Part 5
Miyoung mahu tergelak. Dia tidak tahu sama ada lelaki di hadapannya ini gila atau terlebih ambil dadah. Ada hati nak mengaku yang dia tu future husbandnya.
"Maaflah. Tapi saya rasa awak salah rumah. Saya ni bertunang pun belum. Ada teman lelaki lagilah tak—"
"Cool! Kau single jadi jom couple?" ajak Jongin tanpa segan-silu. Miyoung menolak badan Jongin jauh darinya. Dia berlari ke ruang tamu untuk menenangkan dirinya. Jongin mengekori dari belakang dengan senyuman yang menawannya.
"Jadi, dah buat keputusan?" soal Jongin sambil duduk bersenang-senang diatas sofa. Dia merenung Miyoung yang sedang cuba memproses perkara yang sedang berlaku. Comel. Baginya.
"Kai? Aku tak kenal kau. Tak tahu kau asal dari mana. Tak faham macam mana kau boleh selinap masuk ke dalam rumah aku sedangkan pintu dan tingkap semua berkunci. Lepastu kau datang ajak bercinta bagai. Kejap! Macam mana kau masuk?"
Miyoung menyoal. Jongin menjongketkan bahunya dan bertukar menjadi kelawar secara langsung di hadapan Miyoung. Dek kerana tak bersedia, pertukaran Jongin membuatkan Miyoung terkejut beruk.
"Arghhh!!!" Jeritan Miyoung, menyebabkan Jongin jatuh dan bertukar menjadi manusia semula. Dia menghampiri Miyoung dengan sepantas kilat lantas menekup mulutnya.
"Shhh!!! Relaks. Bawa bertenang. Apa yang kau nampak tadi tu akan jadi benda normal nanti. Aku datang sini cuma nak melawat kau. Tak seronoklah kau ni. Nak bergurau pun tak boleh," ujar Jongin lalu melepaskan Miyoung.
Tanpa disedari, Miyoung memukul bahu dan kepala Jongin dengan kuat kerana sebal dengan perangai lelaki itu.
"Bergurau pun agak-agaklah! Nasib kau ni vampire. Kalau tak dah lama aku bunuh!" marah Miyoung. Jongin terpesona. Dia ketawa saat melihat Miyoung marah.
"Woah?! Pertama kali ada manusia berani pukul aku. Aku dah agak kita ni destiny!" ujar lelaki itu dengan wajah yang tidak pernah dia tunjuk kepada sesiapa pun. Wajah seorang lelaki yang sudah jatuh cinta.
Miyoung menjauhinya sambil menjeling tajam.
"Aku faham. Kau mesti salah satu daripada vampire tu kan? Kalau macam tu, sila balik. Kau tak dialu-alukan di sini. Lagipun dah malam, aku mengantuk," ujar Miyoung. Dia mempersilakan Jongin untuk keluar.
"Nak aku dodoikan?" tawar Jongin. Mata Miyoung terbeliak.
"Tak mahu!"
"Apa? Mahu? Ha jom!"
Miyoung merentap tangan Jongin. Sudah gila ke apa lelaki ini? Main sergah macam tu je.
"Boleh tak kau balik? Tak elok malam-malam macam ni ada lelaki dekat rumah perempuan. Kalau ayah aku balik nanti—"
Kedengaran suara enjin kereta di hadapan rumah. Miyoung segera menuju ke tingkap dan menyelak kain langsir. Dia cemas. Encik Kim nampaknya sudah pulang dari bertugas.
"Eoteokhae?!" ujarnya kelam-kabut. Jongin segera menarik tangannya dan naik ke tingkat atas.
"Kau nak buat apa?" soal Miyoung, takut.
Mereka masuk ke dalam bilik tidurnya dan mengunci pintu. Selang beberapa saat selepas itu, kedengaran suara Encik Kim memanggil Miyoung. Pintu bilik cuba dibuka oleh Encik Kim.
Tok! Tok!
