Part 46

Sehun duduk diluar bilik rawatan sambil menunggu doktor untuk memeriksa Miyoung. Dia masih lagi tidak sedarkan diri sejak kejadian tempoh hari. Sehun khawatir dengan keadaan Miyoung.

Saat itu, Encik Kim tiba. Dia berdiri dihadapan Sehun dan merenungnya dengan wajah bengis. Sehun turut sama bangun dan menunduk hormat. Dia rela ditumbuk atau diapa-apakan oleh ayah kepada gadis yang dia cintai itu kerana kesalahannya.

Encik Kim diberitahu bahawa Miyoung mengalami kemalangan dengan kereta. Dia tidak dimaklumkan akan cerita sebenar kerana risau lelaki itu tidak akan membenarkan Sehun untuk bertemu Miyoung lagi kecuali satu hal.

"Jadi, kamu lah Oh Sehun ya.." ujar Encik Kim, serius. Sehun mengangguk.

"Kamu lah yang dah mengandungkan anak saya dan tinggalkan dia macam tu je ye sampaikan dia jatuh sakit.." sambung polis itu. Sehun mengangguk lagi.

"Ya tuan.." jawabnya, takut-takut. Air liurnya ditelan. Dia bersedia untuk dipukul oleh lelaki itu.

Encik Kim mengangkat tangannya untuk memukul Sehun namun dia membatalkan hasratnya. Badan Sehun ditarik dan dipeluk.

"Terima kasih sebab kembali dan selamatkan anak aku. Walaupun kau dah nodai dia tanpa pengetahuan aku, sekurang-kurangnya kau tak lepaskan tanggungjawab tu. Walaupun pernah lari haritu.." Ujar Encik Kim. Belakang Sehun ditepuk dengan kuat.

Sehun agak terkejut kerana Encik Kim tidak memarahinya langsung.

"Tapi, kalau kau tinggalkan anak aku sekali lagi, siap sedia untuk terima pukulan aku. Kalau kau buat anak aku menangis lagi, jumpa kau dalam court. Pontianak tak pontianak, mati kau aku kerjakan." Encik Kim memberi amaran.

Sehun tersenyum. Dia membalas pelukan Encik Kim. Nampaknya orang tua itu sudah pun merestui hubungannya dengan Miyoung.

"Terima kasih ayah. Terima kasih!" Ujar Sehun.

"Hoi! Jangan panggil aku ayah selagi kau tak kahwin dengan anak aku!!" marah Encik Kim.

"Maaf ayah.. Ehh tuan.."

Mereka ketawa.

Nampaknya, Sehun sudah mendapat green light dari bakal ayah mertuanya. Tinggal anaknya sahaja yang perlu dipujuk.

...


Berjam-jam berlalu. Miyoung bangun juga setelah koma selama beberapa hari. Sel-sel badannya mengalami mutasi dan menjadi semakin kuat. Dia juga kelihatan lebih berisi.

Saat matanya terbuka, orang pertama yang dilihatnya adalah Sehun. Secara automatik, dia bangun dan terus menumbuk pipi Sehun.

"Tak guna! Pergi kau!" marah Miyoung. Matanya berubah merah. Dia geram.

Sehun tak melawan. Encik Kim, Chanyeol, Jongin dan yang lain-lain yang menonton turut sama terkejut. Mereka tak berani untuk bergerak. Risau nyawa mereka melayang.

Miyoung menangis. Hormonnya masih lagi tidak stabil.

Dia menarik tangan Sehun dan memaksa lelaki itu untuk memeluknya. Sehun menurut perintahnya.

Gadis itu menangis teresak-esak didalam pelukan Sehun. Dia menggumam tentang bayi mereka yang telah gugur.

"Anak kita.. Hun-ah.. Anak kita.." ujar Miyoung, sedih. Sehun mengesat air mata Miyoung dan menyentuh perut gadis itu.

"It's okay. It's okay. She or he deserved a better place in another world. Mungkin bukan takdir dia untuk bersama kita Miyoung..Masanya belum tepat lagi.." Pujuk Sehun.

Dia mengusap rambut Miyoung dengan penuh kasih sayang.

Nampaknya, Sehun terpaksa berdepan dengan Miyoung yang sedang mengalami perubahan hormon secara mendadak selama beberapa minggu seterusnya. Lagipun gadis itu baru berusia 19 tahun. Baru pertama kali merasai kehidupan ibu mengandung.

"Kita try next time ye?" pujuk Sehun lagi. Miyoung tak membantah sebaliknya mengangguk sahaja. Mata Encik Kim terbuntang mendengar kata-kata Sehun itu. Telinganya berasap.

Dia hampir mahu memisahkan Sehun daripada anaknya namun dihalang oleh Irene dan Taeyeon. Mereka menenangkan Encik Kim dan membawanya keluar dari sana dengan senyap. Yang lain-lain juga turut sama keluar setelah dipaksa oleh Taeyeon, si singa betina.

"Janji jangan tinggalkan aku lagi?" pinta Miyoung. Dia menghulurkan jari manisnya kepada Sehun.

"Aku betul-betul janji kali ni. Tak akan ada apa yang dapat memisahkan kita lagi.." Jari manis Miyoung dipaut. Mereka membuat pinky promise.

