Part 31 : Escaped

"Jongin! Chaeyoung!" Panggil lelaki itu.

"Sini sini!" Arah mereka berdua.

Mereka berempat terus berlari masuk ke dalam hutan selepas memastikan laluan bersih. Chaeyoung dan Jongin lah yang sebenarnya menjadi tali barut selama ini.

Mereka yang selama ini membantu Wendy dalam diam. Jongin merupakan anak kepada Jeneral Kim yang menyerahkan Wendy kepada Nanny Mary. Sepatutnya dia membunuh Wendy dahulu seperti yang diarahkan Raja Park, namun Jeneral Kim mengkhianatinya.

Chaeyoung pula dia tak pernah suka dengan kehidupannya di Appolonia. Dari kecil dia ditindas kerana lahir sebagai seorang perempuan. Dia memang dilayan sebagai seorang puteri tapi layanan lebih mewah diberikan kepada Junmyeon dan Chanyeol.

Itu Chaeyoung tak peduli. Tapi kasih sayang antara dia dan abang-abangnya sentiasa dibahagi dengan begitu besar jaraknya. Kadang dia dilayan macam anak tiri.

Bila Chaeyoung tahu Wendy diambil oleh Chanyeol, dia rasa itu masa yang sesuai untuk dia membalas dendam. Tak sangka, Jeneral Jongin juga selama ini dalam diam-diam menyelinap ke Genova sepertinya juga. Mereka berjumpa dalam makan malam yang diadakan oleh Raja Leo. Mereka mulai bekerjasama setelah itu.

"Sini!" Arah Jeneral Jongin setelah tiba dihadapan sebuah pokok besar.

Chaeyoung merenung jaring besar yang terisi dengan daun-daun diatasnya itu. Jeneral Jongin membuka satu pintu dibawah pokok tersebut. Ada laluan rahsia dibawahnya.

Dia membantu lelaki yang membawa Wendy untuk turun terlebih dahulu. Setelah itu, Jongin memotong tali yang mengikat jaring dan terjun ke dalam lubang. Pintu tertutup serentak dengan jaring yang dijatuhkan keatasnya.

"Argh!" Jongin menjerit kesakitan saat terhentak tangannya pada lantai.

"Jeneral okey?" soal Chaeyoung. Jongin mengangguk kecil.

"Sehun. Kau okey?" Soal Chaeyoung pula.

Dia memandang Wendy yang berada diatas dukungan lelaki dihadapannya. Wendy dah pengsan nampaknya. Tubuh gadis itu lemah sepenuhnya.

Sehun mengangguk.

Dia juga adalah salah satu penentang Chanyeol dan Appolonia. Kedatangan Sehun ke Appolonia selama ini cumalah menjadi pemerhati sahaja. Dia pun berpihak pada orang Genova.

Permusuhannya dengan Chaeyoung pun dirancang sahaja. Mereka membuat satu drama agar kedua kerajaan itu menganggap yang mereka tak akur antara satu sama lain supaya tak ada yang curiga.

Chaeyoung, Jongin dan Sehun berlari melalui laluan bawah tanah itu sebelum askar Appolonia menjejak mereka.

Saat itu, baju Chaeyoung tersangkut pada ranting tajam. Gadis itu menarik bajunya dengan kasar sehingga ianya terkoyak. Tanpa berlengah, dia meneruskan perjalanan.

Sampai dihujung jalan, Chaeyoung mendaki tangga dan membuka laluan sementara Jongin berjaga dibelakang Sehun.

Mereka naik dan terus menutup pintu dengan batu besar. Sebaik sahaja keluar, mereka nampak askar Genova sedang menunggu bersama sampan.

Sehun naik keatas sampan dan mengalihkan Wendy ke depan. Diikuti oleh Chaeyoung dan Jongin. Askar Genova mencurah air keatas tanah supaya tapak kaki Chaeyoung, Jongin dan Sehun hilang.

Mereka mulai mendayung pergi dengan pantas.

Sampai dihujung anak sungai, mereka bertemu dengan pasukan tentera laut Genova. Mereka membawa bot masing-masing, bersedia menyambut Wendy.

Sehun naik ke salah satu bot sambil membawa Wendy sementara Chaeyoung dan Jongin naik ke bot berasingan. Sampan tersebut diikat dibelakang bot dan mereka terus melarikan diri melalui laluan air.

...

Sebelumnya.

Istana Appolonia digemparkan dengan kehilangan Wendy. Pengawal yang menjaga Wendy dipukul oleh Chanyeol dengan geram.

Chaeyoung yang berada disebelah menggenggam bajunya. Dia yang memberitahu Chanyeol tentang kehilangan Wendy sebentar tadi.

