Part 62

Find Me - Taeyeon

Setibanya Miyoung dan Sehun dari Paris, Sehun terus meminta izin daripada Siwon untuk melamar Miyoung. Dia mahu menyatakan hasratnya untuk meminang Miyoung kepada Encik Kim pula. Siwon bersetuju untuk menjadi wakil untuk bertemu Encik Kim. Bahkan dia begitu gembira saat mendengar berita ini.

Sooyoung pula, awalnya dia agak ragu-ragu. Namun melihatkan kesungguhan Sehun, dia rasa bersalah. Dia yang bertanggungjawab menemukan Sehun dan Miyoung dan sekarang dia yang mahu memutuskan mereka? Jahatnya dia. Wanita itu juga bersetuju untuk menjadi wakil bagi pihak keluarga Sehun.

Mereka bertemu dengan Encik Kim beberapa hari kemudian. Lelaki itu nampak agak terkejut dengan apa yang terjadi. Awalnya, dia sangkakan rombongan meminang bagi pihak Chanyeol namun hampa kerana itu adalah Sehun.

Tapi melihatkan betapa gembiranya Miyoung saat melihat Sehun, dia menerima juga lamaran itu. Dia tidak minta banyak, dia cuma mahu Miyoung gembira sahaja. Kalau Sehun lah yang boleh menggembirakan Miyoung, maka dia akan biarkan sahaja.

Miyoung meneruskan pengajiannya bersama Taeyeon dengan bersungguh-sungguh. Itu pun kerana Encik Kim yang memberi syarat tersebut.

Miyoung perlu menamatkan persekolahnya dahulu barulah dia boleh menikah dengan Sehun. Dan sepanjang tempoh itu, Sehun tidak dibolehkan untuk bertemu Miyoung.

Ini adalah ujian untuk melihat seberapa besar cinta Sehun pada Miyoung. Sekiranya lelaki itu mampu bertahan untuk tidak bersua muka dengan Miyoung selama tiga bulan, dan sekiranya dalam tempoh itu dia masih mencintai Miyoung, maka dia lulus.

Miyoung agak risau dengan syarat itu namun Sehun meyakinkan yang dia boleh menunaikannya. Sehun mula menyibukkan dirinya meneruskan perusahaan milik Siwon. Dia ke hulur ke hilir merantau di negara orang demi untuk bersama Miyoung.

Sepanjang tempoh itu juga, dia cuba untuk tidak merindukan kekasihnya itu walaupun sukar. Wajah Miyoung sentiasa bermain-main dimindanya. Sungguh, ikatan diantara mereka terlalu kuat untuk diputuskan.

Beberapa kali juga Miyoung melepaskan keluhan pada Taeyeon kerana dia terlalu rindukan Sehun. Tangisan demi tangisan keluar dihadapan sahabatnya itu kerana lelah dengan kerinduan itu. Dia risau Sehun akan beralih hati saat dia berada di luar negara. Namun Taeyeon tetap meyakinkan Miyoung yang Sehun tidak sebodoh itu untuk curang. Kecuali kalau lelaki itu cari mati.

Dia sentiasa bersama Miyoung untuk memberi semangat pada sahabatnya itu.

Kini, dalam beberapa hari lagi, Miyoung akan tamat pengajiannya di Quahog. Bandar yang pernah menjadi bala buat Miyoung.

Baju graduasinya dipandang. Miyoung melihat kalendarnya. Dalam beberapa hari lagi, dia bakal dibolehkan untuk bertemu Sehun. Hatinya melonjak-lonjak kegirangan namun dalam masa yang sama risau.

Encik Kim masuk ke dalam bilik Miyoung. Dia menegur Miyoung yang sedang termenung itu.

"Ayah buat semua tu bukan sebab ayah tak percaya Sehun atau tak suka dia. Tapi ayah cuma tak nak dia sia-siakan anak ayah. Ayah nak uji je. Kalau dia seorang yang tepati janji, dia lelaki yang sebenar," ujar Encik Kim.

Miyoung memeluk ayahnya. Dia tak sangka ayahnya begitu sayangkan dia.

"Miyoung rindu ibu.. Kalau ibu ada mesti dia gembira kan?"

Miyoung mengusap gambar keluarga mereka. Encik Kim mengangguk.

"Ibu ada dengan kita. Ibu sentiasa ada dengan kita. Dekat sangat. Dalam hati kita," ujar Encik Kim. Miyoung menyandarkan kepalanya pada bahu ayahnya. Gambar keluarga itu turut sama dipeluk.

