Part 27 : Trouble
Wendy merenung ubat yang diberikan oleh Seulgi itu. Kata Seulgi, hari ini adalah hari yang sesuai untuk mereka melaksanakan rancangan itu. Wendy cuma perlu menidurkan Chanyeol dan mereka boleh menyeludup keluar dari istana dengan selamat.
Wendy menolak ubat tersebut menjauhinya. Dia menggeleng laju, ketakutan.
"Kita batalkan lah. Saya tak nak buat dia macam ni." Rayu Wendy.
Seulgi yang sedang mengemas baju Wendy berhenti. Puterinya itu dipandang.
"Puteri sanggup ke hidup dengan mereka? Puteri tak nak jumpa ibu dan ayah puteri? Puteri boleh dapatkan lebih dari apa yang Appolonia bagi." Pujuk Seulgi.
Wendy mengurut dahinya. Dia pening. Samaada ingin kekal bersama Chanyeol atau pergi kepada keluarga yang dia tak pernah kenal.
"Saya taknak kecewakan dia."
"Dia dah banyak kali kecewakan puteri. Puteri masih fikirkan pasal dia?"
Wendy terdiam. Chanyeol dah banyak kali kecewakan dia tapi dia masih bersimpati dengan lelaki itu. Samaada Wendy baik hati atau dah dibutakan dengan cinta.
"Puteri cuma goda dia je. Ini demi kebaikan beribu umat manusia yang lain, puteri."
Demi orang lain, yang dia tak kenali.
...
Wendy masuk ke bilik Chanyeol setelah lama berperang dengan Seulgi diluar sana. Dia dan Seulgi saling menolak satu sama lain untuk masuk. Nasib baik pengawal tak ada.
Masuk sahaja ke dalam, Chanyeol nampaknya tak ada di mejanya. Wendy masuk ke biliknya dibelakang pejabat itu. Bunyi pancuran air kedengaran. Chanyeol tengah mandi mungkin.
Wendy cuba bertenang. Dia duduk diatas kerusi sementara menunggu Chanyeol. Ubat tidur didalam poketnya disimpan rapi supaya tak terjatuh.
Tak lama kemudian Chanyeol keluar dengan hanya memakai bathrobe. Lelaki itu nampak terkejut dengan kehadiran Wendy.
"Hai?" Sapa Wendy.
Chanyeol tak mempedulikannya. Dia pergi mengambil tuala untuk mengeringkan rambutnya. Wendy bangun dan mengekorinya. Chanyeol keluar dari bilik wardrobe dan pergi ke depan cermin.
Lelaki itu merenung dirinya didalam cermin sambil mengeringkan rambutnya. Wendy berdiri sebelahnya dan turut sama memandang Chanyeol didalam pantulan cermin.
"Chanyeol." Panggil Wendy lagi dengan suara meleret manja.
Chanyeol kekal dengan wajah dinginnya.
"Awak tahu tak, tak elok kita bergaduh lama-lama macam ni?" ujar gadis itu. Dia mencebik comel demi mendapatkan perhatian Chanyeol.
Dari kedudukannya, dia dapat mencium bau wangi Chanyeol. Ahh. Tenang. Wajah Chanyeol dipandang.
Comel. Nampak macam bakal ayah kepada anak-anaknya. Eh?
"Awak tahu tak, ada pepatah baru yang saya baca sebelum ni. Ianya berbunyi macam ni. Distance doesn't separate people, silence does." Sambung Wendy lagi.
"Apa pendapat awak?" soal gadis itu.
"It's hard to be in control of all this jealousy, honey." Jawab Chanyeol, yang nampaknya sedang menyanyikan bait-bait lirik dari sebuah lagu terkenal.
"I know. Me too. You're supposed to be my baby." balas Wendy pula tapi gadis itu bukanlah menyanyi.
"And you're supposed to be my lady. Not him." sambung Chanyeol, masih dalam mood nyanyiannya.
Wendy tahu siapa yang Chanyeol maksudkan. Tidak lain tidak bukan, Jung Jaehyun.
"First of all, awak tak minta maaf pasal kejadian dalam dewan. Second, awak cemburu pasal Jaehyun yang mana jelas dia cuma keluarga bagi saya. Third, awak cederakan Yoona, keluarga saya lagi. Macam mana saya tak marah?"
