Part 33


Seminggu berlalu. Miyoung terbangun dari tidurnya dengan begitu awal sekali sejak menjejakkan kaki semula ke rumah itu. Dia masih bingung lagi dengan situasi sekarang. Dia asyik teringat yang dia masih berada dimansion keluarga Choi.

Selalunya awal pagi mereka akan kejutkan dia untuk sarapan bersama-sama sampaikan dia kadang-kadang penat kerana tidak cukup tidur. Tapi disini, tidak ada lagi yang akan menghalangnya untuk berbuat apa-apa pun.

Kepalanya pening kerana berdiri dengan pantas saat bangun tadi. Dia berpaut pada dinding. Miyoung bergerak kearah jendela dan membuka untuk membiarkan angin pagi masuk. Kedengaran bunyi burung berkicauan.

Matanya terarah pada pokok-pokok bunga lili yang sedang bercambah itu. Apabila ia sudah menumbuhkan bunganya nanti, pasti halaman belakang rumahnya itu cantik.

Miyoung tersenyum gembira. Melihat bunga itu mengembalikan semangatnya. Dia turun ke bawah dan menuju kearah pintu dapur. Dia memakai selipar dan turun ke halaman belakang itu.

Dia duduk mencangkung sambil bermain-main dengan pucuk yang sebesar jari manisnya itu.

"Tumbuh cepat ya. Pastikan membesar cantik-cantik ya?" ujar Miyoung.

"Cantik macam tuannya.." sahut seseorang. Miyoung menoleh ke belakang. Jongin berada disitu dengan berpakaian kasual. Lelaki itu melambai-lambai ceria kearahnya.

"Kau buat apa dekat sini Kai?" tanya Miyoung. Bukankah mereka sudah tiada kaitan lagi? Apa yang lelaki ini mahukan?

"Melawat bakal isteri pun tak boleh?" soal Jongin, memuncungkan bibirnya seolah-olah merajuk. Miyoung menggulingkan matanya kerana menyampah.

"Tak habis-habis lagi berangan.." sindir Miyoung. Dia menggeleng kecil melihat kelakuan Jongin yang keanak-anakkan itu walhal dirinya pun dua kali lima sahaja.

"Betullah kan? Selagi jari tu tak ada cincin lagi, tak merah lagi, maknanya aku masih ada peluang lah kan?" soal Jongin. Miyoung tak menafikannya. Tapi dia tak suka Jongin.

Dia cuma tak mahu ada kaitan dengan keluarga vampire itu lagi.

"Suka hati kau lah Jongin.." balas Miyoung, malas melayan lelaki itu.

"Aku datang sekejap je. Nanti aku datang lagi. Jangan lupa breakfast ya?" ujar Jongin seraya memeluk Miyoung. Dia kemudian berlalu pergi begitu sahaja tanpa rasa bersalah.

Miyoung menjerit geram. Dia tak boleh biarkan dirinya diganggu oleh vampire lagi.

Dia merenung kearah tingkap dirumah jirannya. Seekor anjing sedang memandangnya dengan mata yang membulat. Miyoung tersenyum.

Dia ada idea yang bernas.

...

Beberapa hari berlalu, akhirnya Jongin datang lagi. Kali ini, dia akan pastikan lelaki itu berambus selama-lamanya. Anehnya, lelaki itu menggunakan loceng rumah sambil menunggunya untuk membuka pintu.

Baru belajar tatatertib ke?

Miyoung membuka pintu rumah.

"Lama tak datang.." ujar Miyoung. Jongin menggaru belakang tengkuknya.

"Busy.." jawab lelaki itu. Dia memandang Miyoung dari atas sehingga ke bawah. Miyoung lengkap berpakaian sukan. Dia juga membawa tali yang sering dipakaikan pada haiwan.

"Kau nak keluar?" soal Jongin. Miyoung mengangguk.

