Part 9


Kereta Audi milik Chanyeol melusuri masuk ke perkarangan rumah agam. Dia memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk. Anak matanya memandang Miyoung dengan perasaan bersalah. Dia hampir meragut nyawa salah seorang penderma penting keluarga Choi. Seharusnya dia tidak mengajak Miyoung tadi. Tapi entah kenapa mulutnya ringan sahaja mengajak gadis itu tadi.

"Hoi Miyoung. Bangun. Kita dah sampai!" arah Chanyeol. Badan gadis itu digoncang sedikit. Namun Miyoung tidak memberi respon.

Kesan alkohol masih berbekas kepadanya. Wajahnya merah semerah tomato mungkin kerana baru pertama kali merasa alkohol sejak 19 tahun hidup.

Chanyeol tidak menunggu lama kemudian terus mengangkat Miyoung keluar dari kereta. Kalau dikejutkan pun, bukan gadis itu boleh berjalan pun dek kerana masih mabuk.

Saat dia mengangkat Miyoung, angin sepoi-sepoi bahasa menerpa wajahnya. Haruman yang keluar daripada Miyoung, atau lebih tepat lagi haruman darah Miyoung menyebabkan Chanyeol hampir hilang kawalan. Kakinya sedikit menggeletar.

Badannya bersandar pada kereta manakala tangannya masih gagah mendukung Miyoung. Matanya hampir sahaja berubah merah dan mengeluarkan gigi taringnya. Chanyeol menggelengkan kepalanya beberapa kali. Menghalang dirinya daripada merasa darah manis milik Miyoung. Dia membetulkan kedudukan Miyoung lantas memasuki rumah.

Berlama-lama dengan Miyoung boleh mengancam keselamatan gadis itu. Dia tidak boleh mengorbankan penderma yang masih belum mempunyai master kecuali jika mereka berada di luar kawasan rumah agam. Huh?

Sepanjang di koridor, Jongdae mengekori pergerakan Chanyeol dan Miyoung. Rasanya dia juga telah mencium aroma wangi dan melazatkan itu.

"Bukan yang ni Jongdae..." Chanyeol memberi amaran lantas memasuki lif untuk membawa Miyoung ke biliknya. Jongdae diam dan perlahan-lahan menghilang di sebalik kegelapan. Gigi taringnya jelas kelihatan. Nampaknya lelaki itu masih lagi haus.

Sampai di hadapan bilik Miyoung, Chanyeol meletakkan ibu jari Miyoung pada thumbprint. Dia memasuki bilik Miyoung dan meletakkan gadis itu diatas katil. Genap tiga hari Miyoung berada di rumah agam ini. Esok ataupun lusa, dia mungkin bakal bertemu masternya.

Chanyeol tidak berapa peduli dengan hal itu. Lagipun dari awal dia memang tidak berminat dengan gadis manusia ini. Alasan dia bersikap dingin juga kerana ingin menahan dirinya daripada melahap darah Miyoung.

Tingkap bilik Miyoung dikunci sebaik-baiknya. Dia yakin Jongdae akan datang ke situ. Lelaki itu sedang dihukum kerana telah membunuh penderma sebelum tiba waktunya. Jadi dia digantung daripada menerima bekalan darah rusa seperti biasa. Sudah seharian suntuk dari hari kejadian, adiknya itu tidak menerima darah segar.

Miyoung adalah sumber terdekat yang dia punya sekarang. Jadi, pengawasan ketat perlu dijalankan. Thumbprint di pintu bilik didekati. Dia memasang beberapa alat keselamatan untuk melindungi Miyoung.

Sejurus selepas itu, Chanyeol keluar dari kamar Miyoung. Meninggalkannya dan kembali ke biliknya semula untuk menyelesaikan tugasannya.

Tidak berapa lama kemudian, Miyoung hampir pulih sepenuhnya. Kesan alkohol itu tidaklah mengambil masa yang lama untuk menghilang. Cuma kepalanya sahaja yang terasa berat. Dia rasa seperti ingin menghirup sup panas pula ketika ini. Miyoung bangkit dari katilnya dan memberi senyuman saat melihat Jongdae yang sedang duduk diatas sofa di hadapannya.

Tersedar akan suatu keganjillan, Miyoung mengesat matanya semula. Dia terkejut saat melihat Jongdae yang sedang menayangkan senyuman mengerikan kepalanya. Bagaimana lelaki itu masuk sedangkan akses untuk ke dalam adalah hanya melalui tanda ibu jarinya sahaja. Setahunya, dia keluar bersama Chanyeol tadi.

"Ma—Macam mana kau masuk?" soal Miyoung, ketakutan.

Jari Jongdae menunjukkan kearah atap. Membuatkan Miyoung menoleh. Tiada apa di sana yang boleh membantu Jongdae untuk menyelinap masuk kerana silingnya dilindungi dengan simen.

"Kidding. Pintu la macam mana lagi?" ujar Jongdae. Ya. Ada satu hal yang Chanyeol lupa. Lelaki itu adalah salah satu jurutera yang mencipta akses thumbprint di dalam rumah agam. Sudah semestinya dia tahu cara untuk melumpuhkan sistem itu.

Tetapi ada satu lagi hal yang Chanyeol tidak ketahui ataupun dia lupa juga. Jongdae memiliki kepantasan secepat panahan kilat. Dia mampu masuk ke suatu tempat dari suatu tempat dalam masa kurang sesaat.

"Macam mana kau boleh masuk tanpa cop ibu jari aku?" soal Miyoung lagi, ingin tahu. Jongdae meletakkan jari telunjuknya pada bibir.