Badan Miyoung ditarik dan dipeluk lagi. Dia teramat rindukan gadis itu. Tak, mereka sama-sama rindukan satu sama lain.

Maka, bayangkanlah sendiri apa yang berlaku selepas itu.

...


Encik Kim mencuri-curi pandang ke dalam bilik rawatan. Dilihatnya Sehun yang sedang menyuapkan Miyoung makanan. Mereka berdua nampak seperti berada dalam dunia tersendiri.

Hatinya meraung-raung cemburu kerana anaknya tidak mempedulikannya lagi. Dia mencebik. Geram pula dengan Sehun.

Sehun bermain-main dengan Miyoung sewaktu menyuapnya. Terbuntang matanya saat melihat Sehun cuba untuk mencium Miyoung. Lagi! Didepan mata kepalanya pula tu.

Wajahnya merah dan telinganya berasap sekali lagi. Dia bersabar. Dia tak mahu Miyoung menganggapnya sebagai ayah yang terlalu mengongkong.

"Uncle tak nak pergi makan?" ajak Irene. Mereka semua menunggunya untuk pergi bersama.

Encik Kim berdehem. Berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Haa bolehlah.." balasnya dan segera pergi. Irene tersenyum kecil. Dia terhibur melihat aksi seorang ayah yang inginkan perhatian anak gadisnya.

Kalaulah dia masih ada ibu dan ayah. Hm.

"Rene. Jom!" ajak Junmyeon. Irene terus pergi kearah Junmyeon. Mereka bergerak bersama kearah kafe.

Manakala Sehun dan Miyoung, mereka masih dalam dunia mereka.

Semuanya terasa seperti syurga. Senyuman tak lekang dibibir. Mereka berdua saling memandang satu sama lain. Menikmati kecantikan dan keindahan ciptaan tuhan pada wajah sesama sendiri.

"Doktor kata dah boleh balik nanti.." kata Sehun..Miyoung mengangguk sahaja.

"Stay with me?" pinta Sehun.

Dia menayangkan wajah kesian. Merayu agar Miyoung menuruti permintaannya.

"Sooyoung?" soal Miyoung. Dia risau dengan pandangan wanita itu.

"Aku ada. Tak perlu fikirkan pasal dia.." balas Sehun. Dia memegang tangan Miyoung. Merayu lagi.

"Hm.." Miyoung menggumam.

Sebenarnya dia sendiri pun tak mahu berpisah dari Sehun. Sebolehnya dia mahu menyimpan Sehun didalam poketnya sahaja.

Bolehlah dia pandang hari-hari. Siapa je yang akan bosan bila pandang muka lelaki yang dicintai hari-hari? Lebih-lebih lagi lelaki itu adalah Oh Sehun. Jejaka terhangat abad ini. Ceh!

"Kalau macam tu biar aku yang pindah masuk rumah kau.." ujar Sehun. Dia tekad.

Miyoung terkejut.

"Nanti apa pulak ayah cakap.." Bantah Miyoung. Dia takut ayahnya tidak selesa.

Lagipun mereka berdua tidak mempunyai apa-apa hubungan rasmi lagi.

"Habistu? Mana boleh biar benda ni berlanjutan.." balas Sehun.

"Benda apa?"

"Perasaan rindu ni? Tak sanggup aku tahan diri daripada rindukan kau. Kau pergi toilet pun dah rindu apatah lagi bila duduk rumah asing-asing.." Sehun mengomel.

Bibirnya dimuncungkan. Comel. Pura-pura merajuk la tu.

"Comelnya boyfriend aku ni.. Janganlah macam ni rasa nak cium je dah lah bau macam bayi.." Miyoung menarik pipi Sehun dengan geram.

Kulit Sehun terlalu lembut seperti kulit bayi. Bahkan lagi lembut dari kulit bayi. Bau dia pun dah serupa bayi. Siapa je yang tak suka? Kan dah cakap tadi!

"Cium lah aku rela." Sehun menghulurkan bibirnya dan memejamkan matanya. Dia menunggu Miyoung melalukan langkahnya terlebih dahulu.

chu!

Bibir Sehun dicium oleh..

"Nak sangat kan..Amik kau.."

"Kang Seulgi!!! Puih!!!"

Seulgi melempar selipar jepun yang dia tekapkan pada mulut Sehun. Menyampah pula dia melihat adegan menggelikan itu.

"Korang nak buat maksiat pun tunggulah aku balik dulu!! Aku nak tidur pun tak senang! Hish!!" Rungut Seulgi.

Dia keluar dari bilik rawatan dengan perasaan marah. Benci kerana orang single memang selalu dengki dengan orang couple.

Miyoung memandang kearah Sehun yang sedang mengelap mulutnya. Dia menghamburkan tawanya dengan begitu kuat sehingga terbaring semula diatas katil.

Dia kesian melihat Sehun yang dibuli sebegitu oleh adiknya sendiri namun dalam masa yang sama dia rasa perkara itu lucu.

Sehun kembali merajuk.

Miyoung tak terdetik pun mahu memujuknya. Dia masih lagi ketawa. Perutnya terasa senak. Air matanya keluar.

"Miyoung..."

"Sorry-sorry. Tapi lawak lah.. Hahahahaha!!"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top