"First of all Miss Wendy, I did defend you but you're not there. Second, I don't want to be compare to that brat. Third, aku tak bermaksud pun yang tu. Mana aku tahu Yoona adik ke mak kau ke," balas Chanyeol.
"Awak defend saya? Tak ada bukti, tak percaya."
"I kissed you. I hugged you. I leaved a mark on you. I did it infront of them to showed that you're mine. Silent doesn't mean we're a coward, Wendy. Sometimes, silent is a better action than a big talk."
"You still not going to say sorry to me? At least?"
"I wanna say I do, but I won't." sindir Chanyeol.
Wendy berdecit.
"Tsk. So Park Chanyeol." Ujarnya.
Chanyeol tersenyum. Dia menoleh dan merenung Wendy. Baru hari ini dia dapat tersenyum setelah sekian lamanya. Wendy juga begitu.
"I will never said sorry to anyone including you. Erm. Nope. Never." kata Chanyeol dengan senyuman nakal.
"Tak jadilah nak pujuk–"
"Honey.."
Chanyeol memegang pergelangan tangan Wendy dan memeluk gadis itu. Tubuh Wendy ditarik ke dalam pelukannya. Wendy terhantuk pada dada Chanyeol.
"Thank you. Pujuklah lagi." Pinta Chanyeol.
Wendy membalas pelukan Chanyeol dan membenamkan wajahnya ke dada lelaki itu. Menghirup bauan wangi Chanyeol.
"Tak nak. Dah habis masa." Balasnya.
"Nak kena masukkan coin dekat mana-mana ke untuk tambah masa?"
Wendy memukul lengan Chanyeol. Nak bergurau pula lelaki ini. Chanyeol mencium bibir Wendy dan menekannya lama.
"I miss this touch.." Ujar Chanyeol.
"I don't."
Chanyeol menggeselkan hidungnya pada hidung Wendy. Dia meragut bibir Wendy perlahan-lahan. Membiarkan gadis itu terbuai dengannya.
Tangan Wendy mulai naik merangkul leher Chanyeol. Mereka memejamkan mata dan berbalas ciuman sehingga menghidupkan suasana erotis. Bunyi decapan merdu kedengaran. Keduanya tertawa saat kelelahan. Chanyeol merenung ke dalam mata Wendy dengan pandangan lembut.
"Dear honey, how I wish I could taste every part of your body, like a normal person." Ujar Chanyeol.
"Then be one."
Chanyeol menyatukan dahinya dengan dahi Wendy. Dia menggerakkan pinggul mereka seperti sedang menari.
"Tak boleh." Jawabnya.
"Kenapa?"
"Bila kau obses dengan sesuatu, sukar untuk meninggalkannya."
"Saya tolong?"
"Mungkin makan masa lama, sayang. Bertahun-tahun?"
Bukan senang untuk seorang Chanyeol berhenti daripada menjadi kanibal. Apatah lagi dia berasal dari keturunan asli, bukan mereka yang convert.
"Saya akan ada dengan awak untuk tolong. Saya tak akan tinggalkan awak." Ujar Wendy lagi. Chanyeol tersenyum pendek dan mencium bibir Wendy sekilas.
"How kind you are, my princess my hunny bunny cutie pie,"
Wendy mengeratkan pelukan. Dia terpandang water dispenser yang berada diatas meja dibelakang Chanyeol.
"Awak nak minum? Saya buatkan." Tawar Wendy.
"Nak buatkan untuk aku?"
Wendy mengangguk.
"Bila lagi boleh rasa air tangan saya kan?" Pancing gadis itu. Chanyeol terus melepaskan pelukan Wendy.
"Coffee please, sayang."
"Baik, tuanku."
Wendy menolak Chanyeol supaya duduk diatas kerusi. Chanyeol ketawa. Dia terus pergi ke hujung bilik untuk membuat air. Disitulah bahan untuk minuman diletakkan. Cuma ada kopi dan teh sahaja.
Wendy memasukkan ubat tidur dengan berhati-hati agar Chanyeol tak melihat. Dia mengacau air kopi tersebut dengan berdebar-debar. Tak lama kemudian, dia kembali kepada Chanyeol sambil membawa secawan kopi untuk lelaki itu.
"Nah." Hulurnya.
Chanyeol mengambilnya dan menghirup aromanya terlebih dahulu.
