The End
"Miyoung.. jangan pura-pura tidur.."
Sehun menarik selimut yang menutupi badan Miyoung itu. Gadis itu tetap dengan pendiriannya. Dia takut. Matanya dipejam serapat mungkin.
Sejak Sehun pergi ke tandas untuk mandi tadi, dia kalut memikirkan cara untuk melarikan diri daripada suaminya itu. Habis almari baju diselongkar sehinggalah bawah katil semata-mata mencari tempat persembunyian.
Sampailah Sehun selesai mandi, dia terus terjun keatas katil dan berpura-pura tidur. Jantungnya berdegup kencang lagi. Serupa lepas lari marathon. Sehun mula mengusiknya. Dia menghembuskan nafasnya ke dalam telinga Miyoung supaya gadis itu tersedar.
"Kim Miyoung.. daddy tak suka orang yang kuat menipu ni.." bisik Sehun. Wajah Miyoung jadi merah merona.
Anjing! Dia gelar diri dia daddy ke tadi? F*ck banyak sangat tengok Fifthy Shades of Grey lah ni!
Beberapa minit kemudian, Sehun turun dari katil. Kedengaran bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup. Keadaan sunyi buat sementara waktu. Miyoung membuka matanya perlahan-lahan dan menoleh ke sekeliling. Nampaknya Sehun dah tak ada.
Putus asa lah kot. Miyoung bangun dan menghela nafas lega.
"Haa.. Selamat.."
"Apa yang selamat?"
"Arghhhh!!!"
Sehun kini betul-betul berada disebelah Miyoung dalam sekelip mata sahaja. Nampaknya lelaki itu sengaja mengumpan Miyoung tadi dan rancangannya berhasil. Badan Miyoung dipeluk.
"Kan dah cakap jangan pura-pura tidur.."
Lampu bilik ditutup.
Sooyoung dan Siwon yang sedang menikmati teh panas dibilik mereka menahan sabar mereka. Suara Miyoung menjerit kedengaran jelas dicuping telinga. Habis bergegar satu mansion mereka jeritan itu.
"Sehun-ah!! Andwae!! Ommaaaa!! Takutttt!!!!!"
Para hamba menutup telinga mereka. Wajah mereka juga semerah tomato saat mendengar jeritan itu. Jongin menangis dibucu katil manakala Seulgi menikmati adegan itu. Chanyeol pula hilang entah kemana sejak habis perkahwinan tadi.
"Awak.. boleh tak suruh Sehun tutup dulu pintu bilik dia rapat-rapat? Dia ingat dia seorang je ke yang boleh buat?!" bentak Sooyoung.
Siwon terkejut dan menelan air liurnya sendiri. Dia bingkas bangun dan pergi memeriksa bilik Sehun. Nanti mak singa a.k.a Sooyoung mengamuk kang, dia pulak yang jadi makanannya. Tapi dia nak :) Eh jangan-jangan.
Setibanya di bilik Sehun, benarlah yang pintu utama tidak ditutup dengan rapat. Patutlah jeritan Miyoung boleh didengari seisi rumah kerana setahunya setiap bilik disana adalah kedap bunyi.
Siwon mengintip kedua pasangan tersebut. Saja je dia nak tengok. Pintu bilik Sehun dibuka. Nampak mereka berdua masih berlari berkejaran disana.
Miyoung masih bertenaga dan sedaya mungkin cuba untuk mengelak daripada dibaham oleh Sehun. Manakala Sehun nampaknya berminat dengan permainan itu.
"Miyoung..kalau penat awal sangat nanti tak syok.. Kenapa nak malu sangat ni? Bukan first time pun--"
"Arghhh!! Jangan sebut! Jangan sebut! Jangan sebut!! Oh Sehun gatal!!"
"Gatal-gatal pun suka kan?! Mengaku jelah! Auuuuuumnnm!!"
Siwon menutup pintu bilik dan keluar dari sana secepat mungkin. Dia terkedu. Apa ke gilanya budak zaman sekarang ni?
"Soo.. Nasib baik kita kahwin dulu tak macam ni.. Kalau tidak.. Mati aku malam pertama..Eee.. Tegak bulu roma.. Geli geleman aku.."
...
"Diorang tak turun-turun lagi?" soal Sooyoung kepada vampire beradik yang sedang berkumpul dimeja makan. Mereka semua menggeleng.
"Haih. Lama betul buat anak sampai tiga hari dah tak keluar," bebel Sooyoung. Geram.
"Biarlah diorang tu.. Dah besar pandai-pandailah jaga diri.." ujar Siwon. Sooyoung diamkan sahaja. Siaplah kalau Sehun cederakan Miyoung.
Hari-hari berlangsung dengan baik tanpa ada sebarang gangguan. Sehun dan Miyoung juga kerap mengunjungi ayah mereka pada waktu terluang.
Khabarnya, Taeyeon dan Baekhyun merancang untuk bertunang dalam masa terdekat. Tapi, Taeyeon mahu mencari kerja tetap dahulu sebelum meneruskan rancangan itu. Dia tak mahu bergantung pada Baekhyun sahaja.
Miyoung dan Sehun nampak lebih bahagia sekarang. Mereka selalu mengunjungi sahabat-sahabat wolf dan yang lain-lain disaat ada masa terluang. Tak lupa juga kubur Seungwan.