"Shuu... Little princess.. I've been living here for 600 years already sweetheart..." bisik Jongdae. Lelaki itu berdiri dan terapung diatas lantai. Dia bergerak perlahan-lahan dan menuju ke katil Miyoung.

Otak Miyoung bekerja dengan pantas. Setahunya, hanya ada dua orang sahaja yang mempunyai akses untuk masuk ke bilik ini. Dia dan...Master... sahaja.

Tak mungkin Jongdae adalah masternya kerana lelaki itu sudah mempunyai pendermanya tetapi sudah dibunuh olehnya sendiri. Ini suatu pencerobohan.

Jongdae naik keatas katil dan mendekati Miyoung. Gadis itu pula mengesot menjauhi vampire yang kelaparan itu. Dekat sahaja dengan Miyoung, Jongdae mula mencium aroma harum itu.

Dia menjilat bibirnya. Membasahkannya sebelum menikmati sarapannya.

"Let me know how you taste--"

prakk!

Lampu meja dihentak pada muka Jongdae. Betul-betul pada mukanya. Serpihan kaca memasuki matanya. Jongdae mengerang kesakitan.

Lelaki itu mencakar lengan Miyoung. Dia cuba untuk mencabut kaca-kaca itu dari matanya.

Saat itu, Miyoung mengambil kesempatan untuk melarikan diri. Dia menuju kearah lif dan menekan butang lif secara rawak. Adrenalinnya mengalir laju.

"Kau tak boleh lari Kim Miyoung!" Suara Jongdae kedengaran seperti sangat dekat dengannya ketika itu. Miyoung menggeleng pantas sambil menggeletar.

"Tak nak!" ujarnya. Butang-butang itu ditekan berkali-kali oleh Miyoung. Tiba-tiba, satu hentakan terasa di bawah lif. Miyoung jatuh terduduk. Serentak itu pintu lif terbuka.

Suara Jongdae semakin jelas. Lelaki itu mulai mengganas dengan menghancurkan lif menggunakan kepalanya. Kaca yang memasuki matanya tadi tidak menghentikannya. Miyoung tidak menunggu lama. Dia keluar sahaja tanpa menoleh ke belakang.

Entah kemana tujuannya kecuali kearah belakang. Dia tidak mahu menjadi santapan kepada vampire lain. Lama dia berlari sehingga suara hentakan lif itu menghilang. Miyoung menarik nafas lega.

Tak sempat mahu bertenang, baru Miyoung perasan akan keberadaannya. Dia berada di kawasan larangan sekali lagi. Jantungnya berdegup kencang kerana keadaan sekelilingnya yang gelap gelita.

"Ah!" Miyoung mengerang saat lengannya bergesel dengan baju yang dikenakannya. Luka itu nampaknya semakin membesar. Jika tidak dirawat, mungkin akan meninggalkan kesan parut.

kring!

Bunyi rantai besi ditarik menarik perhatian Miyoung. Ianya tidak jauh pun darinya. Mungkin beberapa langkah sahaja. Miyoung memerhati sekelilingnya, mencari sumber cahaya.

Sambil-sambil itu dia menekan lengannya untuk menahan rasa ngilu. Darah menitik keatas lantai setitik demi setitik.

grrr..

Bunyi erangan seseorang kedengaran serentak dengan tarikan pada rantai besi. Ianya seolah-olah sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada diikat. Dua cahaya merah menyinari suasana gelap itu.

Mata Miyoung bertembung dengan si pemilik mata merah. Bertambah besar pula mata Miyoung kerana terkejut melihat makhluk yang sedang diikat oleh rantai besi itu. Ia seolah-olah meminta dirinya untuk dilepaskan namun dalam masa yang sama ianya kelaparan.

Miyoung seolah-olah dipukau saat makhluk itu mendekatinya. Gigi taringnya juga tidak menakutkan Miyoung.

Makhluk itu menunduk lalu menjilat darah Miyoung yang berada diatas lantai sehingga bersih.

Ia diam saat melihat darah yang masih tidak berhenti mengalir pada tangan Miyoung. Kedudukannya sama seperti haiwan yang kelaparan namun masih menghormati tuannya. Tapi ianya lain kerana ini adalah haiwan liar.

Entah kenapa, Miyoung menghulurkan lengannya pada makhluk tersebut. Mereka bertentangan mata. Makhluk itu nampaknya tertanya-tanya dengan tingkah Miyoung.

Lengan Miyoung dipegang olehnya. Dia mula menjilat lengan Miyoung dan menyebabkan gigi taringnya semakin memanjang. Beberapa saat kemudian, gigi taring itu selamat mendarat di dalam daging Miyoung.

Makhluk itu meneguk darah Miyoung tanpa henti. Menunjukkan betapa laparnya ia. Miyoung ingin menangis menahan kesakitan saat darahnya diminum secara hidup-hidup seperti itu.

Dia hampir kehabisan nafas. Warna kulitnya juga memucat dan membiru. Badannya semakin lemah. Manakala makhluk tadi semakin rakus menikmati darah Miyoung.

Perlahan-lahan badan Miyoung rebah di hadapan makhluk itu.

Kedegung!

Pintu lif ditendang oleh seseorang. Bilik yang gelap itu mulai menerang. Muncul lah adik-beradik vampire bersama Sooyoung dan Siwon. Yixing dan Kyungsoo nampaknya sedang menahan Jongdae dengan merantainya dengan rantai besi.

Mata Sooyoung membulat saat melihat adiknya itu sedang rakus menikmati darah Miyoung. Urat saraf Jongin dan Chanyeol menegang saat melihat badan Miyoung yang terkulai layu itu.

"Oh Sehun!!!"

to be continued.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top