"Smells good." Pujinya. Padahal kopi 3 in 1 je pun. Wendy tersenyum kecil. Baru sahaja bibir Chanyeol menyentuh hujung cawan, dia kembali meletakkannya keatas meja. Dia menggigil.
"Sayang tolong ambilkan baju dalam almari boleh tak? Aku sejuk."
"Minumlah dulu. Nanti saya ambil."
Chanyeol menayangkan wajah kesian membuatkan Wendy tak dapat menolak. Dia terus pergi mengambil baju dengan pantas.
Sebaik sahaja siap memilih, dia melihat Chanyeol yang sedang menghirup air kopi tersebut. Separuh kopi telah diminumnya. Wendy tersenyum dalam diam.
"Ini bajunya."
"Gomawo sayang."
Wendy mengalihkan pandangn sementara Chanyeol memakai baju. Selepas itu, dia kembali duduk. Wendy ditarik duduk diatas ribanya.
"Huahh.. Tak rasa penat ke?" Soal Chanyeol sambil menguap. Wendy menggeleng perlahan.
Dalam hati dia dah pun takut. Tapi nampaknya ubat itu menjadi. Chanyeol menggosok matanya beberapa kali.
"Awak mengantuk ni. Tidurlah dulu." Arah Wendy.
"You're here, Wendy. Takkan aku nak tidur?"
"Saya temankan awak. Tak lari mana-mana." Pujuk Wendy. Chanyeol mengangguk bersetuju.
Dia kembali ke katil diikuti Wendy. Lelaki itu mula berbaring bersama Wendy. Tak lama kemudian, Chanyeol tertidur. Wendy mendongak dan memeriksa sekiranya Chanyeol dah betul-betul tumbang.
"Mian."
Dia turun dari katil dengan pantas dan melarikan diri. Sampai diluar, dia bertembung dengan Seulgi. Gadis itu dah siap rupanya.
"Dah?"
"Dah!"
"Okey. Kita pergi ambil kuda."
"Ambil kuda?"
"Kita kena naik kuda dari sini sampai dekat jambatan. Barulah ada orang Genova datang."
Seulgi menarik tangan Wendy berlari ke kandang kuda. Mereka mengambil dua ekor kuda Appolonia dan dibawa keluar. Seulgi meletakkan tempat duduk diatas kuda-kuda itu dan membantu Wendy naik. Mereka berpura-pura seperti ingin pergi bersiar-siar saat dipandang pengawal.
Keduanya mulai melangkah keluar dari kandang kuda. Mereka menuju ke pintu masuk. Saat itu, langkah kuda-kuda itu terhenti saat melihat para pengawal yang sedang berkawal dihadapan pintu sambil memegang senjata.
Wendy dan Seulgi tertangkap.
Chanyeol keluar disebalik para pengawal itu dengan senyuman sinis diwajahnya. Wendy terkejut. Pegangannya pada tali kuda menjadi kuat.
"Jadi kau ingat kau berjaya tipu aku?" Soal Chanyeol. Anak mata Wendy bergetar.
"I trust you, Wendy." Sambung Chanyeol.
Dua orang pengawal datang menurunkan Wendy dan Seulgi. Kuda-kuda itu dipulangkan ke kandang semula. Seulgi ditolak agar melutut.
Chanyeol menuju kearah Seulgi yang sedang berlutut secara paksa. Pipi gadis itu dicengkam.
"Chanyeol saya boleh jelaskan! Jangan apa-apakan Seulgi!"
"Berani kau selinap masuk istana aku! Dua kali!" Marah Chanyeol. Dia tidak menghiraukan jeritan Wendy.
Seulgi menahan kesakitan.
"Aku datang untuk ambil hak kami!" Jelasnya.
"She's mine!" Bentak Chanyeol.
Dari awal, Chanyeol dah rasa ada benda pelik yang berlaku. Bermula dari Hara sehinggalah Seulgi. Dia mengarahkan salah seorang dayang untuk menyiasat tentang Seulgi dan mendapat tahu tentang rancangan Seulgi untuk membawa Wendy pergi.
Sebab itu, dia berpura-pura meminum kopi yang dibuat oleh Wendy.
Tapi dia tak sangka yang Wendy akan berpaling tadah sebegini.
"Dia tak pernah jadi milik kau! Dia milik Kerajaan Genova!"
