Part 36

Hari ini, Miyoung dan seisi kelas dikhabarkan dengan guru baharu yang bakal menggantikan guru kimianya yang sedang mengambil cuti bersalin.

Mereka beramai-ramai bergerak ke makmal kimia dan menunggu guru baharu itu untuk masuk. Sedang mereka berbual dalam 15 minit, guru lelaki berambut merah hitam masuk dengan berkaca mata. Badannya tegap dan pakaiannya kemas.

Pelajar wanita ternganga. Guru lelaki itu tersenyum. Menyapa anak muridnya.

"Hello kids. Saya Mr. Kim Taehyung. Guru kimia baru kamu. Hope all of you can give full attention to my lecture. and dont sleep."

ujarnya sambil mengenyitkan matanya. Pelajar perempuan menjerit keriangan. Mereka asyik mengangkat tangan untuk bertanya tentang status guru itu.

"Sir! Single ke taken?" soal salah seorang dari murid dikelas itu. Sir Taehyung ketawa macho.

"Taken..."

"Ala.."

"to you.."

"Awwhhh!!!"

Ujar Taehyung sambil merenung Miyoung. Mata Miyoung terkebil-kebil. Dia pelik kenapa guru baru itu asyik merenungnya. Ada cili dekat gigi dia ke? Atau dia ada hutang apa-apa dengan cikgu tu?

"Okey done with me. Let's start with our lesson. so now which one of you can define chemistry to me? Anyone want to try?" Ujar Taehyung. Para pelajar diam. Mereka menunduk dan tidak mahu untuk menjawab soalan itu.

Sudah Taehyung duga.

Tiba-tiba Taeyeon mengangkat tangannya untuk menjawab. Taehyung tersenyum. Tangannya dihalakan kearah Taeyeon dan bergerak kearah Miyoung.

"You. The one with uninterested face to me." arah Taehyung. Miyoung menunjuk kearah dirinya. Terkejut. Taeyeon menghulurkan buku yang mempunyai maksud chemistry yang diminta oleh Taehyung.

"Urm.. Chemistry is the study of matter, its properties, how and why substances combine or separate to form other substances, and how substances interact with energy. Many people think of chemists as being white-coated scientists mixing strange liquids in a laboratory, but the truth is we are all chemists. Understanding basic chemistry concepts is important for almost every profession. Chemistry is part of everything in our lives--"

"Stop. Are you sure?" soalnya. Miyoung meneguk liurnya. Peluhnya hampir mengalir laju. Dia ada salah ke?

"I thought chemistry means you and me."

"Ahhhh!!"

Para pelajar menepuk tangan sesama sendiri dan menjerit seperti seorang fangirl. Itu membuatkan Miyoung berasa jengkel..Adakah guru baru itu sedang menggatal dengannya?

"You may sit now." pinta lelaki itu. Miyoung duduk dengan pantas. Dia menayangkan wajah tidak berpuas hati. Membazir air liur dia je terangkan ayat panjang nak mati tu dan akhirnya kena pickup line dengan cikgu sendiri.

Benci!

...

"Geramnya aku dengan dia.." ujar Miyoung. Dia mencucuk ayam goreng menggunakan garfu dengan geram. Taeyeon menutup matanya pantas kerana ada lebihan nasi yang terbang ke mukanya.

"Sabar. Cikgu muda memang macam tu." Taeyeon menggosok belakang Miyoung.

"Aku tak nak la masuk kelas dia. Aku tak suka dia pandang aku macam tu. Aku rasa tak selamat Yeon.." ujar Miyoung. Dia mengerek disitu. Bibirnya dimuncungkan.

"Jangan macam ni Miyoung. Dia tengah deliver pengetahuan dia pada kita. Kalau kau tak masuk kelas dia kau nak jawab apa exam nanti? Sabarlah. Sebulan je nanti Mrs. Yoona masuklah balik." pujuk Taeyeon. Dia memegang tangan Miyoung dan menggosoknya.

Miyoung menayangkan wajah sedih. Dia menunduk.

"Aku takut. Dia macam creeper. Lagi creepy daripada Jongin." luah Miyoung. Taeyeon ketawa.

