Part 45
Miyoung diculik oleh Taehyung sewaktu dia tertidur selepas dijaga oleh Jongin. Sudah tiba masanya untuk dia iairu Taehyung menunaikan janjinya untuk menyeksa orang yang paling Sehun sayangi.
Dia memaksa Miyoung untuk bangun dengan menjirus air ke muka gadis itu dengan kasar.
"Ahh--Apa.." Miyoung tertelan sedikit air yang dijirus ke mukanya.
"Princess dah bangun?" soal Taehyung, sinis. Mata Miyoung terbeliak.
Dia terkejut melihat betapa ramainya vampire yang sedang mengerumuninya. Lebih terkejut lagi apabila mengetahui yang dirinya sedang diikat dengan begitu tinggi sekali pada tiang besi.
"Sir? Apa semua ni?!" soal Miyoung.
Taehyung menggulingkan matanya kerana menyampah. Dia menjentik tangannya dan menyedarkan Miyoung sekali lagi.
"Tak ingat lagi ke? Takkan lah kuasa hipnosis aku tu kuat sangat kan?" soal Taehyung. Dia membuang kaca matanya dan menunjukkan wajah sebenarnya.
Selama ini, dia menghipnosis Miyoung agar tidak mengenali rupa sebenarnya supaya mudah untuk dia mendekati gadis itu.
Disebabkan itulah, Miyoung tidak mengecam wajahnya pada awal pertemuan mereka didalam kelas.
"Kau? Lelaki jahat tu?!"
"Iya. Aku Kim Taehyung. Orang yang dah pernah rasa darah manis kau.. Hahahaha" jawab Taehyung.
Miyoung cuba untuk melepaskan diri namun ikatan ditangan dan kakinya itu terlalu kuat.
"Kau nak apa lagi hah?!" marah Miyoung.
Taehyung terbang dan mendekatinya. Wajah Miyoung dicekup dengan kasar.
"Remember our coffee dates? Aku nak tebus tu sekarang, my silly student." jawab Taehyung. Miyoung melarikan wajahnya kerana jijik disentuh oleh Taehyung.
"Jangan sentuh aku!!"
Taehyung berundur.
"Well. If you said so.."
Para vampire lain mula mendekatinya. Mereka memandangnya seolah-olah satu santapan yang menyelerakan. Miyoung menggeletar.
"Chanyeol!! Selamatkan aku!! Chanyeol!" teriak Miyoung, meminta tolong. Taehyung ketawa.
"Kesiannya. Baby dah kehilangan sugar daddy dia sampai kena panggil sugar daddy baru ye?" ejek Taehyung.
Tiba-tiba, dinding mansion dirempuh oleh sesuatu.
Jongin masuk dengan gaya seorang superhero.
"Lepaskan future wife aku!!" Arahnya dengan suara yang dibuat-buat garau. Seulgi menunjal belakang kepala lelaki itu. Dia mara ke hadapan dan berdepan dengan keluarga Song.
"Eo? Another sugar daddy? Banyaknya umpan kau Miyoung?" sindir Taehyung lagi. Sengaja merendahkan martabat Miyoung sebagai wanita.
"Kitorang tak nak gaduh. Kitorang nak hak kitorang je. Pulangkan dan kami akan pergi dengan senyap.." pinta Seulgi, cuba untuk bertoleransi dengan mereka.
Matthew mara ke depan mewakili Taehyung.
"Sorry. Ini tanah kami jadi kami boleh buat sesuka hati. Manusia tu milik kami dan kamu semua boleh berambus!" halau Matthew.
Chanyeol mengenggam penumbuknya. Tak semena-mena, sebelum sempat dia mara, Irene terlebih dahulu menyerang. Dia berlawan dengan beberapa orang ahli keluarga Song demi menyelamatkan Miyoung.
Junmyeon mengekori dari belakang.
Perlawanan itu begitu sengit sehinggakan ada beberapa dari mereka yang mati dicabut kepala.
Chanyeol dan Jongin melawan Matthew. Mereka menyerang dari kedua belah sisi untuk mematikan gerakan lelaki itu. Taehyung bertepuk tangan gembira.
"Miyoung kau nampak? Sugar daddy kau tengah berebut nak rasa kau tu.." ujar Taehyung lagi. Dia ketawa riang saat melihat Jongin dan Chanyeol yang dipukul oleh Matthew secara bertubi-tubi itu.