Pipi Seulgi ditampar. Wendy menjerit kerana tergamam.
"Shut up, Wendy! Apa tadi kau cakap? Tak akan lari? Kau bermadah dengan indah tadi tapi kau pergi jugak. Ini balasan kau, Wendy?" Soal Chanyeol, sinis.
"Aku selamatkan kau dari kandang tapi ini kau balas aku?!"
"I was never happy to be treated like this!" Balas Wendy.
"HAPPY?! KAU NAK HAPPY SANGAT?! KAU HAPPY KALAU AKU BUNUH PEREMPUAN NI DEPAN MATA KAU SEKARANG?!"
Wendy membuntangkan matanya. Dia meronta untuk mendapatkan Chanyeol tapi ditahan oleh pengawal.
"Let us go.." Rayu Wendy.
"Kau khianati aku dan lebih memilih kaum manusia tu. Kau masih sayangkan Jaehyun daripada aku." Ujar Chanyeol, kecewa.
"Aku boleh terima kalau kau terpedaya dengan perempuan ni. Tapi bila aku tengok kau tak menidakkan pun apa yang aku cakap–"
"Saya sayangkan Jaehyun macam keluarga Chanyeol! Kenapa libatkan dia sekarang ni?! Blame me! Saya yang salah sekarang ni!"
Chanyeol kembali menoleh pada Seulgi.
"Kurung perempuan ni dalam penjara. Maklumkan pada penjaga yang bawa dia, yang dia akan ditahan sampailah mereka angkat bendera putih. Jangan lupa, seksaan dunia." Arah Chanyeol sambil tersenyum sinis.
Seulgi diheret pergi dengan kasar. Wendy cuba berlari mendapatkan Seulgi. Gadis itu akan diseksa sepanjang berada didalam penjara. Wendy tak boleh biarkan hal ini terjadi.
"Park Chanyeol! Sanggup awak! Lepaskan dia! Ambil saya!" Marah Wendy.
"Bawa dia masuk bilik." Arah Chanyeol lagi.
Nafas Wendy sudah tidak teratur sekarang. Bibirnya digigit. Angin kemarahannya membuak-buak sudah.
"Memang patut awak cemburu dengan Jaehyun! He's way better than you!"
Tubuh Chanyeol kaku. Matanya tajam merenung Wendy.
"Aku cakap jangan bandingkan aku dengan jantan tu!"
"Kenapa?! Insecure?! Memang patut pun! Jaehyun lagi baik dari awak! Kalau Jaehyun ada, dia akan lindungi saya dan bukannya sakitkan saya! Jaehyun tak akan–"
"Diam!!" Jerit Chanyeol.
Pengawal melepaskan pegangan pada Wendy saat Chanyeol menuju kearah gadis itu. Leher gadis itu dicekik.
"Ini je kan.. yang.. awak.. tahu.. buat.." Ujar Wendy, tersekat-sekat. Tangannya cuba mengalihkan tangan Chanyeol daripada mencekiknya.
"Awak..cuma..tahu..seksa..saya..macam..binatang.."
Chanyeol melepaskan Wendy lantas menolak gadis itu sehingga terjatuh ke tanah.
"Baik. Itu yang kau nakkan? Kau berambus dari istana ni sekarang!!" Marah Wendy. Rambut Wendy dicengkam kuat sehingga menimbulkan kekecohan. Para pengawal terkedu.
Chanyeol memukul Wendy dihadapan mereka sekarang.
"Saakitt!!"
"Kau pergi mati dalam tangan kanibal lain! Kau pergi mati macam yang kau minta! Kau tak sayang aku! Kau benci aku! Kau pergilah raih kasih sayang lelaki yang belum tentu hidup lagi tu!" Bentak Chanyeol, gila.
Jeneral Jongin terus menarik Chanyeol menjauhi Wendy. Rambut gadis itu kusut dan wajahnya sembap kerana menangis.
"Awak jahat!"
"Memang aku jahat! Aku syaitan dalam istana ni! Kau baru tahu ke?!" Balas Chanyeol. Wendy menangis teresak-esak. Kepalanya sakit lagi. Jelas kelihatan dimata Chanyeol, betapa kecewanya dia.
"KAU BERAMBUS DARI SINI! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI! BERAMBUS!!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top