Encik Kim memeluk anaknya seerat mungkin. Sebentar lagi, anak gadisnya itu bakal diserahkan pada jagaan lelaki yang bergelar suaminya pula.

Terasa seperti baru sahaja semalam dia bertemu Miyoung. Rasa seperti baru sahaja dia mendengar suara tangisan comel Miyoung yang lapar setelah berhempas pulas untuk keluar didalam perut isterinya. Rasa seperti baru semalam dia menukar lampin anak gadisnya itu.

Miyoung sudah dewasa nampaknya.

"Ayah sayang Miyoung.."

"Miyoung pun sayang ayah. Miyoung sayang sangat ayah. Terima kasih sebab besarkan Miyoung dengan kasih sayang ayah walaupun Miyoung ni kadang-kadang menyakitkan hati. Terima kasih sebab tak buang Miyoung dalam tong sampah dulu ayah.."

"Ayah dah lama maafkan kamu. Kamu tak pernah buat salah dengan ayah. Kamu tetap akan jadi anak gadis ayah walau berapa pun umur kamu. Anak kecil ayah.."

...

Hari graduasi.

Miyoung, Taeyeon dan rakan sekelas lain duduk didalam barisan mereka. Menunggu pengetua habis berucap. Sebentar lagi, mereka bakal menamatkan persekolahan mereka. Miyoung berdebar-debar menunggu namanya dipanggil.

"Kim Taeyeon.." Nama Taeyeon dipanggil. Dia naik keatas pentas dan menerima sijilnya. Orang ramai bertepuk tangan. Taeyeon tersenyum dengan lebar sekali. Kini, tiba giliran Miyoung pula.

"Kim Miyoung.. lulus dengan penghargaan tertinggi Quahog high school."

Para pelajar dan ibu bapa yang hadir bertepuk tangan. Miyoung bangun dan berjalan menuju ke pentas dengan perlahan-lahan kerana gugup. Ayahnya dipandang. Lelaki itu memberi semangat kepadanya.

Dia merenung pula kearah mereka yang hadir. Dia mencari-cari seseorang yang selama ini dia tunggu. Dan tepat dihujung sana, lelaki itu berdiri sambil merenungnya.

Sehun. Sehun sedang memandangnya sambil mengucapkan tahniah. Miyoung
tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Orang yang dia rindukan selama ini sudah berada disini. Air matanya bergenang. Kakinya melangkah laju kearah pengetua.

Sijil diambil dengan penuh sopan dan hormat sekali. Setelah bersalaman dengan pengetua, Miyoung turun dari pentas untuk mencari Sehun. Ayahnya datang mendekat untuk mengucapkan tahniah begitu juga dengan rakan sekelasnya yang lain. Hanya Miyoung dan Taeyeon sahaja dari kelas mereka yang mendapat penghargaan tertinggi.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada mereka, Miyoung meminta diri sebentar untuk mencari Sehun. Dia berlegar-legar disana beberapa kali.

Don't stop flying high up the sky
High up the sky Until you find me
Don't stop running
Until the end of the sun
Until you find me

"Aku dekat sini, sayang comel saya.." Sehun menepuk bahu Miyoung dari belakang.

Lelaki itu berubah sepenuhnya. Sehun nampak lebih kemas sekarang.
Gaya rambutnya juga berubah.

(pilih nak yang mana)

"Tahniah.. Dah graduated.. budak kecik,"
ucap Sehun.

Miyoung terus memeluk Sehun kerana terlalu merindukan lelaki itu.

"Miyoung rindu Sehun.." ujar Miyoung sambil menangis. Kemeja Sehun diramas kuat. Bau wangi Sehun yang terlalu kuat itu membuatkan dia tak mahu melepaskan tunangnya itu.

"Sehun lagi rindukan Miyoung.."

Sehun mengusap belakang Miyoung. Dia merehatkan kepalanya diatas kepala Miyoung. Nasib baiklah Miyoung pendek. Sedap dipeluk.

"Dah habis sekolah kan?" soal Sehun. Miyoung mengangguk.

"Dah boleh kahwin lah ni kan?"

Miyoung angguk lagi. Polos.

Sehun memandang Encik Kim yang berada berdekatan mereka. Mereka sama-sama tersenyum melihat betapa patuhnya Miyoung dengan kata-kata Sehun.

"Miyoung nak tak kahwin dengan Sehun?" tanya Sehun lagi.

"Nak lah! Lama tau tunggu!" Miyoung menumbuk dada Sehun.

