Part 51
"Arghhh!!!"
Miyoung menjerit dengan begitu nyaring saat melihat dirinya didalam cermin. Gigi taringnya sudah tumbuh sepenuhnya. Dia cemas. Rasanya begitu menggelikan saat gigi taring itu tersentuh dengan bibirnya.
Encik Kim yang mendengar jeritan anaknya segera naik ke tingkat atas sambil bersiap-sedia dengan pistol ditangannya. Pintu bilik Miyoung diketuk bertalu-talu kerana berkunci dari dalam.
"Miyoung! Anak ayah okey?" soal Encik Kim, risau.
Miyoung menyentuh gigi taring tersebut dengan perasaan yang berbahagi dua. Dia mendiamkan diri sebentar. Memikirkan alasan untuk membuatkan ayahnya beredar. Ayah pasti akan sangat terkejut kalau melihat dirinya dalam keadaan sekarang.
"A-Ayah. Miyoung okey!" jawab Miyoung.
Encik Kim berhenti daripada mengetuk pintu. Mujurlah dia tak sempat menerajang pintu tadi. Kalau tidak habis berdollar-dollar nak baiki pula.
"Habistu kenapa menjerit tadi?" tanyanya.
Miyoung menggaru kepalanya.
"Err. Ada lipas jatuh atas muka Miyoung tadi. Miyoung okey je ayah. Lipas tu dah mati," ujarnya. Dia mengubah nada suaranya agar kedengaran baik-baik sahaja.
Encik Kim menghembus nafas lega. Dia meninggalkan Miyoung dan kembali membuat sarapan.
Manakala Miyoung, dia bertindak terjun dari tingkat dua rumahnya dan berlari kearah mansion.
Mencari Chanyeol.
...
Pintu rumah agam yang sebesar alam itu diketuk olehnya. Kakinya bermain-main dengan pasir dibawahnya sementara menunggu seseorang untuk membukanya.
Sebaik sahaja pintu dibuka, tersembullah wajah Chanyeol disana. Kebetulan, dia memang perlu keluar sekarang untuk mengambil stok darah seperti yang telah dijadualkan. Alangkah terkejutnya saat melihat Miyoung yang kini berada dihadapannya.
"Miyoung?"
Miyoung menoleh. Dia terus mendapatkan Chanyeol sambil menutup mulutnya. Dia menarik Chanyeol dan bersembunyi ditempat yang tidak strategik daripada pandangan orang luar. Chanyeol bingung melihat kelakuan Miyoung sekarang.
"Wae?" soalnya. Miyoung perlahan-lahan menunjukkan gigi taringnya kepada Chanyeol. Kemudian lengan Chanyeol dipukul-pukul dengan gelabah sekali.
"Aku nak buat apa ni! Macam mana nak pergi sekolah?! Macam mana nak berdepan dengan ayah aku? Macam mana kalau jiran tengok? Aku nak menyorok kat mana!!" soal Miyoung, bertubi-tubi.
Chanyeol memegang bahu Miyoung dan menekup mulutnya agar diam.
"Bawak bertenang boleh tak?" pinta Chanyeol. Miyoung menggeleng.
"Gigi tu tak pelik pun.." ujar Chanyeol.
"Bagi kau memang lah! Tapi orang lain?"
Chanyeol melepaskan keluhan perlahan.
"Kau boleh sorok gigi tu--"
"Macam mana?!"
"Sabar boleh tak?"
Chanyeol menutup mulutnya dan mengerang sedikit. Tiba-tiba, gigi taringnya keluar. Sama persis seperti keadaan Miyoung sekarang.
"Look and learn.." ujar Chanyeol. Dia menutup mulutnya dan memejamkan matanya. Seketika, taringnya dimasukkan semula ke dalam gusi dan menjadi normal seperti manusia lain.
Miyoung memandangnya dengan pandangan yang begitu polos sekali. Mulutnya ternganga.
"Kau boleh masukkan taring balik?" soal Miyoung. Chanyeol menepuk dahinya. Kesal.
"Habistu selama ni kau ingat apa? Kitorang cabut gigi tu letak dalam air yang ada polident?" balasnya sinis. Miyoung tersengih malu.
"Nak buat macam mana? Ajarlah.." rayu Miyoung.
"Tenangkan fikiran dan fikir rupa yang kau nak..Tolak gigi kau dengan lidah keatas.. Cuba.." arah Chanyeol.
Miyoung cuba meniru perlakuan Chanyeol tadi tapi tidak berjaya. Dia hampa. Pipinya dikembungkan.
"Kau cemas lagi tu.. Apa kata kau ikut aku? Jalan-jalan?" ajaknya.
"Pergi mana?"
"Pasar vampire. Yang pernah kita pergi haritu.." ujarnya. Miyoung mengangguk mahu.
"Tapi Yeol.."
