal disana. Eve pula sakit menahan rindu.
"Chanyeol percaya dia pun akan berjumpa Eve-nya disini." Sambung Jongin.
Wendy mengangguk perlahan. Dia dan Chanyeol pun sama seperti Eden dan Eve. Mereka berbeza. Sangat berbeza. Tapi mungkin dalam situasi yang lebih kejam. Sekurang-kurangnya, Eve tak pernah bunuh orang walaupun berasal dari keturunan pembunuh. Sementara Chanyeol—
"Done with your history class?"
Suara Chanyeol menerpa dicuping telinga Wendy. Suara yang seksi dan garau. Jongin menoleh dan menunduk hormat.
"Putera Chanyeol. Putera Baekhyun."
Wendy turut sama menoleh. Dia melihat ada seorang lagi lelaki disebelah Chanyeol yang sedang melambai ceria kearahnya. Wendy tersenyum kecil. Sementara Chanyeol cemberut kerana melihat cara Wendy merenung Baekhyun.
"Maaf putera. Patik cuma cerita apa yang geisha Wendy ingin tahu sahaja." Jelasnya. Chanyeol mengangguk perlahan.
"Kenalkan. Ini Putera Baekhyun dari--"
"Bulovia! Annyeong?!"
Baekhyun memotong percakapan Chanyeol dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Wendy terhinjut kerana terkejut. Dia menerima jabat tangan Baekhyun tapi segera dileraikan oleh
Chanyeol. Baekhyun memberi jelingan tajam kepada Chanyeol.
"Wah. Patutlah Chanyeol suka awak. Awak memang cantik, Cik Geisha." Puji Baekhyun.
"Tak adalah.." Wendy menunduk malu.
"Ehem.." Chanyeol berdehem.
Baekhyun tak mempedulikannya. Dia masih merenung Wendy.
"Sungguh berbangga beta dapat bertemu gadis secantik ini di Appolonia. Benarkan beta mencium tanganmu, wahai, geisha?"
Baekhyun menghulurkan tangannya dan sedikit menunduk. Dia menunggu Wendy untuk menyambut tangannya lagi. Saat itu, Chanyeol bertindak menarik pinggang Wendy kearahnya.
"Enough introducing each other. Dismiss now."
"Aku baru jumpa tak sampai seminit kau dah nak bawa lari." Baekhyun merungut. Dia mencebik.
"Kau kata nak tengok je kan? Dah tengok kan? Sekian, terima kasih."
Chanyeol terus membawa Wendy masuk semula ke dalam istana.
Baekhyun mengeluh berat. Dia bercekak pinggang memandang Chanyeol. Dasar lelaki keparat cemburu buta.
"Geisha Wendy dah buat dia jadi lain." Ujar Jongin sambil menggeleng kecil. Baekhyun bersetuju dengannya. Dia macam tak percaya lagi dengan apa yang berlaku.
"Tapi kan, kenapa beta pun tak nampak dia macam makanan? Kau tahu kita sentiasa lapar bila nampak manusia kan? Tapi Wendy tidak. She seems likes one of us."
Jongin diam sahaja sementara Baekhyun bertindak seolah-olah seorang detektif. Dia berdecit perlahan.
"Apa nama penuh dia eh?" soal Baekhyun.
"Diana Wendy Son." Jawab Jongin.
"Diana Wendy Son? Hmm.. Jarang orang biasa ada tiga nama.. Kenapa nama dia macam familiar eh?"
Diana Wendy Son. Nama itu terngiang-ngiang dikepala Baekhyun.
"Nama tu terkenal didunia manusia, putera."
"Erm. Tapi—"
"Patik pergi dulu putera."
Jongin menunduk dan segera pergi.
...
Tubuh Wendy kaku saat ditarik Chanyeol ke dalam istana. Dia nampaknya masih tak selesa dengan Chanyeol.
"Jongin cakap apa pada kau?" Tanya Chanyeol, masih dingin.
Wendy mencuri pandang wajah Chanyeol secara senyap. Saat matanya bertembung dengan mata Chanyeol, dia kembali menunduk.
"Dia.. tak cakap banyak pun. Cuma cerita pasal Eden dan Eve." Jelas Wendy. Chanyeol diam seketika.
"Eden dengan Eve tu, betul wujud ke?" Soal Wendy.
"Tak tahu."
"Tapi jeneral kata cerita tu cerita kegemaran awak?"
Chanyeol ketawa sinis.
"Kalau wujud pun, apa kaitan dengan aku? Bukannya diorang yang jaga makan pakai aku."
Wendy menunduk. Rasa menyesal pula berbicara dengan Chanyeol.
"Maaf. Saya cuma tertarik je nak tahu."