Sehun mengusap rambut Miyoung pula.

"Jangan nangis lagi. Esok kita kahwin."

"Hah?!"

"Gurau je, babe."

"Sekarang tak boleh ke?"

"Hah?!" Sehun dan Encik Kim pula yang terkejut.

Miyoung memandang mereka dengan wajah tidak bersalah.

"Miyoung.. ikut tarikh asal anakku. Jangan gelojoh sangat.. kamu tu perempuan.. kawal sikit," nasihat Encik Kim, malu. Miyoung ketawa lantas mengangguk faham.

"Miyoung tahulah ayah. Gurau je. Tapi kalau sekarang pun boleh.." ujarnya. Sehun menggeleng kecil. Tiga bulan tak berjumpa, dah nakal dah tunangnya ini.

"Hai, Miyoung!" sapa rakan sekelasnya, Mark Tuan. Menganggu moment antara Miyoung dan Sehun.

"Ya, Mark?" balas Miyoung, lembut. Sehun memandang Mark dengan wajah cemburu.

Pegangannya pada pinggang Miyoung diketatkan. Sengaja untuk memaklumkan pada semua orang disana termasuk Mark yang Miyoung adalah hak miliknya.

"Tahniah ya. Kau nak sambung belajar dekat mana lepas ni? Mana tahu boleh belajar sekali?" soal Mark. Sudah lama sebenarnya dia menyimpan perasaan terhadap Miyoung.

"Aku..tak tahu lagi lah.. Mungkin tak kot.." jawab Miyoung.

"La kenapa? Result kau tu bagus. Layak untuk masuk mana-mana universiti yang kau nak. Pilih je yang mana semua akan lulus.." ujar Mark.

Miyoung tersenyum pendek.

"Tak apalah. aku bagi peluang pada orang yang lebih memerlukan daripada aku.. Sebab aku rasa, aku ada tanggungjawab yang lebih besar yang patut aku fokuskan sekarang ni.." jawab Miyoung, tenang.

Mark mengerutkan dahinya?

"Tanggungjawab yang lebih besar? Oh ya, sebelah kau ni siapa? Pakcik kau?" soal Mark.

Sehun membuntangkan matanya mendengar kata-kata Mark itu. Tua sangat ke dia?! BAGITAU SEKARANG PAKCIK MANA YANG PELUK ANAK BUAH DIA MACAM KEKASIH?!

"Mark, inilah tanggungjawab yang aku maksudkan tu. Orang yang dah curi hati aku dan bakal suami aku..." ujar Miyoung.

Mark merenung Sehun dengan wajah tidak percaya.

'Takkan lah Miyoung kahwin dengan pakcik sendiri?' getus Mark dalam hati sehingga hampir-hampir membuat Sehun ingin menumbuknya.

"Ye ke.. Tahniah ye Miyoung.. Semoga bahagia," Mark terus beredar dengan hati yang kecewa.

"Apa tu? Ucap tak ikhlas.." ujar Sehun setelah Mark pergi. Miyoung menggeleng kecil melihat tingkah Sehun itu.

"Abaikan dia. Sekarang ni, cuma pasal kita je Hun.."

"Kita pergi cari gaun pengantin jom?" ajak Sehun.

"Esoklah. Aku nak habiskan masa dengan kau harini. Rindu lagi ni.." pinta Miyoung.

"Alright. Tuan puteri nak pergi mana? Sebut je nanti tuan putera bawakan?" ujar Sehun.

"Erm.. hati tuan putera boleh?"

"Laa bukan selama ni tuan puteri dah ada dekat sini ke?"

"Ye ke? Ingatkan dekat penjara."

"Tuan puteri janganlah cakap macam tu.. Istana tuan putera tak cukup cantik lagi ke sampai dipanggil penjara?"

"Bukan tak cantik tapi.. tak sempurna lagi.."

"Sebab?"

"Sebab tuan puteranya macam chipsmore. Kejap ada kejap tak ada.."

"Tapi sekarang dia dah balik."

"Mana?"

"Ni.."

Sehun mengucup pipi Miyoung. Dia membawa Miyoung keluar dari sana dan menghabiskan masa bersama tunangnya itu sehinggalah matahari terbenam.

Mengakhiri sisa-sisa hubungan mereka sebagai tunang. Kerana sebentar lagi gelaran itu akan berubah kepada suami dan isteri.

to be continued


kau tengok? sorry weh aku obses giler dgn lukisan2 dari satu ig anime ni 😭😭 semua kena dgn scene yg aku buat..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top