Part 63
Hari perkahwinan Miyoung dan Sehun telah pun tiba. Ahli keluarga masing-masing sibuk menguruskan pelamin dan juga makanan.
Taeyeon sentiasa berada bersama Miyoung yang kini sedang ditata rias oleh mak andam. Mereka agak kalut untuk merias Miyoung kerana begitu banyak pilihan untuk raja sehari.
Beberapa jam merias Miyoung, akhirnya siap juga. Kini, Taeyeon membawa pula gaun pengantin Miyoung. Ianya dipilih khas oleh Sehun.
Taeyeon dan mak andam berserta anak buahnya terpegun saat melihat Miyoung keluar dari bilik persalinannya. Dia nampak begitu anggun memakai gaun itu. Nampak seperti seorang tuan puteri yang sebenar.
Taeyeon menitiskan air matanya. Dia tak sangka, sahabatnya kini bakal menjadi isteri seseorang. Walaupun mereka baru sahaja bertemu namun persahabatan mereka itu begitu kukuh.
Rambut Miyoung digayakan dengan gaya yang ringan sahaja. Tidak melebih-lebih. Cukup untuk membuatkan dia selesa sahaja.
"Pengantin perempuan.. boleh ke altar sekarang.. bakal pengantin yang lain kalau nak ikut pun boleh," ujar Baekhyun. Dia mengenyitkan matanya kepada Taeyeon dan menutup semula pintu.
Taeyeon menggeleng kecil. Rasanya mahu sahaja dia mengetuk kepala Baekhyun.
"Kau bila nak kahwin dengan Baekhyun?" soal Miyoung.
"Apa? Hubungan kitorang pun entah ke mana. Boleh jadi macam korang pun entahlah aku tak tahu.." jawab Taeyeon.
Jujur, dia takut dengan hubungannya dan Baekhyun.
"Tak perlu jadi macam aku dan Sehun. Jadi diri korang je.. Aku yakin korang akan kahwin jugak suatu hari nanti.." ujar Miyoung.
Siap sahaja dia dirias, dia mengambil bunga yang telah dihias untuknya itu. Jantungnya berdegup kencang. Sebentar lagi, dengan satu lafaz sahaja, hidupnya bakal berubah sepenuhnya.
Dia gugup. Tangan Taeyeon digenggam erat. Sejuk sahaja tangannya ketika ini. Pintu bilik dibuka dan mereka menuju kearah dewan.
Miyoung berhenti dihadapan pintu. Dia takut. Dia gelisah.
"Tae aku nak balik.."
"Miyoung, tengok aku! Kau boleh buat. Sekejap je. Lepastu kau akan lega. Ingat. Sehun tunggu kau," pujuk Taeyeon.
Miyoung semakin menggeletar saat mendengar nama Sehun. Taeyeon terus memeluk sahabatnya itu untuk menenangkannya. Belakang Miyoung diusap lembut.
"Kau boleh buat. Tarik nafas dan hembus. Ulang sekarang," arah Taeyeon. Miyoung menurut perintah Taeyeon. Ada sedikit kelegaan dihatinya.
Ayahnya dipandang.
"Jumpa kau kat dalam Miyoung.. Pergilah.." ujar Taeyeon. Dia melepaskan tangan Miyoung dan menyerahkan gadis itu pada ayahnya.
Lengan Encik Kim dirangkul. Miyoung merenung ayahnya, takut.
"Ayah bangga dengan kamu Miyoung.." ujar Encik Kim. Tangannya anaknya diusap. "Terima kasih, ayah."
Pintu dewan dibuka. Miyoung menarik dan menghembus nafasnya beberapa kali. Mereka terus melangkah melalui karpet merah menuju ke altar.
Disana, Sehun sedang menunggunya dengan sabar.
Lelaki itu ternganga saat melihat betapa cantiknya Miyoung saat ini. Dia terpegun.
Bahkan saat Miyoung berada dihadapannya pun dia masih tidak berkelip. Miyoung agak malu kerana dipandang sebegitu oleh Sehun.
