Part 24 : Dayang Misteri

Wendy terjaga saat terasa ada sentuhan sejuk pada dahinya. Saat itu, matanya tertancap pada gadis bermata sepet dihadapannya. Dia tak pernah lagi nampak dayang yang satu ini sebelumnya.

"Geisha dah bangun? Baguslah." Ujarnya, lembut.

Dia membantu Wendy bangun dan bersandar pada katil.

"Siapa?"

"Ouh. Maafkan saya. Saya Kang Seulgi. Dayang peribadi geisha mulai sekarang." Seulgi memperkenalkan dirinya. Wendy mengerutkan dahi.

"Dayang peribadi?"

"Madam Susan arahkan saya untuk menjadi pembantu geisha mulai sekarang untuk memudahkan geisha. Jangan risau. Saya banyak pengalaman." Jelas Seulgi.

Dia mengambil ubat dan menghulurkannya kepada Wendy. Gadis itu nampaknya masih teragak-agak. Dia teringat kejadian dengan Hara tempoh hari. Seulgi tersenyum seperti faham dengan raut wajah Wendy

"Saya ada dengar pasal kejadian haritu. Jangan risau, ubat ni panadol je. Geisha kena migrain tadi." Ujarnya.

Wendy menghela nafasnya perlahan. Dia mengambil juga ubat ditangan Seulgi dan menelannya. Air kosong disuakan kepadanya. Wendy menahan perit kepahitan ubat tersebut. Selalunya dia okey sahaja bila makan ubat. Tapi kali ni, dia rasa mual pula.

"Awak betul ni ubat panadol? Tak tipu kan?" Tanya Wendy, gusar. Seulgi mengangguk.

Tiba-tiba, gadis itu turut sama menelannya dan meminum air dari gelas Wendy.

"See? Ini bukan racun."

Barulah Wendy boleh menarik nafas lega. Dia takut kalau ada apa-apa berlaku pada dirinya. Tiba-tiba sahaja ada yang ingin membunuhnya. Sudahlah sebelum ini, dia berjumpa dengan lelaki aneh. Siapa mereka?

Mereka kah orang-orang yang akan menyingkiran dia disebabkan kedudukannya sekarang? Apa perlu dia dengar cakap Chaeyoung sekarang?

Perutnya diusap. Wendy mengelamun seketika. Seulgi mengalihkan kotak ubat dan duduk ditepi Wendy.

"Geisha jangan buat kerja-kerja berat ya lepas ni?" Pinta Seulgi, risau.

Wendy tersedar dari lamunan. Dia menatap Seulgi dengan wajah bingung.

"Kenapa?" Soalnya.

"Geisha orang penting. Tak boleh cedera. Kalau geisha cedera lagi, nanti putera boleh marah." Terangnya. Wendy mencebik.

Dia memuncungkan bibirnya seperti menyampah saat mendengar nama Chanyeol yang disebut. Gadis itu membuang pandangan kearah lain. Seulgi tersenyum kecil.

"Kalau geisha sayang dia, buatlah apa yang saya nasihatkan ni." Kata Seulgi lagi.

"Buat apa sayang dia kalau dia pun tak peduli pasal saya." Balas Wendy, sedih. Seulgi mengusap bahu Wendy, perlahan.

"Bertahanlah sampai Genova sampai."

Wendy tersentak. Matanya merenung laju kearah Seulgi. Usapan Seulgi terhenti. Dia dah terlepas cakap padahal tak sampai sejam pun dia berkenalan dengan Wendy seperti yang dirancangkan.

"Ge–nova?"

"Abaikan apa yang saya cakap tu."

Saat itu, pintu bilik Wendy dibuka oleh Chanyeol. Kedua Wendy dan Seulgi terkejut.

"Saya keluar dulu." Ujar Seulgi dan menjauhi Wendy. Dia sempat mengerling kearah Chanyeol yang sedang memerhatinya.

Seulgi berlari keluar dan tidak tahu apa yang berlaku pada Wendy dan Chanyeol setelahnya.

...

Perbalahan besar Chanyeol dan Wendy telah tersebar didalam istana termasuklah ke telinga Seulgi. Ramai pembantu yang marah dengan Chanyeol kerana terlalu berkasar dengan Wendy sedangkan gadis itu cemburu sahaja.

Mereka faham dengan perasaan Wendy memandangkan merek juga wanita. Dalam diam, Seulgi turut bersetuju. Dia menyiapkan makanan untuk Wendy sekarang.

Kakinya melangkah ke bilik Wendy yang dikunci rapi oleh Chanyeol itu.

Katanya, Chanyeol menjerit menyuruh Wendy untuk berambus dari istana tetapi setelah dia keluar, dia mengarahkan pengawal untuk mengunci Wendy daripada lari.

Seulgi tak faham dengan lelaki itu. Dia rasa Chanyeol ada masalah mental. Seulgi menunduk hormat pada pengawal. Dia ditahan daripada masuk ke bilik Wendy.

"Aku pembantu utama Geisha Wendy. Aku datang untuk bagi dia makan. Ini arahan putera." Kata Seulgi. Kedua pengawal itu memandang sesama sendiri kemudian mengalah.

Mereka membuka pintu untuk Seulgi. Sebaik sahaja masuk, Seulgi dapat melihat Wendy yang sedang menangis ditengah katil. Wajah gadis itu sembap.

Dulang makanan diletakkan diatas meja. Seulgi duduk disebelah Wendy. Tangan gadis itu ditarik dan digenggam.

"Dia ada cederakan geisha?" Soal Seulgi.

Wendy menggeleng. Air matanya diseka.