"Oo kalau Jongin usik kau suka lagi lah?" usik Taeyeon.

"Takdelah. Maksud aku, kalau Jongin tu aku tahulah dia saja nak bergurau tapi cikgu baru ni? Misteri."

"Hm. Yelah."

"Kau jangan tinggal aku tau waktu kelas kimia. Aku takut."

"Iya Yeon. Aku nak pergi mana je pun?"

...

Taehyung mengajar didepan seperti biasa. Dia memerhati anak muridnya yang sedang kusut menjawab soalan.

Dia kerap kali singgah dimeja Miyoung untuk memerhatinya sehingga gadis itu tidak selesa untuk menjawab soalan. Miyoung tidak berani untuk mengangkat muka kerana risau akan bertentang mata dengan guru muda itu.

kring!!

Loceng berbunyi menandakan sekolah tamat. Para pelajar meluru keluar untuk pulang. Kertas kuiz dikutip semula. Taehyung mengira kesemua kertas untuk memastikan kesemua pelajar menghantarnya. Keningnya terjongket. Dua kertas hilang. Dia melihat Miyoung dan Taeyeon dan sedang berkemas itu.

"Miyoung aku tunggu kat luar eh?" ujar Taeyeon. Miyoung mengangguk. Buku-bukunya masih banyak berada didalam meja.

Sebaik sahaja selesai, Miyoung bersiap untuk keluar. Dia terkedu saat melihat guru muda yang sedang memerhatinya itu dengan diam. Dia melintasinya dan mengucapkan selamat tinggal. Namun tak semena-mena, namanya dipanggil.

"Miyoung. Sini kejap." panggil Taehyung. Miyoung menggigit bibir. Tangannya dikepal dan matanya dipejam. Dia gagal untuk lari daripada guru muda itu.

Miyoung mendekati Taehyung yang sedang menanda sesuatu didalam buku. Tangannya tiba-tiba dihulurkan. Miyoung bingung. Lama lelaki itu berbuat demikian sehinggakan bunyi cengkerik lebih kuat daripada mereka.

"Your quiz paper. Mana?" soal lelaki itu, tegas. Miyoung mengerutkan dahinya. Dia lupa untuk menyerahkannya lagi.

Segera dia membuka begnya dan mencarinya semula dengan cemas.

"Jumpa!" ujar gadis itu dengan begitu kuat dan menyerahkannya keatas tangan Taehyung.

Tangan kecilnya itu dipegang oleh Taehyung dengan begitu lembut. Lelaki itu sengaja berbuat begitu kepadanya sehingga menyebabkan Miyoung tersentak. Bagaikan ada renjatan elektrik yang mengalir, secara refleksnya dia melarikan tangannya ke belakang badan.

"Sir.."

"You may go now." arah Taehyung, memotong ayat anak muridnya itu. Miyoung mengangguk faham.

"Masih tak ingat aku?" soalnya sebelum sempat Miyoung menolak pintu kelas untuk keluar. Gadis itu menoleh semula.

"Pardon?"

"Nothing.."

Jongin sekali lagi menjemput Miyoung untuk pulang. Bagai menjadi rutinnya pula untuk menjadi bodyguard Miyoung. Taeyeon pula tidak menyertai mereka kerana takut menganggu.

"Esok aku tak boleh ambil kau tau?" beritahu Jongin.

"Kenapa?"

"Ada hal dekat mansion.." jawabnya.

"Oh." jawab Miyoung sepatah. Acuh tak acuh sahaja.

"..Sehun.."

"Hah?" Miyoung bingung lagi. Lebih-lebih lagi apabila Jongin secara tiba-tiba ketawa tak tentu pasal.

"Tak. Kau sebut Oh tadi jadi aku sambung la Sehun. Oh Sehun. Faham tak? Hahahaha!" Lelaki itu semakin galak ketawa.

Miyoung ketawa. Lawak jenis apakah itu? Dad jokes? Nak bergurau pula saat dia sedang bad mood ini. Tak lawak langsung.

"Kau buat lagi lawak bodoh macam tu aku lempar dengan kamus!" marah Miyoung.

"Sorry tuan puteri..."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top