Part 48


"Tahu pun jalan balik," sindir Sooyoung sebaik Sehun pulang sahaja ke mansion. Mereka sedang bersarapan bersama diruang makan.

Sehun menjelingnya. Dia tidak menghiraukan mereka.

"Sehun mari makan sekali.." ajak Siwon, mesra. Sehun tidak mempedulikan ajakan itu dan terus naik ke biliknya dengan lif.

Sooyoung menayangkan wajah tidak berpuas hati. Dia geram melihat Sehun yang kurang ajar dengan suaminya itu. Seulgi segera bangun untuk bercakap dengan abang bukan kandungnya itu.

"Biar Seul cakap.." ujar Seulgi dan meminta diri untuk pergi. Dia menunggu lif yang seterusnya untuk naik.

Beberapa saat kemudian, dia tiba di bilik Sehun. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Nasib baiklah Sehun benarkan dia untuk masuk.

Dia menyapa Sehun yang sedang mengemas biliknya. Cadar katil dibuka dan dibuang ke dalam bakul baju kotor. Seulgi pelik melihat perbuatan Sehun itu. Kenapa tak biarkan hamba yang buat? Kenapa nak kotorkan tangan buat sendiri?

"Oppa rajin semacam ni kenapa?" soal Seulgi. Dia duduk dikerusi berdekatan meja solek sambil merenung Sehun.

"Aku nak hias balik bilik ni " balas Sehun. Kening Seulgi terjongket.

Buang tabiat apa pulak ni nak hias bilik? Tak pernah-pernah Oh Sehun berkelakuan sebegini.

"Hias buat apa?" tanya Seulgi, lagi. Sehun menoleh dan melempar cadar bantal kearahnya.

"Miyoung nak pindah masuk sini. Dahlah keluar! Sibuk je," marah Sehun. Dia nak buat kerja pun tak senang. Seulgi mencebik.

"Bila?" soalnya lagi.

"Nanti.."

"Yelah nanti tu bila?"

"Yang kau sibuk kenapa? Miyoung tu girlfriend aku ke girlfriend kau ni?" Sehun bercekak pinggang.

"Hek eleh nak tahu pun tak boleh. By the way Miyoung dah tahu ke pasal yang dia tu vampire sekarang?" soal Seulgi. Sehun menggeleng.

Dia mengatur sudut katil yang dia mahukan didalam fikirannya tanpa terganggu pun oleh pertanyaan Seulgi.

"Nantilah bagitahu. Bila dia dah bersedia," jawab Sehun.

Seulgi mengeluh perlahan. Dia dah agak Sehun tak berani untuk beritahu Miyoung. Mesti dia takut dimarahi oleh Miyoung.

Untuk pengetahuan, bila manusia digigit oleh vampire, mereka tidak akan berubah menjadi spesis itu dalam sekelip mata kerana ianya semuanya memerlukan masa. Bergantung pada ketahanan badan seseorang manusia itu juga. Mereka akan mengalami beberapa proses yang menyakitkan sebelum menjadi vampire seratus-peratus.

Dalam beberapa kes, ada yang sampai tidak dapat mengawal diri dan terbunuh namun kebanyakkannya selamat.

"Jangan sampai orang lain yang bagitahu Miyoung dulu sebelum oppa," nasihat Seulgi.

Dia cuma tak mahu Sehun menyesal sahaja.

Sehun tidak menghiraukan kata-kata Seulgi. Dia tak suka dengar arahan orang selain Miyoung. Dia punya haluannya sendiri dan dia lebih pakar daripada Seulgi. Jadi jangan nak ajar-ajar dia.

"Suruh hamba buang katil dalam bilik sana dan gantikan dengan katil yang lebih kecil," arah Sehun.

"Kenapa nak buang? Katil tu baru je beli tahun ni lah.." rungut Seulgi. Dia tak sukalah bila membazir macam ni.

Walaupun mereka kaya, tapi amalan membazir itu sepatutnya tidak diamalkan. Banyak lagi orang yang tidak bertuah yang memerlukan keperluan itu dalam kehidupan seharian mereka.

"Habistu aku nak letak anak aku dekat mana nanti? Jamban?"

Seulgi ternganga. Matanya bercahaya. Senyumannya terukir. Dia bangun dan menerpa Sehun.

Tangan Sehun digoyang-goyang dengan begitu kuat.

"Oppa serius?! Oppa nak bagi anak sedara untuk Seul? Baby boy ke baby girl?!" soalnya, bersemangat.

Memandangkan anak saudara sulungnya telah mati dalam cara yang tragik, dia mahu memberikan sepenuh perhatian pada anak saudara keduanya ini.

"Suka hatilah asalkan dia tak alih perhatian Miyoung dari aku je.." balas Sehun.

Seulgi tergelak kecil. Abang tak guna. Dengan anak sendiri pun nak cemburu.

"Okey! Tapi pastikan budak tu comel ya? Ahh!! Pastikan muka dia macam Seul eh?"

Sehun menunjal kepada Seulgi.

"Muka kau buat apa?! Muka aku dengan Miyoung lah! Aku tak nak anak hodoh!"

"Kyahh!? Aku comellah!"

"Comel macam biawak komodo.."

...

