Part 34
"Kau kan donor Sehun.." jawab Chanyeol. Itu membuatkan Miyoung hampa. Ingatkan mereka pernah kenal dulu.
"Bekas ye. Bekas.." jelas Miyoung.
Chanyeol anggukkan sahaja.
"Kan bagus kalau aku jadi pet kau daripada si Sehun tu. Tak adalah aku sakit hati macam ni.." luah Miyoung.
Chanyeol terpaku. Dia merenung Miyoung, lama.
Lengan Miyoung dicuit. Chanyeol mengajak Miyoung untuk membawa Kai bermain-main ditaman untuk mengisi masa terluang mereka sekarang. Dia mengambil frisbee yang berada didalam keretanya dan memberikannya kepada Miyoung. Itu semua untuk menceriakan gadis itu.
Gadis itu melempar frisbee tersebut dan membiarkan Kai si anjing mengejarnya. Dia bergilir-gilir pula dengan Chanyeol. Kadang, mereka dikejar oleh Kai kerana mempermainkan haiwan itu.
Kai melompat keatas Miyoung sehingga membuatkan Miyoung terbaring. Anjing itu menjilat mukanya sambil menyalak. Miyoung ketawa kerana geli dengan perlakuan anjing polis itu. Chanyeol menghalau Kai dan membantu Miyoung untuk bangun.
Kebetulan, ada seorang lelaki penjual aiskrim lalu disana. Chanyeol membelikan tiga batang aiskrim dan satunya diberikan kepada Kai.
Sedang mereka berseronok, sebuah kereta polis berhenti berdekatan mereka. Polis itu menjerkah mereka secara tiba-tiba.
"Hoi! Kau curi anjing polis ya?!" jeritnya. Miyoung terkejut.
Dia sebenarnya tak memberitahu pun kepada ayahnya yang dia mengambil Kai daripada kandangnya untuk sementara. Lebih teruk lagi, Miyoung kenal polis itu. Dia kawan kepada ayahnya.
"Uncle sorry!"
Miyoung menarik Chanyeol lari dari sana. Dia lagi sanggup masuk penjara daripada dibebelkan oleh kawan baik ayahnya yang menjengkelkan itu.
Pegawai polis bernama Jaehyun itu mengejar mereka berdua. Mujurlah mereka sempat menyorok. Miyoung tergelak saat melihat Uncle Jaehyun yang tercungap-cungap mencari mereka. Maklumlah perutnya sedikit buncit.
Chanyeol tersenyum kecil melihat aksi Miyoung itu. Dia cepat-cepat menyembunyikan senyuman itu dan membawa Miyoung ke kereta Mazda hitamnya.
"Jom lah aku hantar kau balik?" ajak Chanyeol. Dia tak boleh biarkan Miyoung pulang bersendirian tanpa penjaga. Anjing bernama Kai itu juga sudah tiada disana saat mereka berpatah balik.
"Okey." jawab Miyoung.
Chanyeol mula memandu ke rumah Miyoung. Tak lama kemudian, mereka tiba. Miyoung menoleh sekilas kearah Chanyeol.
"Aku ingatkan kau sombong selama ni. By the way terima kasih teman aku harini. Jumpa lagi.." ujar Miyoung. Dia masuk ke dalam rumah sambil melambai-lambai kearah Chanyeol.
Lelaki itu mengangguk kecil dan mula memandu ke mansion semula. Diseat belakang, seorang gadis vampire terbangun dari hibernasi sementaranya. Gadis itu adalah gadis yang sama berada dengan mereka semasa pemilihan donor. Dia lah yang mengarahkan Miyoung agar tidak mengada-ngada dan ikut sahaja Chanyeol pergi ke mansion.
Gadis bermata sepet itu merenung ke jalan raya dihadapannya.
"Perempuan cantik tu dah balik?" tanyanya, dalam keadaan separa sedar. Chanyeol berdehem sahaja.
"Sombong la kau ni. Aku tanya pun tak nak jawab.." ujar gadis itu. Chanyeol menggulingkan anak matanya, menyampah. Dahi gadis itu dipukul dengan belakang tapak tangannya.
"Kau sendiri tahu jawapannya kan? Ni kali terakhir aku bagi kau rapat dengan Miyoung. Jangan berani nak tegur dia." Chanyeol memberi amaran. Serius. Wajahnya tegang.
Gadis itu tidak menghiraukan ugutan Chanyeol itu. Sebaliknya, dia berpura-pura mengantuk.
"Aku tak buat lagi macam dululah. Aku bukan lesbian lagi dah.." ujarnya. Chanyeol seolah-olah tidak percaya. Hari dimana Miyoung menjejakkan kaki ke sana, hari itu jugalah adik lain ibunya ini menghilangkan diri.
Tak ada yang mencari kerana mereka sangka dia hanya pergi bercuti seperti biasa. Rupanya, gadis itu memang betul-betul melancong ke Hawaii sendirian untuk mengubah dirinya itu ke asal semula.
"Yelah tu.." Chanyeol menduga. Adiknya itu berdecit.
"Tak percaya sudah! Abang lain mak lain bapak tak guna!"
"Kang Seulgi jaga mulut!"
"Dah jaga dah. Kau tu yang mudah percaya orang. Benda tu rumor la. Aku normal. Hanya sebab aku tolak lamaran keluarga Park untuk kahwinkan aku dengan si Jimin tu diorang sebar yang aku suka sejenis? C'mon."
Seulgi duduk disebelah abangnya. Dia menyilangkan kakinya diatas dashboard sambil mengunyah gula-gula getah. Tidak berpuas hati dengan keluarga Park yang masih berdendam dengan mereka.