"Miyoung?" panggil Encik Kim. Miyoung yang sedar bersandar pada pintu bilik ditekup mulutnya agar diam.
Tombol pintu sekali lagi dipulas oleh ayahnya itu.
"Dah tidur ke? Takpelah."
Sunyi. Encik Kim nampaknya sudah beredar. Jongin melepaskan Miyoung dan menjauhi.
"Gila ke? Nasib tak tertangkap!" marah Miyoung. Jongin bingung. Bukan tadi dia tengah selamatkan Miyoung daripada tertangkap ke?
"Dah. Tadi kata nak tidur kan? Cepatlah baring..." arah Jongin. Miyoung terdiam. Entah kenapa ayat Jongin itu kedengaran agak byuntae baginya.
"Lelaki miang..." bisik Miyoung lalu naik keatas katil. Jongin memerhati sahaja gelagat Miyoung sambil duduk di tepi beranda. Lampu bilik ditutup.
"Kalau tak nak balik suka hatilah. Yang penting jangan kacau aku..." ujar Miyoung, dingin, walaupun dia sebenarnya takut. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya. 30 minit dia dalam posisi yang sama dan langsung tidak bergerak. Kantung matanya sudah terasa berat. Perlahan-lahan dia tertidur.
Sementara itu Jongin mengambil bantal yang berada di sebelah Miyoung dan meletakkannya diatas lantai. Dia berbaring di bawah sambil merenung siling. Matanya juga turut sama terkatup.
Dengkuran halus mulai kedengaran daripada Miyoung. Jongin kembali membuka matanya semula. Dia bangun dan meletakkan bantal tersebut disebelah Miyoung. Perlahan-lahan dia mengundur dan mendekati tingkap.
Badannya menjadi kelawar semula dan dia terbang pulang ke kediamannya. Sampai sahaja di sana, dia masuk ke biliknya dan berbaring di situ sambil tersenyum sendiri.
Belum pernah ada manusia yang seberani dan se-sporting ini apabila berhadapan dengan vampire. Selalunya, mereka bertindak lurus dan bodoh seperti rela sahaja untuk mati demi makhluk tidak bernyawa seperti mereka iaitu, vampire. Entah samaada manusia ini terlalu bodoh atau naif.
Mati di tangan vampire bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Mereka pemangsa. Mana ada ikan yang senang hati apabila dimakan seekor kucing.
Miyoung sedikit pun tidak takut dengannya tadi bahkan berani melawan. Menarik.
"Esok pemilihan untuk donor baru. Kita akan bertolak dalam pukul 6 pagi untuk ambil dia..."
Suara Sooyoung kedengaran jelas diluar bilik. Jongin bingkas bangun dan mengintai di sebalik pintu. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia pasti Sooyoung akan mengambil Miyoung sebagai salah seorang donor. Hari esok bakal menjadi hari yang paling menarik.
...
Masih ramai penduduk bandar berpusu-pusu menuju ke pejabat datuk bandar bagi mengisi kelayakan untuk menjadi penderma. Miyoung menatap kosong kearah lautan manusia yang tidak sedar akan berharganya nyawa mereka. Dalam hati, dia mengutuk perbuatan mereka.
Encik Kim pula diam semacam. Sejak dari pagi tadi, lelaki itu berkelakuan aneh. Dia mengejutkan anaknya dari tidur, memasakkan sarapan pagi bahkan menyiapkan air hangat untuk Miyoung gunakan saat mandi. Encik Kim lebih banyak menggunakan masa untuk merenung wajahnya daripada melakukan pekerjaan lain. Miyoung tidak banyak bertanya pula akan hal itu.
Mereka sampai di pejabat datuk bandar dan memarkirkan kereta di tempat parkir kereta. Encik Kim membuka dan menutup pintu kereta buat anak gadisnya itu. Tangannya dihulur untuk memegang erat tangan Miyoung.
"Ayah kenapa? Miyoung bukan budak kecil lagi lah," ujar Miyoung namun dia tetap mengulurkan tangannya.