"Kau buat kerja atau apa sampai dia hilang?!" Marah Chanyeol.

Chanyeol memijak-mijak tubuh pengawal itu dengan geram. Saat itu, Permaisuri Park masuk ke dalam ruangan. Dia terkejut saat melihat Chanyeol yang sedang membelasah pengawal seperti sudah hilang akal.

Tubuh anaknya ditarik agar berhenti memukul.

"Ada apa ni, Chanyeol?!" Soal bonda.

"Wendy dah hilang." Jelas Chanyeol.

"Apa?! Hilang ke mana?!"

"Yeol tak tahu.."

Chanyeol menggerutu. Rambutnya ditarik kasar.

"Bawa bertenang dulu, Chanyeol."

"Bonda! Macam mana nak bertenang kalau Chaeyoung bagitahu yang Wendy tengah mengandungkan anak Yeol sekarang ni!" Bentak Chanyeol.

"Oppa kurung dan pukul unnie dalam penjara bonda. Sebab itulah kot dia lari." Celah Chaeyoung.

Chanyeol menghempas baju besi ke lantai dengan geram. Permaisuri terkedu. Bakal menantunya dipukul oleh Chanyeol dan dia sedang hamil?

"Kamu.. Kamu kurung menantu bonda dan seksa dia sedangkan dia tengah mengandung? Kamu pukul dia sedangkan dia mengandung?!" Permaisuri geram.

"Yeol baru tahu je, bonda."

"Macam mana kamu boleh baru tahu?! Dia kekasih kamu! Bakal isteri kamu!"

"Dia kan pentingkan diri je bonda. Dia kan yang lagi faham cinta. Sebab itu dia tak pernah tahu pun yang Wendy unnie dah mengandungkan anak dia lebih lima minggu dah." Chaeyoung membalas sinis.

"Li-lima minggu?! Park Chanyeol kamu gila ke?!"

Tubuh Chanyeol dipukul kuat oleh permaisuri. Permaisuri pula yang hilang imbangan.

"CARI WENDY SEKARANG! KALAU BERLAKU APA-APA PADA KANDUNGAN DIA, AKU TAKKAN MENGAKU KAU SEBAGAI ANAK AKU PARK CHANYEOL!"

Permaisuri memberi amaran. Dengan perasaan amarah, dia terus keluar dari sana.

Chaeyoung pula mengundur perlahan-lahan supaya pergerakannya tidak diperhatikan oleh pengawal-pengawal. Sudah tiba masanya untuk dia pergi. Dengan pantas dia berlari keluar dari istana setelah pasti yang dirinya tidak diekori.

Chanyeol turun ke penjara bawah tanah memeriksa tempat kejadian. Salah satu pengawal menunjukkan satu ruangan yang digunakan oleh Wendy untuk lari.

Mereka membawa anjing-anjing polis dan mulai menjejaknya.

Sampai dihadapan sebuah pokok besar, Chanyeol membuka pintu yang membawa ke laluan bawah tanah itu. Api obor diberikan kepadanya.

Mereka berjalan melalui laluan asing itu. Chanyeol terpandang kain yang terletak pada ranting kayu dihujung jalan.

"Ini.. baju Puteri Chaeyoung bukan, tuanku?" Sahut seorang pengawal.

Kain berwarna merah velvet itu digenggam. Kain mahal. Jelas sekali ianya milik Chaeyoung.

"Puteri Chaeyoung pun dah menghilang dari istana, tuanku." ujar pengawal yang lain.

Chanyeol mendengus kasar. Jadi Chaeyoung sengaja mengalih perhatiannya tadi. Tak guna punya adik.

Mereka sampai di sungai yang dilalui oleh Wendy itu. Ada sedikit kesan tapak kaki disana.

"Tak guna.. Dia sengaja lari guna jalan air!"

Marah Chanyeol.

Mereka tahu yang dia dan Baekhyun bergaduh. Chanyeol tak dapat melalui jalan air buat sementara kerana Putera Baekhyun masih terasa dengannya.

"Jongin!!" Jerit Chanyeol. Tak ada sahutan.

"Kim Jongin! Aku panggil kau ni!"

"Tuanku. Jeneral Jongin pun tak ada sejak petang tadi tuanku."

Chanyeol mengepal penumbuk. Tak guna.

Jadi Jongin ke selama ini yang mengkhianatinya?

"Shit! Cari Son Wendy, Park Chaeyoung dan Kim Jongin sekarang!!!"

to be continued

kim nak publish ff SEHUN X MIYOUNG lagi nanti tapi tak tau bila. Korang nak bila agak2 tu?

lepas ff Surene habis ke?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top