Part 49
Miyoung kembali ke sekolah seperti biasa. Dia kerap kali ditanya oleh guru tentang ketidakhadirannya namun mereka semua berhenti saat melihat reaksi Miyoung yang agak tidak selesa. Ramai betul yang suka sibuk hal orang. Jagalah kain masing-masing.
"Miyoung.." panggil Taeyeon.
Miyoung yang sedang belajar itu mendehem sahaja. Taeyeon menggigit pennya.
"Nak tanya boleh tak?" soal Taeyeon. Dia tertanya-tanya sejak hari kejadian lagi. Dia teringin sangat nak tahu.
"Apa?" soal Miyoung.
"Sakit tak mengandung?"
Perpustakaan menjadi sunyi. Mata-mata memandang kearah mereka. Para pelajar terkejut kerana suara Taeyeon yang agak kuat itu. Dia meminta maaf dan menyorokkan wajahnya dengan buku. Manakala Miyoung, matanya terbuntang.
"Gila ke? Aku perut pun tak sempat buncit. Manalah aku tahu," jawab Miyoung, malu. Taeyeon kecewa. Dia ingatkan Miyoung dah sempat merasa.
"Ala. Tak tahulah ni?"
Miyoung menggeleng pantas.
"Kau kenapa nak tahu?" tanya Miyoung. Taeyeon tersengih.
"Saja nak tahu.. bukan teringin eh?"
"Yelah tu.."
Taeyeon mengemam bibirnya.
"Jomlah pergi makan. Aku lapar. Kau tak lapar ke?" ajak Taeyeon. Miyoung mengangguk kecil.
Dia segera mengemas buku-bukunya dan mereka bersama-sama menuju ke kafe. Sesampainya disana, Taeyeon memesan dua mangkuk jajjangmyeon untuk mereka.
Sedang mereka berselera menikmati makanan itu, telinga Miyoung tiba-tiba diserang rasa sakit. Dia menekan telinganya untuk mengurangkan rasa sakit itu.
Bunyi seseorang menjerit kesakitan kedengaran. Dari arah kanan mereka, seorang pelajar telah tercedera saat mengendalikan gunting. Jarinya luka sehingga menumpahkan darahnya.
Miyoung dapat melihat dengan jelas kesan luka itu. Dia kaku disana. Taeyeon pula bangun dan pergi menolong pelajar tersebut.
Manakala Miyoung, dia masih tidak bergerak. Air liurnya ditelan.
Miyoung perasan yang tekaknya terasa begitu dahaga sekali sejak semalam lagi. Dan ianya lebih menyakitkan sekarang. Dia sudah pun meneguk air untuk kesekian kalinya namun rasa dahaga itu masih tidak hilang. Tangannya sedikit menggeletar.
Dia berdiri dan ingin beredar dari sana. Namun aroma darah itu semakin menusuk hidungnya. Kebetulan pada waktu itu, Taeyeon sedang menekan luka tersebut untuk menghentikan pendarahan.
Miyoung berpaut pada meja bagi menghalang dirinya daripada terjatuh. Dia menjadi lemah.
Baru sahaja dia ingin terjatuh, Chanyeol yang datang entah dari mana terus memegangnya. Miyoung merenung lelaki itu, keliru.
"Kaja. Kita pergi," ajak Chanyeol. Dia menarik bahu Miyoung dan membawanya pergi jauh dari sana. Matanya merenung kearah pelajar itu. Terus dia menggeleng kecil untuk menghilangkan keinginannya untuk merasai darah itu.
Chanyeol membuka pintu kereta dan menolong Miyoung untuk masuk. Miyoung hampir hilang kawalan.
Badannya berasa terseksa. Tekaknya kering. Dia meneguk air mineral yang berada dibawah kerusi kereta namun masih tidak memadai. Chanyeol menahan Miyoung daripada merosakkan barangan mahal didalam keretanya itu.
Dia memandu keluar dari sekolah dan membawa Miyoung ke bukit dibelakang sekolah. Gadis itu tidak tenang berada didalam kereta. Dia bergerak ke kiri dan kanan namun kedudukannya masih tidak selesa.