"Kau baca sendiri nanti. Aku bukan kamus bergerak kau." Ujar lelaki itu dingin. Dia membawa Wendy masuk ke bilik gadis itu.
"Aku nak minta maaf sebab pukul kau haritu." Ujar Chanyeol, lagi. Dia tak memandang Wendy tapi sebaliknya sibuk mencari sesuatu didalam laci meja. Wendy diam.
"Aku minta sangat jangan naikkan darah aku, Wendy. Apa yang kau rasa tu sikit je. Kau tak nak aku buat lebih-lebih Wendy. Lebih sakit dari neraka."
Wendy terkedu. Chanyeol berjalan menuju kearahnya sekarang.
Wendy berundur ke belakang.
"Sapu ubat ni pada luka supaya cepat sembuh. Simpan elok-elok. Aku takut kalau aku tercederakan kau lagi."
Wendy gugup. Ubat salap itu diambil.
Chanyeol benar. Wendy kena beradab dengannya kalau tak mahu mati. Gadis itu perlu bersabar.
Dia bukan orang yang boleh dibawa main dengan mudah.
...
"Wendy!! Jaehyun!! Jangan main lama-lama sangat belakang rumah!" Jeritan omma memenuhi isi hutan.
Wendy dan Jaehyun berlari bersama-sama kearah ibu mereka. Mereka menerpa kearahnya dengan teruja.
Omma mencangkung dan memegang pipi kedua-dua anaknya.
"Kamu berdua ni jangan nakal-nakal sangat tau? Dekat luar ni bahaya." Nasihatnya.
"Nae, omma!" Jawab mereka serentak.
Wanita berusia 30-an tersenyum manis.
"Jaehyun bila dah besar, lindungi adik kamu ni ya? Wendy pun, jaga abang kamu elok-elok. Walaupun kamu berdua bukan adik-beradik sebenar, tapi sayangilah satu sama lain ya?"
"Nae, omma!"
Serentak itu, dunia berubah. Omma ditarik masuk ke dalam pusaran hitam begitu juga Jaehyun. Wendy yang tadinya berusia 10 tahun berubah menjadi gadis remaja. Dia nampak saat dirinya diheret oleh pengawal ke tempat pemerdangan manusia bersama Jaehyun. Omma menangis.
Mereka merampasnya dari omma.
"Omma!!"
Wendy terjaga dari tidurnya. Badannya berpeluh. Nafasnya tak teratur. Dia meraup wajahnya, kasar. Dia teringat akan Jaehyun dan ibunya lagi..
Apalah nasib mereka diluar sana? Dia disini seronok tidur diatas katil empuk sementara Jaehyun diatas lantai keras dan kotor. Omma pula pasti bersendirian tanpa peneman.
"Mimpi ngeri?" Soal Chanyeol dari dalam kegelapan.
Matanya bersinar saat terkena cahaya bulan. Wendy merenungnya. Dia sedikit terperanjat sebenarnya.
Chanyeol muncul macam hantu. Dia macam musuh dalam selimut. Menunggu saat yang tepat untuk menyerang. Dan apa dia buat dalam gelap? Tak takut ke?
Haha. Kegelapan yang takut dengan Chanyeol sebenarnya.
"Iya.." Jawab Wendy, perlahan.
Chanyeol naik keatas katil dan duduk disebelah Wendy.
"Wanna hug?" Tawar Chanyeol. Wendy tak menjawab tapi pastinya Chanyeol tak peduli akan hal itu.
Dia menarik Wendy masuk ke dalam dakapannya. Rambut gadis itu dibelai.
"Tidurlah.. Jangan hiraukan mimpi tu.." Pujuk Chanyeol. Wendy merehatkan kepalanya pada dada bidang Chanyeol.
Perlahan-lahan, tangannya merangkul pinggang Chanyeol.
Dia benci bila Chanyeol buat dia tak dapat membencinya. Kenapa Chanyeol bertindak lembut dan memahami sebegini?
Haruman Jo Malone menusuk hidung Wendy. Chanyeol wangi. Bau seperti lelaki idamannya yang tak pernah dia bayangkan. Tubuh Chanyeol hangat. Membuatkan dia selesa dan ingin rapat dengannya.
Badannya ditepuk perlahan oleh Chanyeol. Lelaki itu bersenandung perlahan.
Tak sedar, Chanyeol membaringkan tubuhnya diatas katil. Dia menarik selimut agar menutupi badan Wendy.
Lengannya digunakan sebagai bantal buat kepala Wendy.
"Just sleep, honey. Have a sweetdream.."
And let me be your only nightmare.
Chanyeol akan cuba untuk tidak berkasar. Dia akan mengubah permainannya sekarang.
Let's play, sayang.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top