Part 6

Vote la sayangku ~💓

Perjalanan ke rumah agam mengambil masa yang terlalu lama buat Miyoung. Dia tidak bersuara langsung kerana masih terkilan dengan tindakan ayahnya itu. Chanyeol pun tidak menghiraukannya dan memilih untuk diam.

Kereta mewah berjenama Lamborghini itu juga tidak menimbulkan perasaan 'wah' di hatinya. Baginya, semua itu tidak bernilai langsung kerana diakhirnya, dia akan mati juga. Betul lah khabar angin tentang penderma yang diberi kemewahan sehingga alpa tentang dunia dan akhirnya mati di tangan vampire saat bulan mengambang.

Macam sia-sia hidup.

"Keluar!" arah Chanyeol.

Pintu rumah agam dibuka oleh para hamba. Miyoung mengekori Chanyeol yang sedang membawanya ke sebuah ruangan. Di situ, berbarisnya beberapa orang penderma yang sedang menunggu untuk dipilih.

"Tunggu sini," arah Chanyeol. Dia memanggil seorang hamba dan mengarahkannya untuk menjaga Miyoung. Dapat Miyoung dengar yang Chanyeol membisikkan kepada si hamba agar memastikan dia tidak melarikan diri daripada rumah agam itu.

Miyoung mengambil tempat di sebelah seorang penderma. Dia nampak tidak berminat untuk berkenalan tidak seperti penderma lain. Mungkin Miyoung dah berjumpa seorang sahabat?

"Kau pun datang nak mati?" soal perempuan itu, jujur. Miyoung terkejut namun tidak ditunjukkan reaksinya itu.

"Bukan itu tujuan kita semua?" balas Miyoung. Perempuan itu menggeleng.

"Mereka. Bukan aku. Aku datang kesini mencari seseorang," ujarnya.

"Siapa?"

"Kakak aku. Dia penderma dahulu tapi sejak dia datang ke sini, kami lost contact. Aku nak tahu kebenarannya. Aku Taeyeon. Kau?" ujar perempuan itu. Ya, matanya penuh dengan dendam. Dia ada tujuan. Bukan seperti gadis lain yang datang hanya untuk berseronok. Jauh sekali untuk menikmati kemewahan yang disediakan oleh para vampire.

"Miyoung. Kim Miyoung."

Pintu ruangan itu dibuka oleh hamba sekali lagi. Masuklah barisan manusia separuh vampire. Para gadis kelihatan bersedia untuk mati. Opps! Maksudnya bersedia untuk dipilih oleh para master. Seorang demi seorang dipilih sehingga tinggal lah dirinya dan Taeyeon seorang sahaja. Vampire bernama Baekhyun memilih Taeyeon dan membawanya keluar dari ruangan. Meninggalkan Miyoung bersendirian bersama Siwon dan Sooyoung.

Kalau tak salah Miyoung, tadi tidak kesemua vampire yang hadir untuk memilih penderma. Bahkan tadi hanya ada lima orang sahaja penderma termasuk dirinya. Sedangkan vampire muda itu ada sembilan orang semuanya. Chanyeol dan Jongin juga tidak menunjukkan diri tadi. Habis, siapa yang mahu akan dirinya ini? Atau dia akan dipulangkan semula?

"Miyoung, boleh kita bercakap?" ajak Sooyoung. Mereka duduk di salah satu kerusi menghadap Miyoung.

Miyoung menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan sang vampire. Sooyoung dan Siwon perasan akan hal itu.

Satu kertas perjanjian dikeluarkan.

"Itu adalah senarai perjanjian antara kamu dan kami. Kami belum boleh membenarkan kamu untuk bertemu master kamu. Buat masa ni, kamu dibenarkan untuk melakukan apa sahaja yang kamu mahu di sini kecuali keluar walau selangkah dari kawasan rumah agam. Bilik di tingkat atas sekali, jangan kamu masuk. Itu kawasan larangan. Jangan bercakap dengan penderma lain. Tolong ikut peraturan ni."

"Hamba akan bawa kamu ke bilik. Mulai harini, kamu di bawah tanggungjawab kami," sambung Sooyoung.

Seorang hamba menarik kerusi Miyoung dan mengiringinya keluar.

"Ingat Miyoung. Kamu bukan seperti penderma lain. Kamu istimewa."

Sinis pandangan yang diberikan oleh Miyoung kepada mereka.

"Boleh saya tanya sesuatu?" soal Miyoung. Mereka mengangguk.

"Apa perasan bila jadi master kepada manusia?"

...

Miyoung merebahkan diri atas katil bersaiz King itu.