"Saya bawakan makan malam. Geisha belum makan lagi."

"Saya tak lapar."

"Nanti masuk angin, Putera Chanyeol marah."

Wendy terdiam. Seulgi meletakkan dulang tersebut dihadapan Wendy. Perlahan-lahan, Wendy menyuap makanan ke dalam mulut. Dia dihidangkan kentang lenyek cheese bersama telur ayam sahaja. Tak ada daging. Sayur pun cuma brokoli sahaja. Better daripada makan roti kering.

"Seulgi. Awak ada sebut pasal Genova tadi kan?" Soal Wendy. Mata Seulgi bergetar. Dia mengenggam tangannya.

"Saya–"

"Saya tahu pasal Genova." Celah Wendy. Seulgi terkejut.

"Ma..Macam mana? Siapa yang beritahu? Hara?"

"Hara? Gadis yang cuba bunuh saya tu? Awak kenal Hara, Seulgi?"

Keduanya kelu.

"Hara.. Dia orang Genova, geisha."

Wendy meletakkan sudunya ke dalam pinggan semula. Dia meneguk liurnya. Dia nampak ketakutan sekarang.

"Kami bukan nak bunuh geisha. Kami datang untuk tolong geisha keluar dari sini." Jelas Seulgi.

"Tolong saya kenapa? Apa kaitan saya dengan Genova?"

"Awak ialah satu-satunya pewaris sah untuk Kerajaan Genova, Wendy. Awak berasal dari Genova."

Kata-kata Seulgi membuatkan Wendy tercengang. Dia ketawa. Seulgi sedang buat lawak ke?

"Saya dihantar oleh Raja Leo untuk menyelamatkan satu-satunya puterinya. Awaklah orangnya."

"Sa–saya.. tak mungkinlah saya orangnya. Saya dibesarkan oleh pengasuh sejak kecil. Omma bagitahu yang ibu kandung saya mati selepas melahirkan saya."

"Itu semua sebahagian daripada rancangannya, geisha. Nanny Mary bukan? Dia terpaksa tipu awak supaya awak dapat hidup, Wendy."

"No way. Awak salah orang."

"Tak. Kami tak pernah salah, geisha. Tak ada orang berambut platinum blonde seperti awak dikerajaan Appolonia ini. Yang ada pun blonde biasa sahaja. Tapi kalau di Genova, ada ramai. Kami boleh buat ujian DNA kalau awak mahu."

Wendy masih tak dapat menerimanya. Dia ditipu pengasuhnya selama ini? Dan dia tiba-tiba menjadi anak daripada sebuah kerajaan megah diluar sana. Semua maklumat ini terlalu banyak untuk Wendy hadam.

"Bila kami dapat berita yang awak dijadikan kekasih Chanyeol, kami terus yakin yang itu awak. Mata dan hidung awak mirip Raja Leo. Aura awak pun bukan aura biasa. Tak ada orang boleh nampak secantik ini bila pakai tiara Wendy."

Wendy teringat saat dirinya menghadiri acara pemotretan persendirian tempoh hari. Gambarnya memakai tiara milik keluarga Appolonia tergantung diatas dinding diatasnya.

"Fakta yang awak tinggal bersama Mary juga sudah menguatkan bukti yang awak adalah anak mereka. Saya terkejut yang awak dah dapat tahu pasal Genova lebih awal sebelum saya sendiri beritahu. Padahal, nama Genova sudah semakin menghilang dari peta Appolonia." Ujar Seulgi.

"Chaeyoung yang beritahu." Kata Wendy.

"Chaeyoung? Puteri Chaeyoung?" Soal Seulgi semula.

Wendy mengangguk.

"Ah. Dia ke. Saya patut agak dari awal." Kata gadis itu sambil tersenyum pendek.

"Kenapa baru sekarang korang datang untuk selamatkan saya? Mana korang waktu saya dalam kurungan?" Soal Wendy, sinis.

"Banyak benda yang perlu kami buat, puteri. Bukan senang nak beli makanan daripada kandang Putera Chanyeol. Mereka akan siasat habis-habisan orang yang membuat belian dikandang manusia. Bila puteri dah ada dekat istana ni, rancangan kami yang kedengaran mustahil jadi tak mustahil lagi."

"Awak nak saya buat apa?"

...

Chanyeol masuk ke bilik Wendy pada jam tiga pagi. Gadis cantik itu sedang tertidur pulas seperti tak ada apa yang berlaku pada mereka. Makanan disebelahnya dipandang.

Chanyeol mencangkung dan duduk dihadapan Wendy. Wajah gadis itu ditilik. Rambut yang menutupi muka Wendy dikuak ke belakang.

Pipi Wendy diusap-usap lembut. Sentuhannya membuatkan Wendy terganggu. Dahi gadis itu berkerut.

"You still giggled when I touch you." Ujar Chanyeol.

Kening Wendy diusap. Chanyeol mengeluh perlahan. Dia rasa menyesal sebab menengking Wendy tadi, tapi egonya lebih tinggi.

Dia tidak terima sekiranya dirinya dibandingkan dengan seorang lelaki seperti Jaehyun.

Itu satu penghinaan buatnya. Bukan senang dia nak maafkan seseorang yang menghinanya.

"I'm sorry."

Chanyeol berdiri dan keluar dari bilik Wendy. Dia benci dirinya. Dia benci kerana dia tak mampu ucapkan perkataan maaf itu dihadapan Wendy.

Dia benci kerana tak ada keberanian itu dihadapan Wendy.

Dia lemah.

Seorang yang lemah.

Tidak sekuat yang diceritakan.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top