Lehernya disentuh. Dia cuba untuk mencekik diri sendiri kerana tidak tahan dengan seksaan itu.
Chanyeol memandu memasuki hutan sehinggalah sampai disuatu tempat dan segera memberhentikan keretanya. Dia menghentikan perbuatan Miyoung kerana takut gadis itu mencederakan dirinya sendiri.
"Kenapa dengan aku ni Yeol?" soal Miyoung, takut. Dia memukul dirinya sendiri berkali-kali.
Chanyeol memegang kedua belah tangannya dan merenungnya tajam.
"Bawak bertenang. Ini cuma fasa kecil je.." arah Chanyeol. Dia memegang wajah Miyoung dan menghalakannya kearah bukit. Kelihatan seekor rusa yang sedang meragut daun disana.
Air liurnya ditelan lagi. Miyoung memandang semula kearah Chanyeol.
"Kenapa aku rasa..macam ni?" soalnya lagi. Chanyeol membuka pintu kereta dan menarik Miyoung keluar.
Rasa dahaga itu semakin menjadi-jadi.
Chanyeol melepaskan tangan Miyoung dan pergi menyerang rusa tersebut. Dengan sekali gigitan, rusa itu tumbang ke tanah. Miyoung terkejut. Chanyeol mengangkat badan rusa tersebut dan membawanya kepada Miyoung.
"Rasalah.." arah Chanyeol.
Miyoung menggeleng. Dia masih ragu-ragu.
Chanyeol menarik Miyoung dan mengarahkan dia untuk melutut. Badan rusa itu dirobek dengan ganas sekali.
"Selagi kau tak rasa selagi tu kau akan terseksa.." ujar Chanyeol. Miyoung merenung darah yang sedang mengalir dari badan rusa tersebut.
Perlahan-lahan, Miyoung tunduk dan mula menghisap darah haiwan itu dengan rakusnya. Anehnya, rasa darah itu begitu manis bagi Miyoung. Dia berhenti dan memandang kearah Chanyeol.
Chanyeol menunjukkan isyarat agar dia menghabiskan sahaja kesemuanya. Dengan pantas, Miyoung menyambung semula menghirup darah.
Tak lama kemudian, dia berhenti setelah kenyang. Miyoung sendawa dengan begitu kuat sehingga membuatkan Chanyeol ketawa.
Sebaik sahaja sedar yang dia telah membaham seekor rusa sendirian, Miyoung menjauhi bangkai itu. Dia jadi kelu.
Apa yang berlaku pada dirinya sekarang ini?
Chanyeol membawa Miyoung pergi ke sungai yang berdekatan.
Dia membantu membersihkan darah pada mulut Miyoung.
"Comot betul.." ujar Chanyeol kerana darah milik haiwan itu mengotori mulut dan leher Miyoung. Bajunya juga agak kotor sekarang.
"Aku dah kenapa ni? Kenapa aku minum darah haiwan? Kenapa aku macam korang?!" soal Miyoung, takut.
Chanyeol cuba untuk menenangkan Miyoung.
"Ini side effect lepas kena gigit dengan vampire je. Kau akan rasa biasa je lepasni," jawab Chanyeol.
Kening Miyoung hampir bertaut.
"Kena gigit.. dengan vampire?"
Chanyeol mengangguk.
"Kau ingat kan waktu Taehyung culik kau haritu?" tanya Chanyeol. Miyoung mengangguk.
"Kau hampir mati sebab hilang banyak sangat darah. Untuk selamatkan kau, Sehun terpaksa jadikan kau separuh vampire, Miyoung. Dan apa yang kau buat tadi tu, sebahagian dari apa yang vampire biasa lakukan," jelas Chanyeol.
"Vam-Vampire??"
Miyoung merenung dirinya melalui pantulan air sungai.
"Tapi..kenapa?"
"Kau boleh mati kalau Sehun tak selamatkan kau haritu. Mujurlah, darah Sehun ngam dengan darah kau. Sebab tu kau boleh hidup sampai sekarang.."
Miyoung diam. Dia masih terkejut dengan apa yang sedang terjadi.
"Jadi, aku boleh buat apa yang korang semua boleh buat?" tanya Miyoung. Chanyeol mengangguk.