Dalam masa beberapa jam sahaja hidupnya sudah berubah menjadi haiwan peliharaan vampire. Dia tidak sempat bertanya lebih kepada pasangan vampire itu kerana mereka bagaikan tidak selesa dengan pertanyaannya. Tadi, dia menerima surat yang mengandungi arahan yang patut dibuat olehnya.

Tidak berminat dengan segala arahan itu, dia terus membuangnya ke lantai. Dia bangun untuk memeriksa keadaan bilik. Dibukanya almari pakaian yang agak mewah itu. Terdapat timbunan baju mahal di dalamnya. Semuanya adalah dalam saiz yang sesuai dengannya. Adakah vampire-vampire ini mengetahui semua data tentang dirinya?

Mengagumkan.

Tapi seperti yang dia kata tadi. Semua ini tidak bermakna apa-apa pun.

Miyoung kembali ke katil dan merebahkan dirinya di sana. Matanya perlahan-lahan terpejam. Entahlah. Dia bingung samaada mahu melepaskan kemarahan atau tidak kerana terlalu lelah. Mahu marah pun, dia sudah dijual. Mahu lari? Ingat vampire dungu?

Esoklah dia cuba fikir. Sementara dia tidak mempunyai master, lebih baik dia buang masa dan tidur.

Dalam keadaan mamai itu, Miyoung nampak sosok tubuh seseorang dari celah dinding. Merenung kearahnya tajam tanpa bergerak walau seinci pun. Namun wajahnya agak kabur kerana keadaan di situ gelap. Yelah, rumah agam ini dikelilingi hutan rimba. Waktu siang pun persis malam, apatah lagi waktu malamnya.

...

"Arghhhh!!!"

Suara pekikan seseorang mengejutkan Miyoung daripada tidur. Dia terbangun dan memandang sekelilingnya. Mencari sumbernya.

Miyoung membuka lampu bilik yang berada di sebelahnya dengan segera. Keadaan gelap gelita tadi terus menjadi cerah. Miyoung mengusap dadanya kerana terkejut. Kepalanya berpinar-pinar. Pening. Mungkin kerana bangun secara mengejut.

Tok!Tok!

Pintu biliknya diketuk. Miyoung bangun dengan keadaan yang mamai itu lantas membuka pintu. Muncul seorang hamba sambil membawa satu utusan.

"Cik Miyoung, makan malam dah disediakan. Silakan turun sebelum jam 8.30 malam. Mereka semua sedang menunggu," ujarnya. Miyoung menutup semula pintu tanpa mengucapkan terima kasih.

Dia kembali ke kerusi dan duduk sebentar di sana. Kepalanya masih sakit.

"Siapa pulak lah yang menjerit tadi? Kacau je!" marah Miyoung. Dia menuju kearah bilik air dan membersihkan dirinya. Masih ada 20 minit lagi sebelum 8.30 malam.

Selesai mandi, dia menyarungkan pakaian yang berada di dalam almari. Baju kasual dicapai kerana menurutnya itu baju yang sesuai untuk makan malam. Sehelai hoodie dan seluar tracksuit. Cukuplah kan?

Rambutnya yang separuh basah itu dihuraikan sahaja. Kalau diikat nanti kepam pula.

Dia keluar dari bilik sambil menuju kearah ruang makan. Sesampainya di sana, kelihatan beberapa orang vampire dan penderma sudah berada di sana. Yang ganjilnya, seorang penderma hilang dari radar. Kalau tidak silap, namanya Kim Sejeong. Tak mungkinlah suara menjerit tadi suara Kim Sejeong kan? Takkanlah hari pertama dah ada mangsa?

Miyoung memandang Jongdae yang berada hampir dengannya. Bibir bawah lelaki itu pecah dan ada sedikit darah tersisa di kolar bajunya. Miyoung tidak mahu membuat kesimpulan awal tetapi melihatkan keadaan Jongdae yang seperti telefon yang baterinya sudah mencapai 100%, dia yakin Kim Sejeong sudah tiada.

Makanan dihidangkan sebaik sahaja kesemua vampire masuk. Ikan salmon goreng adalah hidangan utama buat penderma manakala darah lembu adalah hidangan utama buat vampire. Miyoung perasan kebanyakkan hidangan sampingan penderma kesemuanya mempunyai protein dan karbohidrat yang mencukupi untuk badan mereka. Makanan yang bagus menghasilkan darah merah yang bagus.

Kata orang, good host produce good product. Hm.

"Esok kita akan adakan sesi pengenalan diri. Jadi semua kena ada di ruang tamu utama jam lapan pagi. Ingat ye?" ujar Sooyoung.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top