"Hm?"
"Aku lupa pakai kasut.." ujarnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Chanyeol merenungnya dari atas ke bawah. Dia terus mencangkung dihadapan gadis itu.
"Naik atas aku.." arahnya.
"Tapi.."
"Kau nak pergi ke tak? Nak ke balik dengan gigi macam tu?"
Miyoung menggeleng takut. Dia terus naik keatas Chanyeol dan digendong oleh lelaki itu kearah kereta mewah miliknya. Range Rover berwarna hitam didekati.
Dia meletakkan Miyoung ditempat duduk penumpang. Seterusnya, Chanyeol mengambil tisu basah yang berada dibahagian belakang keretanya.
Kaki Miyoung dipegang dan kotoran tanah dibersihkan. Miyoung sedikit terkesan dengan perlakuan Chanyeol kepadanya.
Dari tingkat atas, Sooyoung memerhati adegan tersebut.
Chanyeol turut mengambil jaketnya dan melindungi paha Miyoung yang sedikit terdedah. Tali pinggang keledar dipakaikan kepada gadis itu.
"Sehun ada kat dalam?" tanya Miyoung, risau. Dia mahu berjumpa dengan Sehun tapi entah kenapa sisi satu laginya berkata tidak perlu. Chanyeol acuh tidak acuh sahaja dengan pertanyaan itu.
"Kerja.." jawabnya, sepatah.
"Korang kerja apa sebenarnya ya? Aku tak pernah tahu pun.." soal Miyoung, tertanya-tanya. Pekerjaan apa yang sampai boleh buatkan mereka menjadi kaya sebegini?
"Kitorang tak pernah kerja dalam satu bidang. Siwon pernah jadi artitek, cendekiawan, novelis dan sekarang doktor ortopedik. Junmyeon pernah jadi ketua angkatan tentera zaman Joseon dan sekarang jadi penasihat doktor residen. Jongin tu bekas ahli astronomi. Kena pecat sebab dia lebih berminat jadi ahli biologi. Faham-faham jelah si byuntae tu. Sehun sekarang businessman untuk syarikat kitorang dekat bandar.." ujarnya.
Miyoung terangangguk-angguk seperti burung belatuk.
"Kau?"
"Aku?"
"Ya. Kau kerja apa sekarang?"
Chanyeol diam. Fokus pada pemanduannya sahaja.
"Jual dadah.."
"Hah?!"
Jeritan Miyoung sehingga menghentikan kenderaan Chanyeol. Telinga lelaki itu sakit mendengar jeritan nyaring Miyoung.
"Kenapa menjerit?!"
"Kenapa kau buat kerja haram tu! Kau tak takut masuk penjara ke?! Walaupun kau tu vampire tapi kau tetap tak boleh buat kerja jahat semua tu. Ingat nyawa kau tu murah ke? Janganlah buat macam ni lagi Yeol. Carilah kerja lain."
Mata Miyoung berair. Dia dapat membayangkan Chanyeol yang berada ditali gantung kerana ditangkap menyeludup dadah ke negara ini.
Chanyeol ketawa terbahak-bahak. Miyoung pula bingung. Lengan Chanyeol dipukul.
"Benda tak lawak lah!" marah Miyoung.
"Kau betul-betul percaya yang aku pengedar dadah ke?"
"Habistu?"
"Lahai. Polosnya kau ni.." ujar Chanyeol, perlahan.
"Oh. Jadi bukanlah ni?"
Chanyeol menggeleng.
"Aku bukan pengedar tapi.. penagih..."
"Hah?!"
Miyoung lebih terkejut. Sebab tu ke muka Chanyeol nampak macam orang tak waras setiap masa? Logik juga.
"Yeol--"
"Penagih cintamu..cia cia cia.."
Lengan Chanyeol dipukul lagi. Miyoung mengelap air matanya.
"Kau buat aku takut lah! Sampai hati.." Miyoung tersedu-sedan disitu. Chanyeol memuncungkan bibirnya seperti mengejek cara Miyoung menangis. Dia mengelap air mata Miyoung menggunakan hujung jarinya.
"Haih. Kau bayangkan aku kat tali gantung ke? Kalau ya, aku rasa bukan aku yang mati tapi polis tahu tak?" ujar Chanyeol. Dia ketawa kecil.
"Aku ni dah lah senang kena tipu. Janganlah usik macam tu lagi." pinta Miyoung. Chanyeol mengangguk faham. Kesian pula dia melihat sahabatnya itu.
"Yelah-yelah. Lain kali jangan cepat sangat percaya orang wahai adik manis. Ini kalau aku cakap aku astronaut pun agaknya kau percaya jugak.."
"Dah muka kau serius sangat.."
"Macam mana lah boleh ada orang suka kau. Malangnya.."
"Kau lah yang malang tu!"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top