Part 54
"Aku bukan nak cari gaduh dengan kau.." ujar Sehun setelah berjaya masuk ke dalam bilik Chanyeol. Chanyeol menutup bukunya dan menyimpannya kebawah bantal.
Dia agak terkejut dengan kehadiran Sehun sebenarnya.
"Aku tahu kau bawa Miyoung pergi funfair tadi.." ujar lelaki itu. Chanyeol menjongketkan keningnya. Apa yang Sehun nak sebenarnya pagi-pagi buta macam ni? Nak gaduh ke?
"Jadi?"
"Terima kasih sebab sudi hiburkan Miyoung waktu aku kecewakan dia.." luah Sehun, sedikit gementar.
"Aku ikhlas dengan dia.."
"Aku tahu..dan aku tak halang.." balas Sehun.
Jawapan itu agak mengejutkan Chanyeol. Kenapa pula Sehun tiba-tiba jadi baik sebegini? Ada udang disebalik batu kah?
"Boleh kau sayang Miyoung macam mana aku sayang dia?" pinta Sehun. Chanyeol ketawa terbahak-bahak. Dia turun dari katil dan mendekati Sehun.
"Kau ni dah demam ke? Tak payah pasang perangkap lah. Aku dengan Miyoung cuma berkawan je atas permintaan dia.." ujar Chanyeol.
Cuba tidak mengeruhkan keadaan. Dia malas mahu bertekak dengan Sehun sekarang.
"Aku serius, Yeol. Boleh tak?"
Chanyeol diam sejenak.
"Aku sayangkan dia bahkan lebih dari kau.."
"Tak aku sayang dia lagi banyak dari kau.."
"Kau yang suruh aku sayang dia sebanyak mana kau sayang dia kan?"
"Memang tapi kau kena kurangkan sikit dari aku sebab aku boyfriend dia."
"Anjing.."
"Aku nak kau lindungi Miyoung masa aku tak ada. Aku cuma boleh percayakan kau." ujar Sehun. Bahu Chanyeol disentuh setelah bertahun lamanya mereka bermusuh.
"Aku sentiasa jaga dia dari jauh Sehun. Dia cinta pertama aku.."
"Cinta pertama selalunya tak menjadi.."
"Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku kan?"
"Aku cakap benda betul okey? Tengoklah Seungwan tu. Dah mati dah dia."
"Sial kau. Orang dah mati kau cakap macam tu. Dia first love kau tak guna!"
"I know. Hehe."
Buat kali pertamanya Sehun dapat bermesra dengan Chanyeol. Dia ketawa saat melihat Chanyeol yang begitu bengang dengan dirinya.
"Aku nak bawa Miyoung pergi honeymoon." ujar Sehun. Chanyeol menyinsing lengan bajunya dan melipat kedua belah tangannya separas dada.
Dia bersandar pada hujung kerusi.
"Honeymoon? Kahwin pun belum."
"Aku pernah janji dengan dia nak bawa ronda-ronda satu Paris. Aku rasa macam munafik pulak kalau tak tepati janji tu.. Lagipun dia pernah mengandungkan anak aku kan? Aku rasa bersalah.."
Chanyeol merenung tajam kearah Sehun setelah mendengar ayat terakhir itu. Dia ketawa sinis.
"Ye. Kau ambil keperawanan dia semata-mata tak nak bagi orang lain miliki dia. Kenapa lah kau tak mati je haritu supaya aku boleh jaga dia." balas Chanyeol, kasar. Sehun tidak terasa walau sedikitpun. Dia memang lelaki tak guna.
"Aku ingatkan nak pergi untuk dua tiga tahun dan buat surprise bila anak aku dah besar. Lain pulak jadinya bila aku dengar Miyoung minta tolong dari aku. Maaflah sebab tak mati.." balas Sehun.
Chanyeol semakin geram. Lelaki tak guna ini sanggup gadaikan maruah Miyoung dan menganggapnya sebagai bahan lawak sahaja? Miyoung hampir mati kerana anak kecil tak guna itu hampir menyedut kesemua darahnya sebelum sempat melahirkan!
"Sial kau Oh Sehun. Kau ingat Miyoung tak kata apa-apa tu sebab dia tak peduli ke? Kau yakin dia tak pernah teringat pasal anak korang yang dah mati tu?! Kau ingat semua ni lawak ke?! Miyoung tu muda lagi! Masih mentah dan tak tahu menahu pasal dunia ni! Kau sebagai orang tua patut bimbing dia bukan rosakkan dia! Kau dah 500 tahun Sehun!!" marah Chanyeol.
