Part 47
Beberapa hari berlalu, Encik Kim menjenguk ke dalam bilik tidur Miyoung. Kelihatan Sehun dan anaknya yang sedang tidur berduaan setelah pulang dari hospital. Sejak Miyoung tersedar dari koma singkatnya itu, anaknya tak pernah berenggang dengan Sehun.
Pandang muka dia pun Miyoung tak nak. Nak tengok Sehun je. Makan pun nak bersuap. Mandi? Kau jangan macam-macam ya. Ada juga yang kena tendang keluar, didaftar masuk rumah anak yatim atau merempat tepi lorong sampai Ustaz Adam versi Korea datang.
Oh ya, tidur pula nak kena tolong dodoikan. Macam budak-budak.
Takkan lah penangan bayi masih terasa lagi? Ke mengandung lagi? Kau jangan anakku. Lama-lama jadi yatim piatu betul-betul kau.
"Uncle janganlah terasa. Biasalah ibu mengandung. Hormon mereng sikit.." bisik Taeyeon. Seolah-olah dia pakar pula.
Encik Kim menjelingnya.
"Banyaklah kau. Macamlah pernah mengandung.." marah Encik Kim.
"Bukan saya.. Tapi jiran saya hehe. Tapi itu biasalah. Orang dilamun cinta ni memang tak boleh kalau tak tengok pasangan masing-masing tau? Mabuk cinta gitu..Ni mesti zaman muda tak pernah rasa.." celah Taeyeon lagi. Serupa berpengalaman lagi.
"Konon lah kau. Macamlah pernah.."
"Ehh uncle salah. Kali ni bukan jiran saya tapi makcik saya.. Hehe.."
Encik Kim hampir meluku kepala Taeyeon. Bengang pula dia bercakap dengan gadis itu.
"Ala uncle biar jelah diorang. Tahun depan dah boleh kahwin tu. Tengok gaya macam ada anak sebelum kahwin je. Ehh tapi memang hampir ada pun.. Hm..Uncle redho jelah. Dapat cucu awal sebelum mati lagi bagus kan? At least sempat timang-timang dia. Ciku cak ciku cak.."
Encik Kim mengangkat tangannya untuk memulas telinga Taeyeon namun gadis itu cepat-cepat melarikan diri. Dia ketawa mengekek kerana berjaya mengenakan ayah Miyoung itu.
Lelaki tua itu bercekak pinggang.
"Kau ni nasib baik kawan anak aku je! Ada ke patut doa aku mati awal! Jangan makan nasi kat sini dah!" jerit Encik Kim.
"Uncle kedekut! Gurau pun tak boleh! Muka merah-merah garang nak cendol lah tu," balas Taeyeon.
"Budak ni!!"
"Ampun uncle ampun!! Taeyeon kan tak ada ayah janganlah garang sangat.. Nak manja-manja je.."
"Banyaklah kau! Anak mana je doa bapak dia mati awal?!"
"Ada.. Anak tiri! Contohnya Taeyeon ni hah pada uncle hahahahaha.."
Sehun tersedar dari tidurnya. Dia menjenguk kearah pintu yang sedikit terbuka. Dengan kuasa telekinesis dia menutupnya dan mengunci dari dalam.
Miyoung ditarik ke dalam pelukan dan dia menyambung tidurnya semula. Nampaknya, kuasa hipnosis Miyoung semakin kuat sehingga mempengaruhi dirinya juga.
"Bising.." omel Sehun perlahan.
...
"Balik mansion?"
Miyoung mengeluh perlahan. Dia yang tadinya sedang menyikat rambutnya berhenti sebentar. Sehun yang berada dihujung katil itu dipandang.
"Bagilah ayah habiskan masa dengan kita dulu. Kesian dia sorang-sorang," pinta Miyoung. Sehun mencebik.
"Sehun..." rayu Miyoung lagi.
"Okay-okay fine."
Miyoung tersenyum. Sehun ni kalau dah suka dengan sesuatu agaknya dia memang tak boleh lepaskan benda tu agaknya. Over protective tapi Miyoung suka.
Mereka turun ke bawah untuk makan bersama-sama dengan Encik Kim. Lelaki itu sudah menyediakan makanan kegemaran Miyoung.
Dia menyambut Miyoung dengan begitu mesra dan merampas anaknya itu daripada Sehun. Sehun mencebik. Cemburu.
Encik Kim sengaja duduk disebelah Miyoung dan membiarkan Sehun duduk dihadapan mereka. Dia menyuap anaknya itu dan tidak mempedulikan bakal menantunya itu. Sehun mengepal tangannya.
Dia badmood. Tak suka bila Miyoung tidak menghiraukannya. Miyoung yang perasan akan hal itu segera menghulurkan makanan kepada Sehun kerana kasihan. Baru sahaja Sehun mahu bercakap dengan Miyoung, Encik Kim terus memotong.