"Kurang ajar.." kata Miyoung, didalam hati.
Miyoung yang berada tinggi diatas sana berasa mual. Dia sempat muntah kerana terkejut saat melihat kepala vampire yang jatuh bergolek diatas padang rumput itu.
Saat sedang berlawan, Jongin terjatuh keatas tali yang mengikat Miyoung dan menyebabkan gadis itu jatuh ke tanah. Punggungnya menghempap lantai terlebih dahulu. Dia menjerit kesakitan. Perutnya dipegang.
Wajahnya berkerut. Dia sesak nafas. Terasa seperti ada sesuatu yang mengalir keluar dari bawah vaginanya. Seulgi menolah dan mencabut kepala vampire yang menghalangnya dan terus terbang menuju kearah Miyoung dan memeriksanya.
Perut Miyoung dipegang.
"Oh shit.. miscarriage..."
"Miss apa?"
"Miscarriage!" jerit Seulgi.
"Okey tapi apa benda tu?"
"Gugur! Keguguran! Apa yang bengapnya lah kau ni Kim Jongin!!" marah Seulgi.
"Gugur?!!" Kedua-dua Jongin dan Chanyeol menjerit terkejut. Mata mereka hampir tersembul keluar. Mulut mereka ternganga.
"Sejak bila?!" soal mereka serentak.
Seulgi tak menjawab pertanyaan itu sebaliknya mengangkat Miyoung dan membawanya ke tempat yang lebih selamat.
"Seul.. betul ke?" soal Miyoung, lemah. Seulgi mengangguk. Rambut Miyoung yang menutupi mukanya dialihkan ke belakang. Wajahnya pucat.
"Tapi.. tak mungkin.. baru.. baru berapa hari.." ujar Miyoung, sukar untuk membuka mulutnya.
"You're having a sex with vampire Miyoung bukan manusia. You should know that! That's why condom exist! You can prevent stupidity with one single condom arghh!!!!" marah Seulgi, stress.
"She what?!!" Jongin menjerit lagi. Rahangnya bagai mahu tercabut mendengar kata-kata Seulgi.
"Apa?! Ye dia dengan Sehun dah tut tut! Kenapa?!! Jangan ganggu boleh tak?!! Macam lah kau tak pernah tengok dalam dvd!!" jerkah Seulgi. Jongin terdiam. Seulgi kembali fokus pada Miyoung.
Jongin melutut. Meraung kerana dirinya bukanlah lelaki pertama bagi Miyoung. Menangis kerana dirinya bukanlah bapa kepada bayi yang keguguran itu.
"Baby ni sepatutnya lahir dalam dua bulan dari sekarang and now it's gone. Sehun patutnya bagitahu aku dulu supaya aku boleh lindungi kau.." ujar Seulgi.
Peluh yang mengalir didahi Miyoung dilap.
"Baby..ada baby dalam perut aku?" Miyoung menggumam sendirian. Dia ketawa kecil. Seperti hilang kewarasan.
"Seul..Aku dah tak suci lah ni?" soal Miyoung. Seulgi tak menjawab.
"Ya.. Aku dah tak suci. Aku ada baby dalam perut.. dan pelakunya dah lari.. Aku..Aku.."
Dia cuba untuk bangun. Taehyung yang sedang menonton drama murahan dari jauh itu dipandang dengan perasaan marah.
"Anak aku.. anak aku dan Sehun.. Hahaha.." Miyoung berdiri. Badannya terhuyung-hayang bergerak kearah Taehyung. Seulgi cuba untuk menghalang namun Miyoung tidak peduli.
Miyoung mengumpul semangatnya. Taehyung dijeling tajam. Darah mengalir keluar dari vagina Miyoung dan melalui pahanya sehingga jatuh ke tanah. Taehyung menghidu bauan darah yang harum itu. Sedap.
"Marah ke? Kesiannya. Boleh cuba lagi kan? Nanti cakap dekat ayah baby tu buat lagi ye? Oh lupa, bapak dia dah lari. opps.." sindir Taehyung. Tidak kasihan langsung dengan gadis itu.
"Kau najis..Kim Taehyung.." ujar Miyoung, geram. Tangannya dikepal. Dia ingat lagi saat Taehyung dengan kasarnya menghisap darahnya. Rasa ngilu itu masih ada. Walhal Sehun pun tak sekejam itu saat menghisap darahnya.