Nafasnya naik turun. Dia tak terima bila Miyoung dihina sebegini.
"Aku tahu Yeol. Aku salah. Sebab tu aku nak tebus balik salah aku. Dan aku nak kau ikut kitorang sekali." kata Sehun, tenang.
Chanyeol semakin gila. Kenapa Sehun tak membalas kata-katanya? Kenapa Sehun tak mengamuk? Kenapa Sehun dah tak normal macam ni?!
"Kau ingat semua tu boleh diganti dengan duit ke?!"
Sehun menggeleng.
"Aku buat semua ni sebab aku tak nak dia teringat lagi pasal tu. Aku nak gantikan kenangan buruk tu dengan kenangan manis yang baru. Aku juga nak rapatkan hubungan dengan kerajaan Britain memandangkan Miyoung pun sebahagian daripada mereka.
Aku nak semua vampire berbaik dan dapat wujudkan persekitaran yang tenteram untuk Miyoung. Aku tak nak dia hidup dalam keadaan bahaya memandangkan nyawa aku sendiri pun tak terjamin.." terang Sehun.
Dia nampaknya sedang berfikir tentang masa depannya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk keselamatan Miyoung.
"Kalau itu demi keselamatan dia.. baik.. aku bersetuju.." ujar Chanyeol walaupun dia masih bengang dengan lelaki berhidung besar itu.
"Jangan risau. Aku akan kahwini dia cepat-cepat dan bagi Wendy pada kau.."
"Wendy?"
Chanyeol blur seketika.
"Tak ada apalah. Aku nak balik bilik dulu. Thanks Yeol.. Sayang kau"
"Geli lah bodoh.."
"Patutlah tak ada orang nak.. kasar.."
"Kurang ajar!"
"Oh ya.. Pasal amaran kau supaya tak mengandungkan Miyoung lagi haritu.. Aku rasa aku tak dapat nak penuhi. Maklumlah, aku mana pernah dengar cakap orang.."
"Tahu sangat kau tu. Dua kali lima je dengan si Jongin.."
"Pandai.."
'Alangkah baiknya kalau kita dapat berkawan macam dulu lagi kan?' - Sehun/Chanyeol.
...
Sehun terserempak dengan Sooyoung saat ingin bergerak ke bilik tidurnya. Wanita itu merenungnya dalam diam.
"Noona nak apa?" soal Sehun. Tidak selesa apabila ditenung sebegitu rupa oleh Sooyoung.
"Kamu masih nak bersama dia?" tanya Sooyoung.
"Dahlah kalau nak cakap pasal tu. Sehun tak ada mood."
"Noona nampak dia dengan Chanyeol pagi tadi. Nampak mesra. Kamu tak syak apa-apa ke?" Wanita itu sengaja mahu merobohkan rasa percaya Sehun pada Miyoung agar mereka berpisah.
Itu pun demi keselamatan Sehun.
"Dia dengan Chanyeol berkawan je.." ujar Sehun.
"Semuanya bermula dengan perkataan kawan Sehun.."
Sehun berdecit.
"Tapi Sehun dengan Miyoung tak. She used to be my pet and now we're here. A couple. Pet bukan kawan. Cukuplah nak hancurkan hubungan Hun dengan Miyoung. Dia dah pernah hampir melahirkan anak Hun, noona. Tak boleh ke terima hakikat yang dia tak bahayakan Hun langsung?"
"Degil.."
"Sama macam noona lah.."
Sehun dan Sooyoung bertentang mata. Bagaikan ada kilat yang saling sambar-menyambar diantara mereka. Tegang sekali keadaan disitu.
"Noona tak suka kamu ubah benda dalam rumah ni sesuka hati kamu. Noona tak terima! Noona nak kamu buang!" kata Sooyoung, memaksudkan katil bayi yang dibeli oleh Sehun tempoh hari.
"Lambat-laun, akan ada jugak budak kecil berlari-larian dalam rumah ni. Dan noona kena deal dengan benda tu.."
"What if itu bukan anak kamu sebaliknya anak Chanyeol? Kamu terima? Sanggup?"
"Kalau itu yang dah tertulis.. Hun relakan sahaja.. Tapi nampaknya tuhan berpihak pada Hun dan Miyoung.. Tak akan ada apa yang dapat memisahkan kami selain mati."
to be continued
nak promote..
alang2 tu bacalah ff Wnas04 TAJUK : SILENT DEATH : SECRET OF ALL
https://my.w.tt/7HgvfHyVp1
thank you 💓
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top