"Pengantin lelaki. Lepas dah sah ni boleh lah pandang lama-lama.. Jangankan tenung, terkam pun boleh.." usik juru nikah.
Sehun tersedar. Dia menunduk malu. Bibirnya menguntum senyuman kepada Miyoung. Kini, mereka mengadap satu sama lain..Acara pernikahan akhirnya bermula.
"Oh Sehun, sudikah kamu menerima Kim Miyoung sebagai isteri, disaat susah dan senang bersama?"
"Saya sudi.."
"Kim Miyoung, sudikah kamu menerima Oh Sehun sebagai suami, disaat susah dan senang bersama?"
"Saya...sudi.."
Juru nikah menutup bukunya.
"Oh Sehun.. you may kiss your bride.." Ujarnya.
Sehun terus merangkul pinggang Miyoung dan berbisik kepadanya.
"You look beautiful today," pujinya. Pipi Miyoung merah padam kerana malu.
"I know. You look handsome too.." puji Miyoung semula.
"I know too.." jawab Sehun dan terus mencium Miyoung.
Kini, mereka sah sebagai suami dan isteri. Bersaksikan saudara mara mereka yang hadir disana.
Mereka bertepuk tangan meraikan Sehun dan Miyoung.
Seulgi mengelap air matanya, terharu. Jongin menghulurkan tisu namun tak semena-mena, badan lelaki itu ditarik ke dalam pelukannya. Jongin membalas pelukan Seulgi walaupun agak terkejut.
Irene pula tersenyum melihat Miyoung dan Sehun. Ianya bagaikan melihat Seungwan disana.
"Hasrat kau untuk lihat Sehun bahagia dah tercapai Seungwan.. Dia memang jodoh Sehun.. Pandai kau cari Seungwan.." ujar Irene, sendirian..
Tiba-tiba, bahunya disenggol oleh Junmyeon. Lelaki itu mengajaknya untuk makan bersama-sama.
Balik semula pada Sehun dan Miyoung, mereka sudah pun selesai dengan sesi bergambar. Keduanya saling melekat seperti belangkas. Masih tidak berpisah sejak lafaz akad tadi.
"My wife.." bisik Sehun pada telinga Miyoung. Dia teruja sekarang.
"Hun.. Orang tengok tu.." ujar Miyoung.
"Biarlah..Diorang tahu kita dah kahwin." balas Sehun..Dia terus-menerus memeluk Miyoung dan memujinya disitu.
"Tak sabarnya.." ujarnya.
Miyoung menjongketkan keningnya.
"Tak sabar apa?"
Sehun tersenyum jahat.
"Malam ni.." jawabnya, perlahan namun dalam nada menggoda.
"Malam ni kenapa?" soal Miyoung semula kerana dia memang betul-betul tak faham sekarang ni..Blur sekejap.
"Buat-buat tak faham pula. Siap lah malam ni kalau pura-pura tidur.." usik Sehun..
Miyoung berfikir sejenak. Dia memandang Sehun yang sedang bergerak kearah meja makanan. Lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang sukar difahami..Tiba-tiba, dia mengenyitkan matanya dan memberikan ciuman atas angin.
"Malam ni? Yeon. Kau faham tak maksud Sehun tu?" soal Miyoung pada Taeyeon yang kebetulan lalu disebelahnya.
"Apa malam?"
"Sehun kata dia tak sabar malam ni.. Kenapa? Aku tak faham?"
Wajah Taeyeon jadi merah. Dia menampar bahu Miyoung dengan kuat sekali.
"Bongok! Malam pertama lah apa lagi!" jerit Taeyeon sehinggakan seluruh tetamu memandang kearah mereka.
Mata Miyoung terbuntang. Itu ke maksud Sehun sebenarnya? Dia merenung kearah suaminya yang sedang ketawa besar disana. Bukan Taeyeon sahaja yang malu, malah dia pun sama sekarang ni.
"Oh Sehun.. Siaplah kau!!"
to be continued
Tahniah SeYoung 💓 MiHun atau apa-apa jelah 😂
Cantik juga nama MiHun tu..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top