Taehyung ketawa. Lucu melihat Miyoung yang baginya bagaikan orang gila.
"Hey at least aku selamatkan kau daripada lahirkan monster yang mungkin akan bunuh kau sebelum dia sempat keluar okey?"
"Jangan..panggil...anak..aku.. monster!!!!"
Jeritan Miyoung menerbangkan Taehyung. Miyoung berlari dan mengerjakan Taehyung seperti monster yang sebenar. Gigi vampire itu ditumbuk sehingga salah satu darinya patah. Taehyung dan yang lain-lain terkejut melihatnya. Ada beberapa vampire yang cuba untuk menghalang Miyoung namun gerakan mereka terus dipatahkan begitu sahaja dengan jelingan darinya.
Dek kerana marah dipukul oleh seorang perempuan, Taehyung melawan Miyoung dan menendang perut gadis itu sehingga dia senak. Tulang punggung Miyoung retak.
Miyoung terlantar diatas tanah. Taehyung mengambil kesempatan mencekik leher Miyoung sehingga wajahnya hampir membiru. Chanyeol, Jongin dan Seulgi cuba menghalang namun mereka disekat oleh adik-beradik Song yang lain.
"Lepaskan!!" ujar Miyoung. Dia menumbuk lengan Taehyung namun lelaki itu tetap tidak mahu melepaskannya.
Mereka bergelut. Tangan Taehyung dicengkam sehingga kukunya menusuk ke dalam lengan lelaki itu. Taehyung menjerit kesakitan. Dia menampar wajah Miyoung agar gadis itu tidak melawan lagi.
Tiba-tiba, badannya dirempuh oleh seseorang dengan begitu kuat sehingga mereka melanggar beberapa buah pokok besar.
Orang itu tak lain tak bukan, Oh Sehun.
"Kau datang jugak.." kata Taehyung, sinis. Sehun tidak membalas sapaan Taehyung.
"Jangan pernah kau sentuh kekasih aku!"
Buk! Buk! Buk!
Badan Taehyung dilempar ke arah pokok yang bertentangan dengan mereka. Darah memancut keluar dari mulut lelaki itu. Sehun datang dan mengangkat Taehyung lantas mencekik lehernya.
"Langkah mayat aku dulu!!"
Gedebuk!
Badan Taehyung dihempap ke tanah dengan begitu laju. Tulang rusuknya patah. Taehyung masih lagi mampu untuk ketawa.
"Sayangnya kau pada manusia yang tak berguna tu.." sindir Taehyung.
Nafas Sehun naik turun. Dia geram.
"Jangan berani kau hina kekasih aku! Sekali lagi aku dengar, mati kau!!"
"Puihh!! Tak payah bazirkan masa kau. Perempuan tu tak berguna pun untuk kau. Bukan kah Seungwan lebih bermanfaat daripada manusia tu?"
Taehyung bangkit.
"Jangan sebut nama orang yang dah tak ada!"
"Cepatnya kau lupakan dia. Patutnya Seungwan datang pada aku haritu kalau dia masih sayangkan nyawa dia. Sekarang kau nak ulang kesilapan sama pada manusia bernama Kim Miyoung tu? Nak bunuh dia dengan tangan kau sendiri?"
Dia mengelap darah yang mengalir deras dari mulutnya itu.
"Aku kata.. cukup!!"
Zup!!
Sehun menusuk jantung Taehyung dengan kuku panjangnya.
Darah memancut keluar dari mulut Taehyung.
"Sekurang-kurangnya, aku berjaya sakitkan orang yang paling kau sayang Sehun. Dan sekarang perempuan tu akan ikut aku ke alam sana.. Padan muka kau. Dua-dua orang yang kau sayang akan pergi tinggalkan kau..."
Sehun terus mengeluarkan jantung Taehyung dan mencampaknya ke tanah. Kepala Taehyung dicabut dari badannya. Nyawa lelaki itu hilang pada waktu itu.
Para vampire yang bersekutu dengan Taehyung mundur. Mereka lari dalam ketakutan. Sehun berpaling dan berlari mendapatkan Miyoung yang sedang mengalami pendarahan.
Kepala Miyoung dipangku olehnya.
"Maafkan aku sebab tinggalkan kau Miyoung. Aku bodoh sebab tinggalkan kau. Maafkan aku.. Maafkan aku.." tangis Sehun dengan air mata yang sudah mengalir.