"You're still my baby." Encik Kim menarik Miyoung ke dalam dakapan lantas mengucup dahi Miyoung, lama.
Sepertinya lelaki itu tidak sanggup untuk melepaskan anaknya itu. Miyoung membalas pelukan ayahnya dengan erat tanpa mengetahui nasib dirinya selepas ini.
"Jom?" ajak Encik Kim, walau hatinya tidak rela.
"Pergi mana?" soal Miyoung. Sangkanya ayahnya akan membenarkan dia berjalan-jalan di sekitar bandar sementara lelaki itu berkawal disekitar tempat mendaftar.
"Jumpa datuk bandar."
Hati Miyoung tidak tenang. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku. Matanya tertancap pada lelaki vampire yang sedang merenungnya dari tingkat dua. Dia kenal salah seorang lelaki itu.
Park Chanyeol.
Tangan Miyoung ditarik masuk ke dalam pejabat. Sebaik sahaja sampai dihadapan pejabat datuk bandar, mereka disapa dengan lima orang vampire.
Siwon, ketua keluarga Choi menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Encik Kim. Lelaki itu membisikkan sesuatu seperti berterima kasih kepada Encik Kim.
Miyoung pula berdiri di sebelah pintu bagai tunggul. Menunggu seseorang untuk memberi penerangan.
"Miyoung, mulai harini kamu akan menjadi donor utama kepada keluarga Choi." ujar Datuk Bandar. Mengejutkan Miyoung yang masih muda itu.
"Kenapa saya?!" marah Miyoung.
Kertas perjanjian dihulurkan kepada Miyoung. Terdapat tanda tangan ayahnya disitu. Miyoung merenung Encik Kim dengan perasaan berbelah-bahagi. Dia marah.
"Perjanjian telah termeterai. Setiap penduduk wajib melakukan apa sahaja yang vampire inginkan. Encik Kim juga sudah bersetuju," ujar Datuk Bandar. Miyoung ternganga. Tercengang mendengar bahawa dirinya sedang dijual oleh ayah sendiri dan dirinya ini tidak dibayar walau sesen pun! Maknanya dia tiada nilainya di mata mereka!
Ini satu penghinaan!
"Mulai harini, Kim Miyoung secara rasminya menjadi hak milik keluarga Choi. Kamu akan tinggal bersama kami sehinggalah bulan penuh tiba. Tugas kamu akan diterangkan nanti. Chanyeol, iringi dia ke rumah agam. Hati-hati!" arah Sooyoung. Siwon mengajak Encik Kim untuk duduk dan mula berbincang tentang sesuatu.
Sementara Chanyeol, lelaki bengis itu memberi isyarat agar Miyoung mengekorinya.
"Taknak! Ayah apa semua ni?!" amuk Miyoung. Dia cuba untuk mendapatkan Encik Kim namun dihalang oleh pengawal keselamatan Datuk Bandar. Miyoung meronta-ronta ingin dilepaskan namun kekuatannya tidak tersaing. Badannya diangkat sehingga terapung ke udara dek kerana kekuatan para pengawal itu.
"Miyoung, tolong jangan buat macam ni?" pujuk Encik Kim.
Miyoung menenangkan dirinya. Dia melepaskan pegangan para pengawal itu dengan kasar. Rahangnya menegang.
"Pergi sebelum dia mengamuk," seorang gadis vampire bermuka beku memberi arahan. Raut wajahnya menunjukkan yang dia tidak mahu Miyoung diapa-apakan oleh Chanyeol dek kerana kedegilan Miyoung.
Miyoung mengambil beg sandangnya yang sudah terjatuh diatas lantai itu dengan kasar. Terus dia mengekori Chanyeol tanpa banyak soal lagi.
"Sampai hati ayah. Mulai harini, Miyoung tak pernah ada ayah lagi. Kim Miyoung, hanyalah seorang anak yatim piatu."
to be continued..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top