Tak semena-mena, dada Chanyeol ditumbuk kuat oleh Miyoung. Namun lain yang diinginkan, lain yang terjadi. Miyoung sendiri yang menjerit kesakitan. Chanyeol menarik tangan gadis itu dan meniupnya untuk mengurangkan rasa sakit.
"Apa yang kau cuba buat ni Miyoung?" marah Chanyeol. Tangan gadis itu diusap lembut.
"Kata aku boleh buat semua yang korang boleh buat. Kenapa aku tak kuat lagi?" soal Miyoung. Chanyeol menjentik dahi gadis itu.
"Kau tu baru alami fasa kecil bukan sepenuhnya vampire lagi. Lagipun kau tu separuh manusia separuh vampire. Dungu," bebel Chanyeol. Dia merendam jarinya didalam air sungai dan mengelap bibir Miyoung yang masih tersisa darah haiwan.
Saat tangannya menyentuh bibir gadis itu, dia berhenti. Dia merenung bibir merah ranum milik Miyoung dengan begitu lama.
Sedar perbuatannya yang salah, Chanyeol terus melarikan tangannya. Dia pura-pura batuk untuk menghilangkan rasa gugup.
"Jom aku bawa kau balik ke sekolah. Tak habis lagi kan?" ajak Chanyeol. Miyoung mengangguk.
Dia mengekori Chanyeol dari belakang.
"Tapi kenapa telinga aku tiba-tiba sakit sebelum budak tu cedera?" tanya Miyoung, lagi.
"Kau dah ada spiderman sense la tu. Kau akan dapat amaran lebih awal lagi sebelum apa-apa kemalangan berlaku. Itu hal biasa. Setengah vampire ada kelebihan tu," jawab Chanyeol.
"Oo. Sehun pun ada?"
Chanyeol membuka pintu kereta untuknya.
"Kalau dia ada, kenapa aku yang ada depan kau ni.." balasnya, menyampah dengan Sehun.
Kepala Miyoung ditolak masuk ke dalam kereta.
"Jadi kita sama lah? Kuasa kita sama?" tanya Miyoung lagi.
"Sayang rasa?" balas Chanyeol, malas nak melayan Miyoung.
Miyoung mencebik.
"Sama.."
"Habistu? Dah tahu jawapannya tanya lagi.."
"Janganlah marah.."
"Takdelah. Tak marah. Geram je.. Nak je cubit-cubit pipi gebu tu. Nasib bukan girlfriend aku kalau tidak dah lama aku baham," ujar Chanyeol, tidak berlapik langsung. Dada Chanyeol ditumbuk kuat namun hasilnya tetap sama, Miyoung yang sakit.
"Aaa!! Kau la ni.. Sakit tangan aku.." marah Miyoung. Chanyeol ketawa.
"Kau yang mengada-ngada. Sini tangan tu."
Chanyeol menarik tangan Miyoung dan menciumnya.
"Orang kata kalau cium tempat sakit, nanti cepat sembuh. Lain kali jangan pukul vampire sesuka hati ya?" nasihat Chanyeol. Tangan Miyoung digenggam olehnya.
Miyoung teringat akan kata-kata Sehun dulu. Sama macam apa yang Chanyeol katakan. Mungkin memang betul yang mereka berdua pernah berbaik suatu ketika dahulu. Tapi apa sebabnya mereka bergaduh?
"Tapi kenapa kau tak marah ye Miyoung? Semua orang dekat mansion ramal yang kau akan mengamuk lepas tahu kau jadi vampire tanpa persetujuan kau sendiri.." soal Chanyeol.
Miyoung menjongket bahunya.
"Entahlah. Aku tak rasa nak marah pun. Aku rasa.. biasa je.. nak kata gembira tak. marah pun tak.." balas Miyoung. Dia membiarkan sahaja Chanyeol bermain-main dengan tangannya.
Dianggapnya itu hanyalah layanan seorang sahabat sahaja. Lagipun dia mana pernah ada kawan lelaki sebelum ni. Mungkin macam ni lah kot lelaki layan kawan perempuan mereka kan?
"Petang ni aku hantar kau balik. Tunggu tau?"
"Eung."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top