Nampaknya, akan berlaku peperangan didalam rumah itu. Encik Kim dan Sehun beradu mata.
"Nanti Miyoung masuk sekolah balik ya? Sikit lagi kamu nak graduate.." pinta Encik Kim.
Miyoung baru teringat yang dia masih bersekolah. Dalam beberapa bulan lagi dia bakal tamat pengajian disana bersama Taeyeon.
"Ayah dah belikan meja belajar baru untuk kamu. Nanti bolehlah kamu belajar dengan selesa. Nanti ayah beli kerusi urut letak dalam bilik tu supaya kamu tak lenguh badan," sambung lelaki itu.
Miyoung jadi serba-salah. Dia tidak memaklumkan lagi kepada ayahnya yang dia mahu berpindah keluar dari rumah itu. Sehun diam.
Dia tahu yang Miyoung mungkin tidak dibolehkan untuk ke mansion buat masa sekarang.
Miyoung memegang tangan ayahnya.
"Cancel lah ayah. Miyoung dah cukup selesa dengan apa yang ada. Tak payahlah," pinta Miyoung. Encik Kim menggeleng tidak mahu.
"Ayah dah beli dah pun. Takkan nak pulangkan balik? Buat malu je," jawab lelaki itu. Miyoung meraung dalam hati.
Kenapalah susah sangat untuk mereka bersama?
"Sehun kamu tak kerja ke? Lama dah kamu duduk sini?" soal Encik Kim.
Miyoung juga baru perasan akan hal itu. Dulu Sehun selalu hilang kerana urusan kerja katanya. Tapi sekarang nampak macam sudah menganggur pun ada.
"Kerja.."
"Habistu kenapa tak pergi? Nak anak aku kau kena kerja. Tak boleh goyang kaki. Kau nak bagi anak aku makan apa? Pasir?"
'Emas pun aku boleh bagi dia makan lah.. Setakat emas, jadikan untuk lap meja pun boleh..' Umpat Sehun dalam hati. Anjir.
"Harta tu kena ada. Tak boleh cukup-cukup makan. Aku tak nak anak aku tak cukup itu ini nanti. Jaga perempuan kena elok-elok."
'Benda tu ibarat tahi gigi untuk aku. Aku bagi harta aku pada separuh manusia dalam dunia ni pun, aku tak akan jatuh miskin la..' Monolog Sehun lagi.
"Ya..tahu.." balas Sehun, perlahan.
"Dah tu buat apa lagi? Pergi lah kerja," arah Encik Kim.
Seolah-olah sengaja menghalau lelaki itu. Sehun bangun dan meminta diri untuk beredar walaupun dia tidak mahu. Hatinya meronta-ronta mengarahkan dia untuk tetap duduk disana tetapi kakinya bergerak secara automatik.
Miyoung memandang Sehun dengan wajah kasihan. Dia terus merenung tajam ayahnya.
"Ayah tu kenapa tak pakai uniform lagi!" marah Miyoung. Encik Kim tersedak.
"Nak—Nak pergi lah ni.." ujarnya, takut. Dia terus berlari naik ke biliknya untuk bersiap.
Manakala Miyoung, dia pergi mengejar Sehun. Nasib baiklah Sehun belum lagi sempat masuk ke dalam keretanya. Dia menarik tangan Sehun.
"Nanti datang lagi ya?" pinta Miyoung. Sehun tunduk.
"Kalau orang tu benarkan.." balas Sehun.
Miyoung menjeling sekilas kearah bilik ayahnya. Dia mengeluh perlahan.
"Itu kan ayah aku. Janganlah cemburu macam tu. Walau apa pun berlaku, aku tetap sayang kau 3000. Kim Miyoung sayang Oh Sehun lebih dari segala-galanya.." Pujuk Miyoung.
Sehun buat muka.
"Cepatlah graduate. Aku nak tukar nama kau jadi Oh Miyoung secepat mungkin. Lepastu kita pindah dari sini. Okey? Kita duduk dekat pulau yang tak ada siapa-siapa pun dekat sana.." Ujar Sehun. Dia kelihatan bersungguh-sungguh.
Miyoung tersenyum seraya mengangguk.
"Aku tak main-main ni. Oh Miyoung dan Oh Sehun. Cantikkan tu? Sesuai. Macam pisang dibelah dua,"
"Dasar angkat bakul sendiri. Patutnya orang lain yang puji kita bukannya kita sendiri. Dan pinang lah bukan pisang! Mana kau belajar ni? Macam-macam lah kau ni Sehun. Pisang buat apa?" Miyoung ketawa.
"Takpe yang penting kita memang serasi. Asalkan kau gembira sebab aku itu pun dah cukup. Jangan ketawa sebab orang tu," Ujar Sehun dan memaksudkan Encik Kim.
Miyoung mengangguk lagi.
"Yelah Oh Sehun si kuat cemburu.."
"Cemburu sebab sayang Oh Miyoung je.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top