Dia sedar keputusannya untuk meninggalkan Miyoung adalah keputusan paling dungu yang pernah dibuatnya. Sepatutnya dia ada disamping gadis itu untuk melindunginya dan bukannya menjauh. Keberadaan Miyoung bersamanya bukanlah melemahkannya sebaliknya, gadis itu menguatkan lagi kuasanya.
Apa yang Sooyoung beritahu selama ini itu sebenarnya salah. Kuasa Miyoung lah yang membantu dia untuk terus kebal selama ini.
Mata Miyoung hampir terkatup sepenuhnya. Dia kehilangan darah dengan begitu drastis kerana keguguran dan juga setelah ditendang kuat oleh Taehyung.
"Tak guna Oh Sehun.. Kau ambil maruah aku dan kau tinggalkan aku..Lelaki tak bertanggungjawab! Mati jelah!" marah Miyoung walaupun keadaannya sekarang lemah. Dia memukul dada Sehun walaupun tidak bertenaga. Pukulan itu tidak terasa pun.
"Ya aku salah. Maafkan aku sayang. Maafkan aku.." Dahi Miyoung dicium oleh Sehun.
Dia mengusap wajah Miyoung kerana terlalu rindu akan gadis itu.
"Aku benci kau.. Anak aku.. Sebab kau anak aku mati.. Aku benci kau. Sakit tahu tak?! Sakit.. Cuba kau yang rasa!!" luah Miyoung yang sedang dalam kesakitan. Dia turut menangis.
"Cuba kau yang mengandung pulak! Ingat senang ke?! Kenapa kau lari! Tak tahu ke yang aku rindu kau? Kenapa seksa aku macam ni? Aku benci kau! Benci!"
Sehun mengangguk faham. Dia tahu dia salah. Dia memang layak untuk dibenci.
"Aku benci.. yang aku cintakan kau.. Oh Sehun.." Mata Miyoung terkatup jua.
Sehun mengelap air matanya. Badan Miyoung digoncang.
"Miyoung! Bangun! Jangan tinggalkan aku! Aku minta maaf! Aku tak mampu hidup tanpa kau! Aku sedar aku salah! Tolonglah bangun! Kita bina hidup baru sama-sama ye? Jangan buat aku macam ni. Miyoung! Miyoung!" raung Sehun.
Badan Miyoung digoncang kuat. Gadis itu hampir tidak bernyawa lagi. Badannya menjadi sejuk. Denyutan nadinya menurun dengan pantas.
Seulgi datang mendekat lantas melutut disebelah Sehun dan Miyoung.
"Oppa boleh selamatkan dia.. tapi.. perlu ada persetujuan antara dia.." ujar Seulgi.
Sehun menoleh.
"Oppa kena tukarkan dia jadi vampire kalau nak dia terus untuk hidup. Tapi berisiko sebab kita tak tahu samaada Miyoung nak tak untuk jadi vampire atau tidak. Dia mungkin akan marah kalau dia dapat tahu. Lebih menyakitkan, dia mungkin benci dengan oppa. Dan kita tak tahu apa boleh berlaku sebab sekarang ni bulan penuh. Kuasa kita diluar kawalan." Sambung Seulgi.
Sehun termenung sebentar. Dia merenung Miyoung yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.
"Aku rela dibenci asalkan dia hidup selama-lamanya didepan aku. Aku rela dipinggir, asalkan aku mampu untuk lihat senyuman dia walaupun dari jauh. Maafkan aku Miyoung. Aku terpaksa."
Sehun menggigit leher Miyoung dan mengalirkan darah miliknya ke badan gadis itu. Darah tulen milik Sehun mulai memasuki organ-organ Miyoung yang separa mati. Bulan pula bagaikan membantu proses tersebut menjadi lebih laju.
Gadis itu masih tak memberi respon.
Chanyeol jatuh terduduk. Air matanya mengalir. Badan Miyoung sudah tidak bergerak lagi.
Tangisan mulai kedengaran dari vampire disana. Irene memeluk Junmyeon kerana terlalu sedih. Jongin pergi ke belakang tembok untuk melepaskan rasa sedihnya. Dia bersandar pada dinding kerana terlalu kesal.
"Bangunlah..Miyoung.."
Ketiga-tiga lelaki itu berdoa..
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top