"Kau baliklah. Mungkin aku lambat lagi," arah Miyoung. Mengumpan Jongin. Lelaki itu menggeleng tidak mahu. Rancangannya berjalan lancar.

"Nak ikut.." pinta Jongin.

Miyoung tak membantah.

"Kejap ye. Nak panggil Kai.." ujar Miyoung. Dahi Jongin berkerut.

"Panggil aku?"

Miyoung tersenyum nakal. Deria Jongin mengesan sesuatu yang dia amat bencikan. Makhluk itu berlari begitu pantas menuju kearah mereka. Mata Jongin terbeliak.

"Arghh!!"

Jongin melompat memanjat tiang rumah. Anjing polis berwarna hitam oren bernama Kai itu menyalak kearahnya. Tak mahu kalah, dia turut membalas salakan itu.

Miyoung ketawa besar. Dia mencangkung dan menggosok belakang Kai untuk mengarahkannya agar diam dan bertenang.

"Bila kau ambik najis mughallazah ni?! Kenapa bagi dia nama aku?! Buang!!" arah Jongin, ketakutan. Gigi taringnya dikeluarkan.

"Ehh banyak suka kau. Anjing aku biarlah. Kau tak suka kan? Jadi tak payah ikut," balas Miyoung. Dia memakaikan kolar pada Kai dan mula meninggalkan Jongin.

Jongin memandangnya dengan wajah kasihan. Dia nak ikut. Tapi Miyoung sedang bersama dengan musuhnya. Mereka benci makhluk bernama anjing, serigala atau yang seangkatan dengannya.

"Tunggu!" panggil Jongin. Dia turun dan mengejar Miyoung.

Lelaki itu berdiri disebelah kanan Miyoung manakala Kai si anjing disebelah kirinya.

"Kau 19 kan?" tanya Jongin. Matanya merenung Kai si anjing. Takut diserang. Eh tak, takut dia yang menyerang. Yelah tu.

Miyoung mengangguk. Rancangannya musnah. Sekarang dia terpaksa bawa kedua-dua Kai bersiar-siar.

"Kau tak sambung belajar? Hujung bandar sana tu ada sekolah menengah. Daripada tak buat apa kan?" ujar Jongin.

Gadis itu menguap.

"Malaslah. Daripada aku paksa diri aku buat benda yang aku tak suka, baik aku duduk rumah diam-diam. Jangan bazir duit mak ayah kalau dah tahu pengakhirannya.." Nasihat Miyoung. Jongin menggeleng kecil.

"Cakap jelah kau tu tak bijak--"

"Hoi! Aku bijak eh! Tapi sebab orang sekeliling aku yang buat otak aku tak berfungsi. Maka bodohlah aku." jawab Miyoung. Padahal dia kawan pun tak ada. Sedih.

"Tapi boleh berusaha kan?" Jongin memancing Miyoung. Gadis itu diam.

"Setuju. Tanpa usaha apa-apa pun tak dapat.." jawabnya, menyokong lelaki itu.

"Habis kenapa tak buat macam tu dengan Sehun?" tanya Jongin. Langkah Miyoung terhenti. Dia menghadap Jongin.

"Apa maksud kau? Kenapa libatkan dia?"

Jongin menjongketkan bahunya.

"Tak adalah. Kau tak suka orang bandingkan kau dengan Se--dia tu tapi kau biar je diorang teruskan. Kenapa kau tak berusaha untuk ubah pemikiran diorang? Kenapa kau lebih memilih untuk lari?"

Miyoung tersenyum sinis. Dia merenung Jongin sedalam-dalamnya.

"Kalau aku suruh kau lupakan keluarga kau boleh kau buat tak? Tinggalkan diorang dan pilih aku. Jangan sesekali teringat pada diorang dan anggap diorang tak pernah wujud pun dalam hidup kau." pinta Miyoung.

Lelaki itu terdiam. Tak mampu menjawab.

