C

"Friend?"

▅▅▅▅▅▅▅▅▅▅▅

Aku rehatkan badan di atas katil empuk bilik. Fikiran aku melayang tentang perbualan aku dan Namjoon petang tadi.

Aku terkilan dengan kenyataan yang dia ucapkan.

"Aku sayang kau, Lee Miseo. Aku dah anggap kau macam adik aku. Terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku tak kiralah waktu senang atau susah. Aku terharu bila kau sudi jadi kawan aku.

Yelah, kau pun tahu kan ramai yang bantah aku jadi bestfriend kau? Ramai yang cakap kita tak boleh jadi bestfriend sebab takut nanti salah seorang jatuh hati. Kau tak jatuh hati dengan aku, kan?" soalnya buatkan aku kelu lidah.

Senyuman pahit aku ukirkan padanya. Raut wajah segera dikawal.

"T-tak. Kenapa pulak aku nak jatuh hati dengan lelaki pelik macam kau?" kataku, cuba untuk berselindung dari perkara benar.

Jauh di sudut hati, aku menangis. Kerana aku tak mampu luahkan apa yang aku rasa.

"Baguslah. Lega aku dengar tau! Lagipun aku dah jumpa jantung hati aku tau!"

"Siapa?"

"Kim Gyuri. Budak kelas aliran seni tu. Alah mesti kau kenal, kan?" kepala diangguk mengiyakan kenyataan.

Jujur aku katakan aku terluka. Terluka dengan kenyataan perit yang aku sendiri nyatakan.

Aku cintakan kau, Namjoon.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top