Part 40
Miyoung keluar dari makmal kimia dengan senyuman yang megah. Dia berjaya membuatkan Sir Taehyung terkedu dengan pembentangannya.
Lelaki itu tidak mampu untuk mematahkan kata-katanya tadi dan terpaksa memberikan markah penuh untuknya. Miyoung tersenyum bangga dengan hasil kerjanya. Berkat mimpi indah bersama Sehun semalam.
"Miyoung!" panggil Sir Taehyung.
Lelaki itu datang mendekatinya. Miyoung dan Taeyeon memandang satu sama lain. Apa lagi lah agaknya yang guru muda ini mahukan?
"Taeyeon, boleh tak saya nak pinjam kawan awak sekejap?" ujar Taehyung. Taeyeon menoleh kearah Miyoung. Gadis itu memberi isyarat agar membantah namun Taeyeon bersetuju pula.
Dia meninggalkan Miyoung bersama Taehyung di tengah-tengah jalan itu.
Taehyung membetulkan kaca mata Detective Conannya itu. Dia tersengih.
"Good job.." puji Taehyung.
Miyoung tidak tahu samaada dia mahu gembira dengan pujian itu atau tidak. Dia agak kekok bila berduaan dengan guru muda itu.
"Thanks, Sir.." balas Miyoung. Dia menggaru telingannya yang tidak gatal.
Bahunya tiba-tiba dipegang oleh Taehyung membuatkan dia tersentak.
"Saya belanja kopi nak? Lepas habis sekolah?" ajak Taehyung.
"Eh sorry sir tapi tak bolehlah.." Miyoung menolak pelawaan itu.
"Ala bukan selalu kan? Saya nak belanja sebab awak berjaya selesaikan kerja saya dalam masa yang singkat? Saya kenalah ucapkan tahniah pada awak.." ujar Taehyung. Tangannya masih lagi pada bahu Miyoung.
Matanya merenung gadis itu seperti memaksanya. Miyoung rasa tidak selesa.
'cakap tahniah cukuplah tak payah nak belanja bagai.. miang la cikgu ni..' guman Miyoung dalam hati.
"Diam tanda setuju. I'll set the date later. Bye." ujar Taehyung dan pergi meninggalkan Miyoung tanpa menunggu jawapan gadis itu.
Miyoung ternganga. Biar betul cikgu muda tu?
"Sir! Sir! Nanti dulu!" panggil Miyoung. Namun Taehyung tak berpaling langsung. Dia hanya melambaikan tangannya dan berlalu ke bilik guru.
Miyoung berdecit. Kepalanya dipukul dengan buku. Kenapalah berat sangat mulutnya untuk berkata 'tidak'?
Taeyeon datang mendekatinya lantas mencuit perutnya.
"Asal tadi tu?" tanya Taeyeon.
"Kau la ni! Tinggalkan aku sorang-sorang sampai kena keluar date dengan dia!" marah Miyoung. Taeyeon terkejut kerana dijerkah oleh sahabatnya itu.
"Mwo? Berselera cikgu tu dengan kau?"
"Kim Taeyeon! Aku serius ni!" marah Miyoung. Pipinya dikembungkan.
"Manalah aku tahu. Salah aku lah ni?" soal Taeyeon. Miyoung mengangguk laju.
"Haah. Salah kau." balasnya. Mulalah tu nak merajuk. Taeyeon memeluk bahu Miyoung dan menayangkan wajah flirtingnya.
"Aku tahu apa yang boleh buat kau gembira balik.." ujarnya. Miyoung mengerutkan dahi.
"Apa?"
"Tu.."
Taeyeon memuncungkan bibirnya ke hadapan. Menunjukkan kearah sesuatu diseberang jalan. Sebuah lori melintasi dan menghalang penglihatan mereka. Sebaik sahaja ianya berlalu, tersembullah wajah orang yang Miyoung rindu sejak semalam.
"Hun!!"
jerit Miyoung keriangan dan berlari meninggalkan Taeyeon. Dia melintasi jalan tanpa memandang kiri dan kanan sehingga membuatkan beberapa buah kereta terpaksa berhenti secara mengejut. Sehun hampir mati kerana terkejut melihat kelakuan Miyoung itu.
Dirinya disapa dengan pelukan erat oleh Miyoung. Wajah gadis itu disembamkan ke dada Sehun.
"Hun! Rindu!!" luah Miyoung. Pelukan itu diketatkan. Beberapa pelajar merenung mereka dengan pandangan menjengkelkan. Ingat dia seorang je yang ada boyfriend?
Sehun membalas pelukan itu. Dia tak jadi untuk memarahi Miyoung kerana tak menepati janjinya semalam.
Rambut Miyoung diusap. Dia tersenyum.
"Happy?"
"Erm!" jawab Miyoung.
"Tak jadi nak marah kau sebab tak datang semalam.."
Miyoung baru teringat. Dia rasa bersalah.