"Yelah." jawab Chanyeol sepatah. Acuh tidak acuh sahaja dengan kata-kata Seulgi.
"Shit. Kau pun tak payah rapat-rapat dengan perempuan tu. Kau jaga dia pun nanti dia balik jugak pada Sehun." nasihat Seulgi. Kali ini, Chanyeol diam.
Betul apa yang Seulgi katakan namun dia tetap degil.
"Jangan sibuk hal orang tua.."
ujarnya dan menampar mulut Seulgi sehingga gula-gula getah tadi tertelan olehnya.
"Uhuk!!! Capang!!!"
...
Miyoung didenda untuk membawa Kai si anjing berjalan-jalan ke taman dan juga kerana telah mencurinya daripada balai polis. Dia juga perlu mencuci tandas di balai untuk memberi pengajaran kepadanya.
"Ayah tolonglah bodek ketua polis. Miyoung bukan sengaja ambik Kai.." pinta Miyoung.
"Kai? Siapa?" Pengawai Jaehyun menyampuk.
"Anjing tu lah uncle.."
"Kai kepala bapak kau! Nama dia Gary lah! Memandai je bagi nama buruk tu pada dia!" marah Pegawai Jaehyun.
"Buruk you said?!"
"Iya buruk!"
Miyoung dan Pegawai Jaehyun mula bertikam lidah.
"Hish sudah-sudah! Miyoung bawa je siapa tadi ha Kai ke Gary ke jalan-jalan. Tak susah pun kan?" Encik Kim meleraikan pergaduhan mereka.
Sesungguhnya kalaulah Pegawai Jaehyun itu orang muda, sudah lama dia kahwinkan mereka berdua. Nasib baiklah Pegawai Jaehyun itu sama umur dengannya. Fuh!
"Ayah.."
...
Miyoung menjerit sendirian ditaman setelah teringat akan perbualannya bersama ayahnya itu dibalai tadi. Dia melepaskan Gary untuk membiarkan ia bermain sendiri.
Namun anjing itu setia duduk disebelahnya. Ia tidak seaktif anjing-anjing peliharaan yang dia lihat disekitarnya itu. Kesian.
Gary telah dilatih sejak kecil untuk berdisiplin dan tegas dalam hidupnya sehingga tidak ada waktu untuk bermain.
"Pergilah. Main. Kakak benarkan." arah Miyoung. Anjing itu merenung matanya lama. Tiba-tiba ia bangun dan bermain dengan sendirinya. Gary menangkap binatang kecil yang berterbangan disekeliling taman itu. Anjing itu nampak sungguh gembira.
"Miyoung?"
Seseorang menegurnya. Miyoung menoleh. Taeyeon sedang tersenyum manis memandangnya. Gadis itu berpakaian layaknya seorang pelajar. Dengan berkaca mata, berkemeja dan buku ditangannya.
"Kau tinggal sini?" soal Miyoung, terkejut.
"Mestilah. Kalau tak diorang tak benarkan aku jadi donor okey?" balas Taeyeon. Dia duduk disebelah Miyoung dan meletakkan buku sainsnya disebelah.
"Kau sambung belajar?"
Taeyeon mengangguk.
"Aku rasa aku patut berundur dan mulakan hidup baru." ujar Taeyeon.
Miyoung mengerutkan dahinya.
"Habistu kakak kau?"
"Aku rasa macam sia-sia je aku siasat pasal kakak aku tu sebab hasilnya tak ada pun. Rekod kakak aku pun tak ada dekat sana. Aku tanya pasal dia dekat Baekhyun pun, dia sendiri tak pernah dengar nama tu. Mungkin selama ni kakak aku menipu aku ke? Entahlah." ujarnya. Nada suaranya kedengaran seperti kecewa.
"Oh.." ujar Miyoung sepatah. Dia turut bersimpati kepada Taeyeon.
"Aku nampak Jongin dan Chanyeol asyik datang rumah kau je. Kau masih berhubungan dengan keluarga Choi?" ujar Taeyeon, tertanya-tanya.
"Eh? Diorang bukannya datang selalu. Jongin pun datang rasanya sekali dua je. Chanyeol baru semalam aku jumpa dia. Kenapa?" jawab Miyoung, jujur.
Taeyeon membetulkan cermin matanya.
"Betul?"
"Iya."
"Tapi aku asyik nampak diorang tiap-tiap hari depan rumah kau. Yang seorang dalam kereta, sorang lagi berdiri kaku je tengok rumah kau. Waktu pagi sebelum aku pergi kelas, waktu matahari baru nak naik, masa tulah diorang ada. Tak Jongin, mesti Chanyeol. Aku pun tak tahu kenapa."
Cerita Taeyeon. Itu membuatkan Miyoung sedikit tidak selesa. Dia juga tertanya-tanya kenapa mereka berdua melakukan demikian.
"Atau ada something yang kau tak selesaikan lagi?" Taeyeon meneka. Miyoung menggeleng tidak tahu.
"Oh ya, waktu kitorang kena tangkap tu, diorang bawak kau dan yang lain-lain ke mana?" soalnya.
"Balik sini. Diorang terbangkan kitorang terus balik ke Quahog. Kau dah sihat ke? Teruk ke diorang cederakan kau? Mesti kau trauma kan?"
Taeyeon menjawab. Dia menilik badan Miyoung untuk memeriksa gadis itu.
Patutlah tidak ada satu pun ahli keluarga Choi yang datang menyelamatkan mereka.
"Aku okey. Kalau tak okey dah lama aku dekat hospital tau?"
Mereka sambung berborak sehinggalah makan tengah hari. Hari itu, secara rasminya Miyoung telah mendapat satu kawan baik untuk pertama kalinya.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top