Chanyeol merenung dinding kosong dihadapannya. Dia diam. Kata-kata Miyoung masih terngiang-ngiang didalam kepalanya. Dia tersenyum sinis.

Kawan?

Semudah itu?

Dia membuka laci meja dan mengambil gambar-gambar Miyoung yang diambil secara sembunyi. Wajah gadis itu disentuh.

"One day.. you'll be mine.."

"Chanyeol oppa!!!"

Seulgi menerjah masuk ke dalam bilik Chanyeol tanpa meminta izin. Dia duduk bersila diatas katil Chanyeol tanpa membuka pun kasutnya. Cepat-cepat Chanyeol menyembunyikan gambar tersebut.

"Nak apa?" soal Chanyeol.

Pelik dia melihat Seulgi yang asyik tersenyum bagaikan kerang busuk. Dia memanggil Chanyeol agar duduk disebelahnya. Chanyeol tidak mempedulikannya dan hanya menunggu sahaja jawapannya. Membuatkan Seulgi berasa jengkel.

"Nak tahu ke tak ni?" soal Seulgi.

"Cakap jelah.." balas Chanyeol. Seulgi mencebik.

"Miyoung nak pindah sini.." ujar Seulgi.

Chanyeol tidak menunjukkan respon yang melebih-lebih. Dia tetap tenang.

"Bila?"

Seulgi menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

"Entah. Oh ya nanti kita dapat sambut anak saudara baru. Sehun oppa tengah renovate bilik dia tu sekarang. Tak sabarnya!!" jerit Seulgi dan membaringkan dirinya diatas katil bersaiz King itu.

Wajah Chanyeol berkerut, marah.

"Anak?" soalnya, tidak berpuas hati. Seulgi mengangguk.

"Dia baru je gugur beberapa hari lepas dan dia nak buat Miyoung mengandung lagi?!" Marah Chanyeol. Seulgi terkejut mendengar jerkahan itu.

"Sabarlah. Miyoung kan akan jadi vampire. Kuranglah sikit sakitnya tu kan?" balas Seulgi, tenang.

Chanyeol berdiri.

"She's not fully vampire yet! Dia vampire ke manusia ke, tak boleh seksa dia macam tu! Pregnant tu bukan benda yang boleh dibawak main!" bebel Chanyeol.

Dia perlu berjumpa dengan Sehun. Peduli apa dia kalau Sehun pernah melarangnya untuk ambil kisah tentang dia dan Miyoung. Yang dia tahu, Miyoung perlu selamat dan tidak disakiti oleh sesiapa pun.

"Siapa yang cakap main-main? At least rumah ni ceria ada bayi kan?" ujar Seulgi. Chanyeol frust.

"Be able to make babies, tak menjanjikan yang terbaik. Tak semua orang ditakdirkan untuk jadi ibu bapa Seulgi. Lagi-lagi kalau bayi tu bukan bayi normal."

"Oppa assumed yang budak tu akan jadi pemusnah kita lagi ke? Itu lagenda jelah."

"Kalau dulu Miyoung tu fully human, jadi tak ada apa yang kita perlu risau sangat. Tapi sekarang ni dia akan jadi half-vampire. Kita tak tahu apa yang diorang boleh hasilkan! Im going to stop them no matter what happened!" tekad Chanyeol.

Seulgi bangun dan duduk dihujung katil. Dia merenung abang tirinya itu.

"You're jealous right?" soal Seulgi. Matanya disepetkan. Chanyeol berkerut.

"Apa?"

"Betullah oppa jealous. Bila oppa nak sedar yang Miyoung takkan pernah jadi milik oppa? She's belong to Sehun. Semua orang tahu tu.." sambung Seulgi lagi. Dia pergi berdiri disebelah Chanyeol dan memegang bahunya.

"Cukuplah kejarkan orang yang tak mungkin jadi milik oppa. Tak berbaloi."

Chanyeol menolak tangan Seulgi dari menyentuh bahunya. Tajam matanya merenung gadis itu.

"Mind your own business.." arah Chanyeol. Dia terus keluar dari biliknya. Seulgi segera mengejarnya.

"It's not worth it!!"

"I dont even care!!"

"Degilnya!!"

"Just like you.."

Chanyeol berlalu pergi melalui lif. Meninggalkan Seulgi bersendirian. Hampa.

"Gaduh lagi?" soal seseorang. Seulgi terkejut. Dia menoleh ke sebelahnya. Kris rupanya.

"Kris ge. Macam biasa lah. Si keras kepala tu.." jawab Seulgi. Kris ketawa kecil sambil memakan aiskrim berperisa darahnya.

"Seulgi. Manusia tu ada darah yang semua orang teringin nak rasa. Siapa je yang tak gila? Kalau semua benda sedap asyik Sehun je yang dapat, orang akan sanggup lakukan apa sahaja untuk rampasnya." ujar Kris.

Seulgi mencebik.

"Ge pun ke?"

Kris menggeleng.

"Dulu pernah. Tapi sekarang tak. Dia tak menarik. Tak seronok nak main-main dengan dia," jawab Kris, sinis. Seulgi menumbuk lengan Kris dengan kuat.

"Dasar playboy."

Kris ketawa.

"You know me well." balas Kris dengan senyuman menggodanya. Memang f*ckboy betul.

"Lelaki..."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top