"See? Kau pun tak boleh. Macam mana aku nak suruh seseorang hapuskan kenangan diorang sedangkan benda tu susah? Aku sendiri pun masih teringatkan ibu aku yang dah lama mati tu. Korang yang hidup sekali dengan Seungwan tu selama beratus tahun lagilah. Impossible.." sambung Miyoung.

Dia menyambung semula langkahnya. Tak mungkin dia dapat ubah semuanya dalam masa yang singkat. Tak mungkin seseorang dapat lupakan orang yang penting dalam hidup mereka.

"Aku tak cakap pun untuk hapuskan tadi. Aku cakap ubah.. Kalau kau masih kekal dengan mindset tu, sampai bila-bila kau tak dapat raih hati Sehun. Kenapa tak cuba untuk jadikan kehadiran kau tu lebih bermakna daripada Seungwan? Kenapa tak buat yang kau lebih bagus daripada dia? Kau pengecut. Kau buat diri kau jadi bayang-bayang perempuan yang dah lama mati. Kau teruskan macam ni, sampai mati pun orang ingat kau sebagai Son Seungwan bukan Kim Miyoung.."

"Senyap! Kau tak kenal aku! Jangan nak tuduh aku macam-macam!" marah Miyoung. Tali ditangan terlepas. Kai mengerang kearah Jongin. Anjing itu seolah-olah meniru amarah Miyoung.

"Aku bukan pengecut! Aku tak kuat! Aku tak kuat! Aku tak kuat! Aku tak suka ubah diri aku semata-mata untuk orang asing! Kenapa aku nak ubah diri aku untuk diterima orang lain?! Kenapa diorang tak nak terima diri aku yang sebenar seadanya? Kenapa aku yang perlu berubah?! Jawab Jongin!"

Orang sekeliling memandang mereka dan ada yang beredar. Sangka mereka, Miyoung dan Jongin adalah pasangan kekasih yang sedang bergaduh, jadi mereka tidak mahu untuk masuk campur.

"Kalau keluarga kau tak boleh terima diri aku ni. Fine. Aku ada ayah aku lah yang boleh terima aku seadanya. Aku tak perlukan pengiktirafan orang lain untuk hidup. Aku tak perlukan korang pun.. Pergi baliklah!"

Miyoung menghalau Jongin. Dia meninggalkan kawasan itu menuju kearah taman. Kai merenung Jongin tajam dan menyalak garang. Kemudian ia berlari mengejar tuannya. Jongin berdiri disana sambil melihat Miyoung yang meninggalkan dia sendirian. Sebuah kereta Jaguar kuning berhenti disebelahnya. Kris membuka tingkap dan menegurnya.

"Dah bagitahu dia pasal Sehun?" soal lelaki itu. Jongin menggeleng.

"Bongok la kau ni! Masuk! Budak tu tengah mengamuk sekarang ni! Naya Irene nanti."

Miyoung tiba ditaman dan duduk berhadapan dengan tasik. Kai pula menunggu disebelah. Anjing itu mengawasinya daripada bahaya. Bijak.

Dia tersedu-sedan disana. Air mata yang hampir mahu tumpah ke pipi dimasukkan semula ke dalam badan dengan mendongak kepalanya. Saat itu, matanya yang silau terkena cahaya dilindungi oleh seseorang.

Miyoung menundukkan semula kepalanya. Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan itu.

"Kau kenapa bawak najis mughallazah kat sini?" soalnya sambil menggosok belakang anjing itu dengan tenang. Miyoung terpaku melihat aksi itu.

"Kau tak takut anjing Chanyeol? Bukan tu musuh korang ke?" soal Miyoung, terkejut. Lelaki itu menggeleng.

"Dah lama dah benda tu. Puak kitorang dah lama berbaik-baik cuma ada yang masih takut lagi." jawab Chanyeol.

"Jongin buat kau nangis ye?" tanyanya. Miyoung menggeleng.

"Mana ada.."

"Kau tak boleh tipu aku. Aku kenal kau Miyoung.."

"Kenal macam mana?"

"Kau kan----"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top