Kerajaan Perancis pula bakal diambil alih oleh Sehun tetapi selepas sahaja lelaki itu memiliki zuriat. Itu adalah salah satu syarat untuk menjadi pemerintah tertinggi disana. Selepas perbincangan dengan ahli istana yang berpihak pada pihak keluarga Choi, mereka bersetuju untuk mengembalikan pangkat Sehun..
Kini, keluarga Choi dikembalikan semula pangkat tertinggi mereka sebagai bangsawan.
"Uwerk!" Miyoung berasa mual.
Baju Sehun digenggam. Dia menahan dirinya daripada muntah disana. Adik-beradik vampire beserta Sooyoung dan Siwon merenung Miyoung. Mereka yang tadinya sedang seronok menikmati hari keluarga ditaman mansion berhenti seketika.
Hamba-hamba juga turut sama merenung cik puan mereka itu.
"Mi--"
"Uwerkk!!!"
Miyoung berlari kearah tasik dan memuntahkan segala isi perutnya. Sehun cemas dan terus menepuk belakang badan isterinya itu.
Yang lain-lain menunggu dengan sabar. Ada raut risau diwajah mereka.
"Uwerkkk!!"
Semakin banyak pula Miyoung mengeluarkan isi perutnya. Dia berpaut pada Sehun. Badannya menjadi lemah.
"Air.." pinta Miyoung.
Minseok menyerahkan air minuman kepada Miyoung. Mungkin rasa asid dikerongkongnya terasa begitu kuat.
Seulgi mendekati kakak iparnya itu lantas menyentuh perutnya. Dia cuba untuk mengesan sesuatu disana.
Lantas dia merenung Sehun. Satu senyuman lebar diberikan.
"Oppa! Unnie mengandung!" jerit Seulgi.
Sehun terkedu. Yang lain-lain bersorak keriangan kerana terlalu gembira mendengar berita itu.
"Mengandung?" soal Sehun. Dia rasa pelik kerana ini kali pertama bagi dia. Yelah, dulu kan dia tidak bersama dengan Miyoung sewaktu gadis itu hamil.
Air mata Sehun bergenang.
Selepas berhempas-pulas selama tiga bulan, nampaknya membuahkan hasil juga usahanya. Jangan terkejut sangat. Sperma vampire bukan macam sperma manusia biasa. Yang dulu pun, Miyoung bernasib malang je mengandung terlalu awal kerana waktu itu, kebetulan tepat pada tarikh pengovulan bagi gadis itu. Erm, nasib malang atau tuah, biarlah mereka sahaja yang tentukan.
"Saya mengandung?" Miyoung tidak percaya dengan khabar berita itu.
Dia terharu. Nampaknya, akan ada satu lagi makhluk kecil didalam perutnya menggantikan anak sulungnya yang terdahulu.
Perutnya diusap.
"Tahniah, sayang.." ucap Sehun dan terus memeluk Miyoung. Bangga dengan isterinya.
"Tahniah ya Miyoung, Sehun. Jaga kandungan baik-baik..Kali ni, kami nak sangat tengok ada anak kecil dalam rumah ni.." ujar Sooyoung. Dia merangkul lengan Siwon.
Sehun dan Miyoung mengangguk. Tak lama lagi, permata hati mereka akan muncul. Hasil cinta mereka akan ditunjukkan ke dunia.
Miyoung bersyukur kerana akhirnya pengakhiran hidupnya tidaklah sesadis yang dia sangkakan. Keluarga baharunya itu dipandang satu-persatu.
Nampaknya, anaknya ini bakal mendapat kasih sayang yang mencukupi daripada mereka. Dan dia berjanji, anaknya ini tidak akan mengalami rasa perit yang pernah dia alami setelah kehilangan orang yang dia sayang. Dia akan pastikan, tiada sesiapa yang berani untuk menyakiti anaknya.
Wajah Sehun ditenung. Lelaki itu nampaknya gembira tak kepalang. Dari tadi lagi dia tersenyum sehingga ke telinga. Air mata jantannya juga turut sama keluar.
Tidak sia-sia rupanya pertemuan mereka dahulu walaupun awalnya agak menyakitkan. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dia berterima kasih dengan Seungwan kerana telah memberi peluang kepada mereka.
Dan peluang ini, tidak akan disia-siakan lagi olehnya.
"Sehun, aku harap dengan adanya cahaya mata ni, hubungan kita akan makin rapat seperti pasangan lain. Terima kasih sudi berikan kasih sayang kau pada aku. Terima kasih sebab sudi bahagiakan aku. Kau lah lelaki yang pertama dan terakhir bagi aku. The only man I love."
T.H.E E.N.D
terima kasih banyak sudi baca cerita yang dah melalut ni sampai sekarang 💙 kim hargai sangat.. tak sangka tamat masa hari jadi Yeol and hari comeback exo hahaha
maaflah kalau ada scene yang buatkan korang tak selesa ke, nak carut ke apa ke, itu semua hanyalah rekaan..
hehe..
masyehhh manyak-manyakkk cayang kowangggg 😂😂💙💙🔥🔥🎉🎉
EXO OBSESSION GUYSSS!! SEHUN YEOL SUHO JONGDAE KAI BAEKHYUN HENSEMMM 😭😭😭
..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top