"Sorry. Aku lupa. Janji tak buat lagi. Maaf Hun--"
"Dah. Lupakan. Nasib baik kau cakap rindu kalau tidak, dah lama aku patahkan tulang ni.." usik Sehun. Dia mencuit hidung Miyoung. Geli hati Miyoung dibuatnya. Mereka ketawa.
Taeyeon yang berada diseberang jalan hampir termuntah. Dia menjeling mereka berdua kerana bermesraan didalam kawasan sekolah.
Indahnya kalau buta.
"Hoi kalau nak peluk-peluk balik lah!!" jeritan beberapa budak lelaki kedengaran. Miyoung dan Sehun menjeling mereka.
"Jeles lah tu!" Miyoung membalas semula. Dia menjelirkan lidahnya kearah mereka. Sengaja nak cari gaduh.
Budak lelaki yang menjerit tadi dipegang oleh sahabat-sahabatnya agar tidak mengganggu Miyoung dan Sehun. Mereka saling berbalas jeliran bagaikan tidak ada kesudahannya.
"Miyoung.. Dah lah tu. Jom kita pergi tempat lain.." ajak Sehun.
"Pergi mana?"
"Date.."
Kereta yang dipandu oleh Sehun mula meninggalkan perkarangan sekolah. Taeyeon mengumpat dalam hati. Dia ditinggalkan lagi oleh Miyoung.
"Oh kau tinggal aku tak pe ye? Kim Miyoung!! Kawan lah sangat!!"
...
Sepanjang pemanduan, Sehun kerap memegang tangan Miyoung. Seperti tidak mahu melepaskannya. Mereka memandu sehinggalah keluar dari pekan Quahog, menuju ke pantai Aeris.
Miyoung tak perasan apa-apa yang pelik dengan Sehun. Dia menyedapkan hati yang lelaki itu mungkin merindukannya sahaja.
Sampai sahaja disana, Sehun membenarkan Miyoung untuk bermain digigi pantai. Gadis itu kadang-kadang melarikan diri daripada terkena ombak.
Sehun pula hanya memerhatinya dari belakang. Dia terhibur apabila melihat Miyoung gembira.
"Hun sinilah.." Miyoung menarik tangan Sehun agar turut sama bermain dengannya.
Dia memercikkan air laut kearah Sehun dan memaksanya untuk membalas semula. Namun Sehun tidak berminat. Dia ada sesuatu untuk diberitahu kepada Miyoung. Tangan gadis itu dipegang.
"Miyoung.."
Sehun menghentikan perbuatan Miyoung. Terkebil-kebil mata Miyoung mendengar suara seksi Sehun itu. Rambut Miyoung yang agak tak teratur kerana angin yang sedikit kencang itu dibetulkan.
Lelaki itu melepaskan keluhan dalam. Berat sekali untuk dia katakan hal itu.
"Kenapa ni?" soal Miyoung, risau.
"Tak jadilah.." balas Sehun. Miyoung berdecit.
"Apa ni. Dah buat orang tertanya-tanya lepastu tak jadi. Tak sukalah!" bentak Miyoung.
"Okey-okey. Tapi ini bukan good news.. Im not sure kalau kau nak dengar atau tidak.." Kata Sehun.
"Hun. Good news ke bad news ke, aku sudi dengar. Asalkan kau tak berahsia dengan aku. Lagipun, kita kan kawan?" Ujar Miyoung. Dia mahu Sehun sentiasa berlaku jujur dengannya. Itu pun untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka.
"Only friends? Ingatkan kita lebih dari tu?"
Sehun tak sangka dia difriendzone oleh gadis yang dianggapnya sebagai soulmate ini.
"Kita? Betul ke?"
Sehun mengangguk.
"Kita bukan kekasih ke?"
Mereka bingung. Tak tahu untuk menjawab apa.
"Kau tak cakap pun kita couple selama ni?"
"Habistu yang duk peluk-peluk cium tidur sekatil tu kawan je selama ni? Seriously Miyoung?" Nada suara Sehun berubah.
Miyoung menelan liurnya. Habislah dia. Mood Sehun tak berubah. Dia kena ceriakan balik lelaki tu. Kalau tidak memang tak bercakap lah mereka sampai Sehun reda balik.
"Sehun aku tak bermaksud macam tu.."
"Jom balik.."
"Tapi kata nak date?"
"Date apa ke bendanya kalau setakat berkawan.."
Sehun meninggalkan Miyoung terlebih dahulu. Gadis itu merenungnya dengan perasaan lebih bersalah.
"Aku ke dia ni yang perempuan?!" ujar Miyoung, geram.
Dia menarik nafasnya agar bersabar. Menenangkan dirinya terlebih dahulu.
"Oh Sehun.. Okay salah saya! Janganlah merajuk..! Baby sayanggg!!!"
to be continued
yeay tinggal 1 je lagi paper and im free!! entah apa nak jadi jadilah dgn kertas fizik nanti 😂 aku dah redho.. minda dan roh aku dh ada kat rumah ni. cuma jasad je ada dkt matrik 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top